Wednesday, July 31, 2013

Resepi Apple Crumble

Assalamu'alaikum. :)

Quick update memandangkan CL nak bersiap-siap untuk ke kelas lepas ni.  Baiklah, CL nak berkongsi resepi apple crumble yang menjadi favourite ibu CL. Nama melayu bagi apple crumble ni ialah pie gaul. 

Masa Iftar hari tu, CL buat benda ni. Hasilnya agak kurang memuaskan sebab dia punya pastry dah burnt. CL terlalu penat masa tu. Bayangkanlah, nak masak untuk 50++ orang. Yang ada cuma ibu dan CL je.Adik pun ada tapi dia tolong kemas rumah dengan ayah. Apple crumble ibu CL cantik, warna-warni dan sedap tak terkata. CL punya cincai selekeh sebab bahan tak cukup. Takde mix fruit. CL ganti dengan kurma.   Hehehe. Anyhow, rasa tetap cun dan sedap! 

Baiklah, ini resepinya ya?

Bahan2 Gaul (Pastry) 
  • 1/2 cawan kelapa kering
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan brown sugar
  • 1 sudu besar cinnamon powder
  • 1 cawan butter

Fillings
  • 2 biji epal hijau. Dipotong dadu.
  • 1/2 cawan badam cincang
  • 2 sudu besar kismis
  • 1/2 cawan serbuk kacang tanah tumbuk
  •  1 tin mixed fruit dipotong dadu ( dibuang airnya)

Cara-cara
  1. Gaul semua bahan-bahan pastry tadi dengan tangan supaya ia tidak bergentel. Biarkan ia berkirai cantik macam serbuk roti. 
  2. Campurkan semua bahan-bahan filling dan gaul sebati.
  3. Susunkan bahan-bahan filling diatas tray kemudian taburkan gaulan bahan-bahan pastry tadi. Tidak perlu ditekan, ia akan melekat sendiri.
  4. Bakar selama 45 minutes dalam suhu 175 celcius.

Selamat mencuba :)

Pie Gaul

Iftar 18 Ramadan 1434 H

Assalamua'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hai. Salam 22 Ramadan.
Alhamdulillah masih bernafas CL pagi ini. Sesuatu yang baik perlu dilakukan untuk menambahkan berat timbangan amal. 
Kata Saidina 'Ali (R.A),
"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam."
Benda baik apa CL dah buat awal pagi ini ye? Hmm.. insha Allah adalah satu dua yang tidak dilakukan semalam. Semoga permulaan yang baik hari ini menjanjikan pengakhiran yang sempurna pada 31 Julai 2013 ini. 
Harini saja la CL nak cerita tentang kemeriahan majlis Iftar di rumah CL pada Ramadan ke yang 18 hari tu. Total ahli keluarga yang hadir adalah dalam 40++. Itu pun ada juga yang tidak menghadirkan diri disebabkan sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Tak apelah. :)
Kesimpulannya, majlis iftar tersebut sangat meriah, terlalu banyak makanan dan keriangan serta berakhir dengan kesyukuran dan keletihan. Kita host kan? Penat la mak jemah. Hehe.
Kenduri kahwin CL confirm insha Allah bukan dibuat di rumah. Mungkin di dewan kampung sebelah ibu. Cehcehceh.. Awal plan! Macam dah nak dekat aje kan? Doa-doakan, insha Allah :) Antara juadah lauk pauk yang kami sekeluarga sediakan sebagai menu utama ialah :

Masak Lemak Kulit Lembu

Sayur Campur Cendawan dengan Kacang Buncis

Sambal Tumbuk
Masak Lemak Labu
Ayam Goreng Berempah
Apple Crumble atau Melayunya Pie Gaul

serta bermacam-macam lagi juadah yang dibawa oleh ahli keluarga lain. Memang banyak sampai taktahu nak buat apa. Hehe. Tapi, kami tak buang. Kami ada bagi nenek sikit, dan mereka-mereka yang ingin menapau. Jadi, takdelah pembaziran. Alhamdulillah. 

Jemputlah tengok gambar-gambar sekitar Iftar dirumah CL :) Banyak gambar CL diambil dekat stor, hahaha nak cakap betapa penuhnya rumah sampai duduk kat stor dah!

Pakcik sulung dan ayah
Cousin-cousin tersayang, kembar comel diorang ni!
Kopipes. hehe. Cakina bambam
And as you go through all the pics ni, kalau ada gambar yang blurry tu, minta sorry sebab snap guna phone lain. I takde DSLR. Phone cap ayam je.
Ada bran nak masuk pinang I? You tengok muka pakcik2 I ni. haaaa.. jaga2!
Duduk berborak di stor rumah
Tahlil sebelum Iftar

Kaum kerabat

Eh eh.

Caimi pun nak bersedekah jugak, kak Ina.

Tahlil #2

Sesi pembayaran zakat fitrah

Mamaku di hujung nun

Tahlil #3


Daaaaan.. setelah selesai semuanya, alhamdulillah, majlis Iftar berjalan dengan lancar atas izin Allah.

TERIMA KASIH DARIPADA KAMI SEKELUARGA!


Thursday, July 25, 2013

Sushi Simple Sempoi

Assalamu'alaikum  semua orang!! :-D 

I am so freakin' happy today sebab Nana Banana sudah balik! Alhamdulillah! Takdelah CL sorang-sorang cakap dengan Ocean. We did our little talk as usual. I am so relieved to see her. :-D
Lepas Asar, Nana bagitahu yang mama dia suruh cakap thank you dekat CL. I asked Nana why and she said that this is the  first time mama dia dapat buat donat yang sedap dan gebu lepas CL kongsi resepi donat cakcibur yang CL selalu buat. Nak tahu resepi tu? Klik saya.

Nana macam biasalah, pantang balik, mesti tangan dia penuh dengan macam-macam makanan kalau datang semula ke UIA. Hari ini, mama dia bekalkan bihun goreng and her brother gave her kek lapis from Sarawak. Ada a few jenis jugak la. Since everyone is happy in the room, I decided to make sushi for our Iftar. But before that, Nana and me had to do our routine activity during Ramadan which is giving food to random people. Nana told me once that we have to maximize our Ramadan by sharing the little things that we have so then, in return, Allah will reward us with something bigger and greater. :-)

Pukul 6 macam tu, we started to give some bihun goreng to others. :) Alhamdulillah. There is one day, it was two days before Ramadan when Nana got excited to celebrate the coming of this holy month. Without anytime wasted, she asked me to come with her to knock on every neighbors' door. Then, we gave them a plate of sweet desserts and a cup of porridge each. Now you know why Nana is such a sweetheart to me? May Allah bless her and her family. :-)

Daaaan.. jeng jeng jeng. Lepas habis everything dalam pukul 7 macam tu, CL start la buat some sushi. Tapi, since I am stranded in the land of nowhere, barang-barang nak buat sushi tu tak cukup, tak lengkap dan tak sempurna 
(senang kata, pakai apa yang ada aje lah). Sangatlah selekeh dan sempoinya. But I am so glad that Nana loves it. Alhamdulillah.  Korang nak tahu bahan apa yang CL guna? Hehe. Segan la nak bagitahu. 
Nak kata sushi pun bukan rasanya but still it taste good thou :-) ! Lepaslah gian hari tu mengidam makan dekat Sakae.

Baiklah.. 

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk kecil nasi putih. ( serius memang nasi putih biasa beras cap Rambutan)
  • 3 biji bebola ketam 
  • 1 biji telur dadar
  •  Timun
  • 1 paket rumpai laut jenama Tao Kai Noi perisa Wasabi.
  • 1 paket kecil mayonis Ladyss Choice.

Cara-cara

  1. Gaulkan telur dadar, bebola ketam yang telah dipotong kecil-kecil bersama dengan mayonis. Gaul sampai sebati. 
  2. Hiriskan timun panjang-panjang. Agak-agak la saiz . Jangan tebal sangat. Kalau boleh, buang empulur/ biji dia.
  3. Ambil satu seaweed dan ratakan nasi diatasnya sehingga menutup lebih kurang seluruh permukaan seaweed.
  4. Setelah itu, letakkan hirisan timun secara memanjang ( horizontal) diatas permukaan seaweed.
  5. Letakkan filling telur+bebola ketam+mayonis selepas hirisan timun.
  6. Gulungkan. Since CL takde sushi roller tu, CL gulung je pakai tangan.
  7. Ulang proses sehingga inti, timun dan seaweed habis.

Senangkan sushi versi selekeh ni? Tapi rasa boleh tahan. Amat menyenangkan untuk student macam saya dan bagi mereka yang sibuk mahupun mereka yang sudah kekeringan duit di hujung bulan tapi teringin tak hengat nak makan sushi. ;) Selamat mencuba!

A plate of desserts and a cup of porridge for the neighbors 




Bihun goreng for random people

Sushi sempoi yet yummy #1
Sushi sempoi yet yummy #2
Sushi sempoi yet yummy #3

Wednesday, July 24, 2013

Miss Lonely

Dear diary,
Hari ni kan, I feel sad and so lonely. Rasa macam forever alone je. Sebenarnya, dah rasa lama dah. Sejak mula short sem lagi. Tapi, hari ni taktahu kenapa. I think I've already hit the wall. Seriously, sorang kawan pun takde. Bukan takde langsung, tapi, takde siapa yang nak duduk bercakap dengan CL ni. Hari-hari cakap dengan Ocean ( Nana's fish). Since Nana Banana pun balik, lagilah bosan. Even though CL jarang cakap dengan dia, tapi kalau sekali bercakap tu, it might take us two hours to conclude :3 Selalunya, kami akan bercakap on beneficial stuffs. Kadang-kadang she asked me for Malaysian foods punya recipe sebab dia lahir and grew up abroad. Jadi, Malaysian food ni dia kurang tahu sikit. Anyhow, it doesn't make me any better.

Sigh... 
Kalau buka facebook, sorang kawan pun tak tanya khabar or comment on my status ke. CL bukan nak kejar like sangat pun but I need communication. Nanti ada la tu yang cakap " why don't you start first?" 
Kadang-kadang, I did put my comment on their status. Heh, takde pun yang nak reply. At least put a smiley thou. :( Kadang-kadang, nak jugak masuk conversation, tapi, I do not feel I belong there since yang komen tu semuanya best friends with each other. Kadang-kadang, ada yang ajak keluar iftar. Thank you. Tapi, ajak berbuka dekat Sakae, takpun makan popcorn Garret. Dengan MYR27++ makan popcorn atau MYR 30++ makan dekat Sakae, I could minimize my budget and can save the whole week. ;) Kan you kan? :) 
(yes, you, Ana Khaer)

So, here I am. Stranded in nowhere. Laying sick on this abandoned island, waiting for someone to come and saves me. Happy 15th Ramadan! :)

Its a lonely day and it's mine