Tuesday, October 30, 2012

Fajitas Daging Puri Labu



Fajitas Daging Puri Labu.
Assalamualaikum everyone.   I am still in a festive mooood bebeh even though it ends today.
A lot of Qurban delicacies yang CL makan.  Huahua.. Berat badan? Lepas raya baru fikir.
So yesterday, ibu CL masak rendang daging cili api dan…….. yang ini special sikit.
Presenting….. Fajitas daging puri labu. Yeay!
Jadi, hari ini CL nak berkongsi resepi Fajitas daging yang ibu CL masak. CL tolong jugak la sikit-sikit.
In before, ibu CL dapat resepi ini dari rancangan “Resepi Sunnah”, TV9.  Cuma ibu altered a bit lah. In the show, chef buat Fajitas Ayam. Roti yang digunakan pun lain.

Bahan-bahan
  • 3 potong labu manis yang telah direbus. ( uol, ibu CL kata, Rasulullah suka makan labu manis. Makanan sunnah ni, insyaAllah.)
  • Daging (telah direbus) dipotong halus-halus.
  • Capsicum (lada benggala) warna hijau dan merah
  • Bawang besar sebiji
  • Roti putih (disarankan menggunakan Massimo ataupun Gardenia).
  • Rempah kari , serbuk lada hitam, sedikit serbuk perasa dan garam.

Cara-cara           
Bahan Inti

  1. Capsicum dan bawang besar dipotong dadu kemudian dicampurkan dengan daging yang telah dipotong halus tadi.
  2. Bubuh rempah kari, serbuk lada hitam, garam dan serbuk perasa.
  3. Gaul bagi rata.
  4. Tumiskan dengan minyak yang sedikit sehingga naik bau.
Beginilah rupanya setelah siap :)


Bahan Pelekat

Lenyek labu manis yang telah direbus tadi. Untuk pengetahuan, selain menyedapkan rasa Fajitas, labu ini berfungsi sebagai pelekat.

Steps
  • Mula-mula, tekan roti dengan penggelek.

  • Kemudian, sapukan labu yang telah dilenyek diatas permukaan roti.

  • Letakkan inti diatasnya.

  • Gulung roti.

  • SIAP!! Bismillah. 
 Oh yes, people, this is my 100th entry!! :) Hope you guys enjoy reading/ obtained something beneficial from "Behind Her Veil". Sorry for any shortcomings in my writing.Thank you. _CikLina.


Saranghaeyo readers!

 They are my best friends, my supporters, my financial controllers, my nightmare busters and my parents.

Tuesday, October 23, 2012

Apam Polkadot



Assalamualaikum. Hello everyone.
Rasanya belum lambat sangat nak ucapkan congratulation untuk pasukan Kelantan kerana telah membelasah ATM dengan hensemnya dalam piala Malaysia. 3-2 kan? Ok la tu.
CL sokong ATM. Takpelah ATM, musim depan buat sungguh-sungguh tau?
Tapi kan, pasukan pertama pilihan CL sudah semestinya Selangor. Gergasi Merah Kuning. Tempat tumpah darah kan? Ofkos sokongan tak berbelah bahagi.
Hari ini, 23/10/2012. Hari Selasa. Lepas Zuhur nanti CL kena drive ambil adik dari asrama. Kaki pun masih sakit. Takpelah, tekan paddle guna jari kaki. Muehehe.
Sebelum nak ambil adik, mesti nak masak-masak dulu kan kat dapur? Disebabkan perasaan malas yang amat sebab kaki CL sakit, CL pun buat apam polkadot je.
Begini cara-caranya ye?
Bahan-bahan diperlukan.

·         3 biji telur. Pakai gred C punya pun ok. (keluarkan dari peti ais)
·         200 gram gula
·         248 gram tepung superfine
·         1 kotak santan pekat. (Selalunya dalam 200 ml, tambah sikit air. Jadikan dalam 218 ml.)
·         2 setengah camca serbuk penaik
·         1 sudu makan ovellete
·         1 camca esen vanilla
·         Pewarna merah-hijau-kuning atau apa sahaja.
·         Bahan inti (CL pakai jem nanas. Ada orang pakai inti kelapa)
 
Cara-cara

  1.   Pukul semua bahan diatas kecuali inti dan pewarna selama 5 minit tanpa henti dengan kadar kelajuan yang sesuai sampai kembang.
  2.  Bahagikan adunan kepada warna-warna yang uols suka. Nak warna merah-hijau, bahagikan adunan satu warna merah, lagi satu warna hijau.
  3.   Sudukan sedikit adunan kedalam kertas muffin.  Cukup sehingga paras separuh kertas.
  4.   Letakkan inti.
  5.   Tutup kembali inti dengan adunan yang sama.
  6.   Titikkan adunan yang kedua (warna lain diatas adunan tadi) kan nak buat dot2?Uol boleh pakai piping bag, ataupun plastic yang dipotong hujungnya.   
  7.  Kukus selama 15 minit. Jangan lama-lama sangat. Nanti pecah tak cantik uol. Ngeri nak makan.               

Motif kan? Warna bendera Selangor

Merah- Kuning