Salam. Ok, hai buku conteng. saya baru jumpa kamu hari ni. saya ada pen baru, kamu tahu? Jadi, saya boleh conteng2 kat mukasurat baru. Kamu suka kan?
Despite all the facts yang saya ni suka berlagak jadi omputeh, (definitely with a strong reason) , saya sebenarnya adalah seorang budak kampung yang tak pandai menggunakan verb apatah lagi grammar. To tell u the truth ppl, English saya sangatlah hanchor.. Well, kalau nak dibandingkan dengan kawan2 lain lah. Kalau nak dibanding dengan nenek, saya lagi terer. Muehehe..
Hari ini masih lagi hari raya Aidilfitri kan? Emm.. selamat hari raya semua, maaf zahir batin. CL berhari raya dengan t shirt dan seluar track. Sorang tetamu pun tak mai umah, takde rendang kat rumah, takde duit raya... SEBAB?? takde Atok. Enuff!! Malas nak cerita. Cukuplah readers tahu, atok yang paling CL sayang, yang paling CL sayang, yang paling CL sayang, Allah lagi sayangkan dia :) Al Fatihah.
So, dipandekkan cerita, maka sebagai cucu sulung, CL kenalah jaga nenek buat sementara waktu memandangkan pakcik2 makcik2 lain sibuk bekerja. Incek Ayah kerap tak ade, meeting sana-sini. Ibu pulak datang malam saja, siang dengan tanggungjawab dia sebagai isteri mithali. Jadi, yang nampak kosong dan free ialah Cik Lina Amalina.
Maka bermulalah kehidupan CL di kampung ( ceh, dia pun org kampung). Ini baru muqaddimah.
Alkisahnya, ini cerita sebenar. Dalam pukul 1.30 pagi, tiba2 sistem urinary CL buat hal. "Aduh, time2 macam ni pulak la nak keluar. Masa awal2 tadi, tak nak pulak. ya Allah.."
CL menjengah keluar tingkap, fine... pokok2 tinggi, parit, semua lengkap kat belakang rumah. Tandas kat luar. Sangatlah bagus. Dah tak tahan dah.. Ulang alik cari akal macam mana nak buang air. Habis lampu dapur, lampu luar dibukak. Haa..berani sikit dah. Tiba2, angin sepoi2 meniup rambut. Adusss....Sejuk. Tutup pintu balik. Terbayang2 wajah yang kusayang..eh2,bukan.. terbayang2 benda yang mengerikan seperti......
Langsuir |
Pocong |
Termasuk lah Hantu Kak Limah (yang ini tipu) |
menunggu di balik2 pokok pisang. Nak menangis waktu tu. Ini tak boleh jadi, pintu bilik nenek ku ketuk. Lama lah pulak. Tak putus asa walaupun tak ade sahutan ataupun sedecit suara.
Taknaklah terkeluar kat sini, ish...pesan CL pada diri sendiri. Akhirnya, setelah bekerja keras, nenek pun keluar dan nenek pun temankanlah CL ke tandas. (perkara wajib yang beliau sering lakukan). Nenek bukak pintu siap baca selawat dengan bismillah. CL? Heran, dah tak tahan sangat sampai tak sempat nak selawat. Yang dipikirnya, benda2 lain. Ok, setakat itu je cerita saja nak gebang untuk hari ini. Maaflah kalau gaya bahasa dah bertukar. I've mingled with boys for a few days. (which is all of them are my cousins). Sekian.
No comments:
Post a Comment