Thursday, July 14, 2011

Resepi Buah Melaka

Salam ceria. 3 days more before my ayah ibu completing their puasa sunat Syaaban. Memandangkan Incek Ayah masih lagi tiada di rumah kerana tuntutan kerja, tinggal lah CL dan ibu. Tadi baru je tengok video anak2 Kak Min main Gotta Getta Ghoper game. Aww.. they were so cute at that time. Mood hari ni, senget2 aje. Biaselah, PMS. Anyway, kalau semalam bingka labu, hari ni apa pulak? Hari ni, ibu buat kuih buah melaka for our titbit. Kalau dah ibu buat kuih, CL kene la masak nasi dengan lauk-pauknya sekali. Tapi ini hari banyaaak malas juga. Sangat lah simple menyimple lauknye. Ikan goreng sambal , sawi tumis air dengan telur dadar. Apapun, alhamdulillah, syukur sangat. Rezeki untuk kami berdua hari ini. 
Kali ni nak bagi resepi kuih buah melaka. Ngendeng2 minta kat ibu, dapat juga akhirnya. Silalah tengok :)

Bahan-bahan
  •  1 cawan tepung pulut
  • Gula merah- potong kecil2.
  • Kelapa parut- gaul dengan sedikit garam
  • Daun pandan-dikisar, diambil airnya.
  • Garam
 Cara-cara

  • Gaulkan tepung dengan air pandan, letak garam sikit. Air pandan ni la yang bagi kaler hijau kat kuih buah melaka ni cantek dan berbau wangi. Takde daun pandan pakai aje pewarna hijau. Gaul sampai boleh dibentuk
  • Bentukkan bulat2, jangan besar sangat. Tak muat mulut nanti :P 
  • Masukkan gula melaka yang dah dipotong kecik2 tadi ditengah2 nya, lepas tu, bulatkan balik.
  • Rebus sehingga timbul
  • Angkat dan golekkan atas kelapa parut.
  • Tunggu sejuk baru makan. 
Silalah layan gambar :)