Thursday, July 25, 2013

Sushi Simple Sempoi

Assalamu'alaikum  semua orang!! :-D 

I am so freakin' happy today sebab Nana Banana sudah balik! Alhamdulillah! Takdelah CL sorang-sorang cakap dengan Ocean. We did our little talk as usual. I am so relieved to see her. :-D
Lepas Asar, Nana bagitahu yang mama dia suruh cakap thank you dekat CL. I asked Nana why and she said that this is the  first time mama dia dapat buat donat yang sedap dan gebu lepas CL kongsi resepi donat cakcibur yang CL selalu buat. Nak tahu resepi tu? Klik saya.

Nana macam biasalah, pantang balik, mesti tangan dia penuh dengan macam-macam makanan kalau datang semula ke UIA. Hari ini, mama dia bekalkan bihun goreng and her brother gave her kek lapis from Sarawak. Ada a few jenis jugak la. Since everyone is happy in the room, I decided to make sushi for our Iftar. But before that, Nana and me had to do our routine activity during Ramadan which is giving food to random people. Nana told me once that we have to maximize our Ramadan by sharing the little things that we have so then, in return, Allah will reward us with something bigger and greater. :-)

Pukul 6 macam tu, we started to give some bihun goreng to others. :) Alhamdulillah. There is one day, it was two days before Ramadan when Nana got excited to celebrate the coming of this holy month. Without anytime wasted, she asked me to come with her to knock on every neighbors' door. Then, we gave them a plate of sweet desserts and a cup of porridge each. Now you know why Nana is such a sweetheart to me? May Allah bless her and her family. :-)

Daaaan.. jeng jeng jeng. Lepas habis everything dalam pukul 7 macam tu, CL start la buat some sushi. Tapi, since I am stranded in the land of nowhere, barang-barang nak buat sushi tu tak cukup, tak lengkap dan tak sempurna 
(senang kata, pakai apa yang ada aje lah). Sangatlah selekeh dan sempoinya. But I am so glad that Nana loves it. Alhamdulillah.  Korang nak tahu bahan apa yang CL guna? Hehe. Segan la nak bagitahu. 
Nak kata sushi pun bukan rasanya but still it taste good thou :-) ! Lepaslah gian hari tu mengidam makan dekat Sakae.

Baiklah.. 

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk kecil nasi putih. ( serius memang nasi putih biasa beras cap Rambutan)
  • 3 biji bebola ketam 
  • 1 biji telur dadar
  •  Timun
  • 1 paket rumpai laut jenama Tao Kai Noi perisa Wasabi.
  • 1 paket kecil mayonis Ladyss Choice.

Cara-cara

  1. Gaulkan telur dadar, bebola ketam yang telah dipotong kecil-kecil bersama dengan mayonis. Gaul sampai sebati. 
  2. Hiriskan timun panjang-panjang. Agak-agak la saiz . Jangan tebal sangat. Kalau boleh, buang empulur/ biji dia.
  3. Ambil satu seaweed dan ratakan nasi diatasnya sehingga menutup lebih kurang seluruh permukaan seaweed.
  4. Setelah itu, letakkan hirisan timun secara memanjang ( horizontal) diatas permukaan seaweed.
  5. Letakkan filling telur+bebola ketam+mayonis selepas hirisan timun.
  6. Gulungkan. Since CL takde sushi roller tu, CL gulung je pakai tangan.
  7. Ulang proses sehingga inti, timun dan seaweed habis.

Senangkan sushi versi selekeh ni? Tapi rasa boleh tahan. Amat menyenangkan untuk student macam saya dan bagi mereka yang sibuk mahupun mereka yang sudah kekeringan duit di hujung bulan tapi teringin tak hengat nak makan sushi. ;) Selamat mencuba!

A plate of desserts and a cup of porridge for the neighbors 




Bihun goreng for random people

Sushi sempoi yet yummy #1
Sushi sempoi yet yummy #2
Sushi sempoi yet yummy #3

No comments: