Sunday, October 2, 2011

Fadhilat Surah Al-Mulk

Assalamualaikum semua. :) Sihat? Sekarang jam di desktop menunjukkan pukul 10.40 malam. Sepatutnya yang berada dihadapan saya ialah buku Statistics. Tapi buku itu masih tidak mahu turun2 dari raknya. Penat saya pujuk. (nampak benor nipunye). 
Assignment pula makin membukit. So, it shud be assignmentssssss right? One of the assignments required me to memorize 3 surahs from the Quran :) DAN SAYA SANGAT SUKA ASSIGNMENT ITU.. kerana saya tahu saya sangatlah suka melakukan procrastination. Jadi, dengan adanya assignment ini, sudah tentu tidak boleh kerana menghafal surah bukanlah perkara mudah untuk saya. Surah2 tersebut ialah surah Yaa Sin (mandatory), Surah Al Mulk (optional) dan Al Waaqi'ah (optional).
Saya memilih surah Al Mulk.

Didalam buku kecil 'Amalan-amalan Surah Pilihan' olahan Haji Johari Haji Alias yang CL beli di pasar malam, ada disertakan beberapa hadis yang bermanfaat mengenai surah ini. Ingat, ilmu Allah ini luas dan bertebaran. Bukan hanya boleh diperoleh di MPH sahaja ataupun Kinokuniya, bahkan di kaki lima pun ada kalau kita rajin mencari. :)

Hadis Riwayat Ibnu Kathir :
Rasulullah s.a.w bersabda : Aku suka kalau surah ini dalam hati tiap insan dari umatku.

Daripada Abi Hurairah r.a dari Rasulullah s.a.w bersabda : Sesungguhnya di dalam Al Quran ada tiga puluh ayat memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah Al Mulk ( Tabaarakal-Lazi)

Daripada Anas Ibnu Malik berkata : Nabi s.a.w telah bersabda. " Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sedikitpun dari kitab Allah kecuali "Tabaarakal Lazi". Maka apabila dimasukkan kedalam lubang kubur, datanglah kepadanya malaikat. Maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata pada surah itu. Sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu, sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia, dan kepada saya kemudharatan atau kemanfaatan. Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia (si mati), jadi pergilah menemui Allah S.W.T. Dan mintalah syafaat daripadaNya. Maka, dia pun (surah) pergi menemui Allah S.W.T. Dan berkata : Wahai Tuhanku, si fulan ini ( si mati), dia pilih saya dalam kitabMu, dan dia pelajari saya dan dia membaca saya, bolehkah wahai Allah, Engkau membakarnya dan menyeksanya, walhal saya di dalam dadanya. Maka jika Engkau ingin berbuat demikian, jadi padamlah saya dari kitabMu. Dan Allah S.W.T berfirman : "Aku nampak kamu marah". Dia (surah) menjawab : " Sesungguhnya saya marah". Allah S.W.T berfirman : "Pergilah, sesungguhnya Aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi syafaat keatasnya". Nabi s.a.w bersabda : "Surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa kepada si mati".
Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut yang sentiasa membaca saya dan selamat datang kepada dada yang sentiasa menghafal dan menjaga saya. Dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa bersiri membaca saya. Maka, surah itu bersama si mati dalam kuburnya supaya dia (si mati) tidak berasa kesunyian.
Anas berkata : Apabila Nabi s.a.w khabarkan hadis ini, maka tidak ada seorang pun yang kecil mahupun yang besar, hamba mahupun tuan kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi s.a.w memanggil surah ini Al-Munjiah: Iaitu "yang menyelamatkan". ( Hadis Riwayat Ibnu Kathir)

Alhamdulillah, lega bila sudah berkongsi. Ada banyak lagi sebenarnya, tapi yang lain CL yakin readers boleh mencarinya sendiri. Bila dah jumpa, panjang2kanlah ke CL pula. Wassalam.



No comments: