Saturday, October 8, 2011

B.O.R. ing

Assalamualaikum. 

CL saja nak tulis di laman blog ini kerana lecturer CL kata : "What are u not going to put on your Facebook, Twitter, now THAT u can put on your blog". 
Kawan CL pun terus mengangkat tangan tinggi2, lebih tinggi dari kepala dia : "So, u want us to brag ourselves"? 

LOL.

Wednesday, October 5, 2011

Satu Orang Banyak Nama

Assalamualaikum.

Alkisahnya ada satu orang ini, langkahnya tidaklah pantas, tidak pula perlahan.
Labuh jubahnya tidak pula menyapu tanah apatah lagi lantai.
Sneakers pink pula agak ringan dan selesa dipakai.
Orang ini berjalan ke kelas.
"Hai Amal". Kawan menegur.
Dibalasnya dengan hai juga sambil bibir melukis senyum.
Kemudian dia berjalan ke kafe.
Mahu isi perut.
"Hai Lina". Kawan lain pula menegur.
Dibalasnya dengan hai lagi.
Tiba-tiba ada suara syahdu.
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Dia diam. Menjawab azan satu per satu.
Usai azan, kakinya melangkah.
Tiba di masjid, tudungnya senget. Hujan lebat.
Dibetulkan. Kakinya ke tandas untuk melihat pantulan diri dalam cermin.
"Assalamualaikum Ummi".
Dia menoleh. Itu nama aku. Katanya.
Lalu dijawab, wa'alaikumussalam warahmatullah.
Selesai solat, ada yang melanggar bahu.
"Amni"...
Baiklah, "Hai Yan".
Kakinya merengek minta mahu pulang.
Sesudah Maghrib, telefon tangannya berbunyi.
Ibunya menyapa dengan lembut. "Assalamualaikum kakak".
"Wa'alaikumussalam ibu".
Sedang lena, ada yang mengejutkan.
"Amalina.. Amalina"..
Terpisat-pisat dia.
Sedang dia menulis, teringat pula akan seorang kawannya berkata.
"Saya panggil kamu, Linda".
Apa-apa aja, janji ada makna.
Ternampak pula dia akan buku Bahasa Arab di atas meja.
"Amelia, keif hal?", tanya rakan berlainan bahasa dan budaya.
Direnung pula buku bertajuk " Bila Allah Menduga Kita".
Pemberian daripada seseorang yang istimewa.
"Buku ni, Abang bagi kat S_ _ _ ng"
Hahahaha.. Lain pula namanya.
Ditenung pula kad identitinya.
Oh, Lina Amalina Maulad Noorhan nama dia.

Monday, October 3, 2011

Pensel Putihku

Assalamualaikum. 


Lama jugak pensel itu berkhidmat
Dari hari pertama kaki ini menjejak bumi UIAM
Mungkin sudah takdir,
Telah cukup tempohnya dia menelan ubat2 yang aku panggil sebagai lead,
Berbagai jenama.
Ada ketika aku kaya, Buncho dan Unicorn lah.
Ada ketika aku papa, China marilah.
Murah, seringgit satu. Habis berterabur dalam bekas pensel.
Hitam semua. 
Pagi tadi, ke makmal lah aku. Orang putih panggil Laboratory.
Buat kira-kira.
Menggunakan dia lah. 
Laju tak terkata kerana mengejar si lecturer.
Lepas buat origami, aku tidak ingat sama ada pensel itu aku masukkan kembali dalam bekasnya.
Aku rasa tidak lengkap untuk melangkah ke kelas bahasa. 
Mana engkau? 
Terpaksalah aku melakar garis2 di kertas menggunakan mereka yang berdakwat kekal.
Kau tahu? Cik Pemadam jatuh sakit. 
Dia rindu kau.
Puan Pembaris macam nak patah dua. 
Selalu kau ada mengusik sisi badannya.
Tuan Liquid hilang tempat mengadu.
Encik Marker pen kehilangan sahabat untuk bergelak ketawa.
Dan ubat engkau, aku baru beli. 
Kembalilah...
Daerah bekas pensel Swan berwarna pink sentiasa mengharapkan kepulangan kau. 

"Mana engkau, pensel unicorn putihku"?
Aku dengar tuan kau merintih dalam redha. :)



Ditching U

Assalamualaikum.


I'm gonna ditch u
Menyusahkan.
Memang pencipta engkau bijak pandai.
Study aku pun dah terbengkalai,
Nak buat assignment, mulalah badan aku terkulai,
Letih melayan engkau, sampai lalai.
Tapi......
Aku fikir,
Jangan salahkan teknologi
Kalau masih tak reti nak kawal diri.
Macam jangan salahkan nasi
Kalau badan engkau besar macam guni
Salahkan diri sendiri yang tak ada jati diri
Tak punya motivasi.
Hahaha...
Aku taklah hebat
Tapi aku tengah cuba tengok kau sat-sat.
Tak nak sampai 360 saat.
Alamak....
Aku nak cakap lagi..
I'm gonna ditch u
Day by day
Little by little
so, u can die slowly.

Yeke? 

Oh, will I succeed?







p/s : awak semua dah baca tentang jawapan artis-artis kita tentang hukum hudud? saya dah. :) Kesimpulan saya, orang bercakap mengikut aras ilmu. Tinggi ilmu, banyaklah betul tapi tak semestinya tepat semua, rendah ilmu, jom tambah sama2.

Sunday, October 2, 2011

Fadhilat Surah Al-Mulk

Assalamualaikum semua. :) Sihat? Sekarang jam di desktop menunjukkan pukul 10.40 malam. Sepatutnya yang berada dihadapan saya ialah buku Statistics. Tapi buku itu masih tidak mahu turun2 dari raknya. Penat saya pujuk. (nampak benor nipunye). 
Assignment pula makin membukit. So, it shud be assignmentssssss right? One of the assignments required me to memorize 3 surahs from the Quran :) DAN SAYA SANGAT SUKA ASSIGNMENT ITU.. kerana saya tahu saya sangatlah suka melakukan procrastination. Jadi, dengan adanya assignment ini, sudah tentu tidak boleh kerana menghafal surah bukanlah perkara mudah untuk saya. Surah2 tersebut ialah surah Yaa Sin (mandatory), Surah Al Mulk (optional) dan Al Waaqi'ah (optional).
Saya memilih surah Al Mulk.

Didalam buku kecil 'Amalan-amalan Surah Pilihan' olahan Haji Johari Haji Alias yang CL beli di pasar malam, ada disertakan beberapa hadis yang bermanfaat mengenai surah ini. Ingat, ilmu Allah ini luas dan bertebaran. Bukan hanya boleh diperoleh di MPH sahaja ataupun Kinokuniya, bahkan di kaki lima pun ada kalau kita rajin mencari. :)

Hadis Riwayat Ibnu Kathir :
Rasulullah s.a.w bersabda : Aku suka kalau surah ini dalam hati tiap insan dari umatku.

Daripada Abi Hurairah r.a dari Rasulullah s.a.w bersabda : Sesungguhnya di dalam Al Quran ada tiga puluh ayat memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah Al Mulk ( Tabaarakal-Lazi)

Daripada Anas Ibnu Malik berkata : Nabi s.a.w telah bersabda. " Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sedikitpun dari kitab Allah kecuali "Tabaarakal Lazi". Maka apabila dimasukkan kedalam lubang kubur, datanglah kepadanya malaikat. Maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata pada surah itu. Sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu, sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia, dan kepada saya kemudharatan atau kemanfaatan. Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia (si mati), jadi pergilah menemui Allah S.W.T. Dan mintalah syafaat daripadaNya. Maka, dia pun (surah) pergi menemui Allah S.W.T. Dan berkata : Wahai Tuhanku, si fulan ini ( si mati), dia pilih saya dalam kitabMu, dan dia pelajari saya dan dia membaca saya, bolehkah wahai Allah, Engkau membakarnya dan menyeksanya, walhal saya di dalam dadanya. Maka jika Engkau ingin berbuat demikian, jadi padamlah saya dari kitabMu. Dan Allah S.W.T berfirman : "Aku nampak kamu marah". Dia (surah) menjawab : " Sesungguhnya saya marah". Allah S.W.T berfirman : "Pergilah, sesungguhnya Aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi syafaat keatasnya". Nabi s.a.w bersabda : "Surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa kepada si mati".
Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut yang sentiasa membaca saya dan selamat datang kepada dada yang sentiasa menghafal dan menjaga saya. Dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa bersiri membaca saya. Maka, surah itu bersama si mati dalam kuburnya supaya dia (si mati) tidak berasa kesunyian.
Anas berkata : Apabila Nabi s.a.w khabarkan hadis ini, maka tidak ada seorang pun yang kecil mahupun yang besar, hamba mahupun tuan kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi s.a.w memanggil surah ini Al-Munjiah: Iaitu "yang menyelamatkan". ( Hadis Riwayat Ibnu Kathir)

Alhamdulillah, lega bila sudah berkongsi. Ada banyak lagi sebenarnya, tapi yang lain CL yakin readers boleh mencarinya sendiri. Bila dah jumpa, panjang2kanlah ke CL pula. Wassalam.