Saturday, April 9, 2011

Despicable Me

Salam semua. InsyaAllah sihat2 dan masing2 dalam keadaan yang baik2.. Hari ni hari untuk CL berblogging untuk sementara sahaja kerana exam final masih belum tamat. Ada lagi one more paper to go before CL boleh mengucapkan " Ya Allah, alhamdulillah, exam saya dah habis. Bolehlah tidur puas2." Cerita untuk hari ni tak sampai 88 mukasurat pun. Tak setebal buku teks Pendidikan Jasmani tingkatan Empat terbitan KBSM jugak. Biasa saja.
Hari ni lepas habis exam Introduction To Sociology yang bagi CL merupakan satu2nya hari exam yang CL tak ade mood langsung kerana beberapa peristiwa.
  1. Arahan tak jelas. Jawapan bagi Section B sepatutnya diletakkan didalam buku jawapan, walhal, dalam midterm tulis je jawapan tu dekat question booklet. Dan sememangnya jawapan untuk section B memerlukan skill mengeja yang tinggi. Tak boleh silap satu huruf pun. Alkisahnya bila si announcer bersemangat ala2 Pak Jabit mengumumkan " Please stop writing now!", baru CL perasan yang CL tak tulis jawapan di anwer booklet. Gegabah dibuatnya. Gegabah ni kira teruk lagi dari gelabah. Bila si examination assistant yang kerek tu nak kutip, CL minta excuse. Fine, dia pun dengan kereknya pergi kutip kertas orang lain. Cubalah bersimpati sikit. Jadi, didalam anwer booklet CL dimulai dengan section C, diikuti dengan 20 jawapan section B dimana tulisan CL dah ala2 rupa cacing kerawit. Wallahua'lam dengan ejaan. Dimuka depan anwer booklet CL bagi indication kat Sir Khairulanuar yakni lecturer bagi subjek tersebut. Comel jek..hehe.. harap dapat markah lebih. CL tak lupa jumpa sir bagitahu tentang latitud jawapan yang dah berubah arah. Alhamdulillah sir jawab " Its okay, takde masalah, saya masih boleh lagi membaca", balasnya dengan senyuman. Alhamdulillah.
  2. Bila ada seorang lecturer menjerit pekik kat pelajar dia bila pelajar tu buat kesalahan yang sama macam CL. Menengking sampai CL rasa satu dewan besar tu dengar. Dia cakap dengan sombongnya " By the right u should get zero, kamu ni menyusahkan orang lain je!!".. bla bla bla dan beberapa kata kasar yang lain. Sorry to say madam, CL hilang hormat serta merta dekat awak. Tak perlu nak bermadam-madam lagi. Tak deserve pun. CL tahu yang awak tu lecturer, tapi perbuatan awak nak marah student, tengking dia sekuat hati, kata2 kasar seperti "kepala hotak awak" should be cut off. Malu saya kalau madam jadi mak, kakak atau sesiapa saje lah yang berkaitan dengan saya. Lepas habis scene yang buat CL rasa nak nangis tu, CL dapatkan sister yang ditengking tadi. Biasa je lagak dia seolah takde pape. Takut jugak kalau dia hilang deria pendengaran akibat suara madam tadi tu. Jawapan dia " Madam tu memang macam tu, tak ape, sem depan bukan jumpa dia lagi pon, and angguk je la bila dia marah sebab saya perlukan dia untuk bagi markah". Pergh.. Tabah habis! Tapi CL cuma ingat one thing je, hari ni kita buat kat anak orang, next time kena lah anak2 kita dengan orang lain. Dan si lecturer ni jugaklah yang buat bising masa mula2 exam sampai hilang fokus CL. 
Dalam perjalanan nak balik, seperti biasa CL akan membeli keropok kak Liza. Mesti ada dikalangan readers yang nak tahu, siapa kak Liza kan? Dan bagimana keropoknya habis dengan begitu cepat? Jawapannya.....
Ramai orang suka makan keropok, kak Liza mesra pelanggan dan insyaAllah ikhlas dalam perniagaan. Semoga nanti wujud la brand  " Keropok Lekor Kak Liza". Amin, insyaAllah. Sampai sini dulu. Apa2 yang buruk disepanjang tulisan ni bukanlah untuk tujuan mengaibkan sesiapa. Sebagai pengajaran.  Juga sebagai peringatan untuk CL supaya lain kali baca arahan disetiap pages, belek muka surat answer dan question booklet untuk mencari arahan tersembunyi dan pay attention terhadap announcer serta yang paling utama, JANGAN CUAI.Wallahua'lam.

Ini ialah Kak Liza. Lokasi keropok lekor ni hanya boleh didapati di kafe Haleemah, UIAM sahaja.
Selain keropok lekor, pelbagai jenis kuih juga dijual.

Apepun, keropok lekor tetap habis dulu. Mari rapat, jangan lambat.

No comments: