Monday, March 18, 2013

Ini semua poyo!

Hek eleh, baru tak datang meeting sehari dah kecoh. 
Tak datang bukan sebab tidur ke, makan angin ke, repair beca ke ape,
I ada program. Reti?
Dah tu,  cakap orang tak sedar diri la apa la..tak reti urus masa la.
I rasa dalam banyak2 tu, I yang paling sibuk dan komited dengan biro I.
Oh for your information, CL semester ni pegang post dalam Psychology Students Association kat universiti ni.
Entahapa2. Cuba la ingat, in before, I datang meeting, bagi pendapat, join program. Ini baru sehari tak datang.
Yang lain tu, sampai 2 kali tak nampak muka, tak pulak kena marah.
Alah, korang boleh la poyo, korang bukan buat apa sangat pun kan?
Blah la. 
Baru 2nd year, boleh la cakap.
Cuba ko jadi 3rd year macam aku ni. Tak cukup kaki ko nak jejak tanah. Sampai koyak2 kasut ko tau?
Last2, sebab aku  ni malas nak bising, aku pun minta maaf la ye secara formal sebab tak datang meeting sehari. Ko rasa macam apa? Puas la kan?
Nakal sangat korang kan? Puih!



 



Sunday, March 17, 2013

May Allah bless him and each one of us

Assalamu'alaikum  sweethearts.

Tadi, sambil2 mengulum2 asam dalam mulut, CL buka Facebook. 
Menunggu khabar berita tentang seorang Professor di IIUM@UIAM, Prof Dr. Ghassan Taha Yaseen yang dimasukkan ke Hospital Gleneagles, Khamis lepas.
Dan hari ini (17/3/2013), pulanglah seorang scholar yang hebat kepada Penciptanya. Innalillah.

Menurut kawan CL, yang juga merupakan student kepada Prof, Prof dimasukkan ke hospital due to heart attack. 
Prof Dr. Ghassan merupakan lecturer yang berasal dari Iraq, sudah berkhidmat selama  21 tahun di IIUM.
Semestinya, kehilangan beliau amat dirasai oleh seluruh Department of History and Civilization secara amnya dan ahli keluarga beliau secara khususnya.  

Walaupun CL bukan student yang major in History, tapi melihat kawan CL menangis diatas riba CL sampai basah kain CL dengan air mata dia, menunjukkan betapa Prof Ghassan merupakan lecturer yang disayangi students.

Al Fatihah. 

Dibawah ni, kata-kata dari kawan CL dari Department of History.


Bismillah
Assalamualaikum brothers and sisters in islam.

As most of us have heard, our dear Proffesor. Ghassan Taha Yaseen- from the department of History and Civilisation IIUM,
had recently suffered 2 severe heart attacks. He underwent 3 major surgeries and has been in the ICU ever since Monday morning.. Please make dua for him and his whole family as they are physically, emotionally and mentally drained.. May Allah keep them strong and patient. Ameen..

We are currently in need of URGENT donations due to the high cost of the surgeries and Medical charges which has exceeded RM 90,000, while insurance only covers only RM 40,000.
We were told that as each day passes this amount increases by RM 10,000. Below are the account details on which you can donate:

Account Holder Name: Abdul Aziz
Bank: Maybank
Acc Number: 164221439567
Swift code: MBBEMYKL
Branch: Jalan Gombak

Please pray for him and help spread the word.
Jazakallahu Khairan.


Saturday, March 16, 2013

Slow Saturday

Assalamu'alaikum orang-orang kampung Tora Ding Dang.
Hehe. 
Wujud lagi blog ni rupanya. Ingatkan pihak blogspot dah sita tapak ni. 
Maklumlah, tak bayar dengan entry yang berjela.
Apa benda nak update ni?
Sekarang, semua CL update kat Facebook la sayang-sayang ku.
Kalau nak gosip boleh la kot kat sini. 
Kat Facebook, CL memainkan watak wanita solehah.
Kat blogspot ni, boleh la memainkan peranan kanak-kanak ribena dengan epal. 
Assignment berlambak. Macam biasa. Selagi kaki ni masih kat dalam UIA, selagi itu esaimen akan datang tanpa malu-malu. 
Tangan CL lenguh sangat. Semalam CL main archery. Hari ni swimming free style. 
Betul2 orang kata pakai tulang empat kerat. 
Tapi bentuk badan? 
Masih lagi segi empat tepat.
Nanti kan, kalau CL dah ada baby, CL nak letak gambar baby banyak2 kat blog CL ni boleh kan?
Boleh laaaaaaa.... 
Kejap lagi dah nak cuti. CL dah tak sabar2 nak masak kat rumah. Kat sini, paling terer pun, CL masak nasi goreng planta pakai rice cooker kakak senior. Seksa Jah, Jenab. Ko takde papan andas kat sini. Terpaksalah ko guna buku2 tebal buat alas potong bawang. Hehehe. Ko jangan tanya aku potong bawang pakai apa. 
Ok la.. dah tak de apa2 kot. Nanti kalau ada story yang best untuk dikongsi, CL post eh? 
Tata.