Wednesday, March 9, 2011

Garis Penamat dan Titik Mula

Salam sayang readers..apa khabar semuanya?dah lama CL tak hapdet belog nih..bukan ape cik Gayah, I ni bizi la lately..nasib baek tak ade black widow nak bersarang kan?hahaha..andai la mereka yang diluar tu terjumpa belog CL ni,mesti beristighfar panjang. Perwatakan yang kontra amat! ye2,diluar saya amat DIAM..ala2 gadis Melayu mutakhir gitu..haha..al hakikat,dalam blog..sukati aku la kan?site aku?aitceh..mula2 terfikir jugak nak delete post2 tertentu.tp,bila 80 juta kali pikir,rasa x payah kot? ni la diri CL kalau bercakap dengan keyboard. monolog dalaman.yela,betul ape?takkan korang cakap dengan diri korang macam ni : contoh nama Minah.
"Minah,saya rasa kita perlu berubah demi menjaga maruah diri. cuba Minah lihat diluar sana...blablabalablabla"....SKEMA OK??? so,mcm CL cakap, CL tak expect followers.so,sape  nak folo,silakanlah..sapa tak nak, ADA I KISAH? hahaha...sebab ni diri sendiri punya site kan..nak sopan pun macam errrrrrrr....hehehe..but still kene consider coz ade 10 pasang mata (berdasarkan jumlah followers) yang membaca. sebenarnya, adab sopan ni kita kena jaga hatta dengan diri sendiri. contoh CL nak bg, keperibadian molek milik Saidina Ali karamallahu wajhah. kenapa?jaga adab ke dia ni? ye kawan2. Saidina Ali sangat menjaga adab sopan biarpun dengan dirinya. Dia tak pernah melihat auratnya sendiri (berdasarkan apa yang CL baca)..sebab? malu..ye,kita jangan lupa,walaupun kita rasa kita seorang2, bukan bermakna kita boleh berbogel sesuka hati kan?ingat, malaikat itu ada disekeliling kita. cukuplah kita rasa malu dengan Allah yang sentiasa 24 jam melihat kita. alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah,CL da mula kembali ke imej asal CL semula.harap istiqamah ataupun bertambah baik lagi dari saat ke saat. apa imej lama CL? ye,dulu masa ditingkatan 1,2,3, CL bersekolah agama,bertudung labuh litup. Namun,kusangka panas hingga ke petang,rupanya syaitan itu BIJAK. naik form 4,CL sekolah Menengah Bestari,maka hilanglah tudung CL yang menutup badan.yang ada hanyalah tudung saji..haha..tak lah,tudung tiga segi.maka saat itu,bermulalah hidup CL sebagai pemakai tudung 3 segi tegar,tanpa stokin kaki.bangganya CL andai seluar CL ketat.bangganya CL andai mata2 lelaki melihat tubuh CL.cantik kononnya..wadehel!! fikiran separa longlai diracun bisikan2 berbisa.alhamdulillah,masuk ke CFS IIUM, CL mula la balik.kononnya sebab UIA kan? kene la pakai yang labuh2.baru orang nampak..JAHATnya hati dan niat CL ketika itu..baru CL sedar,selama CL bertudung,apa yang CL pakai,cuma untuk mengikut peraturan sesebuah institusi.jahilnya CL..namun,Allah itu Maha Penyayang. Hari demi hari,walaupun bangga dengan aurat diri ditayang sesuka hati, (biarpun masih bertudung) ditatap oleh lelaki2 yang tiada perisai diri, CL sebenarnya cukup kagum dan suka melihat mereka yang bertudung labuh.jauh disudut hati,merekalah yang tercantik di mata CL. Demi Allah!! mereka yang tercantik walau tiada secalit mekap.satu hari,di main campus Gombak, (UIA Gombak), CL beli satu buku ni. Pemilik Cintaku by kakak Fatimah Syarha. Beliau bekas mahasisiwi UIA,bersuamikan Dr.Farhan Hadi. Segalanya bermula dari situ. CL amat tertarik dengan gaya kehidupan muslimahnya.konsep baitul muslim yang dibina bersama suami membuatkan CL betul2 jatuh cinta.semakin kenallah CL pada Pencipta CL.kalau dulu,CL ambil enteng hal2 kewajipan.kini,insyaAllah CL akan perbaiki sikit demi sikit.perkenalan dengan kak Fatimah Syarha@kak Ha,membuatkan CL terus membeli karya2 hasil hunusan tinta pena beliau dan suami.terus amukan cinta datang menggulung hati CL.CINTA KEPADA PENCIPTA CL.juga cinta kepada kekasih kepada kekasih sejati CL, Rasulullah. tidak perlulah digambarkan bagaimana dan apa CL sekarang ini.cukuplah CL dan tunang  bermujahadah habis2an dalam menjaga hubungan kami lillahi ta'ala. Tiada panggilan telefon@sms sekerap dulu.alhamdulillah, dia redha dan dia faham.dan itulah sebenarnya yang dia inginkan dari dulu lg.terima kasih abang..walaupun dulu pakaian CL dikira menutup aurat oleh segelintir individu,namun bg CL,tudung yang menampakkan bentuk dada,kaki yang tidak berstokin tetap aurat..ye,memang rambut ditutup,bagaimana dengan dada?bahu?belakang?tutupkah?untuk kak Ha,kata2 perangsang dari akak,saya hargai dan insyaAllah saya ubah diri ini perlahan2 untuk menjadi mujahidah solehah seperti akak.amiin..untuk sahabat yang sentiasa memberi galakan,yang sentiasa ada dikala sakit pening,jatuh bangunku, Rabiatul Qursiah Binti Abdul Halim, sesungguhnya,sayangku padaMu, Allah lebih tahu..doaku moga kau,aku dan sesiapa yang berkaitan dengan kita,berada dibawah mahabbah dan redha Allah.untuk tunang, Iman, terima kasih tegur Lina selalu,terima kasih kritik panjang pendek pakaian Lina,terima kasih selalu buat Lina berfikir tentang kesalahan yang Lina lakukan samada sengaja ataupun tidak.hak abang,sebagai bakal suami,insyaAllah Lina pelihara.untuk abang sorang :)
tidak lupa kepada yang paling utama, pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul, ayah,ibu dan adik..kalian amat2 CL sayang lebih dari diri ni. CL mohon semoga Allah merahmati ayah ibu,CL mohon syurga Firdaus untuk ayah ibu..CL mohon Allah sayang ayah ibu macam ayah ibu sayang CL masa CL kecik. untuk adik tersayang, Munirah, peribadimu sebagai al hafizah,akan kakak ambil untik dijadikan ibrah dalam hidup kakak.biarpun kamu adikku,tidak bermakna ilmuku mengatasi kamu.akhir kalam,untuk readers, sayang kamu semua kerana Allah :)

2 comments:

amalinasurday said...

CL, saya doakan kebahagiaan di dunia n akhirat b'sama keluarga..sentiasa yakin yg Allah b'sama kita wlaupun ssh senang...luv u fillah...n saya akan sentiasa doakan awak dpt jodoh yg baik....awak kawin dululah jwpnya...huhu...

Cik Lina said...

amalina,terima kasih atas doa :) kahwin lambat atau cepat,itu Allah yang menentukan..entah2 awak dulu x?bukan yang pendiam selalu kahwin awal ke?hehe.