Thursday, March 10, 2011

Bakal anak-anak Ummi dan Abi :)

Hari ini muncul lagi untuk menceritakan perihal semalam. Semalam,apabila melangkah saja kaki ni keluar dari kelas Islamic Aqidah,CL bertemu dengan seorang sister ni.cukuplah CL namakan dia sebagai Iffah. nampak begitu mesra dia dengan CL walhal baru bertemu di meja Ma'aruf Club untuk melihat buku2 yang dijual.waktu itu Asar baru sahaja masuk.CL sebenarnya sedang menunggu kawan CL,Rabiatul Qursiah kerana ingin memberikan barang miliknya yang sudah lama dititipkan oleh seseorang. Alhamdulillah,barang itu kini selamat ditangan tuannya.tidak perlulah CL berasa risau dan khuatir memegang amanah orang.berat rasanya.bukan CL seorang yang tidak amanah,bukan begitu,CL cuma takut kalau2 terjadi apa2 pada barang amanah yang CL jaga.
Si Iffah begitu ceria mengajak CL untuk solat berjamaah dengannya. walaupun ketika itu,CL mahu pulang secepat mungkin kerana ingin mandi (badan da bau ikan pekasam),tp CL memikirkan kebaikan solat berjemaah.Iffah dengan selambanya berkata, "awak nak seringgit ke 27 ringgit?" CL diam sebelum menyambung "mestilah 27". Fahamlah CL dia sedang membicarakan tentang ganjaran pahala solat berjemaah. Usai berjemaah,CL bersiap2 untuk pulang.ditahan lagi. "Jom baca al Waqi'ah". CL berpaling dan memberikan alasan " saya tak hafal". Dia kata "jom kongsi" sambil menunjukkan Quran kecil miliknya. entah kenapa,CL rasa seolah sudah lama mengenal Iffah.seronok bila kami sama2 berkongsi Quran kecil dan melagukan bacaan Waqi'ah.kadang2 CL terlanggar hukum2 tajwid.dengan rela hati,Iffah betulkan.terima kasih ukhti.selesai itu CL pulang bersama2 Iffah dan Julia,kawan CL yang kebetulan juga mahu pulang.kata Iffah "Fadhilat baca Waqi'ah ni,insyaAllah nanti Allah akan murahkan rezeki kita". insyaAllah. dalam perjalanan pulang,CL teringat2 nama ini.sejak CL melihatnya dibuku Tautan Hati karya kak Ha, CL sangat suka dengan nama ini. MARYAM AL MUQADDASAH. indah nama ini. sudah berangan2 CL.andai Allah kurniakan CL khalifah kecil,pasti nama Maryam al Muqaddasah ini CL berikan. Kedua,nama MARIAH AL QIBTIAH.siapa tidak kenal dengan wanita mulia ini,menjadi ibu kepada Ibrahim.Bapa Ibrahim ialah Muhammad S.A.W. :) kenal bukan? nama ini juga turut tersenarai sebagai nama2 pilihan buat bakal2 khalifah kecil CL.seterusnya, AL HAURA' MAQSURAH. nama ini ada didalam surah Ar Rahman. terlupa CL dengan pegangan CL "setiap anak2ku andai perempuan ingin kuletakkan LINA di permulaan seperti namaku LINA Amalina".nama2 ini begitu indah bagi CL.bagaimana pula jika Allah kurniakan putera? CL sangat suka dengan nama MUJAHID. dari dahulu lagi. MUHAMMAD MUJAHID.yang terpuji orang yang berjihad maksudnya,insyaAllah.bagaimana kalau ada lagi seorang putera? Nama SOLAHUDDIN AL AYYUBI menjadi pilihan CL.siapa tidak kenal pahlawan terbilang Islam ini yang membebaskan Baitul Maqdis dari tangan Yahudi laknatullah. Begitulah secara ringkasnya perancangan CL.CL bukan berangan dengan angan2 kosong, tidak! sebaliknya bermula dengan nama ini, insyaAllah CL akan cuba tarbiah bakal anak2 CL supaya nama2 yang mereka pegang membentuk personaliti seperti pemilik nama2 sebenar.insyaAllah. namun,segalanya sudah ada didalam pengetahuan al- 'Alim. CL hanya merancang, DIA yang menentukan.wallahua'lam :)

Wednesday, March 9, 2011

Garis Penamat dan Titik Mula

Salam sayang readers..apa khabar semuanya?dah lama CL tak hapdet belog nih..bukan ape cik Gayah, I ni bizi la lately..nasib baek tak ade black widow nak bersarang kan?hahaha..andai la mereka yang diluar tu terjumpa belog CL ni,mesti beristighfar panjang. Perwatakan yang kontra amat! ye2,diluar saya amat DIAM..ala2 gadis Melayu mutakhir gitu..haha..al hakikat,dalam blog..sukati aku la kan?site aku?aitceh..mula2 terfikir jugak nak delete post2 tertentu.tp,bila 80 juta kali pikir,rasa x payah kot? ni la diri CL kalau bercakap dengan keyboard. monolog dalaman.yela,betul ape?takkan korang cakap dengan diri korang macam ni : contoh nama Minah.
"Minah,saya rasa kita perlu berubah demi menjaga maruah diri. cuba Minah lihat diluar sana...blablabalablabla"....SKEMA OK??? so,mcm CL cakap, CL tak expect followers.so,sape  nak folo,silakanlah..sapa tak nak, ADA I KISAH? hahaha...sebab ni diri sendiri punya site kan..nak sopan pun macam errrrrrrr....hehehe..but still kene consider coz ade 10 pasang mata (berdasarkan jumlah followers) yang membaca. sebenarnya, adab sopan ni kita kena jaga hatta dengan diri sendiri. contoh CL nak bg, keperibadian molek milik Saidina Ali karamallahu wajhah. kenapa?jaga adab ke dia ni? ye kawan2. Saidina Ali sangat menjaga adab sopan biarpun dengan dirinya. Dia tak pernah melihat auratnya sendiri (berdasarkan apa yang CL baca)..sebab? malu..ye,kita jangan lupa,walaupun kita rasa kita seorang2, bukan bermakna kita boleh berbogel sesuka hati kan?ingat, malaikat itu ada disekeliling kita. cukuplah kita rasa malu dengan Allah yang sentiasa 24 jam melihat kita. alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah,CL da mula kembali ke imej asal CL semula.harap istiqamah ataupun bertambah baik lagi dari saat ke saat. apa imej lama CL? ye,dulu masa ditingkatan 1,2,3, CL bersekolah agama,bertudung labuh litup. Namun,kusangka panas hingga ke petang,rupanya syaitan itu BIJAK. naik form 4,CL sekolah Menengah Bestari,maka hilanglah tudung CL yang menutup badan.yang ada hanyalah tudung saji..haha..tak lah,tudung tiga segi.maka saat itu,bermulalah hidup CL sebagai pemakai tudung 3 segi tegar,tanpa stokin kaki.bangganya CL andai seluar CL ketat.bangganya CL andai mata2 lelaki melihat tubuh CL.cantik kononnya..wadehel!! fikiran separa longlai diracun bisikan2 berbisa.alhamdulillah,masuk ke CFS IIUM, CL mula la balik.kononnya sebab UIA kan? kene la pakai yang labuh2.baru orang nampak..JAHATnya hati dan niat CL ketika itu..baru CL sedar,selama CL bertudung,apa yang CL pakai,cuma untuk mengikut peraturan sesebuah institusi.jahilnya CL..namun,Allah itu Maha Penyayang. Hari demi hari,walaupun bangga dengan aurat diri ditayang sesuka hati, (biarpun masih bertudung) ditatap oleh lelaki2 yang tiada perisai diri, CL sebenarnya cukup kagum dan suka melihat mereka yang bertudung labuh.jauh disudut hati,merekalah yang tercantik di mata CL. Demi Allah!! mereka yang tercantik walau tiada secalit mekap.satu hari,di main campus Gombak, (UIA Gombak), CL beli satu buku ni. Pemilik Cintaku by kakak Fatimah Syarha. Beliau bekas mahasisiwi UIA,bersuamikan Dr.Farhan Hadi. Segalanya bermula dari situ. CL amat tertarik dengan gaya kehidupan muslimahnya.konsep baitul muslim yang dibina bersama suami membuatkan CL betul2 jatuh cinta.semakin kenallah CL pada Pencipta CL.kalau dulu,CL ambil enteng hal2 kewajipan.kini,insyaAllah CL akan perbaiki sikit demi sikit.perkenalan dengan kak Fatimah Syarha@kak Ha,membuatkan CL terus membeli karya2 hasil hunusan tinta pena beliau dan suami.terus amukan cinta datang menggulung hati CL.CINTA KEPADA PENCIPTA CL.juga cinta kepada kekasih kepada kekasih sejati CL, Rasulullah. tidak perlulah digambarkan bagaimana dan apa CL sekarang ini.cukuplah CL dan tunang  bermujahadah habis2an dalam menjaga hubungan kami lillahi ta'ala. Tiada panggilan telefon@sms sekerap dulu.alhamdulillah, dia redha dan dia faham.dan itulah sebenarnya yang dia inginkan dari dulu lg.terima kasih abang..walaupun dulu pakaian CL dikira menutup aurat oleh segelintir individu,namun bg CL,tudung yang menampakkan bentuk dada,kaki yang tidak berstokin tetap aurat..ye,memang rambut ditutup,bagaimana dengan dada?bahu?belakang?tutupkah?untuk kak Ha,kata2 perangsang dari akak,saya hargai dan insyaAllah saya ubah diri ini perlahan2 untuk menjadi mujahidah solehah seperti akak.amiin..untuk sahabat yang sentiasa memberi galakan,yang sentiasa ada dikala sakit pening,jatuh bangunku, Rabiatul Qursiah Binti Abdul Halim, sesungguhnya,sayangku padaMu, Allah lebih tahu..doaku moga kau,aku dan sesiapa yang berkaitan dengan kita,berada dibawah mahabbah dan redha Allah.untuk tunang, Iman, terima kasih tegur Lina selalu,terima kasih kritik panjang pendek pakaian Lina,terima kasih selalu buat Lina berfikir tentang kesalahan yang Lina lakukan samada sengaja ataupun tidak.hak abang,sebagai bakal suami,insyaAllah Lina pelihara.untuk abang sorang :)
tidak lupa kepada yang paling utama, pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul, ayah,ibu dan adik..kalian amat2 CL sayang lebih dari diri ni. CL mohon semoga Allah merahmati ayah ibu,CL mohon syurga Firdaus untuk ayah ibu..CL mohon Allah sayang ayah ibu macam ayah ibu sayang CL masa CL kecik. untuk adik tersayang, Munirah, peribadimu sebagai al hafizah,akan kakak ambil untik dijadikan ibrah dalam hidup kakak.biarpun kamu adikku,tidak bermakna ilmuku mengatasi kamu.akhir kalam,untuk readers, sayang kamu semua kerana Allah :)

Saturday, January 1, 2011

Nama Dia Syafiq Dan Saya Akan Jaga Dia :)

Salam tahun baru..ye,dalam mase lagi 30 minit CL akan menjadi 20 tahun..x nak tido la macam ni..nak tengok kot2 ade ape2 perubahan yang pelik pada badan..da 20 kan?huhu..kot la tetibe jadi ayu.so,today CL round2 gi pekan dengan kazen tercinta.Muhammad Syafiq.kitorang memang rapat sejak kecik.dia teman CL beli phone baru.ala..kudik je,x canggih pon.sebab phone CL yang lama da rosak.walaupon rosak sekali sekala,tp,yelah..sementara duit PT masih belum habis,ape salahnye CL beli phone baru..x mahal pon,harga lebih kurang sebiji Ferrari je..itu jela yang CL mampu (bapak bongkak)..phone tu kaler pink.cam pelik je kan?balik2 je rumah,CL nak tanggalkan kad sim yang telah berpindah ke rumah barunya,bantai kad sim kat phone baru x bole tanggal..alamak..CL da la sayang gila kat phone lama..phone baru tu CL pakai kalau ade kegunaan je.x cukup dengan tu,adik CL mengganggu x habis2.."kakak,kakak,kakak,kakak"..adoii!!! selagi CL x pandang selagi tu dia panggil..bukan ade bende penting pon,suruh tengok dia regangkan badan je ala2 ahli akrobatik amatur. tengah CL taip blog ni pon,dia mengganggu gugat kesabaran CL..dia hempok2 CL dengan bantal..last2,CL x layan,konklusion dia "kakak saya seorang yang penyabar"..kesian dia..x cukup perhatian dan kasih sayang dari CL..yeke? hemm..kehapenye,baru belikan dia 2 bar cokelat Cadbury,da tu mintak askrem pulak sebab cokelat tu manis..aiyyak.sambal tumis kerang betol! da kalau askrem pon konpem2 manis sayang oi..adui la..saba je la..esok nak belikan pulak askrem..askrem cap pong pong bole la..x nak sudah,CL makan sorang..k..setakat ni dulu la,CL nak tido..manyak letih jalan2 satu Banting maa..Phone tu CL namakan sebagai Syafiq..yeah,aku sayang ko Syafiq.

"harga henset CL menyamai harga kereta ini "(muka minta pelempang)
adik2 CL yang tercinta,tersayang..dan ternakal yang pakai tudung hitam tu :)
Syafiq

Thursday, December 30, 2010

Matamu Kucucuk Garfu

Salam comel untuk semua. Pepagi sebelum nak ke kelas ( kelas pertama pukul seploh) ape kate conteng2 sesuatu kat belog nih..hari ni CL bangun awal,pukul 5 pagi,terus mandi (bajet baik).then,bukak FB. Yep,kebanyakkan status Malaysia menang..Alhamdulillah.untuk pasukan Malaysia,tahniah untuk uols.dengar2 khabar dari wak Jabit,jumaat ni cuti peristiwa..iye ke?kalau betol,sangatlah bagus.sebab hajat dihati nak balik rumah..da terperap lama kat bumi UIA ni. so,mase tengah cekitout fb,jumpa satu link ni yang membawa CL terus ke blog GFREN abg Fahmi (penunggu gol Malaysia).cun oww..semoga bahagia hendaknya..GF abg Fahmi ni ade cakap,beliau sangat la terkejut sebab dengan tetibe berlambak2 orang nak follow blog dia,nak add dia kat FB bagai..mungkin status dia sebagai GFREN PENJAGA GOL MALAYSIA..hati2 kakak.kadang2 orang ni, intention dia kita tak tahu..perghh..kalaulah bofren CL dikalangan orang2 yang femes,da tentu berlambak folower kat linaamalina.blogspot.com nih..malangnye,itu semua hanya mimpi di pagi hari.kot la kan kalau tetibe Justin Bieber mintak jadi kakak angkat dia..meletop! haha..heran ah JB.wa layan Taio Cruz je.
Pagi ni,membebel pasal mata.."dari kerana mata,yang mempunyai kuasa"..lagu ni atok R.Azmi yang nyanyi..kecik2 dulu CL hapal lagu ni..paling best bab perkataan terkechiwa.pergh,sumpah kuno! hahaha..apehal dengan mata?tarapappa..CL cuma nak pesan,Allah bagi mata ni untuk kita melihat benda2 baik,bukan untuk lawan DIA balik.ni kadang2( dari pemerhatian CL yang rabun) pandang orang sinis semacam je..pernah dengar x,action speaks louder than word.menyampah tahap samosa la CL kat orang yang cara pandangan mata memang macam nak minta penampar free..pandang orang elok2 sudah la..ibu ayah CL selalu pesan,pandangan mata tu kene kawal..yelah,korang ingat kalau korang tenung2 orang tu semcam plus dengan jeling,ingat suke ke?menyampah tau x?tapi,x taula kalau korang tu ade masalah dengan mata..radang retina kot (bantai penyakit pelik)..wa memang tak tahan kalau orang pandang wa semacam..gunalah mata tu dengan elok.
Ada satu peristiwa yang CL nak cerita.mase CL habis kuliah,CL pon turunlah menggunakan tangga dari tingkat 4 (bajet eksesais).niat di hati nak pergi melantak.lapo weh..muka lecturer tu pon CL tengok da macam roti pisang.nasib baik x kugigit..so,dalam perjalanan nak turun ni,dua orang kakak senior berjalan didepan CL..eksaited nyanyi2 (janji korang bahagia).CL pon tunggu la diorang jalan..kalau ikut hati,memang kurempuh je.laju giler jalan cam sipot!aku da lapar ni..so,tetibe nak dijadikan cerita,ternampak la CL dengan seorang muslimin ni..pergh kau! Sikit punya tunduk brother ni nampak kakak2 tu..dia memang jage pandangan betol..CL kenal mamat ni mcm mane..sebab dari tahun lepas CL same2 dengan dia kat UIA Nilai,same2 jugak masuk UIA Gombak.kalau tanye CL,memang bole buat calon suami la..(bantai promote).
Yang bestnye,time CL nak lalu je sebelah dia,dia tanggalkan terus spek mata dia,(x nak pandang CL)walhal,dia masih lagi tunduk..dan ape salahnya kalau dia terus berjalan naik menggunakan tangga tu?..CL kan nak turun,jadi berselisih pon kejap je la..x de maknanye,dia tunggu jugak. memang CL jatuh hati betul time tu (dari mata jatuh ke hati)..tp,bile tengok cincin kat jari,cepat2 CL buang perasaan tu..huhu.so,kesimpulannya,brother ni memang baik for the first impression..lepas dari tu,bajet CL x lapar da..hahaha..bantai muka angau semacam,sengih sorang2..nasib baik x langgar tiang pejabat pos..cet! so rase2,sampai sini je la conteng2 CL..daa..salam.

“Katakanlah kepada orang-orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka”( Surah An-Nur : ayat 30,31)..


bole pandang,jangan la melampau sampai camni :)
atok R.Azmi
lelaki dambaanku..

Wednesday, December 29, 2010

MakBapakmu,MakBapakku Jua

Salam penuh kecintaan readers..hari ni,CL nak ucapkan ALHAMDULILLAH pada Allah kerana memberi CL kesempatan untuk hidup dan berpeluang untuk menghapdet blog..keduanya,TERIMA KASIH BANYAK2 untuk followers kesembilan,adik Inni Akhafullah (bukan nama sebenar..haha).syukran kathir adik..blog akak ni sangat2 lah biasa..tiada header yang menarik mahupun footer yang bergemerlapan..tp,insyaAllah,content blog ni,kakak cuba untuk bg sedikit pengisian..juga untuk sahabat tersayang,Amalina,SAYANG AWAK kerana sudi follow blog Amalina Noorhan.ok,enough with that..
Ape topik pagi2 bute ni?emm..yea,ade satu..berkenaan dengan IBUBAPA kawan2 kita..ape kes CL ni?kita berkawan dengan anak2 mereka,bukan mereka..haaa...mcm ni,malam tadi,(sekarang da pukul 1,so consider da pagi),ibu kepada kawan CL chat dengan CL kat facebook.kitorang berborak,macam2 hal kitorang cakap..(tidak termasuk gosip2 terkini dan kenaikan harga barang)..amboi,seronoknya ummi (panggilan CL kepada ibu kawan CL)bercerita. pot pet pot pet..CL pon layan je la..sesekali CL buat fakta baru.( konon nak tunjuk terer)..ummi puji CL..kate CL bagus.kenape?care CL layan dia rupanya.
Readers2,x salah kite berbuat baik dengan ibu bapa kawan2 kita,mereka pon mcm ibu ayah kita juga..jangan kita tau berkawan dengan anak mereka saje.jadilah juga kawan mereka.ade banyak kelebihan yang kita dapat.yang ade dalam kepala CL ni ade beberapa sahaja.itupon yang CL fikir mase tengah tengok cermin kat tandas..nasib baik tak menjelma ape2 kat cermin tu time hening2 camni..(takut tak?)
yang PERTAMA: dapat mengeratkan sillaturrahim..haa,yang ni memang betul.bukan kita dapat kenal diri kawan kita sahaja,malah keseluruhan keluarganya.kadang2,dari perilaku ibubapa kawan2 kita,kita bole describe ape yang boleh dan ape yang x boleh dilakukan oleh kawan kita..(muka korang nampak konfius dengan ayat ni)baiklah,contoh: kite kenal ibu ayah kawan kita,ayahnya berkopiah,ibunya berpurdah..x kan la kite dan2 nak ajak kawan kite gi clubbing ataupon tengok tarian tiang percuma..hahaha..kalau ajak jugak,memang sah hidup tak lama..
yang KEDUA: dapat mencerminkan ibubapa kita mendidik kita dengan baik..(kening korang terangkat sebelah tanda x faham) iyelah,kalau kita berkawan dengan ibubapa kawan kita,adalah wajib bukan nak menggoda).otomatik ibubapa kawan kita akan tanya: untuk kita berperangai sopan..lemah lembut,manis bicara dan tutur kata(kamu ni anak siapa?see?ibubapa kita jugak yang dapat nama.menunjukkan kita telah dididik dengan baik oleh mereka..janganlah pulak kita berperangai kurang ajar dengan ibubapa kawan kita,memang nak kene lenyek dengan jentolak je kalau perangai cam longkang DBKL.pesan ayah CL yang tercinta,ENCIK NOORHAN RUSDI( sila beri tepukan)," anak2 adalah cermin ibubapa".mcm mana perangai kita,menggambarkan asuhan yang kita dapat dari ibubapa.
yang KETIGA: yang ni CL senyum sorang2 sampai orang pandang2..(apehal budak ni?) kot la kan,kite da lame berkenan kat kawan kite tu,tp,malu nak cakap..haha..kita buat baik dengan ibubapa dia,mane tahu kan termasuk dalam Anugerah Calon Menantu Pilihan?hahaha..siapa tahu?tu semua rahsia Allah..kate orang,nak dapat anaknye,kene pikat ibu ayahnye dulu..huhu. tp,jangan pulak la korang buat perkara ketiga ni sebab korang memang nak tackle anak dia..main cengkelat tu..sekali dapat pasangan perangai cam Israel baru tau?balasan sebab korang buat baik tak ikhlas..
apepun readers,pesanan untuk CL jugak,berbuat baik tu mesti ikhlas dan jangan mengharapkan ape2 pujian mahupun ganjaran.Allah yang Maha Adil akan menilainya dengan seadil2nya..oraet?selamat beramal..


ya Allah,kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu aku masih kecil 
Amalina Surday
Amalina Noorhan

Tuesday, December 28, 2010

Kapel Kanibal

Salam kasih sayang readers2 semesta alam..apa khabar IMAN anda pagi ni?Iman CL setakat ni masih belum teruji,maklumlah masih pagi..hehehe..kenapa CL online pagi2? sebab CL x online malam la..hahaha..(saya suka gelak sorang2)..CL baru habis buat homework Arab dengan bantuan translator peribadi,Inchek Google..tp,kadang2,Inchek Google ni,lagi banyak dia translate untuk CL,lagi banyak CL x paham..paling teruk,x paham ape2 langsung! seketul2 dia translate..CL bukan x de kamus..ade kamus Marbawi merah CL tu.da lame CL pakai kamus tu,CL ingat lagi,CL beli kamus tu kat kedai Top Public dekat Banting mase umur CL 14 tahun.so,usia kamus tu sekarang da 5 tahun.lagi 5 tahun bolela masuk kategori barang2 antik..ok,stop cerita pasal kamus.
Pagi ni, mase CL bukak blog ni untuk meletakkan entri baru,mata sepet CL tertancap pada ruangan "Follow Me"..eh2,da ade 8 orang followers.siapa yang kelapan ni? ohh...brother Syafiq rupenye..berdasarkan data2 di cerebellum yang masih belum luput,CL teringat yang CL ade follow blog dia.kenapa? sebab CL tertarik dengan header blog dia.. "The SIR in The Making"..kalau x silap la..silap,minta maaf ye? CL doakan semoga bro Syafiq menjadi Sir peberet anak2 murid dan mak bapak anak2 murid..ameen.. oh ye,sebelum CL lupa,dekat blog bro Syafiq ni,dia ade tulis,"U follow I, I follow U"..lebih kurang macam tu la..jadi,pengajaran ape yang kita bole ambil dari sini? ape?ape?sape jawab dengan betul CL bagi hadiah sebungkus kerepek bawang cap Fazz Ent..hahaha..yang 500 gram punye.x pelah,biar CL jawab,dari karakter bro Syafiq ni kita dapat lihat bahawa dia x menipu dan x mungkir janji..inilah sifat yang patut ade dalam diri kita,bukan cakap x serupa bikin..ade paham?so,readers,inilah kehidupan.bagi mereka yang suka berfikir,setiap bende yang simple akan dapat mereka ambil untuk dijadikan pengajaran dan contoh..untuk bro Syafiq, TERIMA KASIH BANYAK.
ok,pagi ni,CL nak bercerita pasal semalam..semalam?ye,semalam..seperti biasa semalam CL pergi ke kuliah,menadah telinga,membuka minda dan melapangkan hati untuk mengutip cebisan2 ilmu Allah yang SANGAT luas..seperti kata bijak pandai, makin banyak aku belajar,makin aku rasa tidak tahu..merendah diri pun adalah satu sifat mahmudah..kan?jadi,selepas kuliah,CL duduk di masjid,dan merenung2 kembali segala nasihat yang orang2 sekeliling dah bagi..nasihat ibu ayah sentiasa kemas terpahat didalam hati..tu da permanent punye ingat.x yah nak renung2,tenung2,menung2..huhu..yang tinggal cuma aplikasi.dalam banyak2 nasihat tu,tetibe CL teringat nasihat seorang rakan ni.."JANGAN KAPEL"hmm.ok,jangan kapel.sebab kapel tu x elok..bla bla bla..( rase semua orang dah tau kan?) tapi,yang buat CL terpempan ialah tuan punya badan sendiri pulak berkapel..aik?..kenapa ni kawan? lu nasihat wa,lu pulak yang lebih (aitceh,gaya tak tahan)..x pelah,semoga dia buat pilihan yang betol..dan CL harap,adela mane2 recorder yang bole replay balik nasihat dia pada CL pada satu ketika dulu..CL x marah,jauh sekali berdendam atau cemburu..tapi,bagi CL,ape kata,sebelum nak nasihat orang,cermin2kan diri..PASTIKAN DIRI ANDA BETUL2 YAKIN YANG ANDA INSYAALLAH  AKAN MENGHINDARI PERKARA2 YANG ANDA LARANGI. kot2 mane tahu,kita terbuat satu hari..ibaratnya,nasihat orang jangan merokok,tp kat tangan dia sendiri ade rokok.
untuk kawan itu,saya sayang kamu dan saya doakan kamu bahagia bersama si dia..dan jagalah adab sopan semampu kamu.kalau CL nampak korang pegang2 depan CL,memang berdas2 CL bg..(kejam ke?)
seterusnya,yang CL nak bebel ialah...mengumpat..hmm..kadang2 kite x sedar bila kita mengumpat.mcm tulisan CL kat blog ni,CL kire mengumpat la ni..yang x bestnye kat sini,umpat lebih2..contohnya,hmm..ni yang selalu sangat CL nampak..dekat facebook.kemain korang en?sane umpat sini,sini umpat sane..lagi2 kalau gaduh...perang cyber! tu yang kita kadang2 x sedar,umpatan yang dilakukan oleh tangan..aik?yelah,jari yang menaip keburukan orang ni..lagi2 dengan sedapnye,disebut pulak name orang tu.contoh: "ala,si temah tu bukan baik sangat,ko tau hari tu aku nampak dia jalan2...bla bla bla.."..post pulak kat komen..memang berebut la orang nak bace dan bende tu pulak public..tu satu,kedua " to .............,dont mess up with me"..da di tag nye orang tu..kan aib?ketiga, "hari ni merajuk dengan suami,minta belikan itu pon x bole...pot pet pot pet..." kan?da terang2 orang tau sape suami awak..kekasih awak,mak ayah awak..x elok tau bukak aib orang,nnt Allah bukak aib kita balik..ok?ingat kan Allah berfirman dalam surah Hujurat ayat 12,insyaAllah,mafhumya " “Janganlah setengah kamu mengumpat orang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Sudah tentu kamu merasa jijik kepadanya. Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” 
ingat ni...seperti makan daging saudaranya yang telah mati..jijik kan?haaa..ni da kategori ape ni?dalam dunia,kita bole label manusia makan manusia ataupon nama manisnya Kanibal.. oraet readers,semoga kita dapat beramal bersama2 dan setiap perkara yang simple diambil pengajaran. wallahua'lam. 


kanibal paling ganas di alam buana

rupa korang bila bukak aib orang..haha

harapan dan impian :)

Sunday, December 26, 2010

Jamban

Salam kasih sayang readers..apa khabar IMAN anda hari ini? CL punye iman sekejap naik,sekejap turun..hehehe..oraet2..ape pulak yang CL nak tulis ni..ok,first thing is,CL tengok followers CL.ceh,da ade 6 insan..(termasuk diri sendiri)..hahaha..TERIMA KASIH BANYAK untuk Elly kerana menjadi follower ke 6.. kenapa gaya CL menulis cam batak je?hehe..sebab CL tak mengharapkan followers.bg CL, blog ialah diari online.walaupon,ade kajian membuktikan risiko mendapat sakit jiwa adalah lebih tinggi dikalangan mereka yang suka menulis diari..tp,sebagai student Psikologi dan sebagai seorang Muslimah, CL rase,x salah kalau CL x percaya..nama pon kajian..sifat kajian ni pulak sentiasa berubah2..ianya tak fix..dalam english kita sebut sebagai REsearch..REulangan..kan?kan?mana tahu,walaupon risiko sakit jiwa tu tinggi tapi possibility untuk pulih sangat cepat?who knows kan? ok2,jom cerita..huhu..tadi petang,CL turun makan dengan kakak angkat CL,kak Eymma bermaksud nama dia..CL makan soft soup@ bubur nasi..da jadi peberet pulak..CL siap interbiu makcik yang masak bubur ni..dia kata dia yang masak,dia yang wat sendiri dan dia yang jual..hari ni CL makan panas2 punye..sedap la. ok setakat ni pasal bubur nasi.the main thing yang CL nak cerita hari ni ialah pasal adab mandi..adab masuk tandas..jgn ingat CL nak melucah pulak..tak2,ni ilmu yang patut kita kongsi..jom kita tengok ape adab2 tu?

yang PERTAMA : baca doa masuk tandas. "Allahumma inni a'uzubika minal khubsi wal khabaais".
maksudnya: Ya Allah,aku berlindung denganMu dari godaan setan jantan dan setan betina.
yang KEDUA : tutup kepala..haa..yang ni ramai x buat,termasuk CL kadang2 terlupa..kalo da x tahan,main serbu je jamban tu..sekali x de air..hahahaha..moral :jangan tahan2 kencing.
yang KETIGA: pakai selipar..x kira la selipar cap ape..kalo kaya pakaila cap Crocs..kalau rase2 miskin tu,pakai la cap Panda..selipar jepun..ceh,baru CL perasan,dua-dua jenama hewan.hahaha.
yang KEEMPAT: jangan lame2 dalam jamban..suka betul duduk dalam jamban nape?ade bau Enchaunter ke dalam tu?
yang KELIMA:jangan cakap2 dalam jamban@tandas..nak cakap,setel kat luar..ni dok cerita resepi laksa dalam jamban..humangaih..
yang KEENAM: jangan MEMBAWA kalimah hadis atau Quran..x elok..
yang KETUJUH: jangan mandi TELANJANG..haaaaa!!!!!!!!!! ni yang CL nak bebel ni..korang tau x,kita x bole nampak setan@jin,tp,mereka boleh nampak kita..korang ingat diorang tengok tu xde perasaan ke?hahaha..kalau x,mane mungkin ade jin yang minat manusia..ha,take note ni.korang jadi pelakon lucah dalam jamban tu,diorang penontonnya.kot2 lagi diorang judge bentuk2 "aset" korang..hahaha..pergh!!sumpah la kan?lg2 anak dara,jage ye?pesanan ni pon,untuk CL juge..
yang KELAPAN: jangan makan dan minum..emm..sape lalu nak makan dan minum dalam tandas?euuuwww..geros!
yang KESEMBILAN:jangan menyanyi dalam tandas.haa..ni lagi satu,kalau korang perasan la sore korang tu sedap benor,bawak2 la korang mengaji Quran,dapat gak pahala daripada melalak entahapehape..CL pon suka nyanyi dalam tandas.bukan ape,dikhuatiri,kalau sore korang sedap ala2 CT SURHALIJAHMIZZHINA ke,TONYOK ke,sape2 jela.. ke,takut jin2 td,tertarik..dan jika suara korang sangat teruk,mengalahkan trompet sumbat,takut2 jin tu bengang,ditamponye korang sampai teleng..mau x?ustazah CL cakap,tangan jin ni besar,kalau dia tampar kita,kita bole teleng.
Jadi,disini CL nak bg pandangan,Islam agama yang penuh akhlak,penuh kasih sayang dan syumul..agama2 lain mane de bg semua ni?lihat,Allah sayang kita kan?ye,Dia sayang.jadi,untuk diri CL dan kawan2 yang terbace blog ni,selamat beramal..



Tandas gajah 



Selama CL hidup,tabung masid pernah la CL nampak,tabung tandas baru first time.

Muka Tandas :P  






Ngeri CL nak buang air kat tandas ni!

Tandas Idaman :P