Saturday, April 28, 2012

Seoul Garden Setapak

Assalamualaikum.. Mat Sobri mengetuk pintu.
Waalaikumusslam. Oh Sobri.. Ada apa kau kemari?
Eh, kak Maimun Saadon. Abang Juman ada?
Tak ada, dia pergi rumah Pak Maon Bajak hujung kampung, nak kutip hutang baju belia 4B kampung kita ni.
Oh. tak apelah, saya datang ni cuma nak sampaikan pesan dari seseorang kak Maimun oi.
Hah.. kali ni, budak bertuah mana yang upah kau jadi posto?
Budak poyo nama Lina Amalina dengan pesanan: 

ASSALAMUALAIKUM SEMUA! APA KHABAR? MARI KITA BUKA MUKASURAT BARU?

hehe.. padan muka korang kena baca muqaddimah sikit punya bersimpang siur. Tadi ngantuk, sekarang ni lepas minum air Ribena tak ngantuk pulak. Hebat3. Tak ade banyak nak ceritanye pun cik Kuntom oi.... ade le nak ngabor, teman pergi ke Seoul Garden hari ni. Kebetulan, yang neman teman tu pon oghang kite jugewwww. Dalam entry kali ni, CL persembahkan Deq Ah, anak watan Perak Darul Ridzuan.

Kisahnya bermula ketika CL sedang menghentakkan muka berkali2 ke meja Library IIUM @ Dar al Kutub. Ini kerana tahap tensen yang dialami sangat tinggi ketika itu. Assignment yang diberi sangat susah ibarat nak pilih tarikh kahwin. Bila tensen, lapar la kan? Tiba2, CL teringat roomate CL punya cerita. "Sedap Lina, makan kat Seoul Garden.. Nyam3".. begitulah flashback saya.  CL pun bertanya Deq Ah, " Dei, adek manneyys, mau pergi itu tempat nama Seoul Garden tak?" Deq Ah pun balas, " Teman ok je". 

Setelah melihat planner masing2, today is the day people! Yeah! Korang tak perlu tahu apa yang terjadi sepanjang perjalanan. Apa yang CL nak bagitahu kat korang pasal Seoul Garden je. 

Dekat area Gombak ni, branch terdekat kat Festivel City, Setapak. Ini address dia :
Seoul Garden - KL Festival City
Lot G38, Ground Floor, KL Festival City, 67, Jalan Taman Ibukota, Taman Danau Kota, , Setapak, Kuala Lumpur 53300..

Setibanya disana, okay la. Not so many ppl eat there. Memandangkan hari ni hari Jumaat. Jadi yang beriman dan tak uzur serta bukan perempuan pun tak ada lah. Pergi solat Jumaat. Cuma ada la 2,3 orang yang keliru dengan jantina diorang. Ada jugak yang buat macam Rumahku Syurgaku punya konsep. Hehe.

Datang2 je, macam biasa, tunjuk kad student. Dapat murah sikit. Hahaha. Kaya mana pun kita, kalau ada diskaun, sambar bhai! CL pergi time lunch hour. Lunch hour habis pukul 3.59 p.m. So, by four, dah kira harga lain sebab dinner. By the way, mungkin tak ramai orang sebab dah hujung2 sem kan? Kalau awak keluar awal2 sem, takpayah cerita la der. Semua orang mampu sebab time tu duit datang mencurah-curah, berkoyan2. Cuba try hujung sem,? Masing2 hanya mampu sorru maggi je kennn? Itulah pentingnya visi dan misi dalam hidup kita. Kita kena pandai plan dari segi masa mahupun financial. Cewah! Oraet, disebabkan CL dah pasang angan2 menggapai bintang siap2, CL belajar makan guna chopstik. Nak dekat 2 bulan la. Tengok tutorial nak pegang, nak sepit dekat youtube bagai. Korang ingat nak lilit shawl je perlu tutorial? heh! Hari ni, CL boleh la rasa bangga sebab tak kekok guna chopstik. Dekat sana tak bagi sudip tau uollls.

So, setelah memilih tomyam sebagai kuah untuk masak, apa lagi.. YEEEEHHAAA!!! makan.makan.makan.makan.sendawa,alhamdulillah.minum.minum.minum. 

Konsep kat sini mungkin : Pay and eat everything- all you want. Hahaha. Air kat sini  ada beberapa jenis. CL sempat minum Iced lemon tea dengan Honey green tea. Kami spent masa dalam tu nak dekat 2 jam jugaklah. Lepas habis makan, kami shopping kejap. Beli barang2 keperluan diri. Okay, berbalik pada Seoul Garden, pilihan makanan dia, not so many la.. sikit je. Tapi, overall memuaskan. Ada makanan korea, makanan kita pun ada. Sesuai la kot kalau nak gathering@ reunion dengan kawan2. I surfed the web yesterday, alhamdulillah, Seoul Garden ni halal. Kita kalau nak makan, jangan main bantai je. Asal sedap je telan. No2..bukan macam tu. Teliti dulu. Sebab makanan ni nanti jadi darah daging kita. Okay?

Baiklah, kita sambung balik ye? Dekat sini, layanan ok. Cuma pekerja dia takut2 nak senyum and kurang fasih berbahasa Inggeris mahupun Malay. Emm. semua lengkap, dari starter sampai ke desserts. Fresh dan sedap. Paling best? Masak sendiri. Lepas kita pilih2 apa yang kita nak mamam, kita kena masak sendiri. Bawak bakal mak mertua pun ok gak nih. Dan paling penting, before nak datang, jangan makan berat2 sangat. Nanti rugi sebab awak makan sikit. Bak kata Deq Ah : " Makan la lagi, rugi. Kita bayar mahal ni".
Salad2 dia pun sedap. Makanan Korea yang CL makan tadi, kimchi. The taste? Not really fit dengan my tastebud la. Saya orang Melayu,ehh.. Jawa lagi. Oh tapi kan, lotus dia sedap. Manis. Nak cerita banyak lagi ni.. tapi, takut korang pergi nanti tak suprise. Chicken Bulgoggi and the beef memang sedap. Tender je daging tu. Juicy. Lepas tu, the ice-cream pun sangat sedap! Memang berapa scoop CL amek tadi ye? Betul2 sedap. Letak breadcrumbs, raisins, nuts.. mammamia! Dan paling best, uoll boleh buat air batu campur@cendol@laicikang sendiri! Dari mengisar air batu guna machine, sampai la menaruk sirap, jagung segala bahan bagai. 

Tapi kan... ada satu ni CL baca, dekat another branch, dirang charge u 6MYR per 100 g if u ada lebihan makanan. Itu bagus, sebab nak bagi ingat, jangan tamak dan jangan membazir. Makan sampai kenyang takpe, tapi jangan buang2. Lepas makan, uol exercise la. kan? So, in conclusion, Seoul Garden memang best. Sihat pun ye sebab takde makanan bergoreng except for the papadom, samosa and kuih Mantou. Apapun, it depends on u la ppl,. kalau u nak sihat, u kawal pemakanan u. Oraet? Haa.. Jumpa jugak dengan Jijah Jemain dan Halijah Kaslan tadi. Meriah uols. Diorang kirim salam. Nak pergi Seoul? Cuma Setapak aje.... Astalavista bebeh!

p/s: awak.. lain kali kalau awak nak datang tengok saya dekat UIA, kita makan kat sini ye? ;P


apa2pun, layan gambar ni dulu. Ironinya, kitorang baru ingat nak ambik gambar bila perut masing2 dah penuh.

Deq Ah

Budak Poyo

Candid! Ewah,sopannyewww.

The last pieces @ chicken sze chuan

Her plate

Green Tea

Ice-cream (dalam ni ada apple, chocolate, yam)

Last piece of chicken dipped in Korean souce

Mine with less cincau- self made.

Beverages

Bahan2 ABC, laicikang, cendol.

le ice shaver

sauce

more sauce

Korean chilli sauce

Noodles centre everyone

le pickles

aaaa,..our favourite mushroom

see?food. I tak makan sangat.

chikin

dalam running man ada mentioned pasal bulggogi.

LIKE A BOSS

alolo..tomey2
  and then macam biasalah, gadis2 semasa macam kami ni, pantang jumpa toilet lawa sikit, mulalah ada sesi photoshoot.

1.2. kachak!

mamammia!

No comments: