Wednesday, April 25, 2012

Marah-Marah Sayang

Salaam. Hallu2.. Dah berzaman rasanya tak alih muka surat baru. Kerana? Sibuk sangat. Well, sebenarnya malas sangat. hehe. Nak tulis ape ea? Nak ucap selamat memasuki semester baru memang rasa dah terlambat sangat la, dah nak habis semester dah pun. :P Nak ucap birthday, nak ucap kat sape pulak ye? Hmm.. Ok lah, nak cerita tentang kata2 ini. "Kalau sayang orang, jangan sayang sangat, mana tahu nanti dia yang kita benci, kalau benci orang jangan benci sangat, mana tahu nanti dia yang kita sayang". Lebih kurang lah ye.

 Alkisahnya bermula ketika Jijah Binti Jemain (bukan nama sebenar) berasa sangat meluat tahap atromen gaban dekat Halijah Kaslan (nama pentas sahaja). Bukan apa, isy..si Halijah ni mulut dia pot pet pot pet...tak berhenti2. Si Jijah ni pulak jenis tak suka orang bising. Ditakdirkan Allah, disuruh la mereka berdua ni menjadi rakan sekumpulan untuk assignment subjek "Cara2 Menganyam Ketupat dan Membuat Penyapu Lidi" (subjek ini telah dimansuhkan pada peringkat universiti atas sebab kekurangan bekalan daun kelapa). 

Bermulalah episod dan epilog duka Jijah Jemain. Sebagai seorang pelajar cemerlang, Jijah lebih suka mengutamakan kualiti daripada kauantiti dalam kerjanya. Biar sikit anyaman ketupat hari itu, janji semuanya boleh buat isi beras. Halijah pula, sejak mula diberi tugasan untuk menganyam, mulutnya tak habis-habis bercakap. Kadang2 dalam 10 saat, 5 isu sekaligus dia masukkan. Ini membuatkan Jijah rasa nak bagi kaki je kat dia. Suruh senyap bila bekerja. Tu belum gabra si Halimah ni lagi bila daun kelapanya terkoyak. Bukan besar mana pun, besar lubang jarum. Kalau boleh, dia nak buat announcement bagi satu U tahu yang daun kelapa dia koyak. Kadang2, ada juga si Jijah Jemain ni menegeur si Halijah, tapi secara unverbal lah, bagi jeling sikit. Halijah merajuk. Alah, sensitif pulak makcik ni. Oleh itu, Jijah Jemain mengambil pendekatan untuk berdiam diri walaupun kadang2 nak aje ditampo mulut Halijah yang kadang2 overrated tentang ke "perfect" an dirinya sendiri. 

Tetapi, tahukah korang bahawa satu hari, Allah tunjukkan dekat Jijah, Halijah inilah yang boleh jadi kawan baiknya. Hahaha.. Disebabkan si Jijah ni pelajar pintar dan tak suka bising, ramai orang taknak berkawan dengan dia kecuali Halijah. Halijah pun begitu juga. Ianya disebabkan oleh kebisingan mulutnya dan kekerapan beliau melambung2 dirinya dihadapan orang lain. Bak kata seorang budak poyo, Lina Amalina, "Puji bukan main lambung". Hanya Jijah Jemain yang boleh bertahan dengan ketinggian decibel suaranya. Oleh itu, mereka mula sedar yang mereka melengkapi antara satu sama lain. Sejak dari hari itu, mereka berkawan baik dan kalau tak silap penulis, mengikut kata Temah Tamin, katanya, Ramli Masoud bagitahu yang Rahman Mutalib kata, dia dapat berita dari So'od Torek yang katanya terdengar perbualan si Latifah Janda dengan Wan Kaspi yang katanya Jijah Jemain dengan Halijah Kaslan nak pergi Seoul Garden hari Jumaat ni. 

sekian, salam hormat. 

No comments: