Salam. Hehe, amacam baca title kat atas? Have you ever twisted your tongue before? Kalau belum, try la sebut nama kuih lompang koko kukus tu laju-laju. Alkisahnya semalam, CL kat rumah. CL nampak ibu keluarkan acuan kuih yang sangat comel. CL kenal acuan tu, acuan kuih lompang. Tapi, CL pelik sekejap sebab ibu tak buat pun inti kelapa yang biasanya memang dijadikan inti untuk kuih lompang ni. Jadi, dengan penuh rasa muskel, CL pun bertanya lah : " Ibu, nak buat kuih apa ni? Kalau nak kata lompang, takde inti kelapa pun". CL memandang bekas yang berisi koko dengan penuh hairan. Ibu pun balas, " Haaa.. ibu nak buat kuih lompang jenis lain. Lompang koko yang ada lapis." Aik? Itu macam pun ada ka? CL tak banyak tanya, teruslah dengan kudrat yang masih berbaki (aitceh), CL pun bancuhlah tepung-tepung yang berkenaan. Resepi, sila rujuk dibawah ea? Kita enjoice gambar dulu. Selamat mencuba ye mama-mama sekalian. Assalamualaikum.
So, as promised, nah resepi :)
Resepi Lompang Koko Kukus
Bahan A
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula pasir
- 2 cawan santan pekat
- 1 sudu besar tepung beras
- 1 sudu besar tepung custard @ kastard
Bahan B
- 1 sudu teh koko
- 1 sudu teh coklat
- 1 sudu teh Nescafe
- 1 cawan air suam
Cara-cara
- Bancuh bahan A
- Tambah 1 sudu teh garam pada bahan A
- Bancuh bahan B dengan air suam
- Bahagikan pada dua adunan ( warna asal dan warna yang telah dicampur koko)
- Masukkan satu cawan air pada adunan asal tadi. (kasi tally/sama tahap kecairan)
- Lenserkan minyak pada acuan lompang supaya tidak melekat
- Tuang adunan asal, kemudian adunan coklat atau ikut suka uol lah pada acuan lompang tadi.
- Kukus lebih kurang 15 minit sampai masak
- Sejukkan sekejap kemudian tanggalkan kuih yang telah masak dari acuannya.
- Bungkus smart2 dengan daun pisang mengikut kreativiti anda.
- Kukus untuk kali kedua dalam masa 5-10 minit. Jangan lama2, nanti daun tak lawa, tak segar.
Voila.. :)
No comments:
Post a Comment