Assalamualaikum. :) TER rajin nak buat dua entry dalam satu malam. Luar biasa ke? Biase2 je lah cik Jah. Tadi, saja2 godek2, skodeng2 informasi dari stats. Nak le jugok teman nengok, sape le yang baik hati bace blog picisan teman ni haa.. eh2 amboi.. banyak pulak orang hari ni. Entri Resepi Nasi Bukhari, taklah menghairankan memandangkan hari ini masih lagi 9 Syawal. Tapi yang CL muskel ni, entri Jamban pun orang nak baca. Hahahaha.. Nak buat design jamban yang cantik agaknya. Kepada yang nak baca tu, silalah cari sendiri ye? Alah.. rajin2lah cari. Blog ni tak besar mana pun skala dia. Semuanya dihujung jari. (cakap macam ade je yang nak bace kan?)
Ok,itu muqaddimah. Isi sebenarnya,adalah ini.
Sesampainya CL di rumah nenek, CL nampak Ah Keong, pekerja ke big boss entah syarikat runcit Ban Joo.. Satu yang CL respek dekat Chinese ni, diorang rajin kerja, tak kira big boss ke, kuli ke, semua sama. Rajin kerja, tak kisah selekeh ke berpeluh ke, janji hujung bulan, Ka-ching! So, no wonder la they all cepat kaya dan senang kaya. (mungkin juga istidraj :) )
CL nampak banyaaaaak beras kampit. Beras Jati yang 5 kilo tu. CL kira2 tadi, ada la dalam 265 kampit. Tanya nenek, : "Beras apa tu nek?" Nenek cool macam biasa : " Beras fidhyah atok ea" .. Oh ..beras fidhyah arwah Atok ( huuuuuuuuuuuuuu......tak suka perkataan arwah atok).
CL pandang Ah Keong, CL senyum. Ah Keong tegur : "Amoi..."..
CL kesian tengok dia angkat beras banyak2 tu sorang2. Peluh2. CL tanya : "U boleh ka? Ada apa boleh tolong?"
Ah Keong jawab : "Eh, tak payah meh. Saya boleh punya". Nampak half dead liao. hahaha.
CL tak puas hati. Nak tolong jugak. Nak tolong jugak. CL duduk aje kat tepi pintu. Hahaha, biar Ah Keong rasa serba salah tak bagi tolong. Tiba2, makcik CL datang. Haaa..dia ni isteri tauke besar, CL panggil dia, Mak Ita.
Dia cakap kat Ah Keong " Itu beras cukup ka Ah Keong?"
Ah Keong reply : "Tak cukup kak, pinjam kedai.. bla bla bla bla ..... Entah ape2 lagi ntah. Tak dengar jelas.
Lepas tu, CL pandang Mak Ita, CL mengadu: " Kakak (membahasakan diri sebagai Kakak) nak tolong, dia tak bagi."
Mak Ita cakap kat Ah Keong: "Eh Ah Keong, ini anak saudara saya mau tolong, dia kata u tak bagi."
Ah Keong pandang muka CL sambil kata : "Aiyya mana boleh. Ini nanti Amoi buat kerja Amoi penat maa..sakit tau?"
Huh, malas nak layan Ah Keong. Last2 CL bangun, buat toast, goreng cekodok pisang kat dapur. lagi best..Hmmm..SELAMAT BERPUASA SUNAT SYAWAL SEMUA :)
Ah Keong |
Beras Fidhyah |
Van Ah Keong |