Friday, June 28, 2013

Polkadot Strawberry

Haiho! ( macam penapis air Hai-O je)

Bosan la malam ni. Heee.. Taktahu nak buat apa, mata tak ngantuk lagi. 
CL saja nak tayang apam polkadot yang CL buat sama-sama dengan ibu dan adik 2 minggu lepas untuk kenduri arwah masa dekat kampung.
Dah lama buat,baru nak tayang. Apedaaa~
Ibu buat dua adunan bermacam warna. Memang CL pun yang request. Nak buat warna-warni.
Kadang-kadang, bila tengok polkadot yang ada dekat event2 kenduri ke, hi tea ke, rasa sayang nak makan sebab lawa sangat. Ada bentuk lady bird, corak batik even smiley or cartoon character. Tabah sungguh tukang lukis tu ye. Tapi, bila CL tanya harga, humangaih! Sebiji ada yang sampai 80 sen. Depends pada corak la. Kalau cantik sangat, 1.50 sebiji. Haduiduidui..
Bagi CL la kan, ni my personal humble opinion aje, kalau tak setuju tak ape. Polkadot ni, firstly, untuk dimakan. Bukan untuk ditengok, diteliti dan ditatap lama-lama. Kedua, saiz dia kecik aje.. Lebih kurang untuk muat dalam paper cup kuih raya or tak pun besar macaroon. Kecik kan? Kalau dah sebijik tu 80 sen, 1.50 RM, macam tak berbaloi la. Bahan-bahan yang digunakan pun murah aje macam tepung gandum, gula halus, susu cair, telur. Dah kaut untung banyak sangat tu. Kan? Tak best la kalau mahal sangat, kak. Rasa pun biasa-biasa je. Heh. Corak je buat apa kalau rasa tak sedap. Nak jual corak ke nak jual kuih? Memang la presentation itu penting, I do agree with that, tapi, berpada lah dalam nak meletakkan harga. :) 
Dah-dah, tak boleh bebel panjang-panjang, karang ada yang marah CL. 
Back to the story, CL buat macam-macam corak. Mula corak buah nanas, lepas tu,adik CL dia minat BoiboiBoy, dia buat corak Adudu. Hehe. Ada corak tic tac toe lastly baru corak strawberry. CL dengan adik lukis. Penat jugak la. Dari lepas maghrib, pukul 12 malam baru habis. 
Tapi, Alhamdulillah, lepas habis kenduri, sebiji apam polkadot kitorang pun CL tak jumpa. Maknanya, sedap la tu. And comel. hehe.  Oh, and by the way, siapa yang duduk area Banting, kalau nak order polkadot dekat ibu CL, boleh saja. Tak mahal, sebiji cuma RM 0.30 sen sahaja. Murah kan? Sedap lagi. :)

Strawberries!

Chocolate Chips Cookies

Assalamu'alaikum!
Anyeonghaseyo!
Hi everyone!

Berdebu blog ni. Lama sangat tak conteng apa-apa. Sibuk dan malas. Dua faktor utama yang menyebabkan blog ini kosong hampir sebulan lebih, even dah nak masuk dua bulan! 

Emm.. Ramadhan is around the corner aje kan? Lepas Ramadhan, 'Eid ul Fitr ( Aidilfitri) pulak datang menyinggah. My roommate, Nana yang sangat comel orangnya dah semangat ajak CL list kan numbers of good deeds that we might want to do during Ramadhan nanti. Cute kan? :) 

Apapun, I've promised my little sister yang this raya I'll be making cookies. And one of them is Chocolate Chips Cookies. Haritu, CL ada buat dalam satu bekas@balang whatever u call it.  Ada la dalam 120 keping macam tu. Adik CL bawak pergi sekolah and all her friends kata sedap and crunchy macam ccokies dekat Subway. Ahaha. Kembang kempis hidung I!

Dapat kat mana lagi resepi ni, kalau bukan dekat myresepi. hikhik!

Bahan-bahan ( anggaran 100 biji )

  • 450g tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 250g mentega
  • 115g gula halus
  • 110g gula perang
  • 100g chocolate chips (yang ni CL tambah jadi 250 grams sebab nak banyak chocolate chips)
  • 3 sudu besar cocoa powder
  • 250g gajus(panggang dan cincang halus- (CL gantikan dengan badam sebab badam murah sikit. :-P)
  • 1 sudu kecil baking soda

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula sampai kembang
  2. Masukkan telur dan pukul lagi
  3. Masukkan tepung dan baking soda yang telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga chocolate chips dan kacau. 
  4. Masukkan gajus dan kacau lagi
  5. Buat bulat kecik-kecik dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai
  6. Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 15 minit 
In before, oven tu, uols boleh panaskan dalam suhu 160c selama 15 minutes sebelum masukkan cookies. :)

Selamat mencuba! <3 p="">

My first batch~