Thursday, September 8, 2011

Aku dan Ah Keong

Assalamualaikum. :) TER rajin nak buat dua entry dalam satu malam. Luar biasa ke? Biase2 je lah cik Jah. Tadi, saja2 godek2, skodeng2 informasi dari stats. Nak le jugok teman nengok, sape le yang baik hati bace blog picisan teman ni haa.. eh2 amboi.. banyak pulak orang hari ni. Entri Resepi Nasi Bukhari, taklah menghairankan memandangkan hari ini masih lagi 9 Syawal. Tapi yang CL muskel ni, entri Jamban pun orang nak baca. Hahahaha.. Nak buat design jamban yang cantik agaknya. Kepada yang nak baca tu, silalah cari sendiri ye? Alah.. rajin2lah cari. Blog ni tak besar mana pun skala dia. Semuanya dihujung jari. (cakap macam ade je yang nak bace kan?) 

Ok,itu muqaddimah. Isi sebenarnya,adalah ini. 
Sesampainya CL di rumah nenek, CL nampak Ah Keong, pekerja ke big boss entah  syarikat runcit Ban Joo.. Satu yang CL respek dekat Chinese ni,  diorang rajin kerja, tak kira big boss ke, kuli ke, semua sama. Rajin kerja, tak kisah selekeh ke berpeluh ke, janji hujung bulan, Ka-ching! So, no wonder la they all cepat kaya dan senang kaya. (mungkin juga istidraj :) )
CL nampak banyaaaaak beras kampit. Beras Jati yang  5 kilo tu. CL kira2 tadi, ada la dalam 265 kampit. Tanya nenek, : "Beras apa tu nek?" Nenek cool macam biasa : " Beras fidhyah atok ea" .. Oh ..beras fidhyah arwah Atok ( huuuuuuuuuuuuuu......tak suka perkataan arwah atok). 
CL pandang Ah Keong, CL senyum. Ah Keong tegur : "Amoi...".. 
CL kesian tengok dia angkat beras banyak2 tu sorang2. Peluh2. CL tanya : "U boleh ka? Ada apa boleh tolong?" 
Ah Keong jawab : "Eh, tak payah meh. Saya boleh punya". Nampak half dead liao. hahaha. 
CL tak puas hati. Nak tolong jugak. Nak tolong jugak. CL duduk aje kat tepi pintu. Hahaha, biar Ah Keong rasa serba salah tak bagi tolong. Tiba2, makcik CL datang. Haaa..dia ni isteri tauke besar, CL panggil dia, Mak Ita.  
Dia cakap kat Ah Keong " Itu beras cukup ka Ah Keong?" 
Ah Keong reply : "Tak cukup kak, pinjam kedai.. bla bla bla bla ..... Entah ape2 lagi ntah. Tak dengar jelas.
Lepas tu, CL pandang Mak Ita, CL mengadu: " Kakak (membahasakan diri sebagai Kakak) nak tolong, dia tak bagi."
Mak Ita cakap kat Ah Keong: "Eh Ah Keong, ini anak saudara saya mau tolong, dia kata u tak bagi."
Ah  Keong pandang muka CL sambil kata : "Aiyya mana boleh. Ini nanti Amoi buat kerja Amoi penat maa..sakit tau?"
Huh, malas nak layan Ah Keong. Last2 CL bangun, buat toast, goreng cekodok pisang kat dapur. lagi best..Hmmm..SELAMAT BERPUASA SUNAT SYAWAL SEMUA :)


Ah Keong
Beras Fidhyah


Van Ah Keong

Wednesday, September 7, 2011

What a HECTIC Wednesday.

Salam. Hai buku conteng. Hari ni, hari yang paling riuh dalam seminggu. Why? Sebab hari ni adik yang kecil sekali, Ain Adila tak sihat dan si nombor tiga, Adib sibuk menyakat. Riuh rumah. Adik yang nombor dua, Munirah, dah balik ke sekolah. Rinduuuuuuunyeeee Allah aje yang tahu. Asyik teringat adik aje. Sebenarnya, adik beradik CL cuma ada dua. CL dan Munirah, yang lagi dua orang, Ain dan Adib, ibu jaga. Tapi, sebab dah dari dulu lagi, so, jadi macam adik2 sendiri. Even Ummi diorang ajar, Kak Na (CL) dan Kak Non (Munirah), Adib dan Ain adik beradik. Hmmm... tapi untuk jangka masa terdekat ni bolehlah peluk cium. Once they all grow up, kena jelaskan lah batas2 pergaulan especially untuk Adib. Kenal seseorang itu lama, tidak menjadikan kamu dan dia mahram. ( Kata2 dari seorang kawan).
Jadi, hari ni memanglah sangat hectic. Bermula dengan Ain merengek2. Nak susu, nak mandi, tak nak makan, nak main2 dengan kucing, macam2... Sabar ajelah. Kecil lagi, dia tak faham. Tapi... haaaaaa....once dia dah mengada2 sangat, pukul2 teddy bear dia dekat ibu, naik angin kakak dia. Ini dialog biasa CL : "Adik...kenapa ni??ohh..nakal ye? Kenapa pukul2 ibu? Kakak ambik bear dia. Dengan ibu bolehlah ye nak main pukul2 macam tu, hentak2 kaki semua. Dengan kakak, memang tak ade kompromi".. (macam lah budak kecik tu faham). Bukan apa, kadang2 geraaaaam sangat, minta macam2. Dah bila ibu penat, sampai tak terlayan, mula lah dia nak pukul2 ibu dengan teddy bear dia. CL ni pantang budak over manja macam tu.. Tapi dialog ibu pulak : "Ain...kenapa ni sayang? Esok tak payah datang rumah ibu lah, pergi ikut Ummi sana. Nakal dia ye? Tak maulah pukul2".. Hmmm...nampak lembut, tapi percayalah, Ain tak takut langsung. Kalau dengan cara kakak dia, haaa... jadi baik sikit.
Tak lama lepas tu, Adib balik sekolah. Sebagai kakak, soalan pertama CL tanya,"Adib makan apa kat sekolah"? (hahaha.. entah ape2). Bukan apa, nak make sure, dia tak beli jajan. Hmmm..Second, tengok parut2 baru kalau ada,budak lelaki, biasa lah, Tadi, ada parut baru dekat mulut, jatuh dalam kelas sebab simen licin. Third, gantungkan baju. Panas hari ni kan? So, tak berbaju lah si bujang tu. Forth, tanya samada lapar atau tak? Fifth, layan apa yang dia nak. Macam hari ni, nak air Pepsi dengan keropok. Sungguh tak sihat.Boleh pulak dia nampak botol Pepsi stok hari raya dari rumah nenek. Tak nak bagi, kesian pulak. Bagi sikit aja, yang lain, kakak dia punya. hehe. Sixth, dah masuk Zohor, kena kerahkan dia ambik wudhuk dan  solat. Liat betul! Kene cakap banyak kali, tanya banyak kali, baru solat. Ish3....Adikku yang seorang ni.
Kedamaian rumah sekejap aje, sekejap2 ade yang menangis, ada yang jerit2, ada yang pukul2. Hahaha..sabar2. Belum Ain, yang sekejap2 muntah tanpa ade indication. Bluweeekkk!!! Kat bilik Ibu, Blueekkkk!! kat katil CL. Aish.. ini...ini... ini.... ini dugaan. Sabar.  Lap lah sampai bersih. 
Layanlah adik2 sampai rasa hilang berkoyan2 lemak dalam badan ni. (ini auta). Petang, pergi dapur, masak. Yang dekat depan tu, bercakaran berdua. Ibu masak pengat sagu, CL masak nasi dan lauk. Memandangkan nak cepat, CL goreng ikan lepas tu, masak sayur lemak kobis. Simple. Tengah2 sedap masak tu, sementara tunggu ikan masak, pergilah ke depan sekejap, nak ambil tong sampah bersih. Si Adib nak ikut sama (itupun nak ikut). Alih2 dikunci dari luar dengan si Ain. Masa ni...... haaaaaa.... Alhamdulillah sabar lagi.  Akhirnya, setelah proses nego menego (ade ke?) , berjaya jugak masuk. 

Phewwww...belum habis lagi. Sebelum masuk Maghrib, cepat2 start enjin motor dan pergi ke rumah nenek untuk temankan beliau. Nak dijadikan cerita, hampir pulak tereksiden. Bukan salah CL tau. Salah orang yang ada mata Allah bagi, tapi tak nak guna. Main sedap je libas stereng tu. Tak tengok kiri kanan. Ikutkan hati, nak aje CL baling apa2 kat cermin kereta dia pastu pecut laju2 buat2 tak nampak. Tahulah naik kereta, tapi, hormatlah sikit penunggang motosikal. Kami juga pemandu, seperti anda. Dah, itu je untuk hari ni. What a day kan? Bersyukur ya Allah, masih aku ini, Engkau kurniakan hayat. Alhamdulillah.Sekian.


Baju Adib

Ain, 3 tahun, Adib, 9 tahun.

Keropok kegemaran Ain, Adib dan Amalina (manalah tak gemuk kan?)

Hantu Tepi Pokok (Bila Tandas Dekat Luar Rumah)

Salam. Ok, hai buku conteng. saya baru jumpa kamu hari ni. saya ada pen baru, kamu tahu? Jadi, saya boleh conteng2 kat mukasurat baru. Kamu suka kan? 
Despite all the facts yang saya ni suka berlagak jadi omputeh, (definitely with a strong reason) , saya sebenarnya adalah seorang budak kampung yang tak pandai menggunakan verb apatah lagi grammar. To tell u the truth ppl, English saya sangatlah hanchor.. Well, kalau nak dibandingkan dengan kawan2 lain lah. Kalau nak dibanding dengan nenek, saya lagi terer. Muehehe..
Hari ini masih lagi hari raya Aidilfitri kan? Emm.. selamat hari raya semua, maaf zahir batin. CL berhari raya dengan t shirt dan seluar track. Sorang tetamu pun tak mai umah, takde rendang kat rumah, takde duit raya... SEBAB?? takde Atok. Enuff!! Malas nak cerita. Cukuplah readers tahu, atok yang paling CL sayang, yang paling CL sayang, yang paling CL sayang, Allah lagi sayangkan dia :) Al Fatihah.
So, dipandekkan cerita, maka sebagai cucu sulung, CL kenalah jaga nenek buat sementara waktu memandangkan pakcik2 makcik2 lain sibuk bekerja. Incek Ayah kerap tak ade, meeting sana-sini. Ibu pulak datang malam saja, siang dengan tanggungjawab dia sebagai isteri mithali. Jadi, yang nampak kosong dan free ialah Cik Lina Amalina. 
Maka bermulalah kehidupan CL di kampung ( ceh, dia pun org kampung). Ini baru muqaddimah. 

Alkisahnya, ini cerita sebenar. Dalam pukul 1.30 pagi, tiba2 sistem urinary CL buat hal. "Aduh, time2 macam ni pulak la nak keluar. Masa awal2 tadi, tak nak pulak. ya Allah.." 
CL menjengah keluar tingkap, fine... pokok2 tinggi, parit, semua lengkap kat belakang rumah. Tandas kat luar. Sangatlah bagus. Dah tak tahan dah.. Ulang alik cari akal macam mana nak buang air. Habis lampu dapur, lampu luar dibukak. Haa..berani sikit dah. Tiba2, angin sepoi2 meniup rambut. Adusss....Sejuk. Tutup pintu balik. Terbayang2 wajah yang kusayang..eh2,bukan.. terbayang2 benda yang mengerikan seperti......


Langsuir

Pocong

Termasuk lah Hantu Kak Limah (yang ini tipu)



menunggu di balik2 pokok pisang. Nak menangis waktu tu. Ini tak boleh jadi, pintu bilik nenek ku ketuk. Lama lah pulak. Tak putus asa walaupun tak ade sahutan ataupun sedecit suara.

Taknaklah terkeluar kat sini, ish...pesan CL pada diri sendiri. Akhirnya, setelah bekerja keras, nenek pun keluar dan nenek pun temankanlah CL ke tandas. (perkara wajib yang beliau sering lakukan). Nenek bukak pintu siap baca selawat dengan bismillah. CL? Heran, dah tak tahan sangat sampai tak sempat nak selawat. Yang dipikirnya, benda2 lain.  Ok, setakat itu je cerita saja nak gebang untuk hari ini. Maaflah kalau gaya bahasa dah bertukar. I've mingled with boys for a few days. (which is all of them are my cousins). Sekian.

Saturday, August 27, 2011

Terlepaskah Aku?

Assalamualaikum. 


Mata ini pagi tadi memandang kalendar Hijri pada desktop laptop. 27 Ramadhan. Sebak. Nak menangis. Tapi cuba menahan. Kalau ditanya apa yang diinginkan saat ini, maka jawab mulut, "saya nak malam tadi berulang lagi, dan kalau boleh, malam tadi saya tak tidur". 
mustahil kan? 
pagi ini redup. apa mungkin malam itu pada malam tadi? kenapa tak bangun saja lepas Allah gerakkan kamu pukul 4 pagi tadi. Alasan biasa juga, penat katanya. 
Malam yang lebih baik dari seribu bulan, satu malam yang bersamaan dengan seribu bulan. Kalaulah ia ditukar dengan pemikiran logik, mahu makan lebih kurang 99 tahun. Sudah tidak ada hayat mungkin waktu itu. Doaku, panjangkanlah umurku ya Allah, agar dapat ku bertemu dengan Ramadhan pada lain masa. Amin.

Untukku: moga Ramadhan yang berbaki lagi, dimeriahkan dengan ibadat setulus hati.Lillahita'la.

Saturday, July 16, 2011

Today's Rambling ,Babbling.

Assalamualaikum. salam ceria. Hari ni, Incek Ayah balik. seronok sangat ayah ada kat rumah. Ayah bawak balik buah limau bali @ limau tambun balik rumah. Terima kasih ayah. Penat ayah bawak berbiji2 limau tu. Kakak tau, mesti berat kan ayah nak bawak semua tu? Hari ni, tak nak gedik2 la. Malas. Hari ni, nak switch off kejap mood mat saleh celup. Nak jadi melayu sejati :) InsyaAllah.
Emm.. hari ni CL masak macam biasa. Tapi, simple mimple :) Macam biasa je, kalau banyak2, mewah2, takut membazir. Elakkan la kalau boleh kan? Janji, perut beralas, itu sudah cukup. Oh ye, kepada sesiapa yang tak tahu apa itu limau bali @ limau tambun, u guys bole click dekat link INI :)..
Alhamdulillah, hari ni, semuanya ok. CL belajar banyak benda baru dari ibu. Dalam sehari, kalau boleh, CL nak sangat tahu benda baru. Tak kisahla apa pun. Teknik cuci pinggan ke, teknik lipat kain cepat ke, informasi2 baru ke, ape pun jua asalkan yang baik2 dan insyaAllah mengandungi manfaat. Cuma kadang2, tak dapat. Hari CL saaaaama aje, dull. Yang tu, CL tak salah kan sesiapa, salahkan diri sendiri. Sebab MALAS nak cari. 
Orang kata, rezeki tak datang bergolek. Same goes la dengan ilmu, kalau tak cari, mana nak dapat? Kalau tak pergi sekolah, mana nak pandai? Lebih kurang begitulah. Berbalik pada cerita ayah CL yang bawak balik limau tu, CL teringat satu nota yang CL baca, dalam nota itu ada ini :

"Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama". 

"Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail".

Tiba2 saja CL teringat nota tu. kesahihannya, Allahua'lam. Pernah juga orang lain beritahu hal yang sama pada CL, cuma itulah, Allahua'lam.  Semoga ayah CL tergolong dalam mereka2 ini. (andai ianya benar) .amin ya Rabb thumma amin.

Untuk hari ni, selain limau bali dan buah kuini sebagai pembuka hidangan ( makan buah dulu baru makan nasi), CL masak nasi dengan buat acar sayur. Potong cili, potong bawang merah @ bawang besar, timun, bubuh garam ,gula, cuka makan dua sudu dan siaplah acar sayur yang simple. Kari ikan tongkol ibu masak. Kalau dah ade kari, mesti ade papadom. CL goreng la sekali. Maka, siaplah hidangan berbuka untuk hari ini. 

Ok? habis daaa... selamat malam semua. Assalamualaikum :)

From my plate, thats why its look a lil bit messy.

Banyak sepah la lu punya pinggan lengloi.


Thursday, July 14, 2011

Resepi Buah Melaka

Salam ceria. 3 days more before my ayah ibu completing their puasa sunat Syaaban. Memandangkan Incek Ayah masih lagi tiada di rumah kerana tuntutan kerja, tinggal lah CL dan ibu. Tadi baru je tengok video anak2 Kak Min main Gotta Getta Ghoper game. Aww.. they were so cute at that time. Mood hari ni, senget2 aje. Biaselah, PMS. Anyway, kalau semalam bingka labu, hari ni apa pulak? Hari ni, ibu buat kuih buah melaka for our titbit. Kalau dah ibu buat kuih, CL kene la masak nasi dengan lauk-pauknya sekali. Tapi ini hari banyaaak malas juga. Sangat lah simple menyimple lauknye. Ikan goreng sambal , sawi tumis air dengan telur dadar. Apapun, alhamdulillah, syukur sangat. Rezeki untuk kami berdua hari ini. 
Kali ni nak bagi resepi kuih buah melaka. Ngendeng2 minta kat ibu, dapat juga akhirnya. Silalah tengok :)

Bahan-bahan
  •  1 cawan tepung pulut
  • Gula merah- potong kecil2.
  • Kelapa parut- gaul dengan sedikit garam
  • Daun pandan-dikisar, diambil airnya.
  • Garam
 Cara-cara

  • Gaulkan tepung dengan air pandan, letak garam sikit. Air pandan ni la yang bagi kaler hijau kat kuih buah melaka ni cantek dan berbau wangi. Takde daun pandan pakai aje pewarna hijau. Gaul sampai boleh dibentuk
  • Bentukkan bulat2, jangan besar sangat. Tak muat mulut nanti :P 
  • Masukkan gula melaka yang dah dipotong kecik2 tadi ditengah2 nya, lepas tu, bulatkan balik.
  • Rebus sehingga timbul
  • Angkat dan golekkan atas kelapa parut.
  • Tunggu sejuk baru makan. 
Silalah layan gambar :)






Wednesday, July 13, 2011

Resepi Bingka Labu Kukus

Assalamualaikum semua. Hari ni, 12 Syaaban, tinggal lagi 3 hari untuk CL habiskan puasa. Tetapi, Allah lebih tahu segalanya, maka bercutilah CL hari ini. Sedih jugak. Tapi tak apelah. Daripada lari tarikh kan? (yang tak faham, sila abaikan apa yang CL tulis.)
Anyway, masa petang tadi, nampak ade labu atas pantry, haha.. Nasib kau  la labuuuu...  Dengan segera,  CL mengambil buku catatan dan ahah! terima kasih kak Arinah for the recipe. Teringin pulak nak buat bingka labu. Nak bakar, oven den rosak, jadi, kukus ajelah. Sedih woo..harap2 Incek Ayah meluluskan permohonan untuk baiki oven ni sebelum raya. Nak buat biskut raya maa.. Petang tu jugak, saja nak test pengetahuan am Incek Tunang, hehehe..boleh dia tanya, "Bingka tu yang macam mana rupanya?" . Selamat dia tak tahu, kalau dia tahu, peratusan untuk bingka CL dikritik amatlah tinggi. Make hay while the sun shines, sementara ibu ada kat dapur, minta tunjuk ajar sekali. Last2, ibu yang buat bingka tu, CL buat kerja lain. Hoho. Juadah berbuka petang ni sangatlah simple disebabkan Incek Ayah tiada di rumah. So, CL masak nasi goreng dan sambal telur aje.
Jom tengok resepi

Bahan-bahan
  • 1 cawan labu (direbus/dilenyek)
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu minyak masak
  • Telur sebiji
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan tepung gandum 
Cara-cara

  • Pukul telur, gula dan minyak sampai kembang
  • Campurkan susu dan labu
  • Masukkan tepung, kacau hingga sebati
  • Masukkan dalam bekas dan kukus selama 45 minit
  • Tunggu sejuk dan potong molek2
  • Baca bismillah dan ngap!
Silalah layan gambar :) saja edit bagi lawo, kalau tak edit pun lawo jugak tau? Rasa? Sedap sangat. Kalau makan dengan susu pekat manis, memang tak pandang orang lalu lalang.