Thursday, March 10, 2011

Bakal anak-anak Ummi dan Abi :)

Hari ini muncul lagi untuk menceritakan perihal semalam. Semalam,apabila melangkah saja kaki ni keluar dari kelas Islamic Aqidah,CL bertemu dengan seorang sister ni.cukuplah CL namakan dia sebagai Iffah. nampak begitu mesra dia dengan CL walhal baru bertemu di meja Ma'aruf Club untuk melihat buku2 yang dijual.waktu itu Asar baru sahaja masuk.CL sebenarnya sedang menunggu kawan CL,Rabiatul Qursiah kerana ingin memberikan barang miliknya yang sudah lama dititipkan oleh seseorang. Alhamdulillah,barang itu kini selamat ditangan tuannya.tidak perlulah CL berasa risau dan khuatir memegang amanah orang.berat rasanya.bukan CL seorang yang tidak amanah,bukan begitu,CL cuma takut kalau2 terjadi apa2 pada barang amanah yang CL jaga.
Si Iffah begitu ceria mengajak CL untuk solat berjamaah dengannya. walaupun ketika itu,CL mahu pulang secepat mungkin kerana ingin mandi (badan da bau ikan pekasam),tp CL memikirkan kebaikan solat berjemaah.Iffah dengan selambanya berkata, "awak nak seringgit ke 27 ringgit?" CL diam sebelum menyambung "mestilah 27". Fahamlah CL dia sedang membicarakan tentang ganjaran pahala solat berjemaah. Usai berjemaah,CL bersiap2 untuk pulang.ditahan lagi. "Jom baca al Waqi'ah". CL berpaling dan memberikan alasan " saya tak hafal". Dia kata "jom kongsi" sambil menunjukkan Quran kecil miliknya. entah kenapa,CL rasa seolah sudah lama mengenal Iffah.seronok bila kami sama2 berkongsi Quran kecil dan melagukan bacaan Waqi'ah.kadang2 CL terlanggar hukum2 tajwid.dengan rela hati,Iffah betulkan.terima kasih ukhti.selesai itu CL pulang bersama2 Iffah dan Julia,kawan CL yang kebetulan juga mahu pulang.kata Iffah "Fadhilat baca Waqi'ah ni,insyaAllah nanti Allah akan murahkan rezeki kita". insyaAllah. dalam perjalanan pulang,CL teringat2 nama ini.sejak CL melihatnya dibuku Tautan Hati karya kak Ha, CL sangat suka dengan nama ini. MARYAM AL MUQADDASAH. indah nama ini. sudah berangan2 CL.andai Allah kurniakan CL khalifah kecil,pasti nama Maryam al Muqaddasah ini CL berikan. Kedua,nama MARIAH AL QIBTIAH.siapa tidak kenal dengan wanita mulia ini,menjadi ibu kepada Ibrahim.Bapa Ibrahim ialah Muhammad S.A.W. :) kenal bukan? nama ini juga turut tersenarai sebagai nama2 pilihan buat bakal2 khalifah kecil CL.seterusnya, AL HAURA' MAQSURAH. nama ini ada didalam surah Ar Rahman. terlupa CL dengan pegangan CL "setiap anak2ku andai perempuan ingin kuletakkan LINA di permulaan seperti namaku LINA Amalina".nama2 ini begitu indah bagi CL.bagaimana pula jika Allah kurniakan putera? CL sangat suka dengan nama MUJAHID. dari dahulu lagi. MUHAMMAD MUJAHID.yang terpuji orang yang berjihad maksudnya,insyaAllah.bagaimana kalau ada lagi seorang putera? Nama SOLAHUDDIN AL AYYUBI menjadi pilihan CL.siapa tidak kenal pahlawan terbilang Islam ini yang membebaskan Baitul Maqdis dari tangan Yahudi laknatullah. Begitulah secara ringkasnya perancangan CL.CL bukan berangan dengan angan2 kosong, tidak! sebaliknya bermula dengan nama ini, insyaAllah CL akan cuba tarbiah bakal anak2 CL supaya nama2 yang mereka pegang membentuk personaliti seperti pemilik nama2 sebenar.insyaAllah. namun,segalanya sudah ada didalam pengetahuan al- 'Alim. CL hanya merancang, DIA yang menentukan.wallahua'lam :)

No comments: