Sunday, April 10, 2011

Puteri Bunian versus Cinderella Part 2

Assalamualaikum adik2. Bersama kak CL hari ni untuk kita sama-sama mengikuti kisah Puteri Bunian Versus Cinderella. Baiklah, sambungan siri yang lepas ( hanya beberapa jam yang lalu), kita dapati si gadis comel, CL telah terjaga dari pengsannya dan mendapati ada semangkuk murtabak bersama sehelai kertas, Jadi mari kita lihat apa yang gadis comel bernama CL ni nak buat dan siapa sebenarnya perempuan misteri itu. ( Tiba-tiba neves sendiri). 
Si gadis comel segera mencapai cermin matanya untuk melihat tulisan yang tertulis diatas kertas itu. " Emm..sepertinya saya kenal tulisan ini," kata gadis comel itu didalam hatinya.
"Eh, siapa pengirim murtabak ni? Puteri kerajaan Pandora?"

Ini ialah surat tulisan tangan Puteri kerajaan Pandora.

Demi menyelamatkan rakyat2 jelata dan seluruh warga blok C khususnya dan semua jemaah UIAM amnya, maka dengan izin Allah, si gadis comel tadi memakan murtabak itu dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim. Semoga aku terlindung dari bahaya ya Allah, monolog hatinya.

Murtabak Misteri
Kerana berkat kalimah Bismillah, maka gadis comel itu selamat dan tidak jatuh sakit. Keesekon harinya seperti biasa si gadis comel yang bernama CL telah bertanya kepada teman baiknya sejak kecil, Si Tompok samada dia ada melihat sesiapa yang lalu lalang di sekitar kawan biliknya pada malam semalam. Si Tompok diam sahaja, seolah2 cuba mengingati sesuatu. Tiba-tiba dia berkata " Semalam ketika Tompok sedang temankan  Celoreng dan Orange bermain2 disekitar Female Sport Complex, Tompok ada ternampak seseorang yang berpakaian seperti seorang puteri. Tertulis diatas kain yang melintangi badannya perkataan "Miss Pandora". Emm.. kalau CL tak percaya cuba tanya anak2 saya ni". CL bertanya kepada kedua2 anak si Tompok yang sangat comel. Mereka mengiyakan kata2 ibu mereka. Kata si Celoreng, anak sulung si Tompok, perempuan itu memakai kasut kaca seperti Cinderella. Kata si bongsu, Orange pula perempuan itu berselendang dan bersanggul seperti Puteri Bunian.

CL, Tompok dan anak2nya ketika mereka berehat bersama.
Kasihan si gadis comel itu adik2, bingung dia memikirkan siapakah gerangan tuan puteri itu. Namun, dia bersyukur kerana berjaya menyelamatkan seluruh warga UIAM dari bahaya ancaman puteri itu. Entah apa masalah agaknya? Sampai paksa orang makan murtabak. Nak bersedekah agaknya. Tapi, yelah, dia kan puteri kalau sedekah murtabak malu je kalau masuk paper. hahaha.. sedekah BMW ke, tiket penerbangan untuk buat umrah ke kelas jugek..hehehe.. tak ade lah, gurau aje. Kita nak bersedekah ni biarlah ikhlas dan kalau boleh biarlah tiada siapa tahu. InsyaAllah banyak ganjaran yang Allah akan bagi. Buat tuan puteri kerajaan Pandora, terima kasih. Lain kali berkunjung lah lagi, tapi, kali ni nak Domino's Pizza pulak. 



.TAMMAT.




PERINGATAN : cerita ini adalah rekaan semata-mata. Semua watak, nama tempat dan karakter antagonis mahupun protogonis tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Bimbingan orang dewasa diperlukan untuk kanak-kanak berumur bawah 5 tahun. Yang atas 5 tahun dah boleh pikir sendiri agaknya. huahua.. wassalam.

4 comments:

Q said...

mana gambar puteri kerajaan pandora? haha nak tengokkkkkk

Anonymous said...

sye minta maaf.. sye taw saya ada buat awak rimas.. sye cuba berdiri atas kaki sendri lpas ni.. skali lg.. sye minta maaf..

Cik Lina said...

anonymus: tiada salah apa2..manusia biasalah, lagi2 CL ni yang x iman tak berapa kuat, kadang2 hati ni penuh titik2 hitam.. :) maaf ye? cuma perasaan yang dah meletup.

amalinasurday said...

CL jaga diri baik2...syg ko fillah abadan2, bila ada masa free br jumpa ko yea. Lg satu jgn tension sgt n be hepi...Insya-Allah dpt krgkan sakit tu...kita sedihlah bila ko ckp mcm tu...ceria2 slalo. Like this =) kuatkan semgt n aja2 fighting...