Tuesday, April 12, 2011

Kawan Dan Lawan? Saya Sayang Dua-Dua

Salam kasih sayang. CL tahu entry CL which titled Kamikaze membuatkan ramai yang terasa dan terusik. CL minta maaf.  Tapi, at least, CL lega bila CL dah luahkan. Minta maaf dan memang tiada niat. CL memang dah tekad nak post jugak entry tu, daripada CL pendam2 lama2 meletup, better CL cakap Lagipun, CL tak sebut nama sesiapa Ia general. Sekali lagi CL tekankan..Ada yang call CL, cakap, kalau dah tak suka, jangan dengar. Benda dah lepas, tak apelah. Ada yang marah, ada yang tarik muka. Dan macam2 lagi. Senangnya kan? Bila orang tu kita perlukan untuk meringankan masalah atau menyenangkan kita, layanan baik tak henti-henti untuk dia. Bila dah benci, macam kacang lupakan kulit, dipijak2 je. Kebaikan sebelum ni, tak dipandang dah lagi. Tak apelah, CL tak harap pun. Dah biasa dapat layanan buruk.
So, sekarang dah tahu kan? dah kenal CL macam mana orangnya. Taklah baik sangat. Tapi taklah jahat. CL tetap sayang kawan2 CL. Dalam banyak2 kawan, CL suka kawan yang jenis jujur. Kalau dia tak suka, dia cakap tak suka, kalau dia terasa, dia cakap dia terasa. CL suka dan CL hargai. Sebab inilah kawan sebenar, tak menipu. Cuma kadang2 kejujuran tu janganlah direvealed sangat. Takut jadi lain pulak.
Ada satu cerita, CL dan kawan CL. Satu hari dia mengadu kat CL. Kawan baik dia terlalu jujur sampai diorang bergaduh selama sebulan. CL kata " baguslah dah jujur, dia tak hipokrit.". Jawapan, " Mal..kalau dah sampai cakap, yang muka aku ni sebenarnya tak cantik, aku ni gedik kat luar, gigi aku kuning macam bas sekolah, tu jujur ke mengutuk?".. Hahahaha...macam2 hal lah.
Kawan2 CL setakat ni alhamdulillah semuanya baik2. CL ni yang jahat kadang2.huhu. Dalam blog, CL cuba rahsiakan identiti seseorang. Jaga aib orang, nanti Allah jaga aib kita. Kepada yang terasa dalam entry Kamikaze, mohon maaf. Jangan risau, blog CL tak ramai follower, tak ade yang baca melainkan sesiapa yang nak baca. Ni pun namanya diari kan? So, saja lah nak tulis. Dlam entry Kamikaze tu jugak adalah hasil letupan perasaan yang CL pendam sebelum ni. Minta maaf sangat2. Pada kawan2 yang berlaku jujur, terima kasih buat CL maklum tentang tu. Adat perhubungan ada pasang, ada surut. Seingat CL, follower dari UIAM cuma dua orang je. Yang lain, samada kawan2 sekolah atau anonymus.
Last word, terima kasih kepada yang berlaku jujur, kita selesaikan secara professional, takmau gaduh2. Terima kasih yang kata CL macam2, balasan yang amat setimpal untuk CL yang selama ni menjadi pendengar setia masalah awak. Terima kasih ye? Silap CL sikit je, kata2 kasar berjela2. hehehe...Suka betul.
Kepada mar'ah2 solehah yang sentiasa menyayangi dan nak concern pasal CL, tegur slah silap CL, maaf lagi sekali kalau ada salah silap. CL tak sempurna, cuma manusia biasa, yang banyak dosa, cuba mengejar sebanyak mana pahala. Sayang anda semua keranaNya sampai bila-bila dan kalau CL pergi, redhakan semuanya. Wassalam.

No comments: