Wednesday, October 5, 2011

Satu Orang Banyak Nama

Assalamualaikum.

Alkisahnya ada satu orang ini, langkahnya tidaklah pantas, tidak pula perlahan.
Labuh jubahnya tidak pula menyapu tanah apatah lagi lantai.
Sneakers pink pula agak ringan dan selesa dipakai.
Orang ini berjalan ke kelas.
"Hai Amal". Kawan menegur.
Dibalasnya dengan hai juga sambil bibir melukis senyum.
Kemudian dia berjalan ke kafe.
Mahu isi perut.
"Hai Lina". Kawan lain pula menegur.
Dibalasnya dengan hai lagi.
Tiba-tiba ada suara syahdu.
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Dia diam. Menjawab azan satu per satu.
Usai azan, kakinya melangkah.
Tiba di masjid, tudungnya senget. Hujan lebat.
Dibetulkan. Kakinya ke tandas untuk melihat pantulan diri dalam cermin.
"Assalamualaikum Ummi".
Dia menoleh. Itu nama aku. Katanya.
Lalu dijawab, wa'alaikumussalam warahmatullah.
Selesai solat, ada yang melanggar bahu.
"Amni"...
Baiklah, "Hai Yan".
Kakinya merengek minta mahu pulang.
Sesudah Maghrib, telefon tangannya berbunyi.
Ibunya menyapa dengan lembut. "Assalamualaikum kakak".
"Wa'alaikumussalam ibu".
Sedang lena, ada yang mengejutkan.
"Amalina.. Amalina"..
Terpisat-pisat dia.
Sedang dia menulis, teringat pula akan seorang kawannya berkata.
"Saya panggil kamu, Linda".
Apa-apa aja, janji ada makna.
Ternampak pula dia akan buku Bahasa Arab di atas meja.
"Amelia, keif hal?", tanya rakan berlainan bahasa dan budaya.
Direnung pula buku bertajuk " Bila Allah Menduga Kita".
Pemberian daripada seseorang yang istimewa.
"Buku ni, Abang bagi kat S_ _ _ ng"
Hahahaha.. Lain pula namanya.
Ditenung pula kad identitinya.
Oh, Lina Amalina Maulad Noorhan nama dia.

No comments: