Sunday, June 26, 2011

Awkward Family Photos

Masa tengah cari gambar2 yang kelihatan awkward untuk post sebelumnya, CL ade terjumpa beberapa keping gambar yang diupload di Internet. Tema yang sama, awkward. Dalam bahasa kita panggil jelek kot? kan? salah betulkan ye? Its called awkward family photos. jom layan.










Do I look awkward?

Salam. :) Hai linaamalina.blogsot.com. Maaf dah lama tak buka mukasurat baru. Kadang2 macam tak terfikir pun nak tulis apa2, sebab u cuma diari I aje. I boleh skip bila masa I nak kan? I sibuk dengan assignment, dengan hal2 duniawi yang lain. Tapi kadang2, I perasan U bukan diari I lagi dah. Sebab semua orang boleh baca U. U jadi buku conteng I mau? Lagi best.. Boleh ada gambar katon,boleh ade grafiti lawa2. mau kan? 
U tau tak, ada satu hari tu, kawan I luahkan apa yang dia rasa kat I.
Dia kata " Amal, awak kenapa? Marah saya ye?" Tersedak I. Mana ade. 
"Kenapa awak kata macam tu?" I tanya dia.
"Awak dengan orang lain, awak ceria je, bila dengan saya mood awak terus lain, berubah. Awak kalau tak puas hati pasal presentation ke cakap lah. I x de masalah".

Setelah diterangkan hal yang sebenar, kawan tadi pun faham. Dan kitorang mula berta'aruf secara perlahan2. Ingat nak kenal bakal suami je ke slow2, nak kenal kawan perempuan pun kene steady tau?

Itulah masalahnya. Muka I akan jadi macam ini bila berjumpa dengan kawan baru.

awkwarrrrddd
Sangat susah untuk mulakan first move. Huuuu... Bila tanya kawan2 lain, some of them said, I okay je. :)
Anyway, kena belajar jugaklah skill2 nak berkomunikasi dengan lebih baik. Lagi satu, bahasa Melayu saya teruk.(taklah teruk sangat) Sebab itu, kalau saya menulis status kat FB, kawan saya kata, saya macam tulis karangan. Mengalami masalah dalam pemilihan perkataan. Tapi, saya cuba slow2. Usaha tangga kejayaan, malas tangga kehancuran.

Sunday, June 19, 2011

Freedom~ Maher Zain (Official Video and Lyrics)

Salam :) This will be my last entry for today. Maaf. CL telah memenuhkan bloglist anda. Dua kali TER post benda yang sama. Siapa minat Maher Zain? (SAYA!) CL mula2 dengar lagu baru dia kat IKIM.FM. Best pulek, terus CL mendonlod lagu tersebut. Tajuk lagu tu Freedom. Official video lagu ni sweet, hehe..latar tempat dia just stage dekat stadium Melawati Shah Alam. Ada la paparan visual kat belakang untuk bagi kena sikit dengan theme lagu ni. Maher Zain, you do love Malaysia heh? Kalau kawan2 nak dengar, sila klik sini :Klik lah saya :)
Nah, CL bagi lirik sekali :)

LIRIK LAGU FREEDOM-MAHER ZAIN


Gathered here with my family
My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn't matter where you're from
Or if you're young, old, woman or man
We're here for the same reason; we want to take back our land

Oh God, thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call, ooh 
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall, oh oo
We know you're here with us

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we've TAKEN our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we're almost there

Oh God, thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call, ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall, oh oo
We know you're here with us

I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out LOUDLY demanding their right for freedom
This is it and we're not backing OUT
Oh God we know you hear our call

And we're calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall ohoo


CL pun ada donlod video sekali. Official punya. Nah, unzur huna :) 



Ewah, dah bagi lirik, siap bagi video lagi. :p Selamat mendengar, tapi jangan stuck dengan earphone atau kuatkan volume sampai tak dengar azan pulak ye?

*sebagai info tambahan,lagu ini diinspirasikan oleh peristiwa kebangkitan rakyat2 di Mesir, Libya dan yang sewaktu dengannya untuk hak kebebasan mereka .

Freedom~ Maher Zain

Aiskrim Goreng

Assalamualaikum. Ade orang tak? hoho.. Hai linaamalina.blogspot.com. Lama tak conteng2 dekat wall u kan? A lot of things happened.Salah satunya, laptop CL kene virus. Tu yang terpaksa berehat sekejap. Kesian Cik Darlina (nama laptop). Terpisah about two days (aje) dengan CL.
So, first entry ialah aiskrim goreng. Hahaha....CL berjaya dengan jayanya ( betul ke ayat ni?) membuat aiskrm goreng. Sedap tau? It was my first try. My RM 10 kira worth la.
Kisahnya bermula beberapa minggu yang lepas, CL baca  blog ukht 'Aishah Jauhara. Ada steps macam mana nak buat aiskrim goreng. Ada beberapa keping gambar aje yang sempat di snap sebab takleh nak susun aiskrim goreng tu cantik2, keluar kuali terus ngap (haha..x sabau). Lagi satu, takut cair. Sekejap aje pun they all bertahan dalam bentuk tu sebelum meleper. So, layan gambar and CL akan masukkan link untuk readers tengok cara2 nak buat aiskrim goreng ni. Semoga berjaya, insyaAllah :)

Bahan-bahan:


  • 10 keping roti putih [itu kalau nak buat 5 biji. Terpulang nak buat berapa banyak. Roti tu, tak kisah roti apa. Tapi sedap juga kalau guna roti gardenia ^^]
  • 5 scope aiskrim [means, satu scope untuk satu biji. Terpulang nak perisa apa]
  • Plastik [untuk balut roti]
  • Minyak masak [untuk goreng nanti]


Cara-cara:


  • Lembabkan roti dengan air. [nak spray sikit-sikit ataupun nak gelekkan (CL gelekkan, lebih mudah) , tak kisah. Yang penting jangan sampai lembik atau hancur sudah~]
  • Skopkan aiskrim ke atas roti. X de skop pakai aje sudu kan?
  • Tutupkan aiskrim dengan sekeping roti lagi. (Roti  penutup ni pun CL gelek)
  • Tekan acuan telur yang bulat tu [atau nak guna cawan plastik pun boleh, yang penting nak bagi bentuk, ikut citarasa, bulat ke, segi empat ke, etc] supaya roti terputus. [pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar]
  • Balut dengan plastik dan simpan dalam freezer selama 3 jam atau semalaman.
  • Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas sehingga kuning keemasan. Jangan lama2. Tapi pastikan minyak betul-betul panas. Dalam 200 degree :) *
*Diambil circle2 dari blog 'Aishah Jauhara cuma ada edit sedikit.

Ini pulak kalau nak tengok cara praktikalnya : Silalah Klik :)

Ala2 macam ni la rupanya.
Yummy :) *
*http://dzanariah.blogspot.com

Saturday, June 11, 2011

Resepi Onigiri

"Amal, try one. sedap tau benda ni."
Dan CL pun membelek-belek "benda" tu. Sedap ke? Hijau je..bau pun hanyir..takut tak termakan pulak nanti. Nak beli takut membazir.
"Oh..come on, try la rase. Tengok kita beli dua."
Okay, ambillah satu. Chicken Mayo punya flavour.
Sampai di bilik, CL tengok lagi "benda" tu, mau makan ke tak? Makan lah, tak rasa tak tahu kan?
Bismillah...
SEDAP! 
apa "BENDA" tu? 
Ini dia......

ONIGIRI san...
Lepas dah kena giget..nyam3..
Onigiri adalah nama Jepun bagi makanan berupa nasi yang dipadatkan atau dikepal sewaktu masih hangat sehingga berbentuk segi tiga, bulat, atau seperti karung beras. Dikenali juga dengan nama Omusubi, istilah yang kononnya digunakan oleh wanita di istana maharaja untuk menyebut Onigiri. Onigiri dimakan dengan tangan, bukan dengan penyepit.
Di Malaysia, Onigiri boleh dijumpai di bahagian makanan Jepun di pusat membeli belah terkemuka dan di restoran yang menyediakan makanan Jepun. 
Oh...baru tahu. Rasa onigiri ni boleh tahan sedap. Kenyang sebab beras yang digunakan adalah beras jenis Japonica, beras Japan yang macam pulut tu.
CL pun meggoogle lah resepi onigiri ni...

Bahan2 (utk 2 org)

1/2kg beras jepun (ada di jusco/giant/carrefour) p/s: (boleh ganti dengan beras siam wangi kerana teksturnya sedikit melekit)
1tin tuna mayo (inti ikut kreativiti boleh ditambah/diganti dgn apa2 saja cotoh telur ikan + udang + isi  ketam mayo + bijan) 
garam
nori (seaweed) inilah yang kaler hijau tu..
plastic wrap
cuka jepun (jika rass perlu letak sikit masa gembur nasi/ kalau tak ada pun tak apa) 

Cara-caranya :
1. Masak beras jepun seperti beras biasa.
2. Gemburkan nasi bila dah masak.
3. Ambil plastic wrap (agak2 ukurannya)
4. Buka dan letak ats tapak tgn, taburkan sedikit garam. (ikut traditional jepun guna tangan aje, tapi tak nak melekit guna plastik lagi mudah)
5. Masukkan nasi dan leperkan
6. Letakkan inti tuna mayo.
7. Ambi sedikit nasi tutupkan ats inti tadi.
8. Bentukkan onigiri (ikut suka). Biasanya berbentuk segitiga.
   Untuk membuat bentuk segitiga, letakkn tgn yg sebelah lagi dalam bentuk "A" ke ats tgn yg memegang plastic nasi dan bentukkan.
9. Setelah siap, akhir sekali letak nori. (jika tak nak makan segera jgn letak nori dulu. nnti norinya jd lembap)
*diambil dari blog Life Is Beautiful dan telah diedit bagi memudahkan readers untk faham*

Jom cuba? Oiyshii yooo...

Mahu delete blog inikah?

"Awak, blog awak boring sangatlah. Dah la tak colourful, tak ade ade ape2 ads langsung. Baik tak payah ada blog."
:) Terima kasih kawan. Ha'ah blog CL memang boring pun, bukan setakat tak colourful, tak bermanfaat langsung kan? Itulah, minta maaf ye? 
Rase macam nak delete blog ni, taknak ade blog lagi bila ade seorang kawan cakap macam tu kat CL.
"Nama awak kenapa CL? Tak glemer la.hahaha..macam nama penapis air. Awak ni nak meniru sape sebenarnya? Blog kejap2 alim, kejap2 content gila2. Tak feel lah nak baca blog awak ."
:) Terima kasih kawan. Ha'ah blog CL memang pelik. Nama CL tu sebenarnya shortform untuk Cik Lina. Malas nak taip panjang2. Nak guna aku kasar sangat, saya tak biasa. Nak guna saya macam skema je rase. Tentang content, ia mengikut mood saya pada hari tu. Kalau iman tinggi, baiklah pengisiannya. 
Rase macam nak delete blog ni, taknak ade blog lagi bila ade seorang kawan cakap macam tu kat Cik Lina.

Blog saya diari online saya, saya tak kisah followers, siapa yang baik dan sudi follow, silakanlah. saya suka dan ucapan terima kasih saya dulukan. Saya tulis apa yang saya rasa, apa yang dalam kepala dan saya tulis apa yang saya nak tulis. Blog saya tidaklah bermanfaat mana pun kerana ianya hanya sebuah diari. More to catatan seharian mungkin atau idea2 spontan. Minta maaf ye atas kekurangan. Pergilah cari blog2 hebat kat luar tu, banyak tau? Perisian pun gempak2. Blog ni boring, dull aje. Terima kasih kawan. Saya sayang awak lillahita'ala. :)

Friday, June 10, 2011

Saya Belum Bersedia Untuk Berkahwin@ I'm Not Ready For Getting Married.

Salam sayang semua. Okay, ini ialah apa yang berlaku sekiranya anda telah mencapai usia 20-an. 

Diambil circle2 dari Facebook pakcik CL
Baiklah, CL perlu bersedia. Perlu kuat dari segi rohani dan jasmani. fikrah dan emosi. 
Kebelakangan ini, CL rase ade lebih baiknya CL duduk diam2 sahaja di dalam rumah. Bukan taknak bercampur, tapi itulah. CL duduk di kawasan kampung. Kawan2 CL ade yang sudah dan bakal berkahwin. Yang dah dapat khalifah kecil pun ada. Habis bagaimana? Nenek CL dah mula risau dengan CL. Asyik ditanya saje, "bila kau nak kahwin, Ina"?
Jiran2 selalu mengusik ibu CL. "wah, lepas ni turn Ros( nama ibu) lah pulak ye? Mesti besar-besaran. Bila lagi ye"?
Kalau ayah pulak, kawan2 se kementerian dah start usik. "bile nak bermenantu, cikgunyee"?
ya Allah....CL belum sedia lagi. CL tahu umur CL bukanlah makin sikit, CL makin tua. Tapi, CL nak habiskan dulu pengajian CL di bumi UIAM ni. dah ada pekerjaan yang stable, duit yang cukup, dah bagi ibu  dan adik merasa gaji CL, baru CL kahwin.
Mesti korang heran kan? Bukan CL dah engaged ke? Kenapa perlu risau? ye..CL dah, secara khitbah. Ibu, ayah dan adik sahaja yang tahu. Juga incek tunang punya family members. Itupun tak semua.
Tanggungjawab perkahwinan ni besar. Kadang2 eloklah kalau kita buat persediaan yang rapi dulu sebelum melangkah ke alam ini. Banyak tanggungjawab, banyak hati yang kita nak jaga. 
Sebagai seorang perempuan yang baru berusia 20 tahun, CL sasarkan lima tahun akan datang untuk menjalani kehidupan berkeluarga,insyaAllah, amin. Coretan ini sangat simple (lah sangat) sebab CL tak tahu nak kata apa.
CL tak tahu menahu langsung ade orang yang bertanyakan pasal CL di facebook pakcik. Sekarang kan pakai facebook aje. Jual beli pantun pun dalam ni. SAYA BELUM BERSEDIA UNTUK BERKAHWIN. Muktamad. Salam.

Fortune-Teller.

Salam'aleykum. Allah..lama tak post entry kat blog ni. Sibuk sikit dengan program. Ada yang mula bertanya, "bila nak post entry yang baru"?. hehe..rilex2. blog CL ni tak femes. Diulangi untuk kali yang ke 180, ianya merupakan diari online saya. saya tulis apa yang saya rasa, apa yang saya fikir di dalam kepala dan apa yang saya rasa saya patut tulis. Mungkin yang baik boleh kita jadikan perkongsian untuk manfaat bersama. Yang tak baik, sila tolak tepi awal2. Oraeto?
Tak ade ape nak conteng hari ni. Cuma nak tanya, korang percaya ke tukang tilik? Tukang tilik tu ape? okaayyyy Elizabeth, James, Paul .. tukang tilik is like fortune-teller. Clear? so waddup CL? CL pergi jumpa tukang tilik ke? OH NO!!
Saya tidak akan dan tidak terfikir pun. Kita masing2 tahu aite ape hukum jumpa tukang tilik ni. same la macam jumpa tok dukun, pawang, bomoh, Pak Joko atau si Chomprak Cawat Besiwak dalam citer kak Limah tu, hukumnya ape? Hukumnya syirik, dan syirik ialah sebesar2 dosa tahu? Allah sangat benci syirik tu. JANGAN sesekali mensyirikkan Allah.
CL nak kongsi sedikit apa yang CL baca dan yang CL faham berkaitan dengan tukang tilik ni. Antara 10 muwasofat@ sifat yang harus ade bagi seseorang yang bergelar Muslim, hendaklah dia TIDAK MENDEKATI TILIK. Bukan mempercayai, atau pergi menilik, tapi seboleh2nya tidak dekat.Belum buat lagi ni, Allah suruh jauhkan diri.
Contoh tilik yang paling simple, kadang2 kita pun terlepas pandang. Ianya some kind of tilik which is ramalan zodiak.kadang2 boleh tengok thru paper or magazine. Alaa..yang bagitahu "hari ni kamu akan kecewa lah, putus cinta la bla..bla..bla.. kamu harus berjimat cermat la". CL akui, kadang2 CL bace jugak. Tapi CL cuba elak untuk percaya. Hukum percaya benda2 ni dosa tau?
CL ade kisah CL sendiri. One of my friend, dia bagitahu kat my other friend yang CL akan major dalam Political Science kat UIAM Gombak. Masa tu, ya Allah, punyalah CL takut sebab CL tak minat bidang tu dan tak terbayang CL belajar course tu. Dia bukan tukang tilik. Tapi, mungkin ada kelebihan yang Allah bagi kepada dia, boleh baca masa depan, kata orang. CL takut sebab CL nak sangat major Psychology (saya suka kolar putih). Even, I got good grade, (alhamdulillah, Allah bagi), in Politics. Bermalam2 jugaklah CL tak tidur memikirkan hal tu. Akhirnya, CL fikir.." Hanya Allah yang Maha Mengetahui, Maha Berkuasa, kalau dia boleh kata aku major politics, maknanya dia boleh predict masa depan lah kan? Kalau dia boleh predict masa depan, why is she here? Have to struggle a lot like me? Have to study hard untuk
good grade for future?"
Then, CL lega. Simple je kan? Macam tok Bomoh, kalau dia tahu dia akan end up as a bomoh, mesti dari dulu lagi dia dah kerja kuat untuk jadi Pak Menteri. kan?
Ada beberapa hadis yang memperkatakan tentang tilik ni.
  1. Barang siapa yang mendatangi tukang tilik dan ditanya mengenai sesuatu maka tidak diterima solatnya selama 40 hari (Riwayat Muslim)
  2. Sabda Rasulullah s.a.w mafhumnya : Tukang nujum atau tukang tilik tetap berdusta walaupun apa yang mereka bawa itu benar.
  3. Barang siapa yang datang kepada tukang ramal atau bomoh lalu percaya kepadanya dengan apa yang dikatakannya maka ia benar-benar telah kufur kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. (Hadis riwayat Ahmad) 
 Dah jelas kan? Jangan percaya, jangan dekati. Anywaaaaayyy..masa CL tengah bukak Facebook tadi, CL click dekat aplikasi Tok Nujum Atok Poyo Giler. Nama dia menarik, tu yang CL click. hehe...SEKALI............................

Err..atok nak berak jap..ko try lenkali ye

Ape2 ajelah.. hehe.. Harap apa yang baik, kita ambil untuk manfaat bersama. Assalamualaikum :)