Tuesday, August 6, 2013

Roti Jala

Assalamu'alaikum. Ohoiiiiiii dari mata bertentang mata. 
Finally, finally people. Roti jala I siap.
Tapi, rupa roti jala I sedih ayam sangat. Puncanya, CL terlajak tidur. Mula menjala pun pukul 6.30 petang. Aiyooo amma! 
Apapun, Alhamdulillah siap semua untuk iftar petang tadi.
Puan Ibu yang siapkan our main menu. Apa lagi kalau bukan masak lemak cili api kulit lembu yang kaw tu. :)
Kami orang ni, makin hujung Ramadan, makin malas nak masak. Taktahu la. Penat laaaa.. Nanti first day raya nak masak lagi. Huuuuu... :(

Anyway, ini gambar roti jala I. Very messy sebab I memang fail bab jala menjala ni. I expert men'joran' je. Hehe. Albeit the appearance yang sedih, the taste of my roti jala agak memuaskan. Bak kata Cik Adik, 
"sedap la kakak. Boleh jual. Adik bagi 4 and a half bintang". 
Thank you, dik. We all makan dengan kari telur yang pekat. Sedap. 
Dalam perut ni dah ada 5 keping roti jala dah. 

Kat bawah ni resepi bagi yang taktahu nak buat batter roti jala. Sama je la you all semua dengan CL. Hari ni first tme kot nak menjala. Berseorangan pulak tu.. sedih untuk kali kedua. 

Roti Jala (20-25 keping)

Bahan-bahan 

  • 2 cawan tepung gandum (diayak)
  • 2 biji telur
  • 2 cawan air
  • 1/4 cawan minyak
  • Sedikit garam dan pewarna kuning.

 Cara-cara

Lepas dah bancuh semua bahan diatas, hangatkan frying pan. Agak-agak la kepanasan dia. Kalau tepung tu tak melekat, kira cun la. Lepas tu, apa lagi? Menjala lah kita. Kalau tak tahu acuan roti jala tu macam mana, sila google. Hehehe. Tak mahal. Dalam 2.00 RM je kat Giant. Selamat mencuba!
 

My artwork. :)


No comments: