Wednesday, December 28, 2011

Single Sementara, Jodoh itu Rahsia Allah.

Assalamualaikum. Masih lagi dalam tempoh study week. Post kali ini CL tulis atas permintaan seorang sahabat yang berharap agar kisahnya dapat dijadikan tatapan umum. Walaubagaimanapun, namanya yang sebenar CL rahsiakan atas tujuan untuk menghormati hak peribadi individu tersebut. Cukuplah CL namakan dia sebagai Mahabbatun Minni binti Abdullah. :)Kisah kali ini, CL adaptasi mengikut gaya bahasa CL sendiri atau dalam bahasa mat rempitnya "gua punya suka la".Post ini telah diberi keizinan untuk dipaparkan oleh Mahabbatun Minni sendiri.

Satu titik, dua titik, tiga titik. Lama-lama bertitik-titik ia menitik. "Ya Allah, berilah aku kekuatan ya Allah, hanya Engkaulah tempat aku mengadu dan tempat aku meminta pertolongan, ameen". Dan mengalir lajulah air mata Mahabbatun Minni sehingga habis basah kolar bajunya. Dikesat pantas ketika melihat sahabatnya yang suka dipanggil Lina (CL la ni). Sahabatnya itu sedikit muram. Mahabbatun Minni terdiam. Tanpa diminta, Lina duduk disebelahnya. Mulut Lina tak henti-henti mengomel. Apa yang diomelkan? Wallahua'lam. 
"Mahabbatun Minni, awak kenapa?" , Lina bertanya apabila matanya menangkap kolam mata Mahabbatun Minni yang sudah penuh dengan takungan air mata. Terdengar esak tangis halus dilepaskan. "Tak ada apa-apa lah Lina, Minni okay je". Cuba berdalih walaupun dia tahu Lina akan bertanya sampai ada jawapan yang keluar dari bibirnya selain daripada jawapan "tak ada apa-apa". "Ei, ceritalah. Apa ni nangis sorang-sorang? Marilah kongsi, mana tahu, Lina boleh tolong. Tolong dengar pun tak apa, Minni. InsyaAllah, awak lega. Kita kan dah kawan lama, apa nak malu dengan saya?". Lina memujuk. Akhirnya, Minni mengalah. Memang tujuan dia berjumpa Lina petang itu pun untuk menceritakan masalahnya. 
" Ini pasal Fayad". Mahabbatun Minni meyebut nama itu perlahan. "Yusuf Fayad?" Lina mengangkat kening. "Hmm..apa pulak dia dah buat?", sambung Lina dalam hati. "Fayad dah lain, Lina. Dia dah tak macam dulu". Mahabbatun Minni menutur kata. "Apa yang lain? Dia dah makin handsome ke?", Lina mengagak tanpa berfikir panjang. "Tak, dia dah tak sayang Minni lagi", serentak dengan itu,air mata Minni kembali jatuh. "Dah, dah, jangan nangis", Lina memujuk sambil menyapu air mata Minni dengan tangan kanannya. Tangan kiri mengusap bahu Minni.
" Kalau dulu, Fayad selalu mesej saya, call saya. Tapi, sekarang tak lagi. Entahla Lina, Minni tahu, Minni tak cantik. Lina tengoklah Minni ni, dah la gemuk, hitam pulak tu, Ni, tengok muka Minni, berjerawat lagi. Fayad pulak handsome, dia mengaku dah ramai perempuan cantik suka kat dia. Bila Minni tanya kenapa dia tak mesej, dia jawab nak tak nak aje, kata tak nak ganggu Minni study. Dan dia dengan cepatnya nak habiskan mesej tu, paling Minni sedih, bila Minni minta maaf kalau Minni ganggu dia atau Minni buat rasa rimas, dia tak balas pun, Lina. Maknanya betul la kan Minni ni merimaskan dia? Padahal, dulu, kalau dia mesej, Minni tak pernah layan dia macam tu. Minni sedar, Minni tak layak untuk dia, macam langit dengan bumi. Minni tahu, orang handsome macam dia, dapat yang cantik. Macam Minni ni, kira dia salah pilih kot?" Minni bercerita sambil mengesat air mata yang makin laju turun ke pipi. '
"Minni...sabarlah ye? Minni jangan lah sangka Fayad tu yang bukan-bukan. Mungkin betul kot dia taknak ganggu Minni study". Lina cuba memositifkan telahan Minni. " Tak Lina, tak. Minni kenal macam mana Fayad tu. Dia bukan macam tu. Dua minggu tak sms, call Minni, tanpa sebab. Bila Minni bagi top up sikit dengan harapan dia mesej, satu je yang dia balas. Sekarang, Minni dah buat keputusan, Minni nak cermin diri Minni balik. Minni nak sedarkan diri Minni yang selama ni buta. Si hodoh ni nak bercinta dengan putera raja kacak, tak kan boleh, Lina. Minni yakin, dia dah jumpa yang lagi baik dari Minni, sebab tu dia macam tu". "Kenapa Minni nangis sebenarnya?" Lina bertanya. "Minni sayang dia. Tapi, dia tak pedulikan Minni dah. Minni rasa macam rendah aje, Lina. Boleh disepak-sepak. Dia buat Minni macam Minni ni tak ada harga pulak. Minni tahu, Minni tak lawa, tapi Minni ada perasaan. Kadang-kadang seronok tengok Lina, hidup tak ada masalah", Mahabbatun Minni cuba senyum. "Minni, setiap orang ada masalah, kecil atau besar. Nabi Muhammad sendiri pun pernah ditimpa masalah. Masalah ni kan kesusahan. Masalah ni umpama perkara wajib bagi kita ni, sebagai manusia. Allah nak tengok, sejauh mana kita boleh handle masalah tu dengan sekuat mana pergantungan kita ke DIA. Makin kita sabar, makin Allah sayang. Jangan harapkan manusia Minni, harapkan Allah. Lagipun, apa sangat lah kasih sayang Fayad tu? Korang bertunang pun belum. Heh.. Wanita baik macam Minni ni ramai syaikh-syaikh yang nak tau? Hehehehe... Masa kita jauh lagi sayang, kita tak tahu masa depan. Tak apelah kalau Fayad dah ada yang lain. Minni sabar, ada yang LEBIH BAIK Allah nak bagi kat Minni. Kan? Lupakan je Fayad tu. Sekarang, tumpukan pada peperiksaan akhir ni. Minni dah baca buku belum?" Lina bertanya lembut.
"Belum, tak boleh baca, sedih ingat Fayad". Minni mengalih pandangan ke rumput-rumput hijau. "Minni, tak boleh macam tu. Minni kena ingat, mak ayah kita hantar sini untuk study, belajar, jangan tersasar dari tujuan. Ingat tu. Minni sibuk-sibuk ingat Fayad, belum tentu Fayad ingat Minni". Lina menyindir. "Yelah Lina, terima kasih ye? Saya lega sikit dah. Terima kasih Allah bagi Lina kepada Minni, sekurang-kurangnya Minni sedar dan tahu apa yang patut Minni buat. ", Minni menadah tangan memandang ke langit. 
Petang itu, selesai sahaja pertemuan Mahabbatun Minni dengan Lina, dia bersiap-siap untuk menunaikan solat Maghrib. Dan tanpa sengaja, telinga Lina tertangkap bait-bait doa Mahabbatun Minni ketika dia ingin menghantar sedikit kudapan ringan ke bilik sahabatnya itu. "Ya Allah, andai Yusof Fayad itu jodohku, baik untuk agamaku, keluargaku dan diriku, cepat atau lambat, maka dekatkanlah hatiku dengan hatinya, dan jika dia bukan jodohku ya Allah, cepat atau lambat, maka pisahkanlah aku dan dia dengan penuh rasa redha dan tanpa rasa sakit dihati. Ameen ya Rabb". 

Wahai yang bernama lelaki, kalau engkau belum bersedia untuk memiliki hati seorang wanita itu, JANGAN sesekali engkau menyentuh hatinya kerana hati wanita itu lembut dan mudah tertipu dengan cinta palsu.
"Single lah untuk seketika untuk mengejar in a relationship yang kekal selamanya dibawah redha Allah, Tuhan yang Maha Esa serta mendapat restu ibu bapa yang insyaAllah menjamin bahagia gerbang mahligai yang bakal dibina". _Lina Amalina

Saturday, December 10, 2011

Hukum letak gambar orang tak tutup aurat



Salam. Tadi kan, CL ada letak satu post kat sini. Post tu bertajuk Edward Cullen. hehehe... Tapi, dalam post tu, CL letak gambar yang kawan CL edit. Cantik. <3. Gambar Edward dengan Bella. Tapi, muka Bella tu dah jadi muka orang lain. Adobe Photoshop katanya. Ok, semua tahu kan, Bella tak pakai tudung. Jadi muka yang ditampal di badan Bella tu adalah muka seorang muslimah yang sangat sangat menjaga auratnya. Sebelum CL letak, CL rasa tak sedap hati. Walaupun itu bukan gambar dia yang membuka aurat, tapi dengan menempelkan wajahnya kat gambar orang yang buka aurat, kelihatan seolah2 dia yang membuka aurat. Korang faham? Nah, ini contoh..

Ini George Bush. Walaupun dia bukan seekor itik, tapi dengan meletakkan mukanya dibadan itik, dia seolah2 menjadi seperti seekor itik. Jadi dalam rasa tak sedap tu, CL carilah pandangan ustaz2/ustazah2 yang mungkin boleh membantu. 

Cari punya cari, ini CL jumpa...





Emmm... alkisahnya. Bagi CL kan, walaupun gambar tadi tu dah bertukar wajah pelakunya, tapi still badannya tak ditutup dengan sempurna. Satu hal lagi, akan timbul fitnah pula dikalangan yang melihat nanti. yelah, gambar edit2 ni kan cantik, lawa, flawless. Takut nanti, orang yang hatinya sakit, bayangkan "Oh..macam tu bentuk badan dia kalau tak ade jubah kat badan".  Renung2kan, selamat beramal. :)