Sunday, April 10, 2011

Kamikaze

"Amal boleh tak kalau saya macam ni? Boleh tak kalau saya macam tu? Kenapa dia buat saya macam ni? Agak2 boleh tak kalau saya nak pakai baju pink? Kenapa dia benci saya? Apa pendapat awak kalau saya tak nak makan hari ni? Boleh tak awak carikan jodoh untuk saya? Benci la dengan ibu saya tu, sikit2 nak marah. Awak, dia pinjam buku kita hari ni, awak rasa kenapa dia pinjam buku kita?" dan macam2 lagi soalan yang tak sepatutnya untuk CL jawab. Orang selalu cerita semua benda kat CL, mengadu nasib, masalah, kerunsingan minda even pasal aib keluarga mahupun bila ada seorang jejaka atau gadis pandang dia. Persoalannya, kenapa? KENAPA?????? CL ni bukan yang Maha Mendengar. Ada Allah 24 jam. Pergi la, mengadu kat DIA. Allah tu mendengar malah mengabulkan apa yang kita minta.
Sorry entry kali ini agak emosional. CL juga ada perasaan. Tapi sebab blog ni CL dah anggap macam diari, jadi, tak apelah. Nama pun diari kan? Baca sendiri, tengok sendiri, tulis sendiri. Sesiapa yang terbaca dan terasa, anggaplah benda ni bukan CL tuju kat awak. This is general.
CL ni sakit. Tolonglah faham CL. CL kena jugak providekan masa untuk diri CL. Kesianlah kat CL. CL bukan tong sampah korang. Bukan CL tak boleh dengar, malah kalau sesiapa je yang bercerita CL akan dengar. Ye, dengar. Tapi, bagilah CL uruskan diri CL. Kadang2 masalah CL sendiri pun tak setel. Asyik dengar masalah orang. Even kaunselor pun tak seteruk ni. Memang ramai kata, CL understanding, penyimpan rahsia terbaik. macam2 lg lah. Tapi pernah tak korang fikir perasaan CL? Amanah rahsia korang yang kadang2 tak patut ada dalam hidup CL. Jangan ambik kesempatan atas kesudian CL mendengar. Ingat, CL sakit. CL sakit. CL sakit. Boleh tak? 
Kadang2 CL tak reply mesej. Tak angkat call. CL nak bagitahu, yang CL tak semestinya 24 jam ada dengan anda. Masing2 ada kehidupan masing2. Tapi, jangan lah penting diri. Boleh nak bercerita, tapi kalau dah selalu....CL BUKAN MAHA MENDENGAR. tolonglah faham. CL sakit. CL sakit. CL sakit.
Korang mungkin rasa, "Ohhh..lega dah cerita kat Amal". Tapi, pernah korang fikir, apa yang CL rasa? Pernah?
Tak tahulah kalau korang ada rasa sekelumit tanggungjawab dan belas kasihan. InsyaAllah kawan2 CL semua baik2. CL minta maaf, CL bukan boleh direct sound. So, dekat diari peribadi online ini ajelah CL tulis. CL sendiri perlu memikirkan masalah CL, kesihatan CL, malah jangka hayat hidup CL yang tak tahu bila akan berakhir. Ramai yang kata, suka tengok CL senyum, pernah fikir tak betapa susahnya untuk CL nak ukir senyuman tu? Untuk menutup sakit CL. Sakit apa yang CL deritai, tak payahlah CL bgtahu. Cuma satu pinta CL, kasihanilah CL ni. Itu aje. Boleh bercerita, tapi ada masa. Dan CL tak boleh diganggu ketika :

  1. Sedang mengaji al Quran mahupun bercadang untuk mengaji.
  2. Sedang on the phone dengan ibu ayah mahupun sesiapa sahaja.
  3. Sedang berehat didalam bilik pada waktu pukul 11 malam keatas kecuali kalau CL pelawa anda untuk datang dan CL yang berkunjung kebilik anda.
  4. Ketika dalam musim exam.
  5. Paling pantang, ketika CL study! CL tak boleh fokus kalau ade sesiapa kacau CL masa study. CL kene sorang2 waktu ni.
  6. Kalau ada apa2 lagi, CL bagitahu nanti.  
Jadi, janganlah menggangu CL pada waktu2 ini kecuali diizinkan. Akhir kata, benda ni general, CL tak tuju kat sapa2. Ini semua pangalaman CL. Nak cerita masalah, CL takde masalah. Tapi, CL sakit. CL sakit. CL sakit. Apa2pun, CL tetap sayang sesiapa yang sayang CL. Wassalam.

1 comment:

Anonymous said...

cik Lina tegas jugak eh? hhe..apepun, Cik Lina tetap comel..