Wednesday, May 8, 2013

Hentikan Konflik Perkauman, Ini Kali Lah!

Assalamu'alaikum semua! :)
Ini luahan hati saya (personal opinon) yang selama ini setia menyokong Barisan Nasional kerana saya rasa terhutang budi dengan bakti yang telah dicurahkan oleh previous Prime Ministers kepada saya dan seluruh rakyat Malaysia. Apapun, PM kita yang ke 6, Datuk Seri Najib telah melaksanakan tanggungjawab beliau dengan sehabis daya dan Alhamdulillah, Malaysia kekal aman sepanjang di bawah pentadbirannya.

Saya megubah keputusan untuk menyokong PR sehari sebelum General Election. Bukan apa, saya ingin melihat dan merasai perubahan yang dijanjikan oleh PR. :) 

Akan tetapi, tidaklah saya merasa kerana BN memenangi GE13. Bermula dari situ saya terdengar terma-terma sensitiviti perkauman yang cukup menyeksakan telinga. Kaum Cina dituduh itu dan ini. Dan saya, tidak berpuas hati.

Saya dibesarkan dalam masyarakat majmuk. Bermula dari tadika, saya sudah biasa bercampur dengan kanak-kanak daripada kaum lain. Saya bersekolah di tabika Perpaduan di mana saya bercampur dengan kawan-kawan berbangsa Cina dan India sehinggalah saya bersekolah menengah.
Hubungan saya dan mereka juga rapat. Malah saya berkongsi bekal dengan mereka dan kami masih lagi berhubung sehingga kini.

Petang tadi, saya ke KL Sentral, mahu makan KFC. Sedihnya, KFC tutup. Jadi terpaksalah saya makan di McD. Sedang saya duduk, saya ternampak seorang wanita India (Majesh namanya) dan seorang lelaki Cina (Nelson namanya) sedang mencari tempat duduk. Maka, saya mempelawa mereka untuk duduk bersama.
Kami berborak-borak. Tiada masalah. Tiada rasa benci.1 Malaysia yang aman seperti mana yang Datuk Seri Najib war-warkan. 


Tiba-tiba.

Nelson bertanya kepada saya, "Awak sokong siapa?".

Saya senyum kemudian menjawab "Opposition".
"Apa yang kaum lain mahu sebenarnya daripada kerajaan Malaysia?". Saya bertanya, mengambil peluang untuk tahu.
"Kami mahukan keamanan, kesejahteraan, justice", Nelson tersengih sambil Majesh mengangguk tanda setuju.
Saya bertanya lagi,  "Apa pendapat awak tentang BN"?.

Mereka menjawab, " BN racist".
Saya mengangguk tanda saya mendengar. Kalau BN kata DAP tu mementingkan hak kaum cina
apa pula bezanya UMNO?
kan?

Nelson menyambung, "kami sudah bekerja, membayar cukai, membantu ekonomi negara, apa yang kami mahukan ialah sedikit peluang untuk merasai hak yang sama sebagai rakyat Malaysia".
Saya diam. Boleh ke?
Sambil Nelson memakan kentang goreng saya (saya berkongsi fries dengan dia) dan Majesh sedang menikmati burgernya, saya terfikir "Boleh juga". 


Saya di sini bukan ingin jatuhkan bangsa Melayu yakni bangsa saya sendiri,  tetapi, saya rasa ada benarnya juga kata-kata Dr. Mahathir, "Melayu mudah lupa". 
Orang melayu ini sifatnya malas dan suka memperolehi sesuatu secara makan suap. Kita boleh bezakan  anak-anak melayu kita dengan anak-anak kaum lain. Even saya yang sedang menuntut di IIUM dapat merasai perbezaan antara student lokal dengan student International biarpun kedua-duanya pandai. Anak Melayu lebih conservative.
 

Kerajaan BN telah sedaya upaya menyediakan peluang-peluang yang begitu banyak untuk anak-anak melayu. Tapi apa yang kita buat? Duduk diam macam batu, bodoh tak nak tambah ilmu dan berdaya saing. Merempit, jual badan, hisap dadah, ponteng sekolah! Bak kata cikgu Kimia saya, anak melayu ini, tahu tambah keturunan saja. Tapi, tahu pula memekak bila tidak dapat hak yang kononnya hak mereka. Bagi saya, ini tidak adil. Golongan minoriti seperti Cina dan India haruslah dilayan dengan sebaik-baiknya.Apa kata,kita ikut apa yang Allah telah ajarkan kepada Rasululullah seterusnya disampaikan kepada kita.
"Man jadda wa jada"
Sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya. 
Jadi, jikalau kita memberi peluang kepada anak-anak bangsa lain sama seperti anak melayu, saya rasa tiada masalah. Eh jangan?!!
Kenapa?Takut hilang kuasa?


Maka dengan itu, bangunlah!
Rajinlah anak melayu! Belajar bersungguh-sungguh, timba pengalaman sebanyak mungkin, bergaul lah dengan mereka yang bijak pandai dan dekat dengan agama.
Bukan  berlagak dengan sembang kencang di warung kampung.Kalau katanya takut Cina memimpin, maka berubahlah! Jadilah anak melayu yang betul-betul sejati seperti pejuang-pejuang agama dan tanah air seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Dato' Bahaman dan lain-lain.
Allah pun suruh kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Tiada Allah bagi pada mereka yang malas.


Kalau katanya di Singapura, Cina memerintah dengan dasar ketidakadilan terhadap orang Melayu,apa beza dengan kita, Malaysia? 
Melayu minoriti di Singapura.
Cina dan India minoriti disini.
Bagi saya, hormatilah semua kaum dan bangsa.
Kita manusia, berkongsi bulan dan matahari yang sama

Dunia ini tidak kekal, yang mengikuti nanti cuma amal kebaikan.

Satu Malaysia! :)

Bersama rakan-rakan yang ceria.

 Tiada perbezaan, kami semua rakyat Malaysia! (I yang paling comel dalam picture tu).