Assalamu'alaikum :) It has been a while since I posted my last post. Nearly a year juga lah sebab last update masa Ramadhan last year. Now ada lagi sebulan untuk Ramadhan 2014 which is gonna be here real soon! Anyways, takdelah nak update apa pun, no new recipes since dah lama tak balik rumah although I did make something back then masa beberapa minggu lepas. I just wanna share what I feel deep inside. The worrisome, the anxiety and the stress that I've kinda experiencing at the moment.
Looking back 4 years ago, masa I was in my first year and comparing to what I am now, there's a lot of differences. In terms of body size (hehehe) and maybe level of maturity and not to forget my priority all in all have changed. I am soon to be graduated from International Islamic University Malaysia, soon which means very soon. Ada la about two weeks lagi. Now here's the thing. Masa I asked my friends about their future plannings (which I shouldn't have asked), semua planning diorang like hebat-hebat! Sedangkan I ni macam entahape-hape je. Masa first year dulu tak lah fikir kan since masa tu konon-konon bajet solehah, good-good je. Sekarang the old-self tu semua dah kelaut!
One of my friend siap dengan retirement plan sekali. I ni kalau tanya nak buat apa, I akan jawab kerja dulu then kalau ada rezeki master. Itu pun I tak tahu kalau ada rezeki untuk semua tu. I tahu I have to put trust in Allah. Tapi rasa takut tu still ada! Lagi lah I ni, working experience tak banyak~ Kadang-kadang I cemburu dengan kawan-kawan I yang parents diorang kaya-kaya. Dapat terus sambung master dekat sana-sini, tak kisahlah local or overseas without worrying much about their future ahead. I mean, I don't know but they all seem happy and siap cakap I rugi sebab tak sambung.I kena kerja dulu and sekarang I memang dah tak boleh nak bergantung dekat my parents. Dah tak boleh, Lina. Sebab they don't understand well about the ups and downs, the nooks and crannies and the need of pursuing your academic to the higher level, the feeling of getting your first degree and at the same time worry about your unclear future. Albeit that, I sangat perlukan doa-doa mereka. There, I said it, unclear future makes me feel so overwhelmed~
Dulu dengan sekarang lain. My mom is a housewife and she deserves my standing ovation for every excellent works that she did and yes, still counting~ My dad dia ada diploma but for the 55 years old-government officer-yang lahir lepas dua tahun merdeka, getting a diploma is like you bring an honor to your whole family. I sebagai anak sulung dalam tahun 2014, berumur 23 tahun, I rasa my parents sangat beruntung. I rasa I terpaksa bersaing dengan all my friends out there untuk buktikan I hebat, tapi dalam masa yang sama I sungguh takut. Mana pergi confidence yang I ada selama ni? Sigh~!
I rasa takut tanpa sebab. I rasa takut I kena reject even though I am yet to try~ Entah apa-apa kan I? I rasa I belum bersedia nak hadapi dunia luar which I am well-informed that the situation out there will bring you to taste all the unjust-wicked-corrupt situation with discrimination scattered all over the place. I taknak la jadi gila kan bila fikir semua benda ni. I tahu Allah ada, tapi kadang-kadang I rasa I jauh. Dunia ni sungguh mencabar sampai dia buat I rasa I jauh dengan Allah. Jauh sangat. Kadang-kadang, kita rasa kita bertuhan tapi ikhlas pada Dia tu belum tentu ada.
So, lepas I dah taip panjang-panjang ni, I rasa I ada beberapa benda yang perlu I tambah baik. Yang paling utama hubungan I dengan Allah. I kena letakkan Allah dalam setiap perkara. Nak pergi interview kerja, tawakkal 'ala Allah, dah dapat kerja, Lillahi ta'ala, deal dengan orang berhati jahat, mohon perlindungan dari Allah. Lagi satu, lately, I suka baca cerita hantu, dah la penakut, tak sedar diri, terus la termimpi-mimpi yang bukan-bukan takut hantu kacau nanti bila duduk sorang-sorang. Serius takut tak tentu hala~ Kalau ikut perancangan, I dah dapat dah satu job dekat satu tempat ni, tapi boleh I fikir I takut nak drive sorang-sorang. Rasa macam nak tolak je kerja tu sebab takut sorang-sorang. Apela kejadah I ni. Sepatutnya gembira kan? Tapi knowing the place, buat I takut plus pulak I duduk sorang-sorang nanti. Kita kalau takut-takut ni, hantu syaitan pun suka sangat dekat. Kalau depressed, lagi senang dia nak masuk~ Memang aim dia tu nak buat I takut segala supaya nanti senang la dia nak patahkan cita-cita I ni nak menyumbang untuk agama dan masyarakat~ Kan dah kantoi? Jahat kau!
Ucapan good luck untuk kawan-kawan di luar sana yang sudah graduate ataupun yang bakal bergraduasi. Dunia ni sekejap je, sekejap aje, jangan cinta dia lama-lama. Wish you all the best for your future undertakings. Ingat Allah itu dekat.
Saturday, May 31, 2014
Tuesday, August 6, 2013
Roti Jala
Assalamu'alaikum. Ohoiiiiiii dari mata bertentang mata.
Finally, finally people. Roti jala I siap.
Tapi, rupa roti jala I sedih ayam sangat. Puncanya, CL terlajak tidur. Mula menjala pun pukul 6.30 petang. Aiyooo amma!
Apapun, Alhamdulillah siap semua untuk iftar petang tadi.
Puan Ibu yang siapkan our main menu. Apa lagi kalau bukan masak lemak cili api kulit lembu yang kaw tu. :)
Kami orang ni, makin hujung Ramadan, makin malas nak masak. Taktahu la. Penat laaaa.. Nanti first day raya nak masak lagi. Huuuuu... :(
Anyway, ini gambar roti jala I. Very messy sebab I memang fail bab jala menjala ni. I expert men'joran' je. Hehe. Albeit the appearance yang sedih, the taste of my roti jala agak memuaskan. Bak kata Cik Adik,
"sedap la kakak. Boleh jual. Adik bagi 4 and a half bintang".
Thank you, dik. We all makan dengan kari telur yang pekat. Sedap.
Dalam perut ni dah ada 5 keping roti jala dah.
Kat bawah ni resepi bagi yang taktahu nak buat batter roti jala. Sama je la you all semua dengan CL. Hari ni first tme kot nak menjala. Berseorangan pulak tu.. sedih untuk kali kedua.
Roti Jala (20-25 keping)
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung gandum (diayak)
- 2 biji telur
- 2 cawan air
- 1/4 cawan minyak
- Sedikit garam dan pewarna kuning.
Cara-cara
Lepas dah bancuh semua bahan diatas, hangatkan frying pan. Agak-agak la kepanasan dia. Kalau tepung tu tak melekat, kira cun la. Lepas tu, apa lagi? Menjala lah kita. Kalau tak tahu acuan roti jala tu macam mana, sila google. Hehehe. Tak mahal. Dalam 2.00 RM je kat Giant. Selamat mencuba!
My artwork. :) |
Monday, August 5, 2013
Projek Cookie Raya
Second update of the day!
You all ingat tak, CL pernah cerita pasal biskut chips chocolate yang CL buat before Ramadan tu?
Haaa... kelmarin, CL dengan adik CL buat biskut ni.
Tak banyak, satu adun je. Ibu CL beli banyak sangat dah kuih raya. Sedih jugak bila dia macam tak semangat nak buat. Asyik beli je. Mungkin sebab malamnya dia nak kumpul tenaga untuk tarawih. Yelah, buat biskut ni memang penat! CL tengok jiran sebelah CL, dia ni tukang buat kuih. Dah takde rupa orang!
Senyum pun pahit je. Pukul 11 malam masih lagi la duduk mengacau jam nanas ke dodol ntah. Dengan laki dia sekali jadi mangsa jadi tukang kacau. Muka pakcik tu pun dah macam zombi kampung Pisang dah.
Jadi, dipendekkan cerita, CL dengan adik pun buat la satu adun je. Dapat la 100 biji macam tu.
Ni link kalau kamu orang nak tengok resepi biskut chip coklat ni. Klik saya.
Cookies |
Cookies #2 |
Macaroni Cheese Goreng
Assalamu'alaikum dan selamat pagi! SubhanAllah, pagi yang indah!
Disebabkan pagi ini tenang, tak berapa panas, CL ada la mood kembali nak type entry ni semula even gaya penceritaan dan kandungan isi dah lari sangat dari yang semalam.
Baiklah, dari mana kita nak mula ye? Oh ye. Kelmarin, CL berbuka di kampung ayah, di rumah pakcik sulung. Memang ramai sebab semua sanak-saudara balik. Bila dah ramai, makanan pun melambak la kan? Jangan risau, tiada pembaziran yang berlaku. Semua habis licin, ada barakah kata orang. Hehehe.
CL sampai je dah azan. Tanpa melengahkan masa, CL letak makanan yang CL bawa dari rumah, served atas pinggan yang molek, lepas tu, terus ke depan nak ambil juadah berbuka.
Makanan pertama yang CL tuju ialah puding roti custard yang my aunt buat. My aunt ni, apa saja la yang dia buatmasak, cofirm number one yang licin dulu. Sedap baq ang! Hehe. Unfortunately, what I got on my plate was the last piece of it which I can considered as the remained pathetic crumbs! Nooooooo!!! Dah 3 kali I terlepas nak makan. :( Tiada rezeki lagi. Takpelah, kalau dah bukan rezeki, dalam mulut pun boleh terkeluar.
So, I pun melangkah beberapa tapak dari meja buffet and I terjumpa la macaroni cheese my aunt ni. Ni third thing yang habis after nasi lemak. I filled half of plate with macaroni cheese. Sedap!
Bila sampai rumah esoknya, tekak I ni teringin sangat nak rasa lagi Mac and Cheese versi Malaysia ni. Lepas shopping apa yang patut, I masak macaroni cheese ni untuk our Iftar semalam. I sengaja masak banyak sebab ayah I nak bawa surau katanya. Tapi, I added some pepper untuk hilangakan sikit rasa cheese tu. Bukan apa, kalau ikut tekak I, I telan je. Tpi, Incek Ayah tak berapa nak gemar sangat makanan yang cheesy-gooey ni. Tak lalu dia. Even my masterpiece pizza pun dia tak makan. Hehehe. Mengaku sendiri masterpiece katenyer. Cet! Ayah I suka masakan Melayu. Semalam, masa tengah restock the fridge, I perasan ada ikan patin dalam tu. Tu kejap lagi tu ada la yang minta masak asam pedas takpun tempoyak. My mom tak boleh deal sangat dengan ikan sungai ni. Very slimy katanya. Iyerkan ajelah.
You all nak recipe ke? I bukan taknak bagi. Tapi, I kalau masak, I pakai konsep 'agak-agak'. Jadi, you all jangan marah kalau I tak bagi exact fixed measurement which I think hanya boleh diguna pakai bila nak buat cookies ataupun cakes. Itu pun, the amount of sugar that you want to put in boleh lagi di adjust.
Bahan-bahan Tumis
- Sedikit minyak untuk menumis (4-6 sudu besar)
- 1 biji besar bawang Holland- dadu.
- 3 biji bawang merah kecik- dadu.
- 5 ulas bawang putih-thinly chopped.
- 5 sudu besar cili boh
- 3 sudu besar tomato puree
- 1 pinggan sederhana besar sayur campur (agak-agak la)
- 1 paket 400 gram minced beef
Bahan-bahan lain
- 1 paket macaroni
- 1/4 cawan fresh milk
- A lot of pepper and salt
- 4-5 slices keju cheddar-grated (parut)
Cara-cara
- Rebus macaroni selama lebih kurang 15-20 mins. CL bubuh butter sikit semua macaroni nampak kilat dan senang lerai. Lepas dah masak, angkat dan tapis serta alirkan di bawah air sejuk.
- Tumis semua bawang bersama sayur campur.
- Masukkan tomato puree dan cili boh. Tumis hingga nak bau.
- Masukkan the minced beef. Gaul rata.
- Agak-agak dah kering sikit, masukkan makaroni tadi. Gaul rata.
- Masukkan susu segar untuk rasa lemak
- Add the grated cheese sampai ia cair dan menjadi sticky.
- Perasakan dengan garam dan pepper. Siap!
Selamat Mencuba ye sayang-sayang? :)
Pizza lagi |
Macaroni Cheese Goreng |
MC#2 |
Close up katenyerrr! |
Stress Mak!
Okay, I nak terus terjah je my page ni tanpa kata-kata aluan.
I baru nak update blog I dengan psot baru I. Tinggal tunggu nak bagi kata-kata akhir je tiba-tiba tangan I ni tercuit adapter laptop.
Then entry yang I dah taip panjang-panjang tu, hilang macam tu je. Ohmergeerrrrdddd!!!
Nanti la bila da ada mood balik, I type. =.=
Thursday, August 1, 2013
Pizzas In da House!!!
Assalamu'alaikum. Quick update. Okay. For today punya Iftar,I made pizzas. Two on the big trays and another one is mini pizza which I already gave to adik Adam Bambam. Auuummmmmm!!!!!
Maybe tomorrow I'm gonna make pizza again since I've already promised Incek Ayah.Nak bawa ke surau katanya. A little bit of concerned to the elderly. I am not very sure whether they will like my pizza or not. Takpelah, janji tetap janji kan? And for tomorrow, I'm thinking of making roti jala. Dah lama sangat mengidam ni mak Leha oiiii.. hehe. Ok la. That's all. I'll update later
if I have something new to share. :P
Pizzas #1 |
Pizzas #2 |
Adam Bambam |
Wednesday, July 31, 2013
Resepi Apple Crumble
Assalamu'alaikum. :)
Quick update memandangkan CL nak bersiap-siap untuk ke kelas lepas ni. Baiklah, CL nak berkongsi resepi apple crumble yang menjadi favourite ibu CL. Nama melayu bagi apple crumble ni ialah pie gaul.
Masa Iftar hari tu, CL buat benda ni. Hasilnya agak kurang memuaskan sebab dia punya pastry dah burnt. CL terlalu penat masa tu. Bayangkanlah, nak masak untuk 50++ orang. Yang ada cuma ibu dan CL je.Adik pun ada tapi dia tolong kemas rumah dengan ayah. Apple crumble ibu CL cantik, warna-warni dan sedap tak terkata. CL punya cincai selekeh sebab bahan tak cukup. Takde mix fruit. CL ganti dengan kurma. Hehehe. Anyhow, rasa tetap cun dan sedap!
Baiklah, ini resepinya ya?
Bahan2 Gaul (Pastry)
- 1/2 cawan kelapa kering
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan brown sugar
- 1 sudu besar cinnamon powder
- 1 cawan butter
Fillings
- 2 biji epal hijau. Dipotong dadu.
- 1/2 cawan badam cincang
- 2 sudu besar kismis
- 1/2 cawan serbuk kacang tanah tumbuk
- 1 tin mixed fruit dipotong dadu ( dibuang airnya)
Cara-cara
- Gaul semua bahan-bahan pastry tadi dengan tangan supaya ia tidak bergentel. Biarkan ia berkirai cantik macam serbuk roti.
- Campurkan semua bahan-bahan filling dan gaul sebati.
- Susunkan bahan-bahan filling diatas tray kemudian taburkan gaulan bahan-bahan pastry tadi. Tidak perlu ditekan, ia akan melekat sendiri.
- Bakar selama 45 minutes dalam suhu 175 celcius.
Selamat mencuba :)
Pie Gaul |
Subscribe to:
Posts (Atom)