Saturday, December 10, 2011

Hukum letak gambar orang tak tutup aurat



Salam. Tadi kan, CL ada letak satu post kat sini. Post tu bertajuk Edward Cullen. hehehe... Tapi, dalam post tu, CL letak gambar yang kawan CL edit. Cantik. <3. Gambar Edward dengan Bella. Tapi, muka Bella tu dah jadi muka orang lain. Adobe Photoshop katanya. Ok, semua tahu kan, Bella tak pakai tudung. Jadi muka yang ditampal di badan Bella tu adalah muka seorang muslimah yang sangat sangat menjaga auratnya. Sebelum CL letak, CL rasa tak sedap hati. Walaupun itu bukan gambar dia yang membuka aurat, tapi dengan menempelkan wajahnya kat gambar orang yang buka aurat, kelihatan seolah2 dia yang membuka aurat. Korang faham? Nah, ini contoh..

Ini George Bush. Walaupun dia bukan seekor itik, tapi dengan meletakkan mukanya dibadan itik, dia seolah2 menjadi seperti seekor itik. Jadi dalam rasa tak sedap tu, CL carilah pandangan ustaz2/ustazah2 yang mungkin boleh membantu. 

Cari punya cari, ini CL jumpa...





Emmm... alkisahnya. Bagi CL kan, walaupun gambar tadi tu dah bertukar wajah pelakunya, tapi still badannya tak ditutup dengan sempurna. Satu hal lagi, akan timbul fitnah pula dikalangan yang melihat nanti. yelah, gambar edit2 ni kan cantik, lawa, flawless. Takut nanti, orang yang hatinya sakit, bayangkan "Oh..macam tu bentuk badan dia kalau tak ade jubah kat badan".  Renung2kan, selamat beramal. :)

Thursday, December 8, 2011

Forgive them. they didnt know.

Salam.

" Eh, tak jadi mainboard ke?", tanya seorang sister.
"No.. Lina tolak." Balasku acuh tak acuh. Sedih rasa bila melihat bakal barisan kepimpinan QYC akan datang. Sepatutnya, aku sudah ada diatas podium itu. Mengangkat baiah. Tapi, apakan daya. Aku lebih tahu keadaan diri aku.
"Tolak? Amboi, glamournya sampai tolak?" sinis sister tadi.
Dan ketika itu aku rasa nak menitik air mata. Sampai hati , kalaulah awak tahu kenapa saya tolak. 
"Saya tak boleh buat". Ringkas aku balas. 
"Belum cuba dah kata tak boleh buat"
 Nak menang jugak. Nada dia berkata seolah mengejek.

"Saya sakit". Dua perkataan yang aku beri. 
Dan ketika itulah penasihat kelab berkata, "Sesiapa yang tak aktif, starting from next semester, they will not get any accommodation. Yang selamat, first year and final year. The most vulnerable are second and third year students". 
:'( you guys know nothing. Really.
Dan ketika aku menangis malam itu, angin cuba menyapu air mataku. Sekian.


Saturday, October 8, 2011

B.O.R. ing

Assalamualaikum. 

CL saja nak tulis di laman blog ini kerana lecturer CL kata : "What are u not going to put on your Facebook, Twitter, now THAT u can put on your blog". 
Kawan CL pun terus mengangkat tangan tinggi2, lebih tinggi dari kepala dia : "So, u want us to brag ourselves"? 

LOL.

Wednesday, October 5, 2011

Satu Orang Banyak Nama

Assalamualaikum.

Alkisahnya ada satu orang ini, langkahnya tidaklah pantas, tidak pula perlahan.
Labuh jubahnya tidak pula menyapu tanah apatah lagi lantai.
Sneakers pink pula agak ringan dan selesa dipakai.
Orang ini berjalan ke kelas.
"Hai Amal". Kawan menegur.
Dibalasnya dengan hai juga sambil bibir melukis senyum.
Kemudian dia berjalan ke kafe.
Mahu isi perut.
"Hai Lina". Kawan lain pula menegur.
Dibalasnya dengan hai lagi.
Tiba-tiba ada suara syahdu.
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Dia diam. Menjawab azan satu per satu.
Usai azan, kakinya melangkah.
Tiba di masjid, tudungnya senget. Hujan lebat.
Dibetulkan. Kakinya ke tandas untuk melihat pantulan diri dalam cermin.
"Assalamualaikum Ummi".
Dia menoleh. Itu nama aku. Katanya.
Lalu dijawab, wa'alaikumussalam warahmatullah.
Selesai solat, ada yang melanggar bahu.
"Amni"...
Baiklah, "Hai Yan".
Kakinya merengek minta mahu pulang.
Sesudah Maghrib, telefon tangannya berbunyi.
Ibunya menyapa dengan lembut. "Assalamualaikum kakak".
"Wa'alaikumussalam ibu".
Sedang lena, ada yang mengejutkan.
"Amalina.. Amalina"..
Terpisat-pisat dia.
Sedang dia menulis, teringat pula akan seorang kawannya berkata.
"Saya panggil kamu, Linda".
Apa-apa aja, janji ada makna.
Ternampak pula dia akan buku Bahasa Arab di atas meja.
"Amelia, keif hal?", tanya rakan berlainan bahasa dan budaya.
Direnung pula buku bertajuk " Bila Allah Menduga Kita".
Pemberian daripada seseorang yang istimewa.
"Buku ni, Abang bagi kat S_ _ _ ng"
Hahahaha.. Lain pula namanya.
Ditenung pula kad identitinya.
Oh, Lina Amalina Maulad Noorhan nama dia.