Friday, June 28, 2013

Polkadot Strawberry

Haiho! ( macam penapis air Hai-O je)

Bosan la malam ni. Heee.. Taktahu nak buat apa, mata tak ngantuk lagi. 
CL saja nak tayang apam polkadot yang CL buat sama-sama dengan ibu dan adik 2 minggu lepas untuk kenduri arwah masa dekat kampung.
Dah lama buat,baru nak tayang. Apedaaa~
Ibu buat dua adunan bermacam warna. Memang CL pun yang request. Nak buat warna-warni.
Kadang-kadang, bila tengok polkadot yang ada dekat event2 kenduri ke, hi tea ke, rasa sayang nak makan sebab lawa sangat. Ada bentuk lady bird, corak batik even smiley or cartoon character. Tabah sungguh tukang lukis tu ye. Tapi, bila CL tanya harga, humangaih! Sebiji ada yang sampai 80 sen. Depends pada corak la. Kalau cantik sangat, 1.50 sebiji. Haduiduidui..
Bagi CL la kan, ni my personal humble opinion aje, kalau tak setuju tak ape. Polkadot ni, firstly, untuk dimakan. Bukan untuk ditengok, diteliti dan ditatap lama-lama. Kedua, saiz dia kecik aje.. Lebih kurang untuk muat dalam paper cup kuih raya or tak pun besar macaroon. Kecik kan? Kalau dah sebijik tu 80 sen, 1.50 RM, macam tak berbaloi la. Bahan-bahan yang digunakan pun murah aje macam tepung gandum, gula halus, susu cair, telur. Dah kaut untung banyak sangat tu. Kan? Tak best la kalau mahal sangat, kak. Rasa pun biasa-biasa je. Heh. Corak je buat apa kalau rasa tak sedap. Nak jual corak ke nak jual kuih? Memang la presentation itu penting, I do agree with that, tapi, berpada lah dalam nak meletakkan harga. :) 
Dah-dah, tak boleh bebel panjang-panjang, karang ada yang marah CL. 
Back to the story, CL buat macam-macam corak. Mula corak buah nanas, lepas tu,adik CL dia minat BoiboiBoy, dia buat corak Adudu. Hehe. Ada corak tic tac toe lastly baru corak strawberry. CL dengan adik lukis. Penat jugak la. Dari lepas maghrib, pukul 12 malam baru habis. 
Tapi, Alhamdulillah, lepas habis kenduri, sebiji apam polkadot kitorang pun CL tak jumpa. Maknanya, sedap la tu. And comel. hehe.  Oh, and by the way, siapa yang duduk area Banting, kalau nak order polkadot dekat ibu CL, boleh saja. Tak mahal, sebiji cuma RM 0.30 sen sahaja. Murah kan? Sedap lagi. :)

Strawberries!

No comments: