Monday, February 6, 2012

Resepi Triffle

Assalamualaikum :) Ok, as title suggests, kalau semalam CL buat cheesecake, ibu pun tak nak kalah. Tu diaaa...triffle mai dah. Berketul2 CL makan. Sebab? Sedaaaaaaaap!

 Bahan-bahan
  1. 1 tin susu cair
  2. 1 sudu besar gula
  3. 4 sudu besat tepung custard
  4. 1 mangkuk air (untuk bancuh tepung Custard)
  5. 1 spongecake atau kek gulung
  6. 1 tin buah campur (cap ayambrand recommended)
  7. 1 paket serbuk jeli kristal Nona. Ibu CL tak jumpa yang clear, jadi ditibainya yang mango flavour.
  8. 1 mangkuk air panas
Cara-cara

  • Panaskan susu dan gula hingga cair ( susu memang la dah cair.. kekekeke)
  • Perlahankan api nanti hangus kalau besar
  • Bancuh tepung custard dengan air sejuk 1 mangkuk
  • Campurkan adunan ni dalam susu cair tadi.
  • Masak hingga custard tu betul2 pekat, tutup api.
****
  • Potong kek tadi dan susun atas tray,
  • Basahkan dengan air cocktail tadi. Jangan dijirus ye?
  • Then, tabur buahan2 cocktail tanpa air tadi atas kek gulung
  • Tuangkan custard atas lapisan buah 
****
  • Larutkan jeli kristal Nona  dengan 1 mangkuk air panas tadi.
  • Tuangkan jeli tadi atas custard
  • Sejukkan, bila dah keras, pandai2lah potong ye? Voila.





Resepi Cheesecake Ringkas

Assalamualaikum semua. Hari ni kira hari terakhir CL ada kat rumah. Esok CL nak balik UIA dah. Aigoooo.. malasnyeeeee... Kasut baru dah beli. Kasut SEKOLAH North Star. Apa, tak boleh ke kalau pelajar universti pakai kasut sekolah? kat UIA tu jalan berbatu2, berliku2,berbukit2. Naik kematu tapak kaki ni haa.. macam tapak kaki T-Rex.Sekurang2nya2 kasut sekolah tu insyaAllah boleh melindungi tapak kaki CL. :) Ok. Tutup cerita. 
Semalam, CL pergi pekan dengan ibu ayah. Ibu bagi duit lebih kat CL. Jadi... CL pun menjelajah la satu pekan tu untuk cari bahan2 untuk cheesecake yang dah lama CL nak buat tapi tak gerak2 jugak. Memandangkan esok nak balik dah, malam tadi, CL bekerja keras, memerah keringat, menggerakkan tulang empat kerat ni buat cheesecake. CL punya cheesecake simple saaaaangat. Saja CL letak biskut Oreo as a base sebab CL suka. Putar. Jilat. Celup. Nah resepi :

Bahan-bahan
  • 600g Soft Cheeses or Cream Cheese
  • 1 cawan Yoghurt asli
  • 1 cawan gula halus
  • 2 sudu penuh tepung naik sendiri
  • 4 biji telur
  • 2 sudu jus limau



Cara-cara

Buat base dulu dengan menggunakan biskut Oreo. Sepeket dah cukup. 

  1. Blend Oreo tu, then gaulkan dengan 2 sudu butter sampai boleh dikepal. Tekan2 atas tray tu bagi rata.  Dah siap base yang ringkas ni.
  2. Pukul keju hingga lembut dan sedikit kembang.
  3. Masukkan yoghurt, kemudian gula kemudian tepung dan jus limau. Pukul sehingga sebati.
    Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sehingga sebati. 
  4. Dah kembang gebu2 tu, tuang atas tray yang ada Oreo tadi.
    Masak dalam microwave selama 28 minit pada 'medium' level,bukak hanya selepas 28 minit. Medium level ni dalam 180 celcius la lebih kurang.
    Ambil garfu cucuk pada bahagian tepi dan tengah. 
    Jika masih banyak cake yang melekat di garfu, tambah 2 minit lagi. 
    Jika masih tidak masak, tambah lagi 2 minit. Selamat mencuba.  Opps.. jangan lupa sejukkan dalam peti ais ye? 2-4 jam.                                                  
Silalah layan gambar .







Wednesday, February 1, 2012

9 Amalan Ringan Jodoh- Siapa yang taknak kahwin kan?

Assalamualaikum :)
"Oh mama, saya mahu kahwin,
Kahwin dengan siapa?
Dengan yang beriman saja,
Oh mama, saya mahu kahwin
Dengan orang tahu malu
Tak nak kapel-kapel melulu."
*telah diedit-gua punya suka la* 

Khamis minggu lepas, CL tengok rancangan Manisnya Kurma Ini.. err.. eh, Semanis Kurma la. Isu yang dibincangkan? Bermadu atau Andartu? Haa..mana korang nak pilih? Kalau boleh, kalau boleh dan kalau boleh, dua-dua taknak kan? Apapun, berdoalah, InsyaAllah, Allah bagi apa yang terbaik untuk kita. Diakhir waktu siaran, mcam biasa bertemankan buku nota buruk yang nak koyak dan sebatang pen yang segan2  nak hidup tapi mati tak mahu, CL pun mencatat segala point yang ustazah Bahiyah cakap. Anak ustazah ada kat UIA, nak carilah.. *tetibe* 
Baiklah, berhenti merepek. Ini dia 9 amalan yang insyaAllah, menjadi faktor yang boleh mempercepatkan jodoh kita. 

  1. Berdoa setiap kali solat 5 waktu-apa yang kita nak doa? Doalah minta Allah percepatkan jodoh kita, temukan kita dengan si dia yang beriman, boleh bimbing kita menuju Allah, dan untuk ikhwat, doalah dapat akhowat yang sejuk mata memandang,elok perangai. Rupa letak nombor dua ye? Iman dan akhlak tu kita mesti tengok nombor satu.
  2. Berdoa waktu tengah malam- haa.. masa orang lain tengah sibuk mengulit hujung selimut, kita bangun. Jumpa Allah waktu qiam. Time tu kan,sikit je orang berdoa. InsyaAllah, lagi cepat Allah makbulkan.
  3. Minta ibu ayah doakan- Doa ibu doa yang mustajab. Cepat Allah kabulkan. Cuba tengok si Tanggang tu, kejap je Allah makbulkan doa mak dia. Dah jadi batu budak tu. Kalau zaman sekarang, mungkin boleh tukar jadi I phone ke I pad ke. *gegurau manja*
  4. Puasa masa hari jadi- Ada seorang makcik pesan kat CL, time hari jadi nanti, berpuasalah, lepas tu minta doa banyak2 kat Allah untuk cepat dapat jodoh yang baik.
  5. Buat solat sunat taubat- ustazah kata, Allah suka terima doa dari orang yang suci dirinya. Dah buat solat taubat, insyaAllah, gugurlah dosa-dosa.
  6. Rajin-rajin tanya ibu- yang ini, maksudnya getaran atau naluri. Kadang2 ibu ayah kita, mereka dapat tahu bahawa lelaki yang kita minat atau perempuan yang kita suka tu baik untuk kita atau tak. Ini masuk bab restu.
  7. Pohon restu ibu ayah- Yang ini, kalau ibu ayah tak suka, janganlah diteruskan juga. Cuba fikir, kita kenal si dia baru berapa lama? Cuba banding dengan ibu ayah kita, berapa lama? Sapa yang basuh berak kita masa kita kecik? Mak ayah kita kan? Cuba suruh dia basuh, nak tak agak2? haaa.. kan? kan? masa kita susah, takde duit, siapa yang support? Dia ke mak ayah kita? Dia tu mungkin menghabiskan duit ada la. Duit topap, present segala bagai. *emo-emo ayam*
  8. Sebut selalu "Ya Razzaq"- apa maksud ya Razzaq? Yang Maha memberi rezeki kan? Allah yang bagi nanti jodoh kita.
  9. Banyakkan solat hajat- tak susah pun, 2 rakaat je paling sikit. Kalau dah malas tahap atromen gaban, doa lepas solat atau dimana2 saja,dimana jua anda berada. Allah dengar :)
  10. Ini dia doa ringan jodoh, jom baca surah Yusuf ayat 4, surah Yunus ayat 81, surah Qasas ayat 24 dan akhir sekali, surah Az Dzariyaat ayat 22.
Walaupun kita rasa kita masih muda, lambat lagi kononnya nak kahwin,tak salah minta dari sekarang, lagi kuat kita usaha, lagi besar ganjaran menanti kita. InsyaAllah. Renung2kan dan selamat beramal. Assalamualaikum.

Resepi Apam Gula Hangus

"Nobita, tengok.. Papa bawa balik kuih apam gula hangus la", mama Nobita bersuara. 
"Iye ke mama? DORAEMOOOOONNNN!! ( annoying giler time dia panggil Doraemon ni)
Baiklah, itu cerita 11 tahun yang lepas. Ayah belikan banyak vcd Doraemon untuk CL dan adik. Hehe..siap hafal jalan cerita beserta dialognya lagi. 
Ini cerita zaman sekarang, CL dah pun berusia 21 tahun. Tua dah kan? :) Ada satu pagi tu, CL kemas2 la perpustakaan mini dekat rumah CL. Kemas punya kemas, terjumpa salinan resepi apam gula hangus ni. Memang terus tangkap la cerita Doraemon tadi. Teringin pulak nak makan apam gula hangus. Check kat peti ais, semua bahan ada. Alhamdulillah, nak jugak diri ni buat apam gula hangus. Macam biasa, resepi ada kat bawah. Enjoice.

 Apam Gula Hangus

Bahan-bahan
  • 5 biji telur 
  • 2 cawan gula 
  • 2 cawan tepung gandum  
  • 2 cawan air 
  • 2 sudu besar planta@ marjerin@ butter 
  • 1 1/4 sudu besar serbuk penaik@baking powder@soda bikarbonat 
  • Sedikit esen vanilla

Cara-cara
  1. Masak 2 cawan gula dengan 2 cawan air. Masak sampai warna jadi perang. Keep on kacau ya? Then, benda ni la yang kita panggil gula hangus. Sejukkan.
  2. Pukul telur dan planta sampai kembang ala2 gebu gitu. Masukkan tepung, serbuk penaik dan gula hangus yang kita dah sejukkan tadi. Pukul lagi. 
  3. Kukus adunan tadi lebih kurang 1 jam.InsyaAllah, lepas sejuk, potong cantik2 terus boleh makan.
Selamat bergula hangus.


Pandangan dari tepi. Sorry gambar macam segan2 je. Henfon murah punya kualiti camni la.


Tuesday, January 3, 2012

New Born

Salam. Happy Tuesday everyone. Hope u guys sihat selalu and doing great ya? Esok buka sekolah kan? Welcome back to school adik2. Haaa.. belajar molek deh, dah masuk tahun baru kena ada azam baru okay? Yang dah pindah sekolah tu, ehem2. ini peluang uol untuk membina personaliti baru. Kawan-kawan kat sekolah baru tu tak tahu perangai uol camana kan? muehehehe... jadi, bolehla korang design kasi lawa sikit perangai tu. Kalau dulu, kat sekolah lama uol pemalas, suka kapel2 ke (opppsie), kat sekolah baru silalah menunjukkan contoh terbaik dari ladang! Adik-adik boleh! 
Baiklah, petang ahad hari tu, CL balik rumah nenek. Wohooo...kangen banget sama nenek. Nenek makin cun pulak. So, lepas pergi pasar kat hujung kampung dengan adik, CL pun baliklah. Masa tu dah nak Maghrib,maka, CL pun bawak motor laju-laju. Adik kata " Kak, kita ni kan, macam budak gedik la balik lambat-lambat. Nak Maghrib pulak tu". Wah-wah, kudus dan mulusnya pemikiran. Gua sound dia balik, "Lu langsi, lu mati". Hehehehe..ini TIPU!. CL kata, " Adik, budak-budak perangai tak elok tu, bukan balik waktu macam ni. Ni waktu budak baik balik, SEBELUM Maghrib. Budak-budak perangai tak elok, balik pukul satu,dua,tiga pagi, keluar takde tujuan. Kita ni kan pergi pasar, ibu kirim air tebu." Hahahaha..kesian korang baca post panjang2.
Dan malam itu, adik saudara CL datang. "Kakak, jom tengok adik kita." CL pun berjalan kakilah ke rumah Paksu CL yang jaraknya tak sampai satu kilometer dari rumah nenek.  Lepas je bagi salam, CL tak pandang kiri kanan dah, terus CL menerpa ke arah si kecil yang bernama Muhammad Rayyan Haziq. He's my new adik saudara, cucu yang ke 14. "Assalamualaikum Rayyan Haziq, ini saya, Lina Amalina, cucu sulung dalam family kita. Awak, cucu paaaaaling bongsu yang atok tak sempat tengok. Muka awak macam muka saya la, selamat berkenalan." Malam itu terus berlalu dengan bau-bauan minyak telon dan jamu.Semoga adik Rayyan jadi anak yang soleh, cucu yang baik dan adik yang hormat kakaknya. InsyaAllah, ameen. Sekian.

Gaya macam ummi mithali. heh :P



Resepi Lompang Koko Kukus

Salam. Hehe, amacam baca title kat atas? Have you ever twisted your tongue before? Kalau belum, try la sebut nama kuih lompang koko kukus tu laju-laju. Alkisahnya semalam, CL kat rumah. CL nampak ibu keluarkan acuan kuih yang sangat comel. CL kenal acuan tu, acuan kuih lompang. Tapi, CL pelik sekejap sebab ibu tak buat pun inti kelapa yang biasanya memang dijadikan inti untuk kuih lompang ni. Jadi, dengan penuh rasa muskel, CL pun bertanya lah : " Ibu, nak buat kuih apa ni? Kalau nak kata lompang, takde inti kelapa pun". CL memandang bekas yang berisi koko dengan penuh hairan. Ibu pun balas, " Haaa.. ibu nak buat kuih lompang jenis lain. Lompang koko yang ada lapis." Aik? Itu macam pun ada ka? CL tak banyak tanya, teruslah dengan kudrat yang masih berbaki (aitceh), CL pun bancuhlah tepung-tepung yang berkenaan. Resepi, sila rujuk dibawah ea? Kita enjoice gambar dulu. Selamat mencuba ye mama-mama sekalian. Assalamualaikum.





So, as promised, nah resepi :)

Resepi Lompang Koko Kukus

Bahan A
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar tepung custard @ kastard
Bahan B
  • 1 sudu teh koko
  • 1 sudu teh coklat
  • 1 sudu teh Nescafe
  • 1 cawan air suam
Cara-cara
  1. Bancuh bahan A
  2. Tambah 1 sudu teh garam pada bahan A
  3. Bancuh bahan B dengan air suam
  4. Bahagikan pada dua adunan ( warna asal dan warna yang telah dicampur koko)
  5. Masukkan satu cawan air pada adunan asal tadi. (kasi tally/sama tahap kecairan)
  6. Lenserkan minyak pada acuan lompang supaya tidak melekat
  7. Tuang adunan asal, kemudian adunan coklat atau ikut suka uol lah pada acuan lompang tadi.
  8. Kukus lebih kurang 15 minit sampai masak
  9. Sejukkan sekejap kemudian tanggalkan kuih yang telah masak dari acuannya.
  10. Bungkus smart2 dengan daun pisang mengikut kreativiti anda.
  11. Kukus untuk kali kedua dalam masa 5-10 minit. Jangan lama2, nanti daun tak lawa, tak segar.
Voila.. :)

Wednesday, December 28, 2011

Single Sementara, Jodoh itu Rahsia Allah.

Assalamualaikum. Masih lagi dalam tempoh study week. Post kali ini CL tulis atas permintaan seorang sahabat yang berharap agar kisahnya dapat dijadikan tatapan umum. Walaubagaimanapun, namanya yang sebenar CL rahsiakan atas tujuan untuk menghormati hak peribadi individu tersebut. Cukuplah CL namakan dia sebagai Mahabbatun Minni binti Abdullah. :)Kisah kali ini, CL adaptasi mengikut gaya bahasa CL sendiri atau dalam bahasa mat rempitnya "gua punya suka la".Post ini telah diberi keizinan untuk dipaparkan oleh Mahabbatun Minni sendiri.

Satu titik, dua titik, tiga titik. Lama-lama bertitik-titik ia menitik. "Ya Allah, berilah aku kekuatan ya Allah, hanya Engkaulah tempat aku mengadu dan tempat aku meminta pertolongan, ameen". Dan mengalir lajulah air mata Mahabbatun Minni sehingga habis basah kolar bajunya. Dikesat pantas ketika melihat sahabatnya yang suka dipanggil Lina (CL la ni). Sahabatnya itu sedikit muram. Mahabbatun Minni terdiam. Tanpa diminta, Lina duduk disebelahnya. Mulut Lina tak henti-henti mengomel. Apa yang diomelkan? Wallahua'lam. 
"Mahabbatun Minni, awak kenapa?" , Lina bertanya apabila matanya menangkap kolam mata Mahabbatun Minni yang sudah penuh dengan takungan air mata. Terdengar esak tangis halus dilepaskan. "Tak ada apa-apa lah Lina, Minni okay je". Cuba berdalih walaupun dia tahu Lina akan bertanya sampai ada jawapan yang keluar dari bibirnya selain daripada jawapan "tak ada apa-apa". "Ei, ceritalah. Apa ni nangis sorang-sorang? Marilah kongsi, mana tahu, Lina boleh tolong. Tolong dengar pun tak apa, Minni. InsyaAllah, awak lega. Kita kan dah kawan lama, apa nak malu dengan saya?". Lina memujuk. Akhirnya, Minni mengalah. Memang tujuan dia berjumpa Lina petang itu pun untuk menceritakan masalahnya. 
" Ini pasal Fayad". Mahabbatun Minni meyebut nama itu perlahan. "Yusuf Fayad?" Lina mengangkat kening. "Hmm..apa pulak dia dah buat?", sambung Lina dalam hati. "Fayad dah lain, Lina. Dia dah tak macam dulu". Mahabbatun Minni menutur kata. "Apa yang lain? Dia dah makin handsome ke?", Lina mengagak tanpa berfikir panjang. "Tak, dia dah tak sayang Minni lagi", serentak dengan itu,air mata Minni kembali jatuh. "Dah, dah, jangan nangis", Lina memujuk sambil menyapu air mata Minni dengan tangan kanannya. Tangan kiri mengusap bahu Minni.
" Kalau dulu, Fayad selalu mesej saya, call saya. Tapi, sekarang tak lagi. Entahla Lina, Minni tahu, Minni tak cantik. Lina tengoklah Minni ni, dah la gemuk, hitam pulak tu, Ni, tengok muka Minni, berjerawat lagi. Fayad pulak handsome, dia mengaku dah ramai perempuan cantik suka kat dia. Bila Minni tanya kenapa dia tak mesej, dia jawab nak tak nak aje, kata tak nak ganggu Minni study. Dan dia dengan cepatnya nak habiskan mesej tu, paling Minni sedih, bila Minni minta maaf kalau Minni ganggu dia atau Minni buat rasa rimas, dia tak balas pun, Lina. Maknanya betul la kan Minni ni merimaskan dia? Padahal, dulu, kalau dia mesej, Minni tak pernah layan dia macam tu. Minni sedar, Minni tak layak untuk dia, macam langit dengan bumi. Minni tahu, orang handsome macam dia, dapat yang cantik. Macam Minni ni, kira dia salah pilih kot?" Minni bercerita sambil mengesat air mata yang makin laju turun ke pipi. '
"Minni...sabarlah ye? Minni jangan lah sangka Fayad tu yang bukan-bukan. Mungkin betul kot dia taknak ganggu Minni study". Lina cuba memositifkan telahan Minni. " Tak Lina, tak. Minni kenal macam mana Fayad tu. Dia bukan macam tu. Dua minggu tak sms, call Minni, tanpa sebab. Bila Minni bagi top up sikit dengan harapan dia mesej, satu je yang dia balas. Sekarang, Minni dah buat keputusan, Minni nak cermin diri Minni balik. Minni nak sedarkan diri Minni yang selama ni buta. Si hodoh ni nak bercinta dengan putera raja kacak, tak kan boleh, Lina. Minni yakin, dia dah jumpa yang lagi baik dari Minni, sebab tu dia macam tu". "Kenapa Minni nangis sebenarnya?" Lina bertanya. "Minni sayang dia. Tapi, dia tak pedulikan Minni dah. Minni rasa macam rendah aje, Lina. Boleh disepak-sepak. Dia buat Minni macam Minni ni tak ada harga pulak. Minni tahu, Minni tak lawa, tapi Minni ada perasaan. Kadang-kadang seronok tengok Lina, hidup tak ada masalah", Mahabbatun Minni cuba senyum. "Minni, setiap orang ada masalah, kecil atau besar. Nabi Muhammad sendiri pun pernah ditimpa masalah. Masalah ni kan kesusahan. Masalah ni umpama perkara wajib bagi kita ni, sebagai manusia. Allah nak tengok, sejauh mana kita boleh handle masalah tu dengan sekuat mana pergantungan kita ke DIA. Makin kita sabar, makin Allah sayang. Jangan harapkan manusia Minni, harapkan Allah. Lagipun, apa sangat lah kasih sayang Fayad tu? Korang bertunang pun belum. Heh.. Wanita baik macam Minni ni ramai syaikh-syaikh yang nak tau? Hehehehe... Masa kita jauh lagi sayang, kita tak tahu masa depan. Tak apelah kalau Fayad dah ada yang lain. Minni sabar, ada yang LEBIH BAIK Allah nak bagi kat Minni. Kan? Lupakan je Fayad tu. Sekarang, tumpukan pada peperiksaan akhir ni. Minni dah baca buku belum?" Lina bertanya lembut.
"Belum, tak boleh baca, sedih ingat Fayad". Minni mengalih pandangan ke rumput-rumput hijau. "Minni, tak boleh macam tu. Minni kena ingat, mak ayah kita hantar sini untuk study, belajar, jangan tersasar dari tujuan. Ingat tu. Minni sibuk-sibuk ingat Fayad, belum tentu Fayad ingat Minni". Lina menyindir. "Yelah Lina, terima kasih ye? Saya lega sikit dah. Terima kasih Allah bagi Lina kepada Minni, sekurang-kurangnya Minni sedar dan tahu apa yang patut Minni buat. ", Minni menadah tangan memandang ke langit. 
Petang itu, selesai sahaja pertemuan Mahabbatun Minni dengan Lina, dia bersiap-siap untuk menunaikan solat Maghrib. Dan tanpa sengaja, telinga Lina tertangkap bait-bait doa Mahabbatun Minni ketika dia ingin menghantar sedikit kudapan ringan ke bilik sahabatnya itu. "Ya Allah, andai Yusof Fayad itu jodohku, baik untuk agamaku, keluargaku dan diriku, cepat atau lambat, maka dekatkanlah hatiku dengan hatinya, dan jika dia bukan jodohku ya Allah, cepat atau lambat, maka pisahkanlah aku dan dia dengan penuh rasa redha dan tanpa rasa sakit dihati. Ameen ya Rabb". 

Wahai yang bernama lelaki, kalau engkau belum bersedia untuk memiliki hati seorang wanita itu, JANGAN sesekali engkau menyentuh hatinya kerana hati wanita itu lembut dan mudah tertipu dengan cinta palsu.
"Single lah untuk seketika untuk mengejar in a relationship yang kekal selamanya dibawah redha Allah, Tuhan yang Maha Esa serta mendapat restu ibu bapa yang insyaAllah menjamin bahagia gerbang mahligai yang bakal dibina". _Lina Amalina