Tuesday, April 12, 2011

Kawan Dan Lawan? Saya Sayang Dua-Dua

Salam kasih sayang. CL tahu entry CL which titled Kamikaze membuatkan ramai yang terasa dan terusik. CL minta maaf.  Tapi, at least, CL lega bila CL dah luahkan. Minta maaf dan memang tiada niat. CL memang dah tekad nak post jugak entry tu, daripada CL pendam2 lama2 meletup, better CL cakap Lagipun, CL tak sebut nama sesiapa Ia general. Sekali lagi CL tekankan..Ada yang call CL, cakap, kalau dah tak suka, jangan dengar. Benda dah lepas, tak apelah. Ada yang marah, ada yang tarik muka. Dan macam2 lagi. Senangnya kan? Bila orang tu kita perlukan untuk meringankan masalah atau menyenangkan kita, layanan baik tak henti-henti untuk dia. Bila dah benci, macam kacang lupakan kulit, dipijak2 je. Kebaikan sebelum ni, tak dipandang dah lagi. Tak apelah, CL tak harap pun. Dah biasa dapat layanan buruk.
So, sekarang dah tahu kan? dah kenal CL macam mana orangnya. Taklah baik sangat. Tapi taklah jahat. CL tetap sayang kawan2 CL. Dalam banyak2 kawan, CL suka kawan yang jenis jujur. Kalau dia tak suka, dia cakap tak suka, kalau dia terasa, dia cakap dia terasa. CL suka dan CL hargai. Sebab inilah kawan sebenar, tak menipu. Cuma kadang2 kejujuran tu janganlah direvealed sangat. Takut jadi lain pulak.
Ada satu cerita, CL dan kawan CL. Satu hari dia mengadu kat CL. Kawan baik dia terlalu jujur sampai diorang bergaduh selama sebulan. CL kata " baguslah dah jujur, dia tak hipokrit.". Jawapan, " Mal..kalau dah sampai cakap, yang muka aku ni sebenarnya tak cantik, aku ni gedik kat luar, gigi aku kuning macam bas sekolah, tu jujur ke mengutuk?".. Hahahaha...macam2 hal lah.
Kawan2 CL setakat ni alhamdulillah semuanya baik2. CL ni yang jahat kadang2.huhu. Dalam blog, CL cuba rahsiakan identiti seseorang. Jaga aib orang, nanti Allah jaga aib kita. Kepada yang terasa dalam entry Kamikaze, mohon maaf. Jangan risau, blog CL tak ramai follower, tak ade yang baca melainkan sesiapa yang nak baca. Ni pun namanya diari kan? So, saja lah nak tulis. Dlam entry Kamikaze tu jugak adalah hasil letupan perasaan yang CL pendam sebelum ni. Minta maaf sangat2. Pada kawan2 yang berlaku jujur, terima kasih buat CL maklum tentang tu. Adat perhubungan ada pasang, ada surut. Seingat CL, follower dari UIAM cuma dua orang je. Yang lain, samada kawan2 sekolah atau anonymus.
Last word, terima kasih kepada yang berlaku jujur, kita selesaikan secara professional, takmau gaduh2. Terima kasih yang kata CL macam2, balasan yang amat setimpal untuk CL yang selama ni menjadi pendengar setia masalah awak. Terima kasih ye? Silap CL sikit je, kata2 kasar berjela2. hehehe...Suka betul.
Kepada mar'ah2 solehah yang sentiasa menyayangi dan nak concern pasal CL, tegur slah silap CL, maaf lagi sekali kalau ada salah silap. CL tak sempurna, cuma manusia biasa, yang banyak dosa, cuba mengejar sebanyak mana pahala. Sayang anda semua keranaNya sampai bila-bila dan kalau CL pergi, redhakan semuanya. Wassalam.

Sunday, April 10, 2011

Kamikaze

"Amal boleh tak kalau saya macam ni? Boleh tak kalau saya macam tu? Kenapa dia buat saya macam ni? Agak2 boleh tak kalau saya nak pakai baju pink? Kenapa dia benci saya? Apa pendapat awak kalau saya tak nak makan hari ni? Boleh tak awak carikan jodoh untuk saya? Benci la dengan ibu saya tu, sikit2 nak marah. Awak, dia pinjam buku kita hari ni, awak rasa kenapa dia pinjam buku kita?" dan macam2 lagi soalan yang tak sepatutnya untuk CL jawab. Orang selalu cerita semua benda kat CL, mengadu nasib, masalah, kerunsingan minda even pasal aib keluarga mahupun bila ada seorang jejaka atau gadis pandang dia. Persoalannya, kenapa? KENAPA?????? CL ni bukan yang Maha Mendengar. Ada Allah 24 jam. Pergi la, mengadu kat DIA. Allah tu mendengar malah mengabulkan apa yang kita minta.
Sorry entry kali ini agak emosional. CL juga ada perasaan. Tapi sebab blog ni CL dah anggap macam diari, jadi, tak apelah. Nama pun diari kan? Baca sendiri, tengok sendiri, tulis sendiri. Sesiapa yang terbaca dan terasa, anggaplah benda ni bukan CL tuju kat awak. This is general.
CL ni sakit. Tolonglah faham CL. CL kena jugak providekan masa untuk diri CL. Kesianlah kat CL. CL bukan tong sampah korang. Bukan CL tak boleh dengar, malah kalau sesiapa je yang bercerita CL akan dengar. Ye, dengar. Tapi, bagilah CL uruskan diri CL. Kadang2 masalah CL sendiri pun tak setel. Asyik dengar masalah orang. Even kaunselor pun tak seteruk ni. Memang ramai kata, CL understanding, penyimpan rahsia terbaik. macam2 lg lah. Tapi pernah tak korang fikir perasaan CL? Amanah rahsia korang yang kadang2 tak patut ada dalam hidup CL. Jangan ambik kesempatan atas kesudian CL mendengar. Ingat, CL sakit. CL sakit. CL sakit. Boleh tak? 
Kadang2 CL tak reply mesej. Tak angkat call. CL nak bagitahu, yang CL tak semestinya 24 jam ada dengan anda. Masing2 ada kehidupan masing2. Tapi, jangan lah penting diri. Boleh nak bercerita, tapi kalau dah selalu....CL BUKAN MAHA MENDENGAR. tolonglah faham. CL sakit. CL sakit. CL sakit.
Korang mungkin rasa, "Ohhh..lega dah cerita kat Amal". Tapi, pernah korang fikir, apa yang CL rasa? Pernah?
Tak tahulah kalau korang ada rasa sekelumit tanggungjawab dan belas kasihan. InsyaAllah kawan2 CL semua baik2. CL minta maaf, CL bukan boleh direct sound. So, dekat diari peribadi online ini ajelah CL tulis. CL sendiri perlu memikirkan masalah CL, kesihatan CL, malah jangka hayat hidup CL yang tak tahu bila akan berakhir. Ramai yang kata, suka tengok CL senyum, pernah fikir tak betapa susahnya untuk CL nak ukir senyuman tu? Untuk menutup sakit CL. Sakit apa yang CL deritai, tak payahlah CL bgtahu. Cuma satu pinta CL, kasihanilah CL ni. Itu aje. Boleh bercerita, tapi ada masa. Dan CL tak boleh diganggu ketika :

  1. Sedang mengaji al Quran mahupun bercadang untuk mengaji.
  2. Sedang on the phone dengan ibu ayah mahupun sesiapa sahaja.
  3. Sedang berehat didalam bilik pada waktu pukul 11 malam keatas kecuali kalau CL pelawa anda untuk datang dan CL yang berkunjung kebilik anda.
  4. Ketika dalam musim exam.
  5. Paling pantang, ketika CL study! CL tak boleh fokus kalau ade sesiapa kacau CL masa study. CL kene sorang2 waktu ni.
  6. Kalau ada apa2 lagi, CL bagitahu nanti.  
Jadi, janganlah menggangu CL pada waktu2 ini kecuali diizinkan. Akhir kata, benda ni general, CL tak tuju kat sapa2. Ini semua pangalaman CL. Nak cerita masalah, CL takde masalah. Tapi, CL sakit. CL sakit. CL sakit. Apa2pun, CL tetap sayang sesiapa yang sayang CL. Wassalam.

Puteri Bunian versus Cinderella Part 2

Assalamualaikum adik2. Bersama kak CL hari ni untuk kita sama-sama mengikuti kisah Puteri Bunian Versus Cinderella. Baiklah, sambungan siri yang lepas ( hanya beberapa jam yang lalu), kita dapati si gadis comel, CL telah terjaga dari pengsannya dan mendapati ada semangkuk murtabak bersama sehelai kertas, Jadi mari kita lihat apa yang gadis comel bernama CL ni nak buat dan siapa sebenarnya perempuan misteri itu. ( Tiba-tiba neves sendiri). 
Si gadis comel segera mencapai cermin matanya untuk melihat tulisan yang tertulis diatas kertas itu. " Emm..sepertinya saya kenal tulisan ini," kata gadis comel itu didalam hatinya.
"Eh, siapa pengirim murtabak ni? Puteri kerajaan Pandora?"

Ini ialah surat tulisan tangan Puteri kerajaan Pandora.

Demi menyelamatkan rakyat2 jelata dan seluruh warga blok C khususnya dan semua jemaah UIAM amnya, maka dengan izin Allah, si gadis comel tadi memakan murtabak itu dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim. Semoga aku terlindung dari bahaya ya Allah, monolog hatinya.

Murtabak Misteri
Kerana berkat kalimah Bismillah, maka gadis comel itu selamat dan tidak jatuh sakit. Keesekon harinya seperti biasa si gadis comel yang bernama CL telah bertanya kepada teman baiknya sejak kecil, Si Tompok samada dia ada melihat sesiapa yang lalu lalang di sekitar kawan biliknya pada malam semalam. Si Tompok diam sahaja, seolah2 cuba mengingati sesuatu. Tiba-tiba dia berkata " Semalam ketika Tompok sedang temankan  Celoreng dan Orange bermain2 disekitar Female Sport Complex, Tompok ada ternampak seseorang yang berpakaian seperti seorang puteri. Tertulis diatas kain yang melintangi badannya perkataan "Miss Pandora". Emm.. kalau CL tak percaya cuba tanya anak2 saya ni". CL bertanya kepada kedua2 anak si Tompok yang sangat comel. Mereka mengiyakan kata2 ibu mereka. Kata si Celoreng, anak sulung si Tompok, perempuan itu memakai kasut kaca seperti Cinderella. Kata si bongsu, Orange pula perempuan itu berselendang dan bersanggul seperti Puteri Bunian.

CL, Tompok dan anak2nya ketika mereka berehat bersama.
Kasihan si gadis comel itu adik2, bingung dia memikirkan siapakah gerangan tuan puteri itu. Namun, dia bersyukur kerana berjaya menyelamatkan seluruh warga UIAM dari bahaya ancaman puteri itu. Entah apa masalah agaknya? Sampai paksa orang makan murtabak. Nak bersedekah agaknya. Tapi, yelah, dia kan puteri kalau sedekah murtabak malu je kalau masuk paper. hahaha.. sedekah BMW ke, tiket penerbangan untuk buat umrah ke kelas jugek..hehehe.. tak ade lah, gurau aje. Kita nak bersedekah ni biarlah ikhlas dan kalau boleh biarlah tiada siapa tahu. InsyaAllah banyak ganjaran yang Allah akan bagi. Buat tuan puteri kerajaan Pandora, terima kasih. Lain kali berkunjung lah lagi, tapi, kali ni nak Domino's Pizza pulak. 



.TAMMAT.




PERINGATAN : cerita ini adalah rekaan semata-mata. Semua watak, nama tempat dan karakter antagonis mahupun protogonis tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Bimbingan orang dewasa diperlukan untuk kanak-kanak berumur bawah 5 tahun. Yang atas 5 tahun dah boleh pikir sendiri agaknya. huahua.. wassalam.

Saturday, April 9, 2011

Puteri Bunian versus Cinderella

Salam kasih sayang. Ini merupakan post kedua untuk hari ini. Ingat nak buat tiga post sekali kalau sempat. Kenapa banyak betul CL nak tulis ni? Senang je.. CL banyak cakap, dan bila banyak cakap, banyak juga nak tulis. Post kedua ni simple je. Kalau macam post pertama tadi, Despicable Me  agak panjang CL bercerita kali ni pendek aje. Alkisah bermula sepurnama yang lalu bila CL sedang khusyuk study. (tangan dibahu mata keatas, buat muka annoying sikit). Tiba-tiba pintu locker diketuk. Siapa pulak yang datang ni? Menggangu gugat konsentrasi. CL toleh. Oh, ada seorang perempuan berdiri disebalik pintu locker oren CL. CL pandang dia, dia pandang CL. Suasana sunyi seketika. Ala-ala dalam balang bervakum tinggi. Bunyi napas pun tak dengar (hiperbola terlampau). CL pengsan apabila dikelilingi kepulan2 asap yang mula membaluti seluruh jasad CL. Dan berikut adalah yang CL dapati diatas meja CL selepas CL sedar.

Ada semangkuk murtabak diatas meja bersama sehelai kertas.
Nampak macam nak kena sambung je cerita ni.. Line macam jeles je bila CL mula nak bukak cerita2 lagho ni.. Sekejap, CL cuba tarik sebanyak mana line yang CL dapat.. Iyyaahhhh!!!! 










TAK DAPAT LAH :) JUMPA PART TWO EA? SALAM SAYANG.


Despicable Me

Salam semua. InsyaAllah sihat2 dan masing2 dalam keadaan yang baik2.. Hari ni hari untuk CL berblogging untuk sementara sahaja kerana exam final masih belum tamat. Ada lagi one more paper to go before CL boleh mengucapkan " Ya Allah, alhamdulillah, exam saya dah habis. Bolehlah tidur puas2." Cerita untuk hari ni tak sampai 88 mukasurat pun. Tak setebal buku teks Pendidikan Jasmani tingkatan Empat terbitan KBSM jugak. Biasa saja.
Hari ni lepas habis exam Introduction To Sociology yang bagi CL merupakan satu2nya hari exam yang CL tak ade mood langsung kerana beberapa peristiwa.
  1. Arahan tak jelas. Jawapan bagi Section B sepatutnya diletakkan didalam buku jawapan, walhal, dalam midterm tulis je jawapan tu dekat question booklet. Dan sememangnya jawapan untuk section B memerlukan skill mengeja yang tinggi. Tak boleh silap satu huruf pun. Alkisahnya bila si announcer bersemangat ala2 Pak Jabit mengumumkan " Please stop writing now!", baru CL perasan yang CL tak tulis jawapan di anwer booklet. Gegabah dibuatnya. Gegabah ni kira teruk lagi dari gelabah. Bila si examination assistant yang kerek tu nak kutip, CL minta excuse. Fine, dia pun dengan kereknya pergi kutip kertas orang lain. Cubalah bersimpati sikit. Jadi, didalam anwer booklet CL dimulai dengan section C, diikuti dengan 20 jawapan section B dimana tulisan CL dah ala2 rupa cacing kerawit. Wallahua'lam dengan ejaan. Dimuka depan anwer booklet CL bagi indication kat Sir Khairulanuar yakni lecturer bagi subjek tersebut. Comel jek..hehe.. harap dapat markah lebih. CL tak lupa jumpa sir bagitahu tentang latitud jawapan yang dah berubah arah. Alhamdulillah sir jawab " Its okay, takde masalah, saya masih boleh lagi membaca", balasnya dengan senyuman. Alhamdulillah.
  2. Bila ada seorang lecturer menjerit pekik kat pelajar dia bila pelajar tu buat kesalahan yang sama macam CL. Menengking sampai CL rasa satu dewan besar tu dengar. Dia cakap dengan sombongnya " By the right u should get zero, kamu ni menyusahkan orang lain je!!".. bla bla bla dan beberapa kata kasar yang lain. Sorry to say madam, CL hilang hormat serta merta dekat awak. Tak perlu nak bermadam-madam lagi. Tak deserve pun. CL tahu yang awak tu lecturer, tapi perbuatan awak nak marah student, tengking dia sekuat hati, kata2 kasar seperti "kepala hotak awak" should be cut off. Malu saya kalau madam jadi mak, kakak atau sesiapa saje lah yang berkaitan dengan saya. Lepas habis scene yang buat CL rasa nak nangis tu, CL dapatkan sister yang ditengking tadi. Biasa je lagak dia seolah takde pape. Takut jugak kalau dia hilang deria pendengaran akibat suara madam tadi tu. Jawapan dia " Madam tu memang macam tu, tak ape, sem depan bukan jumpa dia lagi pon, and angguk je la bila dia marah sebab saya perlukan dia untuk bagi markah". Pergh.. Tabah habis! Tapi CL cuma ingat one thing je, hari ni kita buat kat anak orang, next time kena lah anak2 kita dengan orang lain. Dan si lecturer ni jugaklah yang buat bising masa mula2 exam sampai hilang fokus CL. 
Dalam perjalanan nak balik, seperti biasa CL akan membeli keropok kak Liza. Mesti ada dikalangan readers yang nak tahu, siapa kak Liza kan? Dan bagimana keropoknya habis dengan begitu cepat? Jawapannya.....
Ramai orang suka makan keropok, kak Liza mesra pelanggan dan insyaAllah ikhlas dalam perniagaan. Semoga nanti wujud la brand  " Keropok Lekor Kak Liza". Amin, insyaAllah. Sampai sini dulu. Apa2 yang buruk disepanjang tulisan ni bukanlah untuk tujuan mengaibkan sesiapa. Sebagai pengajaran.  Juga sebagai peringatan untuk CL supaya lain kali baca arahan disetiap pages, belek muka surat answer dan question booklet untuk mencari arahan tersembunyi dan pay attention terhadap announcer serta yang paling utama, JANGAN CUAI.Wallahua'lam.

Ini ialah Kak Liza. Lokasi keropok lekor ni hanya boleh didapati di kafe Haleemah, UIAM sahaja.
Selain keropok lekor, pelbagai jenis kuih juga dijual.

Apepun, keropok lekor tetap habis dulu. Mari rapat, jangan lambat.

Tuesday, April 5, 2011

Paratha Fold

Salam final exam semua orang..Tahniah bagi mereka yang berjihad untuk tidak mengonlinekan ( sila baca dengan cepat) diri samada untuk berfacebooking, beryoutubing mahupun berblogging (meoowww!!)..huhu.. hari ini CL dengan jayanya dapat menjawab kertas peperiksaan akhir bagi madah Arabic level 3. LQM 2083 course code (perlu ke?). jawab memang senang, betul atau salah, CL tak tahulah pulek..semoga Allah memudahkan urusan dan perjuangan kita semua disaat akhir ni..
Balik dari exam, perut CL mula mengadakan simfoni okestra ala2 Beethoveen ( personifikasi melampau).. "Amal lapaq la kak Ros", CL mengadu pada sorang kakak senior nih..hikhik..gedix la awok. Kak Ros pandang muka CL, senyap je..serius pulak tu..takutnyeee....tiba-tiba.. " Kak Ros pun lapaq ni mal, jom cepat! Beli kepok (keropok lekor Kak Liza) so riya (sehinggit)." Cam kene kejar hantu kitorang lari, sambil lari sambil berzikir nyanyi lagu Sudirman..
Alkisah sampai di kafe Halimah, setelah setel bisnes ngan Kak Liza, CL nampak satu kedai yang agak sunyi lagi sepi (nyett!!).."Paratha Fold Special", CL membaca dengan suara yang nyaring. Satu kafe pandang CL, suasana senyap seketika, hanya kedengaran bunyi jarum jam berdetik..
"Bang, bende ni ade ke?" CL bertanye cam budak umur lima tahun makan gula2 bendera Malaysia. Abang tu jawab, " Ade". Serius je CL tengok dia. Taknak beli kang..hehehe..takdelah, guro je..Abang tu hensem (bantai promote penjaja). " Saya nak satu, yang ni.. Spicy Cheesy Chicken" ..cam main twister lidah pulak..cececece...
CL teringin nak beli sebab kak Naimah ngan Kak Ros kata sedap. Kalau diorang bercerita siap ade soundtrack dan sound effect..mana tak sungguh nak cuba makan benda ni.."Nah, 4 hingget". CL bagi abang tu duit. 50 sen dia bagi CL.. Amboi, 4 hingget aku bg 50 sen aku dapat? Geram nih!! Pang...tutup periuk melayang ke pipi CL yang gebu.. " Bakinya, dik"... hahahahaha..satu RM 3.50 ye kawan2.
Dan akhirnya... Bismillah...sedap! (CL tolak batu ngan kayu je, semua bende sedap)...
Terima kasih, semoga murah rezeki orang yang menjual ni..pandai ambil hati pelanggan. Ikhlas je buat. Terima kasih. Itu sahajalah cerita untuk hari ni,sesiapa yang nak cuba, moh la datang UIAM, Mahallah Haleemah punya kafe.. kot2 jumpa CL, boleh belanje sekali kan? Haa..lagi satu, makan jangan kenyang2. Nabi Muhammad s.a.w brsabda mafhumya lebih kurang, kalau kita makan apabila kita kenyang, maka makanan itu tidak memberi manfaat pun pada badan.Wallahua'lam. Jangan lupa juga, bukan perut saja yang nak diisi tapi hati. Isi hati dengan banyakkan berzikir. Reminder untuk diri sendiri dan kawan2 jugak. Sampai sini dulu. Sayang semua.

Paratha Fold..SEDAP!!
Dah gigit sikit. Tak sabo nak rase.
Filling dalam paratha meriah kan? mcm makan Domino.
Lihatlah, tak elok makan selalu. Lepas makan, kena senam ye? huhu

Sunday, April 3, 2011

Resepi Nasi Bukhari

Assalamualaikum kepada yang membaca. Panas kan cuaca sejak kebelakangan ni? Duduk dalam bilik panas, duduk luar kulit menggelupas. (sedang melewati proses berkenaan). Terkejut jugak bila bangun pagi, tengok cermin (dah jadi rutin nak tengok muka, kot2 jd lawa cam Siti Nurhaliza ke?) muka CL menggelupas teruk. Huuu.. rasa cam dah jadi Dayang Senandung dah. Tak mau keluar bilik..Dandan CL teringat kawan CL tegur semalam, " Eh lina..pasai pa muka mcm baru muka bangun tidoq ja?" Hamboi..segan la ni..yang menegur tu pulak lelaki. CL balas dengan selamber, " Biasalah, muka orang sakit"..Kasi facial expression sikit, mana tau dapat teh ais percuma...x denye.
Tiba-tiba, perut CL lapar.. ya Allah, baru makan nasi lemak pagi tadi kan? (cakap dalam hati). CL cakap ngan kawan CL, " Allah..Lina lapar la pulak, nak pi beli makanan sat la, pukul berapa sekarang?". Dia balas " 3.00 petang". Patutlah CL dah lapar. Ingatkan nafsu buruk lantak. Alhamdulillah bukan.
CL pergi dekat kedai makanan yang CL rasa nampak lengang. The Nile namanya. Makanan Mediterranian memang menjadi konsep hidangan utama selain masakan Malaysia. CL tiba-tiba teringat kak Naimah kata, nasi bukhari kat situ sedap. CL tanya kakak yang amek order tu, " Kak, nasi Bukhari ni sedap tak?" macam budak tadika. sah2 la akak tu kata sedap..hahahaha..bisnes bai! bisnes!
Setelah berlaku sedikit wrong understand dengan si tukang masak, dapatlah kakak tadi menyediakan nasi Bukhari untuk CL. Huhu..rasa cam puteri raja pulak dilayan sampai camtu. " Nak lauk apa dik?" kakak cun tu tanya. Alamak, naik seriau CL tengok lauk2 dia..x pernah jumpa pulak lauk ni. sedap ke tak agak2?
"Ni apa kak?" CL tunjuk satu lauk yang nampak dah tinggal sedikit. CL fikir kalau dah tinggal sikit, mesti lah sedap, ramai orang nak kan? "Daging kambing dik". Cet!! Kakak tu tak tanya CL nak ke tak, terus dia main bubuh. CL tak makan daging kambing la................

*****

Sampai dibilik, CL tengok nasi tu, dengan lauk daging kambing tadi. Tu je lauknye. Takut kalau x sedap, takla rasa membazir sangat. Bismillahirrahmanirrahim......aummm (bunyi suapan).
Sedap la!!! Daging kambing ni pon sedap sangat. Rasa rempah, masam2 tomato, pedas2 sikit..sedap lah. Puas hati. Berbaloi RM 4.50 CL hari tu..InsyaAllah nak beli lagi lepas ni. Kalau ada rezeki lebih, nak belanja kawan-kawan pulak,insyaAllah.

*****
Resepi  Nasi Bukhari


BAHAN-BAHAN:

400 gm beras basmathi

400 gm air

2 tin kecil susu cair

150 ml puri tomato

6 sudu besar minyak sapi

2 sudu besar rempah kari

1 sudu kecil serbuk kas-kas

3 biji tomato

1/2 sudu kecil jintan manis

1/2 sudu kecil jintan putih

5 biji buah pelaga

5 biji bunga cengkih

2 helai daun pandan

Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS:

90 gm badam

70 gm biji gajus

100 gm bawang besar

40 gm bawang merah

5 cm halia

CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan kuali dengan minyak sapi. Tumiskan bahan tumbuk, buah pelaga, bunga cengkih dan daun pandan sehingga naik bau.

2. Masukkan air, tomato, bawang besar, susu cair, beras dan puri tomato.

3. Biarkan mendidih dan masukkan badam dan gajus.

4. Tanak nasi seperti biasa dan masukkan daun pudina. Tutup kembali nasi dan biarkan masak.

Sumber: Saji

UIAM merupakan antara tempat pengajian terbaik di Malaysia dan bertaraf antarabangsa (ada kelas giteww)
Pelajar2 yang datang dari latarbelakang negara yang berbeza,menjadikan kafe2 di sekitar UIAM sebagai syurga makanan. (hiperbola)
Banyak sangat puji UIAM (HARUSLAH), ni la rupa nasi Bukhari daging :P