Monday, March 18, 2013

Ini semua poyo!

Hek eleh, baru tak datang meeting sehari dah kecoh. 
Tak datang bukan sebab tidur ke, makan angin ke, repair beca ke ape,
I ada program. Reti?
Dah tu,  cakap orang tak sedar diri la apa la..tak reti urus masa la.
I rasa dalam banyak2 tu, I yang paling sibuk dan komited dengan biro I.
Oh for your information, CL semester ni pegang post dalam Psychology Students Association kat universiti ni.
Entahapa2. Cuba la ingat, in before, I datang meeting, bagi pendapat, join program. Ini baru sehari tak datang.
Yang lain tu, sampai 2 kali tak nampak muka, tak pulak kena marah.
Alah, korang boleh la poyo, korang bukan buat apa sangat pun kan?
Blah la. 
Baru 2nd year, boleh la cakap.
Cuba ko jadi 3rd year macam aku ni. Tak cukup kaki ko nak jejak tanah. Sampai koyak2 kasut ko tau?
Last2, sebab aku  ni malas nak bising, aku pun minta maaf la ye secara formal sebab tak datang meeting sehari. Ko rasa macam apa? Puas la kan?
Nakal sangat korang kan? Puih!



 



Sunday, March 17, 2013

May Allah bless him and each one of us

Assalamu'alaikum  sweethearts.

Tadi, sambil2 mengulum2 asam dalam mulut, CL buka Facebook. 
Menunggu khabar berita tentang seorang Professor di IIUM@UIAM, Prof Dr. Ghassan Taha Yaseen yang dimasukkan ke Hospital Gleneagles, Khamis lepas.
Dan hari ini (17/3/2013), pulanglah seorang scholar yang hebat kepada Penciptanya. Innalillah.

Menurut kawan CL, yang juga merupakan student kepada Prof, Prof dimasukkan ke hospital due to heart attack. 
Prof Dr. Ghassan merupakan lecturer yang berasal dari Iraq, sudah berkhidmat selama  21 tahun di IIUM.
Semestinya, kehilangan beliau amat dirasai oleh seluruh Department of History and Civilization secara amnya dan ahli keluarga beliau secara khususnya.  

Walaupun CL bukan student yang major in History, tapi melihat kawan CL menangis diatas riba CL sampai basah kain CL dengan air mata dia, menunjukkan betapa Prof Ghassan merupakan lecturer yang disayangi students.

Al Fatihah. 

Dibawah ni, kata-kata dari kawan CL dari Department of History.


Bismillah
Assalamualaikum brothers and sisters in islam.

As most of us have heard, our dear Proffesor. Ghassan Taha Yaseen- from the department of History and Civilisation IIUM,
had recently suffered 2 severe heart attacks. He underwent 3 major surgeries and has been in the ICU ever since Monday morning.. Please make dua for him and his whole family as they are physically, emotionally and mentally drained.. May Allah keep them strong and patient. Ameen..

We are currently in need of URGENT donations due to the high cost of the surgeries and Medical charges which has exceeded RM 90,000, while insurance only covers only RM 40,000.
We were told that as each day passes this amount increases by RM 10,000. Below are the account details on which you can donate:

Account Holder Name: Abdul Aziz
Bank: Maybank
Acc Number: 164221439567
Swift code: MBBEMYKL
Branch: Jalan Gombak

Please pray for him and help spread the word.
Jazakallahu Khairan.


Saturday, March 16, 2013

Slow Saturday

Assalamu'alaikum orang-orang kampung Tora Ding Dang.
Hehe. 
Wujud lagi blog ni rupanya. Ingatkan pihak blogspot dah sita tapak ni. 
Maklumlah, tak bayar dengan entry yang berjela.
Apa benda nak update ni?
Sekarang, semua CL update kat Facebook la sayang-sayang ku.
Kalau nak gosip boleh la kot kat sini. 
Kat Facebook, CL memainkan watak wanita solehah.
Kat blogspot ni, boleh la memainkan peranan kanak-kanak ribena dengan epal. 
Assignment berlambak. Macam biasa. Selagi kaki ni masih kat dalam UIA, selagi itu esaimen akan datang tanpa malu-malu. 
Tangan CL lenguh sangat. Semalam CL main archery. Hari ni swimming free style. 
Betul2 orang kata pakai tulang empat kerat. 
Tapi bentuk badan? 
Masih lagi segi empat tepat.
Nanti kan, kalau CL dah ada baby, CL nak letak gambar baby banyak2 kat blog CL ni boleh kan?
Boleh laaaaaaa.... 
Kejap lagi dah nak cuti. CL dah tak sabar2 nak masak kat rumah. Kat sini, paling terer pun, CL masak nasi goreng planta pakai rice cooker kakak senior. Seksa Jah, Jenab. Ko takde papan andas kat sini. Terpaksalah ko guna buku2 tebal buat alas potong bawang. Hehehe. Ko jangan tanya aku potong bawang pakai apa. 
Ok la.. dah tak de apa2 kot. Nanti kalau ada story yang best untuk dikongsi, CL post eh? 
Tata.

Sunday, November 4, 2012

Big M

Hello. How have you been doing? Great? 
I am still on my way to get the mood for tomorrow. 
Tomorrow is Monday. 
How many of you love Monday?

So far my weekend is an epic fail.
I've wrote my to-do list.
Still.. Running Man ruined it.

Ok, till then, happy Monday everyone. Assalamualaikum. 



Tuesday, October 30, 2012

Fajitas Daging Puri Labu



Fajitas Daging Puri Labu.
Assalamualaikum everyone.   I am still in a festive mooood bebeh even though it ends today.
A lot of Qurban delicacies yang CL makan.  Huahua.. Berat badan? Lepas raya baru fikir.
So yesterday, ibu CL masak rendang daging cili api dan…….. yang ini special sikit.
Presenting….. Fajitas daging puri labu. Yeay!
Jadi, hari ini CL nak berkongsi resepi Fajitas daging yang ibu CL masak. CL tolong jugak la sikit-sikit.
In before, ibu CL dapat resepi ini dari rancangan “Resepi Sunnah”, TV9.  Cuma ibu altered a bit lah. In the show, chef buat Fajitas Ayam. Roti yang digunakan pun lain.

Bahan-bahan
  • 3 potong labu manis yang telah direbus. ( uol, ibu CL kata, Rasulullah suka makan labu manis. Makanan sunnah ni, insyaAllah.)
  • Daging (telah direbus) dipotong halus-halus.
  • Capsicum (lada benggala) warna hijau dan merah
  • Bawang besar sebiji
  • Roti putih (disarankan menggunakan Massimo ataupun Gardenia).
  • Rempah kari , serbuk lada hitam, sedikit serbuk perasa dan garam.

Cara-cara           
Bahan Inti

  1. Capsicum dan bawang besar dipotong dadu kemudian dicampurkan dengan daging yang telah dipotong halus tadi.
  2. Bubuh rempah kari, serbuk lada hitam, garam dan serbuk perasa.
  3. Gaul bagi rata.
  4. Tumiskan dengan minyak yang sedikit sehingga naik bau.
Beginilah rupanya setelah siap :)


Bahan Pelekat

Lenyek labu manis yang telah direbus tadi. Untuk pengetahuan, selain menyedapkan rasa Fajitas, labu ini berfungsi sebagai pelekat.

Steps
  • Mula-mula, tekan roti dengan penggelek.

  • Kemudian, sapukan labu yang telah dilenyek diatas permukaan roti.

  • Letakkan inti diatasnya.

  • Gulung roti.

  • SIAP!! Bismillah. 
 Oh yes, people, this is my 100th entry!! :) Hope you guys enjoy reading/ obtained something beneficial from "Behind Her Veil". Sorry for any shortcomings in my writing.Thank you. _CikLina.


Saranghaeyo readers!

 They are my best friends, my supporters, my financial controllers, my nightmare busters and my parents.

Tuesday, October 23, 2012

Apam Polkadot



Assalamualaikum. Hello everyone.
Rasanya belum lambat sangat nak ucapkan congratulation untuk pasukan Kelantan kerana telah membelasah ATM dengan hensemnya dalam piala Malaysia. 3-2 kan? Ok la tu.
CL sokong ATM. Takpelah ATM, musim depan buat sungguh-sungguh tau?
Tapi kan, pasukan pertama pilihan CL sudah semestinya Selangor. Gergasi Merah Kuning. Tempat tumpah darah kan? Ofkos sokongan tak berbelah bahagi.
Hari ini, 23/10/2012. Hari Selasa. Lepas Zuhur nanti CL kena drive ambil adik dari asrama. Kaki pun masih sakit. Takpelah, tekan paddle guna jari kaki. Muehehe.
Sebelum nak ambil adik, mesti nak masak-masak dulu kan kat dapur? Disebabkan perasaan malas yang amat sebab kaki CL sakit, CL pun buat apam polkadot je.
Begini cara-caranya ye?
Bahan-bahan diperlukan.

·         3 biji telur. Pakai gred C punya pun ok. (keluarkan dari peti ais)
·         200 gram gula
·         248 gram tepung superfine
·         1 kotak santan pekat. (Selalunya dalam 200 ml, tambah sikit air. Jadikan dalam 218 ml.)
·         2 setengah camca serbuk penaik
·         1 sudu makan ovellete
·         1 camca esen vanilla
·         Pewarna merah-hijau-kuning atau apa sahaja.
·         Bahan inti (CL pakai jem nanas. Ada orang pakai inti kelapa)
 
Cara-cara

  1.   Pukul semua bahan diatas kecuali inti dan pewarna selama 5 minit tanpa henti dengan kadar kelajuan yang sesuai sampai kembang.
  2.  Bahagikan adunan kepada warna-warna yang uols suka. Nak warna merah-hijau, bahagikan adunan satu warna merah, lagi satu warna hijau.
  3.   Sudukan sedikit adunan kedalam kertas muffin.  Cukup sehingga paras separuh kertas.
  4.   Letakkan inti.
  5.   Tutup kembali inti dengan adunan yang sama.
  6.   Titikkan adunan yang kedua (warna lain diatas adunan tadi) kan nak buat dot2?Uol boleh pakai piping bag, ataupun plastic yang dipotong hujungnya.   
  7.  Kukus selama 15 minit. Jangan lama-lama sangat. Nanti pecah tak cantik uol. Ngeri nak makan.               

Motif kan? Warna bendera Selangor

Merah- Kuning



Wednesday, September 19, 2012

10 sebab mengapa susah kurus


Salaam. Hai semua. Nama saya Lina. Boleh panggil saya Cik Lina. Kalau rasa nak jimat air liur, panggil CL je. J
CL berbadan besar@gemuk@sasa. Haha. Tipulah kalau CL kata CL taknak kurus. Dulu2, memanglah ada cakap :” its okay, you have a lot of time to be skinny in the grave”.  Tapi……siapa taknak ada badan yang sihat kan? Berat badan ideal, ukuran pinggang yang menarik..owhh.. itu semua ada dalam kepala. 
CL selalu cakap : “saya akan kurus, suatu hari nanti”. Bila tu? Entaaahhh…
Kenapa saya susah nak kurus?


  1. Saya suka makan. Hobi saya makan. Saya bahagia bila saya dapat makan. Saat paling best bila anda kekenyangan. 
  2. Saya rasa ada lagi yang lebih besar dari saya. Saya kira comel ape? Muehehe..kecik molek gitu.
  3. Saya tak de masa nak fikir semua tu. Rutin harian saya terlalu sibuk. Diet? Nantila lepas habis belajar. 
  4. Saya seorang yang cepat jemu. Diet membosankan. Makanan kegemaran menjadi musuh saya ketika diet. Hanya sesekali kami berkawan. 
  5. Kenapa saya perlu kurus? Saya tak ada sakit jantung, kencing manis, darah tinggi.  Saya sihat.  
  6. Berat badan saya belum mencecah 100 kilogram pun. Masih ada yang mampu angkat..thehehe. (gatal).  
  7. Prinsip “its okay, u have a lot of time to be skinny in the grave”.  
  8. Diet menyeksakan dan memenatkan. Makan Cadbury dan KFC memberikan rasa gembira buat saya. 
  9. Kalau saya sakit pun, anda ke yang susah? Hmm…               
  10. Jangan risau, masih ada lelaki yang sukakan perempuan berbadan macam saya. Mana saya tahu? Bacalah buku Steve Harvey.
Jadi… boleh kamu list kan mengapa saya perlu kurus? Please.
Segala kata cacian, yang telah engkau berikan, membuatku rasa kosong..kosong..kosong. Ade Jenab kesah?