Assalamua'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hai. Salam 22 Ramadan.
Alhamdulillah masih bernafas CL pagi ini. Sesuatu yang baik perlu dilakukan untuk menambahkan berat timbangan amal.
Kata Saidina 'Ali (R.A),
"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam,
rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka
lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam."
Benda baik apa CL dah buat awal pagi ini ye? Hmm.. insha Allah adalah satu dua yang tidak dilakukan semalam. Semoga permulaan yang baik hari ini menjanjikan pengakhiran yang sempurna pada 31 Julai 2013 ini.
Harini saja la CL nak cerita tentang kemeriahan majlis Iftar di rumah CL pada Ramadan ke yang 18 hari tu. Total ahli keluarga yang hadir adalah dalam 40++. Itu pun ada juga yang tidak menghadirkan diri disebabkan sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Tak apelah. :)
Kesimpulannya, majlis iftar tersebut sangat meriah, terlalu banyak makanan dan keriangan serta berakhir dengan kesyukuran dan keletihan. Kita host kan? Penat la mak jemah. Hehe.
Kenduri kahwin CL confirm insha Allah bukan dibuat di rumah. Mungkin di dewan kampung sebelah ibu. Cehcehceh.. Awal plan! Macam dah nak dekat aje kan? Doa-doakan, insha Allah :) Antara juadah lauk pauk yang kami sekeluarga sediakan sebagai menu utama ialah :
|
Masak Lemak Kulit Lembu |
|
Sayur Campur Cendawan dengan Kacang Buncis |
|
Sambal Tumbuk |
|
|
Masak Lemak Labu |
|
Ayam Goreng Berempah |
|
Apple Crumble atau Melayunya Pie Gaul |
serta bermacam-macam lagi juadah yang dibawa oleh ahli keluarga lain. Memang banyak sampai taktahu nak buat apa. Hehe. Tapi, kami tak buang. Kami ada bagi nenek sikit, dan mereka-mereka yang ingin menapau. Jadi, takdelah pembaziran. Alhamdulillah.
Jemputlah tengok gambar-gambar sekitar Iftar dirumah CL :) Banyak gambar CL diambil dekat stor, hahaha nak cakap betapa penuhnya rumah sampai duduk kat stor dah!
|
Pakcik sulung dan ayah |
|
Cousin-cousin tersayang, kembar comel diorang ni! |
|
Kopipes. hehe. Cakina bambam |
And as you go through all the pics ni, kalau ada gambar yang blurry tu, minta sorry sebab snap guna phone lain. I takde DSLR. Phone cap ayam je.
|
Ada bran nak masuk pinang I? You tengok muka pakcik2 I ni. haaaa.. jaga2! |
|
Duduk berborak di stor rumah |
|
Tahlil sebelum Iftar |
|
Kaum kerabat |
|
Eh eh. |
|
Caimi pun nak bersedekah jugak, kak Ina. |
|
Tahlil #2 |
|
Sesi pembayaran zakat fitrah |
|
Mamaku di hujung nun |
|
Tahlil #3 |
Daaaaan.. setelah selesai semuanya, alhamdulillah, majlis Iftar berjalan dengan lancar atas izin Allah.
|
TERIMA KASIH DARIPADA KAMI SEKELUARGA! |
No comments:
Post a Comment