Assalamualaikum. Hello everyone.
Rasanya belum lambat sangat nak
ucapkan congratulation untuk pasukan Kelantan kerana telah membelasah ATM
dengan hensemnya dalam piala Malaysia. 3-2 kan? Ok la tu.
CL sokong ATM. Takpelah ATM,
musim depan buat sungguh-sungguh tau?
Tapi kan, pasukan pertama pilihan
CL sudah semestinya Selangor. Gergasi Merah Kuning. Tempat tumpah darah kan?
Ofkos sokongan tak berbelah bahagi.
Hari ini, 23/10/2012. Hari
Selasa. Lepas Zuhur nanti CL kena drive ambil adik dari asrama. Kaki pun masih
sakit. Takpelah, tekan paddle guna jari kaki. Muehehe.
Sebelum nak ambil adik, mesti nak
masak-masak dulu kan kat dapur? Disebabkan perasaan malas yang amat sebab kaki
CL sakit, CL pun buat apam polkadot je.
Begini cara-caranya ye?
Bahan-bahan diperlukan.
· 3 biji telur. Pakai gred C punya pun ok. (keluarkan dari peti ais)
· 200 gram gula
· 248 gram tepung superfine
· 1 kotak santan pekat. (Selalunya dalam 200 ml, tambah sikit air. Jadikan dalam 218 ml.)
· 2 setengah camca serbuk penaik
· 1 sudu makan ovellete
· 1 camca esen vanilla
· Pewarna merah-hijau-kuning atau apa sahaja.
· Bahan inti (CL pakai jem nanas. Ada orang pakai inti kelapa)
Cara-cara
- Pukul semua bahan diatas kecuali inti dan pewarna selama 5 minit tanpa henti dengan kadar kelajuan yang sesuai sampai kembang.
- Bahagikan adunan kepada warna-warna yang uols suka. Nak warna merah-hijau, bahagikan adunan satu warna merah, lagi satu warna hijau.
- Sudukan sedikit adunan kedalam kertas muffin. Cukup sehingga paras separuh kertas.
- Letakkan inti.
- Tutup kembali inti dengan adunan yang sama.
- Titikkan adunan yang kedua (warna lain diatas adunan tadi) kan nak buat dot2?Uol boleh pakai piping bag, ataupun plastic yang dipotong hujungnya.
- Kukus selama 15 minit. Jangan lama-lama sangat. Nanti pecah tak cantik uol. Ngeri nak makan.
Motif kan? Warna bendera Selangor |
Merah- Kuning |
No comments:
Post a Comment