Thursday, May 5, 2011

MITIB: Replies for Romeo. (saya-suka-post-yang-ini!)

Assalamualaikum..Jangan marah andai post CL kali ke....berapa tah?- tak ingat la- telah menyemakkan uol punya reading list. Kalau tak nak baca, abaikan aje ye? Hehehe..Kan CL da bgtau awal2, ini diari online CL.
Sakit pinggang hari ni. Penat bermain dengan adik kecik. So, takmau merapu2. Jom cerita! Ade je cerita kan? Penglipur lara part time ape? hehe..
CL nak cerita pasal adik CL. Kalau nama sebenar CL ialah-korang-carilah-sendiri, nama adik kesayangan CL pulak, Lina Munirah Zahidah. Umurnya baru 16 tahun dan bersekolah di Maahad Tahfiz Integrasi Sains dan Teknologi Istana Bandar.
Panjang kan nama adik? Cuma , selama 16 tahun dia hidup, nama Zahidah tidak pernah digunakan untuk dijadikan nama panggilan. Hanya memenuhkan ruang untuk menulis nama di kertas peperiksaan dan juga memenuhkan ruang kad pengenalan : P.  Apapun, nama Zahidah itu juga membawa maksud yang baik. Semoga adik CL menjadi wanita muslimah yang zuhud. Amin..insyaAllah.
Kalau dahulu, adik CL agak nakal, suka mengusik CL, sekarang tidak lagi. Mungkin ada lagi saki baki nakal semula jadinya tetapi tak macam dulu. Kalau dulu, dia akan cari peluang untuk serang hendap CL. Setelah dapat, dibuatnya CL macam punching bag. Bertuah betol! Sekarang, Cik Munirah dah jadi anak, adik yang baik, solehah insyaAllah. Hari2nya tidak pernah dibiar terpisah dengan Al Quran. CL rasa, itulah pakwe dia. Al Quran. :) Pernah dia bercerita, ada orang menanyakan ustaznya :
Orang: "Ustaz, tak ade makwe ke?"
Ustaz: "Ada. 30 semuanya."
Siapa agaknya? Well, kita maklum ustaz tadi mungkin bukan playboy kerana dia seorang al-Hafiz. Cik makwe pula bukanlah Siti, Aimi mahupun Jaiton. Cik makwe adalah 30 juzuk yang menjadi peneman dia.
Pernah jugak CL bertanyakan adik :
CL: "Adik, apa fungsi ustazah bagi adik cuti kalau setiap saat ayik dengan al Quran aje? Penat akak tengok adik asyik hafal dan terus hafal ayat jadid. Sehari tu kalau dapat baca se page pun cukuplah kan? Banyak dah ni. Tak letih ke?" Ampunkan aku ya Allah atas pertanyaan yang aku tidak sengajakan.
Adik: "Kakak, ustaz adik pernah pesan, Quran ni ibarat unta liar. Kalau kita tak jaga ia dengan baik, maka ia akan menjauh dan menghilang dari kita".
Ya Allah, malunya CL! Kakak apa lah CL ni..CL selalu pesan dekat ibu : "Ibu, henti2kanlah untuk terus kata, kakak ni contoh adik. Kita sendiri pun tahu, perbezaan adik dan kakak. Kakak tak layak jadi contoh dia. Kakak ni teruk bu."
Tapi bagi adik: " Kakak lah contoh adik. Adik nak jadi pandai macam kakak. Masuk universiti. Kakak baik. bla bla bla.....hehehehe..( takut riak)
Satu hari, adik minta tolong CL. Untuk pengetahuan, MITIB ( nama sekolah adik), sangat2 melarang budaya kapel, couple, pakwe-makwe, abang-ayang, baby-honey, i love you-you love me dikalangan pelajar2nya.
Kalau CL nak cerita bagaimana tindakan para muallim dan muallimahnya, mesti korang tak percaya. Kebetulan,adik CL sendiri memegang jawatan penting dalam Badan Dakwah dan Tarbiah. Kalau tak salah CL, lebih kurang vice president. Allah.....aku malu!!!!! Masa menaip ni pon rasa macam nak nangis. CL dan adik, subhanallah...adik sangat2 baik. Tegurannya berhikmah dan dia tegas dalam soal dosa pahala. Tak macam CL kawan2. Cuma kadang2, sebaik2 orang, lagi kuat godaan syaitan bagi. Kalau CL rasa, adik ada salah laku, CL akan tegur sebagai seorang kakak. :)
Okay, berbalik pada cerita kita tadi, adik minta tolong CL untuk decorate sijil. Perangai CL, alang2 tolong sikit, baik tolong semua kan? Sijil untuk peraduan "PENULIS SURAT CINTA". Pergghh...Time tu CL rasa macam-apehal-ustaz-ni? Sekali bila teliti....korang pun mesti tak terfikir. Ustaz mereka menyuruh mereka menulis surat cinta balasan andaikata mereka menerima surat rayuan cinta daripada pelajar Muslimin. Bukan menerima, tetapi menolak cinta mereka. Subhanallah.. Engkau jadikanlah adik2ku ini kuat dan bermujahadah habis2an dalam melindungi diri mereka dari terjebak dalam perasaan cinta palsu yang penuh dosa. Amin...
Seminggu berlalu, CL tolong pulak adik balut hadiah untuk juara peraduan. Hadiah pemenang pertama : Novel Tautan Hati karya kakak Fatimah Syarha Mohd Noordin. Wassalam :)

Rupa sijil :) Maaf, CL tak pandai nak buat sijil cun2.

Pemenang pertama dari akhowat thanawi. Tahniah adik sayang!

Lambakan surat yang harus dipilih dan disaring demi mencari si pencinta sejati.

Adik Naimah yang kuat imannya menolak cinta manusia yang sia2 kerana ingin merebut cintaNya.

Adik yang kreatif. Didalam sampul ada bedak :P

Meneliti kad adik2 sambil membaca blog milik adik muslimin MITIB, inni akhafullah.
(kakak harap awak baca post ni dik)

Kreatif kan? Dalam kreatif2, banyak kata2 dan pengajaran yang kita boleh ambil dari kekuatan adik2 ni.


Siapa yang sanggup ikut syarat adik ni? Baru form two..syabas adik.

Seorang lagi mujahidah solehah

Ijlis bina nu'min sa'ah :)



Wednesday, May 4, 2011

Luggage

Assalamualaikum :) Cak!! CL lagi. Memang hari ni CL nak post entry banyak2. Suka hati lah kan? Blog CL.huhu.. Ayat sombong pulak. Tak adelah. CL post banyak2 ni pon sebab CL tak tahu, bila lagi CL boleh post. Mungkin esok, mungkin lagi dua hari atau mungkin lagi seminggu. Bergantung pada mood. Biasalah kan kawan2, nak memulakan sesuatu tu sungguh susah. Macam solat diawal waktu contohnya. CL sendiri pun tak istiqamah. Nak mulakan tu rasa berat sangat. Ya Allah.. Ibaratkan macam kapal terbang, masa mula2 dia nak naik tu la penggunaan bahan bakar dan daya paling banyak digunakan. Bila dah naik sikit, dia stabil. Macam tu la kita.
Ikut waktu sekarang, CL dah boleh tengok result exam dah. Tapi, hehehe..neves lah pulak. Nantilah. CL sebenarnya takde ape2 nak diceritakan untuk post kali ni. Saje je nak tunjuk kat uols, barang2 CL. Barang2? 
Iyelah..barang2. Barang2 CL sepanjang dua semester kat UIA. Dan rupa barang2 tu setelah di'pack' habis.

Disebabkan CL duduk di tingkat teratas, tingkat 4 tanpa lif, CL perlukan bantuan seseorang yang memiliki kekuatan fizikal dan jasmani yang cergas..aitceh ayat : P Orang tersebut ialah Miss Wonderwoman..yeah!! Bukan Wonderpets ye? Ye, memang kami bekerjasama untuk menggulingkan barang2 tu dari tingkat 4 ke tingkat bawah. Dah sampai tingkat bawah, kena bawak pulak atas bukit sebab ayah parking kereta kat situ.. Phewww!!! Takyah consume Herbalife camni..Kalori hilang serta-merta. :)

Bonet kereta Naza Citra ayah pun lendut kebawah dibuatnya. Hahaha..Macam la CL tengok kan keadaan bonet tu? Tapi memang ayah kata berat sikit. Alhamdulillah, dah bawak balik separuh seminggu sebelum tu. Oraeto..sampai sini dulu.. Assalamualaikum :)

Luggage :)
6 beg, 2 kotak.. pheww.
Wonderwoman dan CL

Kelebihan Bangun Pagi

Assalamualaikum :) Sihat semuanya? Waktu CL menaip entry ni, jam dinding menunjukkan pukul 9.15. Agak2 dah mandi ke belum? Atau..dah bangun ke belum? Berpagian2 lah kita. Sebab ketika tu, pintu rezeki terbuka luas.Oksigen pun dapat yang first class punya tau? Kalau dah bangun lewat, udara yang kita sedut tu dah dicemari dengan bahan2 asing seperti asap dan sebagainya.
Masa CL kecik2 dulu, CL suka bangun lambat. Sekarang pun sama je sebenarnya. Cuma kalau dulu, bangun2 je, mesti bukak TV3 nak tengok Alam Ria dengan Kelab Disney Malaysia..hehe..Klasik lah. Sekarang, tak lagi. Perkara pertama yang CL buat, ialah....tengok henfon. WAJIB. huhu.. Lepas tu, gosok gigi dan mandi. Seterusnya, pikirlah sendiri..Satu habit CL yang susah nak hilang which I think habit tu taklah teruk pun, tengok cermin. Terbukak je mata, cermin CL pandang dulu. Ntah,bagi CL, muka bangun tidur adalah muka kita yang sebenar. Cantik rupa kita ketika bangun tidur, maka cantiklah kita disepanjang hari.. hahahaha.. entahape2. Jangan ditiru. CL suka perasan. Dah alang2 tengok cermin, bacalah doa :

اللهمَّ أَحْسَنْتَ خَلْقِيْ فَأَحْسِنْ خُلُقِيْ  

Ya Allah, sepertimana Engkau mencantikkan kejadianku, maka cantikkan (perbaiki) pula akhlakku. [Riwayat Ahmad, disahihkan oleh Al-Albani dalam Irwaghul Ghalil].. 


Baiklah, CL ada satu cerita. Dulu, disebabkan CL suka bangun lewat, ibu selalu marah. Bukan marah benci ye? marah sayang. Kadang2 sarapan CL dan adik dilewatkan. Bukan mendera tapi mendisiplinkan. Satu hari,CL bangun awal. (mimpi agaknya.) CL tanya ayah. "Ayah, kenapa kakak baca dalam buku, siapa2 yang bangun lewat, rezekinya kurang? Dia boleh jadi miskin ke? Dia tak dapat duit belanja ke?"
Disebabkan CL nak sangat jadi orang kaya waktu tu, CL tanya lah. CL nak kaya sebab nak beli nugget banyak2 kat kantin. Masa tu duit belanja 50 sen je. Jadi, CL fikir kalau CL kaya, CL boleh bawak duit sampai seringgit. Bolelah dapat nugget 5 ketul. Tamak betul!
Ayah senyum lepas tu ayah jawab : Kakak lapar tak?
CL: Lapar.
Ayah: Jom beli kuih kat kedai Cikgu Jaafor.
CL: Ni kan malam lagi..( padahal da pukul 7 pagi)
Ayah: Jomlah, ajak adik.

Sampai je di kedai cikgu Jaafor, tak ade orang langsung kat situ. Kuih muih banyak sangat. Panas2. CL suka  sebab karipap sardin CL masih banyak. Sampai 6 ketul CL mintak ayah beli. Selalu, lambat sikit je, habis ataupun dah tinggal seketul dua.Ayah pun menyambung semula.
 Ayah: Alhamdulillah, tengok. Rezeki kakak dan adik hari ni. Sorang dapat makan karipap, sorang dapat donat.
Adik: Haah la ayah. Allah bagi rezeki banyak hari ini. Donat adik ada dua. Karipap kakak ada 6. Patotla kakak gemok.(sempat lagi budak nih!)
Ayah: Ini lah yang dinamakan rezeki terbuka luas. Kalau kakak bangun lambat tadi, agak2 dapat tak karipap sampai 6? Tak kan? Sebab, rezekinya dah kurang. Jadi untunglah orang yang suka bangun pagi. Semua benda dia dapat dulu. Orang yang baru nak terpisat2 tu dah terlepas banyak benda.

Pengajaran pada pagi itu. Terima kasih Allah, Engkau titipkan aku dibawah penjagaan seorang ayah yang baik dan berilmu. Dikurniakan ibu yang penyayang tetapi tegas.Dikurniakan adik yang lincah sebagai penyeri suasana. Ayuh, berpagi2anlah kita!! Memang susah, tapi jom cuba! Wallahua'lam.

Tuesday, May 3, 2011

Those Outsiders ARE My Sisters

Salam ceria readers. dah lama rasanya CL tak update blog. CL malas. Plus CL sibuk kat rumah. Cuti ni CL jadi suri rumah sepenuh masa. Hehehe..Ni kalau ade mana2 Sultan ke anak raja tau ..huhu..mau ade royal wedding yang second. Jealous pulak tengok Duchess Catherine Elizabeth Middleton yang baru je selesai disatukan dengan Prince William..well, Prince Harry seems available kan? Sudah2la CL. :)
Baiklah, dari mana CL nak mula ye? Emm..apa kata,  CL start cerita tentang diri CL di UIAM sebagai pelajar tahun satu.Alhamdulillah, CL berjaya menghabiskan tahun satu CL dengan jayanya..aitceh..jaya tak jaya, 4 Mei ni, result final exam keluar. Kita tengok ajelah. CL mohon kat Allah, semoga result CL dan kawan2 nanti seperti apa yang diharapkan setanding dengan usaha yang dilakukan. insyaAllah.
Tahun satu, meninggalkan banyak kenangan buat diri CL. Ada yang manis ada jugak sweet sour..hehe.Air mata perpisahan mengalir laju dipipi tatkala CL memeluk erat kakak2 CL. Tahani Adam dan Khadidja Mahamat Hasaballah. Walaupun berbeza negara, CL dari Malaysia dan mereka dari Chad, namun Islam menyatukan kami. Itulah indahnya Islam kawan2. Rupa, bangsa dan warna ; semua itu tidak dipandang dalam Islam. Sesuai dengan firman Allah, mafhumnya :

”Kami ciptakan kamu lelaki dan perempuan, dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berkabilah untuk berkenal-kenalan di antara satu sama lain”, Surah al-Hujurat. 

Ini pegangan CL yang mula2 sekali CL inform kat diorang bila diorang hairan bin takjub tengok CL boleh selamber duduk dan borak2 dengan diorang. Ini yang berlaku masa malam pertama CL dengan diorang 
(mcm ape je ayat).  
Tak dinafikan, masa mula2 CL buka pintu, CL bagi salam, CL terkejut. Lepas ibu ayah balik, CL nangis. CL takut tengok fizikal diorang yang lagi besar, lagi tinggi dari CL. Mind setting CL dah dimanipulasi oleh televisyen mahupun Internet. Black people are bad. Astaghfirullah..Ampunkan aku ya Allah. Hakikatnya, Engkau kurniakan aku, dua saudara terbaik.
Berkenalan dengan mereka merupakan pengalaman yang susah CL nak dapat sebagai anak kampung. Kat mana la nak jumpa foreigner2 kalau kat kampung? Kurang2, jumpa mat ngan minah Indon je la. Tak pun si Arieyf Bangla, si pengepam minyak tu. Haish..Diorang penyayang. Baik dan bertanggungjawab. Cuma sikit2 kekurangan tu, biasalah. CL ni pun banyak kekurangan. Kekurangan diorang ni mungkin disebabkan culture atau budaya yang berbeza dimata CL. Contoh, diorang tak boleh cakap slow. Cakap dengan suara kuat. Kalau kita orang Melayu, dengan sopan santunnya, malu2 miaownye, tesipu siput tunduknye,mcm2 lah. Anak dara kan?
Kalau CL nangis, dioranglah pengelap air mata yang terdekat. Kalau salah satu sakit, ofkos CL berjangkit. Allah..antibodi CL lemah. Tapi, kami saling taking care each other. Selalu kongsi ubat.Selalunya dalam apa2 suasana, si Khadidja ni kabut sikit. Tahani dia cool,tenang plus manis. Iyelah, seri orang dah kahwin kan? Kalau malam2, time2 free, diorang selalu bg cerita2 menarik. Bukan cerita seram, tapi tazkirah2. Paling diorang pantang, kalau salam diorang tak dijawab. Sebab memberi salam tu kan kita mendoakan orang. Bila orang yang didoakan tu tak jawab, sama la mcm penting diri. Memberi salam juga membolehkan kita mendapat 50 hasanah atau kebaikan secara percuma tanpa modal. Jadi lebih baik, kita gantikan ucapan Hai, Hello, Wassup dengan ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WA BARAKATUH. :) kan?
Kawan2, kalau CL nak cerita kat sini, boleh juling mata kawan2 baca. CL cuma nak highlight je beberapa yang CL rasa perlu dikongsi.
Emm oh ye, ada lagi satu. Pada satu malam, CL ngade2 tidur lewat. CL tengok youtube. Tibe2 CL terbukak video pasal malaikat. Alih2, terklik kat malaikat atas Kaabah tu. Ala..mesti korang tahu kan? Ditakdirkan Allah, si pembuat video tu siap letak ayat Quran lagi. Jadi video tu seolah2 real. Takutnya CL masa tu, Allah saja yang tahu. Kalau ada langsuir buat poll dance pon, CL lempang kasi pengsan, kalau ada pocong buat poco-poco tu, mau CL suruh dia solat taubat. Takut CL tu lebih takut dari ternampak hantu takde kepala. Demi Allah, macam tu la takutnya. Dengan menggigil, macam nak merangkak dah la, CL terkedek2 ke bilik Tahani. CL tengok kakak CL yang usianya lebih 3 atau 4 lebih dari CL. Dia dah tidur. Tapi, dia terjaga dengar suara CL panggil nama dia. CL panggil pun macam dengar tak dengar je. Dia tanya : Why Amalina?
CL selamber je kata : I'm scared. Can I hug you?.
Dipeluknya CL dengan selimut dia. Berpeluh2 CL. Dia tanya dengan lembut. CL pon terangkan kenapa CL takut. Akhirnya, dia dan rakan bilik sebelah dari Sudan meneliti video tu. Ini keputusannya : Wallahi Amalina, its not real. The malaikah is not like this. Wallahil'azim. Now, u dont need to believe this. The person who created this, intentionally put the ayah, so the people will believe. Wallahua'lam. Selang beberapa hari, keluar kat KOSMO, video tu palsu. Alhamdulillah.
Tinggal dengan mereka, macam2 makanan CL dapat cuba. Dalam banyak2 makanan, diorang tahu makanan kegemaran CL, Lubyah namanya. Licin CL makan kalau Lubyah jadi menu hari tu. CL memang suka. Selain tu, ada jugak, Mulla ahmar, 'Addas. Macam2 lagilah, cuma namanya CL lupa. Dioranglah penyumbang kenaikan berat badan CL. :) hehehe... 
Rasanya, ini dululah. Kalau CL ingat lagi, CL kongsi. Apapun, semoga Allah menyayangi, merahmati dan melindungi mereka. Bersaksikan Kiraman Katibin, mereka inilah penggerak CL untuk solat diawal waktu. Mengejutkan CL kalau CL nak study, dan mereka inilah yang menganggap CL sebagai anak bayi yang perlu dimanja sebab CL suka nangis. =P 
Wallahua'lam. Ukhuwwah ini tidak akan terputus kakak2ku. Adik akan melawat kakak naik semester baru, insyaAllah. Ukhwah fillah abadan abada.

Lubyah enak dimakan bersama roti :) Yummy..




Tuesday, April 12, 2011

Kawan Dan Lawan? Saya Sayang Dua-Dua

Salam kasih sayang. CL tahu entry CL which titled Kamikaze membuatkan ramai yang terasa dan terusik. CL minta maaf.  Tapi, at least, CL lega bila CL dah luahkan. Minta maaf dan memang tiada niat. CL memang dah tekad nak post jugak entry tu, daripada CL pendam2 lama2 meletup, better CL cakap Lagipun, CL tak sebut nama sesiapa Ia general. Sekali lagi CL tekankan..Ada yang call CL, cakap, kalau dah tak suka, jangan dengar. Benda dah lepas, tak apelah. Ada yang marah, ada yang tarik muka. Dan macam2 lagi. Senangnya kan? Bila orang tu kita perlukan untuk meringankan masalah atau menyenangkan kita, layanan baik tak henti-henti untuk dia. Bila dah benci, macam kacang lupakan kulit, dipijak2 je. Kebaikan sebelum ni, tak dipandang dah lagi. Tak apelah, CL tak harap pun. Dah biasa dapat layanan buruk.
So, sekarang dah tahu kan? dah kenal CL macam mana orangnya. Taklah baik sangat. Tapi taklah jahat. CL tetap sayang kawan2 CL. Dalam banyak2 kawan, CL suka kawan yang jenis jujur. Kalau dia tak suka, dia cakap tak suka, kalau dia terasa, dia cakap dia terasa. CL suka dan CL hargai. Sebab inilah kawan sebenar, tak menipu. Cuma kadang2 kejujuran tu janganlah direvealed sangat. Takut jadi lain pulak.
Ada satu cerita, CL dan kawan CL. Satu hari dia mengadu kat CL. Kawan baik dia terlalu jujur sampai diorang bergaduh selama sebulan. CL kata " baguslah dah jujur, dia tak hipokrit.". Jawapan, " Mal..kalau dah sampai cakap, yang muka aku ni sebenarnya tak cantik, aku ni gedik kat luar, gigi aku kuning macam bas sekolah, tu jujur ke mengutuk?".. Hahahaha...macam2 hal lah.
Kawan2 CL setakat ni alhamdulillah semuanya baik2. CL ni yang jahat kadang2.huhu. Dalam blog, CL cuba rahsiakan identiti seseorang. Jaga aib orang, nanti Allah jaga aib kita. Kepada yang terasa dalam entry Kamikaze, mohon maaf. Jangan risau, blog CL tak ramai follower, tak ade yang baca melainkan sesiapa yang nak baca. Ni pun namanya diari kan? So, saja lah nak tulis. Dlam entry Kamikaze tu jugak adalah hasil letupan perasaan yang CL pendam sebelum ni. Minta maaf sangat2. Pada kawan2 yang berlaku jujur, terima kasih buat CL maklum tentang tu. Adat perhubungan ada pasang, ada surut. Seingat CL, follower dari UIAM cuma dua orang je. Yang lain, samada kawan2 sekolah atau anonymus.
Last word, terima kasih kepada yang berlaku jujur, kita selesaikan secara professional, takmau gaduh2. Terima kasih yang kata CL macam2, balasan yang amat setimpal untuk CL yang selama ni menjadi pendengar setia masalah awak. Terima kasih ye? Silap CL sikit je, kata2 kasar berjela2. hehehe...Suka betul.
Kepada mar'ah2 solehah yang sentiasa menyayangi dan nak concern pasal CL, tegur slah silap CL, maaf lagi sekali kalau ada salah silap. CL tak sempurna, cuma manusia biasa, yang banyak dosa, cuba mengejar sebanyak mana pahala. Sayang anda semua keranaNya sampai bila-bila dan kalau CL pergi, redhakan semuanya. Wassalam.

Sunday, April 10, 2011

Kamikaze

"Amal boleh tak kalau saya macam ni? Boleh tak kalau saya macam tu? Kenapa dia buat saya macam ni? Agak2 boleh tak kalau saya nak pakai baju pink? Kenapa dia benci saya? Apa pendapat awak kalau saya tak nak makan hari ni? Boleh tak awak carikan jodoh untuk saya? Benci la dengan ibu saya tu, sikit2 nak marah. Awak, dia pinjam buku kita hari ni, awak rasa kenapa dia pinjam buku kita?" dan macam2 lagi soalan yang tak sepatutnya untuk CL jawab. Orang selalu cerita semua benda kat CL, mengadu nasib, masalah, kerunsingan minda even pasal aib keluarga mahupun bila ada seorang jejaka atau gadis pandang dia. Persoalannya, kenapa? KENAPA?????? CL ni bukan yang Maha Mendengar. Ada Allah 24 jam. Pergi la, mengadu kat DIA. Allah tu mendengar malah mengabulkan apa yang kita minta.
Sorry entry kali ini agak emosional. CL juga ada perasaan. Tapi sebab blog ni CL dah anggap macam diari, jadi, tak apelah. Nama pun diari kan? Baca sendiri, tengok sendiri, tulis sendiri. Sesiapa yang terbaca dan terasa, anggaplah benda ni bukan CL tuju kat awak. This is general.
CL ni sakit. Tolonglah faham CL. CL kena jugak providekan masa untuk diri CL. Kesianlah kat CL. CL bukan tong sampah korang. Bukan CL tak boleh dengar, malah kalau sesiapa je yang bercerita CL akan dengar. Ye, dengar. Tapi, bagilah CL uruskan diri CL. Kadang2 masalah CL sendiri pun tak setel. Asyik dengar masalah orang. Even kaunselor pun tak seteruk ni. Memang ramai kata, CL understanding, penyimpan rahsia terbaik. macam2 lg lah. Tapi pernah tak korang fikir perasaan CL? Amanah rahsia korang yang kadang2 tak patut ada dalam hidup CL. Jangan ambik kesempatan atas kesudian CL mendengar. Ingat, CL sakit. CL sakit. CL sakit. Boleh tak? 
Kadang2 CL tak reply mesej. Tak angkat call. CL nak bagitahu, yang CL tak semestinya 24 jam ada dengan anda. Masing2 ada kehidupan masing2. Tapi, jangan lah penting diri. Boleh nak bercerita, tapi kalau dah selalu....CL BUKAN MAHA MENDENGAR. tolonglah faham. CL sakit. CL sakit. CL sakit.
Korang mungkin rasa, "Ohhh..lega dah cerita kat Amal". Tapi, pernah korang fikir, apa yang CL rasa? Pernah?
Tak tahulah kalau korang ada rasa sekelumit tanggungjawab dan belas kasihan. InsyaAllah kawan2 CL semua baik2. CL minta maaf, CL bukan boleh direct sound. So, dekat diari peribadi online ini ajelah CL tulis. CL sendiri perlu memikirkan masalah CL, kesihatan CL, malah jangka hayat hidup CL yang tak tahu bila akan berakhir. Ramai yang kata, suka tengok CL senyum, pernah fikir tak betapa susahnya untuk CL nak ukir senyuman tu? Untuk menutup sakit CL. Sakit apa yang CL deritai, tak payahlah CL bgtahu. Cuma satu pinta CL, kasihanilah CL ni. Itu aje. Boleh bercerita, tapi ada masa. Dan CL tak boleh diganggu ketika :

  1. Sedang mengaji al Quran mahupun bercadang untuk mengaji.
  2. Sedang on the phone dengan ibu ayah mahupun sesiapa sahaja.
  3. Sedang berehat didalam bilik pada waktu pukul 11 malam keatas kecuali kalau CL pelawa anda untuk datang dan CL yang berkunjung kebilik anda.
  4. Ketika dalam musim exam.
  5. Paling pantang, ketika CL study! CL tak boleh fokus kalau ade sesiapa kacau CL masa study. CL kene sorang2 waktu ni.
  6. Kalau ada apa2 lagi, CL bagitahu nanti.  
Jadi, janganlah menggangu CL pada waktu2 ini kecuali diizinkan. Akhir kata, benda ni general, CL tak tuju kat sapa2. Ini semua pangalaman CL. Nak cerita masalah, CL takde masalah. Tapi, CL sakit. CL sakit. CL sakit. Apa2pun, CL tetap sayang sesiapa yang sayang CL. Wassalam.

Puteri Bunian versus Cinderella Part 2

Assalamualaikum adik2. Bersama kak CL hari ni untuk kita sama-sama mengikuti kisah Puteri Bunian Versus Cinderella. Baiklah, sambungan siri yang lepas ( hanya beberapa jam yang lalu), kita dapati si gadis comel, CL telah terjaga dari pengsannya dan mendapati ada semangkuk murtabak bersama sehelai kertas, Jadi mari kita lihat apa yang gadis comel bernama CL ni nak buat dan siapa sebenarnya perempuan misteri itu. ( Tiba-tiba neves sendiri). 
Si gadis comel segera mencapai cermin matanya untuk melihat tulisan yang tertulis diatas kertas itu. " Emm..sepertinya saya kenal tulisan ini," kata gadis comel itu didalam hatinya.
"Eh, siapa pengirim murtabak ni? Puteri kerajaan Pandora?"

Ini ialah surat tulisan tangan Puteri kerajaan Pandora.

Demi menyelamatkan rakyat2 jelata dan seluruh warga blok C khususnya dan semua jemaah UIAM amnya, maka dengan izin Allah, si gadis comel tadi memakan murtabak itu dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim. Semoga aku terlindung dari bahaya ya Allah, monolog hatinya.

Murtabak Misteri
Kerana berkat kalimah Bismillah, maka gadis comel itu selamat dan tidak jatuh sakit. Keesekon harinya seperti biasa si gadis comel yang bernama CL telah bertanya kepada teman baiknya sejak kecil, Si Tompok samada dia ada melihat sesiapa yang lalu lalang di sekitar kawan biliknya pada malam semalam. Si Tompok diam sahaja, seolah2 cuba mengingati sesuatu. Tiba-tiba dia berkata " Semalam ketika Tompok sedang temankan  Celoreng dan Orange bermain2 disekitar Female Sport Complex, Tompok ada ternampak seseorang yang berpakaian seperti seorang puteri. Tertulis diatas kain yang melintangi badannya perkataan "Miss Pandora". Emm.. kalau CL tak percaya cuba tanya anak2 saya ni". CL bertanya kepada kedua2 anak si Tompok yang sangat comel. Mereka mengiyakan kata2 ibu mereka. Kata si Celoreng, anak sulung si Tompok, perempuan itu memakai kasut kaca seperti Cinderella. Kata si bongsu, Orange pula perempuan itu berselendang dan bersanggul seperti Puteri Bunian.

CL, Tompok dan anak2nya ketika mereka berehat bersama.
Kasihan si gadis comel itu adik2, bingung dia memikirkan siapakah gerangan tuan puteri itu. Namun, dia bersyukur kerana berjaya menyelamatkan seluruh warga UIAM dari bahaya ancaman puteri itu. Entah apa masalah agaknya? Sampai paksa orang makan murtabak. Nak bersedekah agaknya. Tapi, yelah, dia kan puteri kalau sedekah murtabak malu je kalau masuk paper. hahaha.. sedekah BMW ke, tiket penerbangan untuk buat umrah ke kelas jugek..hehehe.. tak ade lah, gurau aje. Kita nak bersedekah ni biarlah ikhlas dan kalau boleh biarlah tiada siapa tahu. InsyaAllah banyak ganjaran yang Allah akan bagi. Buat tuan puteri kerajaan Pandora, terima kasih. Lain kali berkunjung lah lagi, tapi, kali ni nak Domino's Pizza pulak. 



.TAMMAT.




PERINGATAN : cerita ini adalah rekaan semata-mata. Semua watak, nama tempat dan karakter antagonis mahupun protogonis tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Bimbingan orang dewasa diperlukan untuk kanak-kanak berumur bawah 5 tahun. Yang atas 5 tahun dah boleh pikir sendiri agaknya. huahua.. wassalam.