Assalamu'alaikum :) It has been a while since I posted my last post. Nearly a year juga lah sebab last update masa Ramadhan last year. Now ada lagi sebulan untuk Ramadhan 2014 which is gonna be here real soon! Anyways, takdelah nak update apa pun, no new recipes since dah lama tak balik rumah although I did make something back then masa beberapa minggu lepas. I just wanna share what I feel deep inside. The worrisome, the anxiety and the stress that I've kinda experiencing at the moment.
Looking back 4 years ago, masa I was in my first year and comparing to what I am now, there's a lot of differences. In terms of body size (hehehe) and maybe level of maturity and not to forget my priority all in all have changed. I am soon to be graduated from International Islamic University Malaysia, soon which means very soon. Ada la about two weeks lagi. Now here's the thing. Masa I asked my friends about their future plannings (which I shouldn't have asked), semua planning diorang like hebat-hebat! Sedangkan I ni macam entahape-hape je. Masa first year dulu tak lah fikir kan since masa tu konon-konon bajet solehah, good-good je. Sekarang the old-self tu semua dah kelaut!
One of my friend siap dengan retirement plan sekali. I ni kalau tanya nak buat apa, I akan jawab kerja dulu then kalau ada rezeki master. Itu pun I tak tahu kalau ada rezeki untuk semua tu. I tahu I have to put trust in Allah. Tapi rasa takut tu still ada! Lagi lah I ni, working experience tak banyak~ Kadang-kadang I cemburu dengan kawan-kawan I yang parents diorang kaya-kaya. Dapat terus sambung master dekat sana-sini, tak kisahlah local or overseas without worrying much about their future ahead. I mean, I don't know but they all seem happy and siap cakap I rugi sebab tak sambung.I kena kerja dulu and sekarang I memang dah tak boleh nak bergantung dekat my parents. Dah tak boleh, Lina. Sebab they don't understand well about the ups and downs, the nooks and crannies and the need of pursuing your academic to the higher level, the feeling of getting your first degree and at the same time worry about your unclear future. Albeit that, I sangat perlukan doa-doa mereka. There, I said it, unclear future makes me feel so overwhelmed~
Dulu dengan sekarang lain. My mom is a housewife and she deserves my standing ovation for every excellent works that she did and yes, still counting~ My dad dia ada diploma but for the 55 years old-government officer-yang lahir lepas dua tahun merdeka, getting a diploma is like you bring an honor to your whole family. I sebagai anak sulung dalam tahun 2014, berumur 23 tahun, I rasa my parents sangat beruntung. I rasa I terpaksa bersaing dengan all my friends out there untuk buktikan I hebat, tapi dalam masa yang sama I sungguh takut. Mana pergi confidence yang I ada selama ni? Sigh~!
I rasa takut tanpa sebab. I rasa takut I kena reject even though I am yet to try~ Entah apa-apa kan I? I rasa I belum bersedia nak hadapi dunia luar which I am well-informed that the situation out there will bring you to taste all the unjust-wicked-corrupt situation with discrimination scattered all over the place. I taknak la jadi gila kan bila fikir semua benda ni. I tahu Allah ada, tapi kadang-kadang I rasa I jauh. Dunia ni sungguh mencabar sampai dia buat I rasa I jauh dengan Allah. Jauh sangat. Kadang-kadang, kita rasa kita bertuhan tapi ikhlas pada Dia tu belum tentu ada.
So, lepas I dah taip panjang-panjang ni, I rasa I ada beberapa benda yang perlu I tambah baik. Yang paling utama hubungan I dengan Allah. I kena letakkan Allah dalam setiap perkara. Nak pergi interview kerja, tawakkal 'ala Allah, dah dapat kerja, Lillahi ta'ala, deal dengan orang berhati jahat, mohon perlindungan dari Allah. Lagi satu, lately, I suka baca cerita hantu, dah la penakut, tak sedar diri, terus la termimpi-mimpi yang bukan-bukan takut hantu kacau nanti bila duduk sorang-sorang. Serius takut tak tentu hala~ Kalau ikut perancangan, I dah dapat dah satu job dekat satu tempat ni, tapi boleh I fikir I takut nak drive sorang-sorang. Rasa macam nak tolak je kerja tu sebab takut sorang-sorang. Apela kejadah I ni. Sepatutnya gembira kan? Tapi knowing the place, buat I takut plus pulak I duduk sorang-sorang nanti. Kita kalau takut-takut ni, hantu syaitan pun suka sangat dekat. Kalau depressed, lagi senang dia nak masuk~ Memang aim dia tu nak buat I takut segala supaya nanti senang la dia nak patahkan cita-cita I ni nak menyumbang untuk agama dan masyarakat~ Kan dah kantoi? Jahat kau!
Ucapan good luck untuk kawan-kawan di luar sana yang sudah graduate ataupun yang bakal bergraduasi. Dunia ni sekejap je, sekejap aje, jangan cinta dia lama-lama. Wish you all the best for your future undertakings. Ingat Allah itu dekat.
Showing posts with label In Her Mind. Show all posts
Showing posts with label In Her Mind. Show all posts
Saturday, May 31, 2014
Monday, August 5, 2013
Stress Mak!
Okay, I nak terus terjah je my page ni tanpa kata-kata aluan.
I baru nak update blog I dengan psot baru I. Tinggal tunggu nak bagi kata-kata akhir je tiba-tiba tangan I ni tercuit adapter laptop.
Then entry yang I dah taip panjang-panjang tu, hilang macam tu je. Ohmergeerrrrdddd!!!
Nanti la bila da ada mood balik, I type. =.=
Wednesday, July 31, 2013
Iftar 18 Ramadan 1434 H
Assalamua'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hai. Salam 22 Ramadan.
Alhamdulillah masih bernafas CL pagi ini. Sesuatu yang baik perlu dilakukan untuk menambahkan berat timbangan amal.
Kata Saidina 'Ali (R.A),
"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam."
Benda baik apa CL dah buat awal pagi ini ye? Hmm.. insha Allah adalah satu dua yang tidak dilakukan semalam. Semoga permulaan yang baik hari ini menjanjikan pengakhiran yang sempurna pada 31 Julai 2013 ini.
Harini saja la CL nak cerita tentang kemeriahan majlis Iftar di rumah CL pada Ramadan ke yang 18 hari tu. Total ahli keluarga yang hadir adalah dalam 40++. Itu pun ada juga yang tidak menghadirkan diri disebabkan sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Tak apelah. :)
Kesimpulannya, majlis iftar tersebut sangat meriah, terlalu banyak makanan dan keriangan serta berakhir dengan kesyukuran dan keletihan. Kita host kan? Penat la mak jemah. Hehe.
Kenduri kahwin CL confirm insha Allah bukan dibuat di rumah. Mungkin di dewan kampung sebelah ibu. Cehcehceh.. Awal plan! Macam dah nak dekat aje kan? Doa-doakan, insha Allah :) Antara juadah lauk pauk yang kami sekeluarga sediakan sebagai menu utama ialah :
![]() |
| Masak Lemak Kulit Lembu |
![]() |
| Sayur Campur Cendawan dengan Kacang Buncis |
![]() | |
| Sambal Tumbuk |
![]() |
| Masak Lemak Labu |
![]() |
| Ayam Goreng Berempah |
![]() |
| Apple Crumble atau Melayunya Pie Gaul |
serta bermacam-macam lagi juadah yang dibawa oleh ahli keluarga lain. Memang banyak sampai taktahu nak buat apa. Hehe. Tapi, kami tak buang. Kami ada bagi nenek sikit, dan mereka-mereka yang ingin menapau. Jadi, takdelah pembaziran. Alhamdulillah.
Jemputlah tengok gambar-gambar sekitar Iftar dirumah CL :) Banyak gambar CL diambil dekat stor, hahaha nak cakap betapa penuhnya rumah sampai duduk kat stor dah!
![]() |
| Pakcik sulung dan ayah |
![]() |
| Cousin-cousin tersayang, kembar comel diorang ni! |
![]() |
| Kopipes. hehe. Cakina bambam |
And as you go through all the pics ni, kalau ada gambar yang blurry tu, minta sorry sebab snap guna phone lain. I takde DSLR. Phone cap ayam je.
![]() |
| Ada bran nak masuk pinang I? You tengok muka pakcik2 I ni. haaaa.. jaga2! |
![]() |
| Duduk berborak di stor rumah |
![]() |
| Tahlil sebelum Iftar |
![]() |
| Kaum kerabat |
![]() |
| Eh eh. |
![]() |
| Caimi pun nak bersedekah jugak, kak Ina. |
![]() |
| Tahlil #2 |
![]() |
| Sesi pembayaran zakat fitrah |
![]() |
| Mamaku di hujung nun |
![]() |
| Tahlil #3 |
Daaaaan.. setelah selesai semuanya, alhamdulillah, majlis Iftar berjalan dengan lancar atas izin Allah.
![]() |
| TERIMA KASIH DARIPADA KAMI SEKELUARGA! |
Wednesday, July 24, 2013
Miss Lonely
Dear diary,
Hari ni kan, I feel sad and so lonely. Rasa macam forever alone je. Sebenarnya, dah rasa lama dah. Sejak mula short sem lagi. Tapi, hari ni taktahu kenapa. I think I've already hit the wall. Seriously, sorang kawan pun takde. Bukan takde langsung, tapi, takde siapa yang nak duduk bercakap dengan CL ni. Hari-hari cakap dengan Ocean ( Nana's fish). Since Nana Banana pun balik, lagilah bosan. Even though CL jarang cakap dengan dia, tapi kalau sekali bercakap tu, it might take us two hours to conclude :3 Selalunya, kami akan bercakap on beneficial stuffs. Kadang-kadang she asked me for Malaysian foods punya recipe sebab dia lahir and grew up abroad. Jadi, Malaysian food ni dia kurang tahu sikit. Anyhow, it doesn't make me any better.
Sigh...
Kalau buka facebook, sorang kawan pun tak tanya khabar or comment on my status ke. CL bukan nak kejar like sangat pun but I need communication. Nanti ada la tu yang cakap " why don't you start first?"
Kadang-kadang, I did put my comment on their status. Heh, takde pun yang nak reply. At least put a smiley thou. :( Kadang-kadang, nak jugak masuk conversation, tapi, I do not feel I belong there since yang komen tu semuanya best friends with each other. Kadang-kadang, ada yang ajak keluar iftar. Thank you. Tapi, ajak berbuka dekat Sakae, takpun makan popcorn Garret. Dengan MYR27++ makan popcorn atau MYR 30++ makan dekat Sakae, I could minimize my budget and can save the whole week. ;) Kan you kan? :)
(yes, you, Ana Khaer)
(yes, you, Ana Khaer)
So, here I am. Stranded in nowhere. Laying sick on this abandoned island, waiting for someone to come and saves me. Happy 15th Ramadan! :)
| Its a lonely day and it's mine |
Wednesday, May 8, 2013
Hentikan Konflik Perkauman, Ini Kali Lah!
Assalamu'alaikum semua! :)
Ini luahan hati saya (personal opinon) yang selama ini setia menyokong Barisan Nasional kerana saya rasa terhutang budi dengan bakti yang telah dicurahkan oleh previous Prime Ministers kepada saya dan seluruh rakyat Malaysia. Apapun, PM kita yang ke 6, Datuk Seri Najib telah melaksanakan tanggungjawab beliau dengan sehabis daya dan Alhamdulillah, Malaysia kekal aman sepanjang di bawah pentadbirannya.
Saya megubah keputusan untuk menyokong PR sehari sebelum General Election. Bukan apa, saya ingin melihat dan merasai perubahan yang dijanjikan oleh PR. :)
Akan tetapi, tidaklah saya merasa kerana BN memenangi GE13. Bermula dari situ saya terdengar terma-terma sensitiviti perkauman yang cukup menyeksakan telinga. Kaum Cina dituduh itu dan ini. Dan saya, tidak berpuas hati.
Saya dibesarkan dalam masyarakat majmuk. Bermula dari tadika, saya sudah biasa bercampur dengan kanak-kanak daripada kaum lain. Saya bersekolah di tabika Perpaduan di mana saya bercampur dengan kawan-kawan berbangsa Cina dan India sehinggalah saya bersekolah menengah.
Hubungan saya dan mereka juga rapat. Malah saya berkongsi bekal dengan mereka dan kami masih lagi berhubung sehingga kini.
Petang tadi, saya ke KL Sentral, mahu makan KFC. Sedihnya, KFC tutup. Jadi terpaksalah saya makan di McD. Sedang saya duduk, saya ternampak seorang wanita India (Majesh namanya) dan seorang lelaki Cina (Nelson namanya) sedang mencari tempat duduk. Maka, saya mempelawa mereka untuk duduk bersama.
Kami berborak-borak. Tiada masalah. Tiada rasa benci.1 Malaysia yang aman seperti mana yang Datuk Seri Najib war-warkan.
Tiba-tiba.
Nelson bertanya kepada saya, "Awak sokong siapa?".
Saya senyum kemudian menjawab "Opposition".
"Apa yang kaum lain mahu sebenarnya daripada kerajaan Malaysia?". Saya bertanya, mengambil peluang untuk tahu.
"Kami mahukan keamanan, kesejahteraan, justice", Nelson tersengih sambil Majesh mengangguk tanda setuju.
Saya bertanya lagi, "Apa pendapat awak tentang BN"?.
Mereka menjawab, " BN racist".
Saya mengangguk tanda saya mendengar. Kalau BN kata DAP tu mementingkan hak kaum cina
apa pula bezanya UMNO?
kan?
Nelson menyambung, "kami sudah bekerja, membayar cukai, membantu ekonomi negara, apa yang kami mahukan ialah sedikit peluang untuk merasai hak yang sama sebagai rakyat Malaysia".
Saya diam. Boleh ke?
Sambil Nelson memakan kentang goreng saya (saya berkongsi fries dengan dia) dan Majesh sedang menikmati burgernya, saya terfikir "Boleh juga".
Saya di sini bukan ingin jatuhkan bangsa Melayu yakni bangsa saya sendiri, tetapi, saya rasa ada benarnya juga kata-kata Dr. Mahathir, "Melayu mudah lupa".
Orang melayu ini sifatnya malas dan suka memperolehi sesuatu secara makan suap. Kita boleh bezakan anak-anak melayu kita dengan anak-anak kaum lain. Even saya yang sedang menuntut di IIUM dapat merasai perbezaan antara student lokal dengan student International biarpun kedua-duanya pandai. Anak Melayu lebih conservative.
Kerajaan BN telah sedaya upaya menyediakan peluang-peluang yang begitu banyak untuk anak-anak melayu. Tapi apa yang kita buat? Duduk diam macam batu, bodoh tak nak tambah ilmu dan berdaya saing. Merempit, jual badan, hisap dadah, ponteng sekolah! Bak kata cikgu Kimia saya, anak melayu ini, tahu tambah keturunan saja. Tapi, tahu pula memekak bila tidak dapat hak yang kononnya hak mereka. Bagi saya, ini tidak adil. Golongan minoriti seperti Cina dan India haruslah dilayan dengan sebaik-baiknya.Apa kata,kita ikut apa yang Allah telah ajarkan kepada Rasululullah seterusnya disampaikan kepada kita.
"Man jadda wa jada"
Sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya.
Jadi, jikalau kita memberi peluang kepada anak-anak bangsa lain sama seperti anak melayu, saya rasa tiada masalah. Eh jangan?!!
Kenapa?Takut hilang kuasa?
Maka dengan itu, bangunlah!
Rajinlah anak melayu! Belajar bersungguh-sungguh, timba pengalaman sebanyak mungkin, bergaul lah dengan mereka yang bijak pandai dan dekat dengan agama.
Bukan berlagak dengan sembang kencang di warung kampung.Kalau katanya takut Cina memimpin, maka berubahlah! Jadilah anak melayu yang betul-betul sejati seperti pejuang-pejuang agama dan tanah air seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Dato' Bahaman dan lain-lain.
Allah pun suruh kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Tiada Allah bagi pada mereka yang malas.
Kalau katanya di Singapura, Cina memerintah dengan dasar ketidakadilan terhadap orang Melayu,apa beza dengan kita, Malaysia?
Melayu minoriti di Singapura.
Cina dan India minoriti disini.
Bagi saya, hormatilah semua kaum dan bangsa.
Kita manusia, berkongsi bulan dan matahari yang sama
Dunia ini tidak kekal, yang mengikuti nanti cuma amal kebaikan.

| Satu Malaysia! :) |
| Bersama rakan-rakan yang ceria. |
| Tiada perbezaan, kami semua rakyat Malaysia! (I yang paling comel dalam picture tu). |
Monday, March 18, 2013
Ini semua poyo!
Hek eleh, baru tak datang meeting sehari dah kecoh.
Tak datang bukan sebab tidur ke, makan angin ke, repair beca ke ape,
I ada program. Reti?
Dah tu, cakap orang tak sedar diri la apa la..tak reti urus masa la.
I rasa dalam banyak2 tu, I yang paling sibuk dan komited dengan biro I.
Oh for your information, CL semester ni pegang post dalam Psychology Students Association kat universiti ni.
Entahapa2. Cuba la ingat, in before, I datang meeting, bagi pendapat, join program. Ini baru sehari tak datang.
Yang lain tu, sampai 2 kali tak nampak muka, tak pulak kena marah.
Alah, korang boleh la poyo, korang bukan buat apa sangat pun kan?
Blah la.
Baru 2nd year, boleh la cakap.
Cuba ko jadi 3rd year macam aku ni. Tak cukup kaki ko nak jejak tanah. Sampai koyak2 kasut ko tau?
Last2, sebab aku ni malas nak bising, aku pun minta maaf la ye secara formal sebab tak datang meeting sehari. Ko rasa macam apa? Puas la kan?
Nakal sangat korang kan? Puih!
Sunday, March 17, 2013
May Allah bless him and each one of us
Assalamu'alaikum sweethearts.
Tadi, sambil2 mengulum2 asam dalam mulut, CL buka Facebook.
Menunggu khabar berita tentang seorang Professor di IIUM@UIAM, Prof Dr. Ghassan Taha Yaseen yang dimasukkan ke Hospital Gleneagles, Khamis lepas.
Dan hari ini (17/3/2013), pulanglah seorang scholar yang hebat kepada Penciptanya. Innalillah.
Menurut kawan CL, yang juga merupakan student kepada Prof, Prof dimasukkan ke hospital due to heart attack.
Prof Dr. Ghassan merupakan lecturer yang berasal dari Iraq, sudah berkhidmat selama 21 tahun di IIUM.
Semestinya, kehilangan beliau amat dirasai oleh seluruh Department of History and Civilization secara amnya dan ahli keluarga beliau secara khususnya.
Walaupun CL bukan student yang major in History, tapi melihat kawan CL menangis diatas riba CL sampai basah kain CL dengan air mata dia, menunjukkan betapa Prof Ghassan merupakan lecturer yang disayangi students.
Al Fatihah.
Dibawah ni, kata-kata dari kawan CL dari Department of History.
Bismillah
Assalamualaikum brothers and sisters in islam.
As most of us have heard, our dear Proffesor. Ghassan Taha Yaseen- from the department of History and Civilisation IIUM,
had recently suffered 2 severe heart attacks. He underwent 3 major surgeries and has been in the ICU ever since Monday morning.. Please make dua for him and his whole family as they are physically, emotionally and mentally drained.. May Allah keep them strong and patient. Ameen..
We are currently in need of URGENT donations due to the high cost of the surgeries and Medical charges which has exceeded RM 90,000, while insurance only covers only RM 40,000.
We were told that as each day passes this amount increases by RM 10,000. Below are the account details on which you can donate:
Account Holder Name: Abdul Aziz
Bank: Maybank
Acc Number: 164221439567
Swift code: MBBEMYKL
Branch: Jalan Gombak
Please pray for him and help spread the word.
Jazakallahu Khairan.

Saturday, March 16, 2013
Slow Saturday
Assalamu'alaikum orang-orang kampung Tora Ding Dang.
Hehe.
Wujud lagi blog ni rupanya. Ingatkan pihak blogspot dah sita tapak ni.
Maklumlah, tak bayar dengan entry yang berjela.
Apa benda nak update ni?
Sekarang, semua CL update kat Facebook la sayang-sayang ku.
Kalau nak gosip boleh la kot kat sini.
Kat Facebook, CL memainkan watak wanita solehah.
Kat blogspot ni, boleh la memainkan peranan kanak-kanak ribena dengan epal.
Assignment berlambak. Macam biasa. Selagi kaki ni masih kat dalam UIA, selagi itu esaimen akan datang tanpa malu-malu.
Tangan CL lenguh sangat. Semalam CL main archery. Hari ni swimming free style.
Betul2 orang kata pakai tulang empat kerat.
Tapi bentuk badan?
Masih lagi segi empat tepat.
Nanti kan, kalau CL dah ada baby, CL nak letak gambar baby banyak2 kat blog CL ni boleh kan?
Boleh laaaaaaa....
Kejap lagi dah nak cuti. CL dah tak sabar2 nak masak kat rumah. Kat sini, paling terer pun, CL masak nasi goreng planta pakai rice cooker kakak senior. Seksa Jah, Jenab. Ko takde papan andas kat sini. Terpaksalah ko guna buku2 tebal buat alas potong bawang. Hehehe. Ko jangan tanya aku potong bawang pakai apa.
Ok la.. dah tak de apa2 kot. Nanti kalau ada story yang best untuk dikongsi, CL post eh?
Tata.
Sunday, November 4, 2012
Big M
Hello. How have you been doing? Great?
I am still on my way to get the mood for tomorrow.
Tomorrow is Monday.
How many of you love Monday?
So far my weekend is an epic fail.
I've wrote my to-do list.
Still.. Running Man ruined it.
Ok, till then, happy Monday everyone. Assalamualaikum.
Wednesday, September 19, 2012
10 sebab mengapa susah kurus
Salaam. Hai semua. Nama saya Lina.
Boleh panggil saya Cik Lina. Kalau rasa nak jimat air liur, panggil CL je. J
CL berbadan besar@gemuk@sasa. Haha.
Tipulah kalau CL kata CL taknak kurus. Dulu2, memanglah ada cakap :” its okay,
you have a lot of time to be skinny in the grave”. Tapi……siapa taknak ada badan yang sihat kan? Berat
badan ideal, ukuran pinggang yang menarik..owhh.. itu semua ada dalam
kepala.
CL selalu cakap : “saya akan kurus,
suatu hari nanti”. Bila tu? Entaaahhh…
Kenapa saya susah nak kurus?
- Saya suka makan. Hobi saya makan. Saya bahagia bila saya dapat makan. Saat paling best bila anda kekenyangan.
- Saya rasa ada lagi yang lebih besar dari saya. Saya kira comel ape? Muehehe..kecik molek gitu.
- Saya tak de masa nak fikir semua tu. Rutin harian saya terlalu sibuk. Diet? Nantila lepas habis belajar.
- Saya seorang yang cepat jemu. Diet membosankan. Makanan kegemaran menjadi musuh saya ketika diet. Hanya sesekali kami berkawan.
- Kenapa saya perlu kurus? Saya tak ada sakit jantung, kencing manis, darah tinggi. Saya sihat.
- Berat badan saya belum mencecah 100 kilogram pun. Masih ada yang mampu angkat..thehehe. (gatal).
- Prinsip “its okay, u have a lot of time to be skinny in the grave”.
- Diet menyeksakan dan memenatkan. Makan Cadbury dan KFC memberikan rasa gembira buat saya.
- Kalau saya sakit pun, anda ke yang susah? Hmm…
- Jangan risau, masih ada lelaki yang sukakan perempuan berbadan macam saya. Mana saya tahu? Bacalah buku Steve Harvey.
Jadi… boleh kamu list kan mengapa saya
perlu kurus? Please.
Segala kata cacian, yang telah engkau
berikan, membuatku rasa kosong..kosong..kosong. Ade Jenab kesah?
Sunday, April 29, 2012
Untuk Kamu
Salaam. Tak apelah, walaupun saya malu, daripada awak merajuk, saya bagi. hehe.
Disebabkan ini blog saya, silalah baca luahan hati saya ni ye?
Saya memang poyo, tapi taklah poyo sangat.
Saya tak bagi tu pun bukan sebab saya rasa saya hebat.
Tapi.. Ya Allah..saya malu yang amat.
Awak tahu macam mana rasanye?
Rasa macam awak terkentut depan pakwe.
Kalau awak tertouching ke tiba-tiba.
tak payah simpan2, bagitau je saya.
Saya bukan jenis nak cakap2 belakang punya.
Gambarajah ni saya bagi bukan nak tunjuk saya power,
tapi saya nak awak baca,
kata-kata saya, dekat bahagian paling bawah tu ye?
![]() | ||||||
| Baca, kalau tak nampak, sila pakai kanta. |
lepas awak baca, JANGAN bagitahu sesiapa
sila klik atas ni.
Saturday, April 28, 2012
Seoul Garden Setapak
Assalamualaikum.. Mat Sobri mengetuk pintu.
Waalaikumusslam. Oh Sobri.. Ada apa kau kemari?
Eh, kak Maimun Saadon. Abang Juman ada?
Tak ada, dia pergi rumah Pak Maon Bajak hujung kampung, nak kutip hutang baju belia 4B kampung kita ni.
Oh. tak apelah, saya datang ni cuma nak sampaikan pesan dari seseorang kak Maimun oi.
Hah.. kali ni, budak bertuah mana yang upah kau jadi posto?
Budak poyo nama Lina Amalina dengan pesanan:
ASSALAMUALAIKUM SEMUA! APA KHABAR? MARI KITA BUKA MUKASURAT BARU?
hehe.. padan muka korang kena baca muqaddimah sikit punya bersimpang siur. Tadi ngantuk, sekarang ni lepas minum air Ribena tak ngantuk pulak. Hebat3. Tak ade banyak nak ceritanye pun cik Kuntom oi.... ade le nak ngabor, teman pergi ke Seoul Garden hari ni. Kebetulan, yang neman teman tu pon oghang kite jugewwww. Dalam entry kali ni, CL persembahkan Deq Ah, anak watan Perak Darul Ridzuan.
Kisahnya bermula ketika CL sedang menghentakkan muka berkali2 ke meja Library IIUM @ Dar al Kutub. Ini kerana tahap tensen yang dialami sangat tinggi ketika itu. Assignment yang diberi sangat susah ibarat nak pilih tarikh kahwin. Bila tensen, lapar la kan? Tiba2, CL teringat roomate CL punya cerita. "Sedap Lina, makan kat Seoul Garden.. Nyam3".. begitulah flashback saya. CL pun bertanya Deq Ah, " Dei, adek manneyys, mau pergi itu tempat nama Seoul Garden tak?" Deq Ah pun balas, " Teman ok je".
Setelah melihat planner masing2, today is the day people! Yeah! Korang tak perlu tahu apa yang terjadi sepanjang perjalanan. Apa yang CL nak bagitahu kat korang pasal Seoul Garden je.
Dekat area Gombak ni, branch terdekat kat Festivel City, Setapak. Ini address dia :
Seoul Garden - KL Festival City
Lot G38, Ground Floor, KL Festival City, 67, Jalan Taman Ibukota, Taman Danau Kota, , Setapak, Kuala Lumpur 53300..
Setibanya disana, okay la. Not so many ppl eat there. Memandangkan hari ni hari Jumaat. Jadi yang beriman dan tak uzur serta bukan perempuan pun tak ada lah. Pergi solat Jumaat. Cuma ada la 2,3 orang yang keliru dengan jantina diorang. Ada jugak yang buat macam Rumahku Syurgaku punya konsep. Hehe.
Datang2 je, macam biasa, tunjuk kad student. Dapat murah sikit. Hahaha. Kaya mana pun kita, kalau ada diskaun, sambar bhai! CL pergi time lunch hour. Lunch hour habis pukul 3.59 p.m. So, by four, dah kira harga lain sebab dinner. By the way, mungkin tak ramai orang sebab dah hujung2 sem kan? Kalau awak keluar awal2 sem, takpayah cerita la der. Semua orang mampu sebab time tu duit datang mencurah-curah, berkoyan2. Cuba try hujung sem,? Masing2 hanya mampu sorru maggi je kennn? Itulah pentingnya visi dan misi dalam hidup kita. Kita kena pandai plan dari segi masa mahupun financial. Cewah! Oraet, disebabkan CL dah pasang angan2 menggapai bintang siap2, CL belajar makan guna chopstik. Nak dekat 2 bulan la. Tengok tutorial nak pegang, nak sepit dekat youtube bagai. Korang ingat nak lilit shawl je perlu tutorial? heh! Hari ni, CL boleh la rasa bangga sebab tak kekok guna chopstik. Dekat sana tak bagi sudip tau uollls.
So, setelah memilih tomyam sebagai kuah untuk masak, apa lagi.. YEEEEHHAAA!!! makan.makan.makan.makan.sendawa,alhamdulillah.minum.minum.minum.
Konsep kat sini mungkin : Pay and eat everything- all you want. Hahaha. Air kat sini ada beberapa jenis. CL sempat minum Iced lemon tea dengan Honey green tea. Kami spent masa dalam tu nak dekat 2 jam jugaklah. Lepas habis makan, kami shopping kejap. Beli barang2 keperluan diri. Okay, berbalik pada Seoul Garden, pilihan makanan dia, not so many la.. sikit je. Tapi, overall memuaskan. Ada makanan korea, makanan kita pun ada. Sesuai la kot kalau nak gathering@ reunion dengan kawan2. I surfed the web yesterday, alhamdulillah, Seoul Garden ni halal. Kita kalau nak makan, jangan main bantai je. Asal sedap je telan. No2..bukan macam tu. Teliti dulu. Sebab makanan ni nanti jadi darah daging kita. Okay?
Baiklah, kita sambung balik ye? Dekat sini, layanan ok. Cuma pekerja dia takut2 nak senyum and kurang fasih berbahasa Inggeris mahupun Malay. Emm. semua lengkap, dari starter sampai ke desserts. Fresh dan sedap. Paling best? Masak sendiri. Lepas kita pilih2 apa yang kita nak mamam, kita kena masak sendiri. Bawak bakal mak mertua pun ok gak nih. Dan paling penting, before nak datang, jangan makan berat2 sangat. Nanti rugi sebab awak makan sikit. Bak kata Deq Ah : " Makan la lagi, rugi. Kita bayar mahal ni".
Salad2 dia pun sedap. Makanan Korea yang CL makan tadi, kimchi. The taste? Not really fit dengan my tastebud la. Saya orang Melayu,ehh.. Jawa lagi. Oh tapi kan, lotus dia sedap. Manis. Nak cerita banyak lagi ni.. tapi, takut korang pergi nanti tak suprise. Chicken Bulgoggi and the beef memang sedap. Tender je daging tu. Juicy. Lepas tu, the ice-cream pun sangat sedap! Memang berapa scoop CL amek tadi ye? Betul2 sedap. Letak breadcrumbs, raisins, nuts.. mammamia! Dan paling best, uoll boleh buat air batu campur@cendol@laicikang sendiri! Dari mengisar air batu guna machine, sampai la menaruk sirap, jagung segala bahan bagai.
Tapi kan... ada satu ni CL baca, dekat another branch, dirang charge u 6MYR per 100 g if u ada lebihan makanan. Itu bagus, sebab nak bagi ingat, jangan tamak dan jangan membazir. Makan sampai kenyang takpe, tapi jangan buang2. Lepas makan, uol exercise la. kan? So, in conclusion, Seoul Garden memang best. Sihat pun ye sebab takde makanan bergoreng except for the papadom, samosa and kuih Mantou. Apapun, it depends on u la ppl,. kalau u nak sihat, u kawal pemakanan u. Oraet? Haa.. Jumpa jugak dengan Jijah Jemain dan Halijah Kaslan tadi. Meriah uols. Diorang kirim salam. Nak pergi Seoul? Cuma Setapak aje.... Astalavista bebeh!
p/s: awak.. lain kali kalau awak nak datang tengok saya dekat UIA, kita makan kat sini ye? ;P
apa2pun, layan gambar ni dulu. Ironinya, kitorang baru ingat nak ambik gambar bila perut masing2 dah penuh.
![]() |
| Deq Ah |
![]() |
| Budak Poyo |
![]() |
| Candid! Ewah,sopannyewww. |
![]() |
| The last pieces @ chicken sze chuan |
![]() |
| Her plate |
![]() |
| Green Tea |
![]() |
| Ice-cream (dalam ni ada apple, chocolate, yam) |
![]() |
| Last piece of chicken dipped in Korean souce |
![]() |
| Mine with less cincau- self made. |
![]() |
| Beverages |
![]() |
| Bahan2 ABC, laicikang, cendol. |
![]() |
| le ice shaver |
![]() |
| sauce |
![]() |
| more sauce |
![]() |
| Korean chilli sauce |
![]() |
| Noodles centre everyone |
![]() |
| le pickles |
![]() |
| aaaa,..our favourite mushroom |
![]() |
| see?food. I tak makan sangat. |
![]() |
| chikin |
![]() |
| dalam running man ada mentioned pasal bulggogi. |
![]() |
| LIKE A BOSS |
![]() |
| alolo..tomey2 |
and then macam biasalah, gadis2 semasa macam kami ni, pantang jumpa toilet lawa sikit, mulalah ada sesi photoshoot.
![]() |
| 1.2. kachak! |
![]() |
| mamammia! |
Subscribe to:
Posts (Atom)