Wednesday, May 25, 2011

Pamela. Paola. Hi, I am Pomelo.

Assalamualaikum everyone :) Dah makan lunch belum? CL makan lunch awal hari ni..it's more to brunch la kot? B.R.U.N.C.H..apebende nih? Brunch is a meal eaten in the late morning. A combination of breakfast and lunch. So, we get brunch. CL makan pecal..Nampak benor Jawa. Kenyang, alhamdulillah. CL makan dengan kawan2 CL tadi, sorang Ipoh mali, sorang Key Ell punye orang. Cakap pasal Ipoh, ayah CL hari tu baru balik dari Ipoh. Dia ade meeting kat sana. Agak2 korang boleh teka tak ape yang dia bawak balik as ole2? Sejenis buah.. Ala, biasa dengar kalau pigi Perak area2 Tambun, Ipoh, makhluk ni adela dalam 5, 6 bijik orang bawak balik.
Tahu tak? Tak tahu tak ape..Meh CL kabor meh. Buah bertuah untuk minggu ini..jeng jeng jeng...

LIMAU BALI nama dalam I.C
LIMAU TAMBUN nama samaran kat Facebook
CITRUS GRANDIS (L) nama saintifik 
POMELO nama glemer kat Hollywood

Diulangi, POMELO bukan PAMELA ANDERSON mahupun PAOLA ABDUL. clear? clean and clear terus lah. So, jom.kita kenal buah ni dengan lebih mendalam lagi. (cam nak buat calon menantu pulek). Okay, buah ni dari genus Citrus dan berasal dari spesies homosapien.. Oh-baru-aku-tahu.. Hahahaha..SALAH! Homosapien itu adelah anda, yang membaca blog ni. Ia berasal dari spesies C. Grandis. Selain Citrus Grandis, nama saintifik lain ialah Citrus Maxima. Macam nama kereta import je. Nama lain bagi limau bali ni ialah LIMAU BESAR, LIMAU ABUNG dan LIMAU BETAWI. la dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan banyak ditanam di Indonesia, China dan Thailand. Di Malaysia, Limau Bali banyak ditanam di negeri Perak, Kedah, Melaka, Kelantan, Johor dan Sabah. Aiseh, Selangor takdak la. Kalau korang berminat nak kenal makhluk ciptaan Allah yang unik ni, sila2lah rajin membaca informasi di Internet ataupun buku. 
Limau ni memang sedap, cuma kalau yang dah masak sangat tu, dia agak pahit. Makan setengah biji pun dah cukup kenyang. Allah tak menjadikan sesuatu dengan sia-sia kan?
Antara khasiat limau ni ialah ia boleh digunakan sebagai bahan untuk melebatkan rambut. Abang2 botak kat luar sana, boleh lah cuba. Yang dah ade rambut, kalau nak lagi lebat lagi, sila lah. Tak payah buang duit pergi Yun Nam. Hehe..atas izin Allah.  Selain tu, kulit dia yang macam kapas tu, kita boleh guna untuk lap muka kita untuk membuang minyak-minyak dibahagian muka. Kat badan pun boleh apply. Jika dilakukan selalu kulit korang menjadi lebih halus, ada jerawat  insyaAllah boleh hilang. Tak payah nak buang duit pergi New York Skin Solution. Sental je ngan kulit limau Bali.
So, sampai sini dulu lah pasal limau Bali. Terima kasih incek Limau kerana sudi menjadi tetamu undangan hari ni. Bace pun dah habis bace.. jom layan gambar. Sampai jumpa lagi, salam. :)

Sepinggan limau Bali
Besar punya!
Encik Ayah masa ni sedang menceritakan pasal kepentingan air dalam tubuh manusia. Terima kasih bawak balik limau bali ayah. I love U.

No comments: