Friday, May 27, 2011

Lirik Lagu Pengorbanan-Nowseeheart - (ini-lagu-blog-CL)

Assalamualaikum. Jom baca, dengar dan nyanyi perlahan2..


Telah lama
Aku perhatikan segala
Ombak nafsu
Menghancurkan fitrah dunia

Pedih
Luka meresah jiwa
Memusnahi impian indah

Biarkan ku tempuhi
Segala halangan pasti mendatang
Dengan sepenuh jiwa

Biarkan aku pergi
Meninggalkan dunia yang dicalar
Kerakusan manusia

Sesungguhnya yang mulia di sisi-Nya
Hanya ketaqwaan diri kita

Iringilah sayangku
Semua pengorbanan dengan doa
Harapan yang bermakna
Tempatkan Ya Tuhanku
Di singgahsana terindah di syurga
Dengan para syuhada

Biarkan aku pergi
Meninggalkan dunia yang dicalar
Kerakusan manusia

Tempatkan Ya Tuhanku
Di singgahsana terindah di syurga
Dengan para syuhada

Saya Nak Jadi Budak Baik

Assalamualaikum semua :) minta maaf la post entry malam2 ni. lepas ni nak tidur dah la. tak elok tidur lambat kan? boleh gain weight, boleh dapat eyebags, badan lesu, apa lagi? paling yang kita tak nak, terlajak solat Subuh. Tadi, CL tengok dekat ruangan followers, eh2..dah ade 15 orang lah. ukhti 'Aishah Jauhara (maafkan kalau salah eja) rupanya. Terima  kasih ukhti sudi follow blog CL yang agak kurang perisian, kurang manfaat dan kurang informasi. Syukran kathir. Kalau CL ade buat ape2 kesalahan, ukhti sila2 lah tegur ye? 
Anyway, kepada sesipa yang dah bukak blog CL( ade ke?) petang tadi, mesti terdengar sekejap lagu Albi Nadak by Fares kan? Maaf ye, CL dah tak letak lagu tu. Sebab lagu tu khas untuk yang dah berkahwin sahaja. hehe..kire abang sulung For The Rest of My Life la lagu Albi Nadak ni. Memang easy listening, tapi..hehehe..CL tak dapat nak feel la. Rase geli2 sikit sebab jiwang. hohoho..So, CL balik pada lagu asal blog ni, Pengorbanan by Nowseeheart. 
Kenapa lagu ni? Ada yang tanya pada CL. Baiklah..CL bagitahu. Sebab...ia mengingatkan CL pada keadaan diri CL. Berkorban demi pakwe ke? Tidak. Tak kuasa. Bukan..Berkorban untuk menjadi lebih baik dan untuk terus baik dan bertambah baik. CL nak sangat jadi baik. Macam kawan2 CL yang dari ma'ahad, macam kakak2 naqibah. Diorang baik sangat. :) Doakan ye? Biar CL tak jahat lagi.
Emm.. rasenye tak ade apelah kot nak cakap. Cuma, nak share sesuatu yang CL dapat daripada seorang ustaz. Ustaz kata (tapi CL tak bagi exact, CL ubah sikit jadi ringkas) :

"Ketika kamu dalam keadaan yang sukar untuk membuat pilihan, A atau B, mohonlah pada Allah. Mohonlah pada Allah agar ditunjukkan jalan yang benar. Jangan risau, Allah JANJI akan tunjukkan jalan yang benar. Tetapi,  Allah kata, jalan yang benar itu pasti berliku-liku".

Allah sayang kita kan? DIA dah bagi indication awal2. Jalan yang benar itu pasti berliku-liku.
ya Allah, tetapkan hatiku, hati ibu bapaku, adikku, kawan2ku, orang2 yang aku sayang serta sesiapa jua yang berkait denganku ya Allah, tetapkan hati kami dalam menyelusuri jalan yang Engkau redhai. Kuatkanlah hati kami ya Allah,bantulah kami untuk mendekatiMu. Amin... sayang semua lillahita'la.

Wednesday, May 25, 2011

Woman To Be (having a Twenty in her life)

Assalamualaikum.. :) Tengah CL tengok2 cermin tadi, (dah jadi habit suke tengok cermin), CL pejam mata, celik mata. Nampak muka dah lain dah. Pipi tak tembam macam masa kecik2 dulu. Walaupun masih tembam tapi takdelah ghope hamster simpan kacang dalam pouch.Muka dah tak comel lagi. Dia nampak macam muka seorang wanita. Gigi dah tak kecik2, semua dah rata dan sama besar. Mata dah tak bulat bersinar, mata dah jadi sepet dan ade eyebags pulak. Tanda2 penuaan la tu. 
Tanggal 17 Mei hari tu, genaplah umur 20. Perasaan? Jujur, tak suka. Bukan takut tua, tapi, rasa macam umur makin pendek. Bukan jugak takut mati, sebab mati bila-bila. Agaknya sebab tu orang selalu wish, "semoga panjang umur dan murah rezeki". Selama 20 tahun hidup ni, macam2 dah CL belajar, CL lalui. Ada yang baik, ade jugak yang tak baik. Entahlah, kalau nak cerita pun tak boleh. Sebab, hidup kita ni, sangat banyak benda yang telah berlaku, sedang berlaku dan bakal berlaku. Macam misteri. Kita akan sentiasa cuba meneka apa yang akan terjadi. Yang dah lepas, kita ambil sebagai pengajaran selalunya. Yang sedang berlaku, kita cuba jalani sebaik mungkin sebab kita taknak yang bakal berlaku akan terkesan. Macam tu lah.
Masuk 20 tahun ni, CL nak sangat jadi orang baik. CL tahu, CL ni jahat. CL cuba nak jadi orang baik, tapi kadang2 tak sampai macam apa yang CL nak. CL ni, jarang2 bangun malam nak jumpa Allah, jarang2 nak rajin baca ma'thurat, jarang2 nak topap pahala. Bank in dosa je kerjanya. Kawan2 yang membaca, tolonglah CL ye? Kalau CL ade salah, sila direct tegur. Jangan simpan2. Orang yang buat kesalahan ni beruntung tau kalau ade orang tegur. At least, dia tahu mana salah dia. Kalau tak ditegur, sampai bila2 lah, saaaaalaaaaah aje.
Last sekali, CL nak panjatkan setinggi2 syukur  kepada Allah sebab Allah selalu ade dengan CL. Susah senang, baik buruk, busuk wangi, mandi ke tak, Allah selalu ade dengan CL setiap masa, setiap detik selama CL hidup. Terima kasih ya Allah. Kedua, nak sampaikan salam kasih sayang dan selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w sebab dengan izin Allah,CL menjadi sebaik2 ummat, ummat Muhammad, Nabi dan Rasul yang paling mulia. Ketiga, salam hormat kepada ayah dan ibu. Terima kasih sebab jaga CL dengan sebaik2 penjagaan. Jasa Ayah Ibu, Allah aje yang mampu balas. Doa kakak, semoga syurga Firdausi untuk ayah ibu.
Yang keempat, salam sayang untuk adik Munirah. Terima kasih sebab sayang kakak. Yang kelima, encik tunang. Terima kasih untuk semuanya. Yang keenam, untuk kawan2, khasnya kepada Sharifah Munawwarah, Bahira Dafina, Syaqirah dan Fathini sebab buat suprise birthday party dan bagi hadiah yang lawa. Sayang semua, lillahita'la. salam mahabbah readers :)

Birthday cake. Thanx Muna, Baba, Syaq, Tini.
Potong kek..
Yang oren tu bukan tomato, tapi ceri.
Korang tengok kek ni.. Yummy kan.. :D- droolz
Hadiah!! Jom bukak!!
Cak!! Hadiah jam yang ade LOVE kat tengah .. lotsoflove.

Pamela. Paola. Hi, I am Pomelo.

Assalamualaikum everyone :) Dah makan lunch belum? CL makan lunch awal hari ni..it's more to brunch la kot? B.R.U.N.C.H..apebende nih? Brunch is a meal eaten in the late morning. A combination of breakfast and lunch. So, we get brunch. CL makan pecal..Nampak benor Jawa. Kenyang, alhamdulillah. CL makan dengan kawan2 CL tadi, sorang Ipoh mali, sorang Key Ell punye orang. Cakap pasal Ipoh, ayah CL hari tu baru balik dari Ipoh. Dia ade meeting kat sana. Agak2 korang boleh teka tak ape yang dia bawak balik as ole2? Sejenis buah.. Ala, biasa dengar kalau pigi Perak area2 Tambun, Ipoh, makhluk ni adela dalam 5, 6 bijik orang bawak balik.
Tahu tak? Tak tahu tak ape..Meh CL kabor meh. Buah bertuah untuk minggu ini..jeng jeng jeng...

LIMAU BALI nama dalam I.C
LIMAU TAMBUN nama samaran kat Facebook
CITRUS GRANDIS (L) nama saintifik 
POMELO nama glemer kat Hollywood

Diulangi, POMELO bukan PAMELA ANDERSON mahupun PAOLA ABDUL. clear? clean and clear terus lah. So, jom.kita kenal buah ni dengan lebih mendalam lagi. (cam nak buat calon menantu pulek). Okay, buah ni dari genus Citrus dan berasal dari spesies homosapien.. Oh-baru-aku-tahu.. Hahahaha..SALAH! Homosapien itu adelah anda, yang membaca blog ni. Ia berasal dari spesies C. Grandis. Selain Citrus Grandis, nama saintifik lain ialah Citrus Maxima. Macam nama kereta import je. Nama lain bagi limau bali ni ialah LIMAU BESAR, LIMAU ABUNG dan LIMAU BETAWI. la dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan banyak ditanam di Indonesia, China dan Thailand. Di Malaysia, Limau Bali banyak ditanam di negeri Perak, Kedah, Melaka, Kelantan, Johor dan Sabah. Aiseh, Selangor takdak la. Kalau korang berminat nak kenal makhluk ciptaan Allah yang unik ni, sila2lah rajin membaca informasi di Internet ataupun buku. 
Limau ni memang sedap, cuma kalau yang dah masak sangat tu, dia agak pahit. Makan setengah biji pun dah cukup kenyang. Allah tak menjadikan sesuatu dengan sia-sia kan?
Antara khasiat limau ni ialah ia boleh digunakan sebagai bahan untuk melebatkan rambut. Abang2 botak kat luar sana, boleh lah cuba. Yang dah ade rambut, kalau nak lagi lebat lagi, sila lah. Tak payah buang duit pergi Yun Nam. Hehe..atas izin Allah.  Selain tu, kulit dia yang macam kapas tu, kita boleh guna untuk lap muka kita untuk membuang minyak-minyak dibahagian muka. Kat badan pun boleh apply. Jika dilakukan selalu kulit korang menjadi lebih halus, ada jerawat  insyaAllah boleh hilang. Tak payah nak buang duit pergi New York Skin Solution. Sental je ngan kulit limau Bali.
So, sampai sini dulu lah pasal limau Bali. Terima kasih incek Limau kerana sudi menjadi tetamu undangan hari ni. Bace pun dah habis bace.. jom layan gambar. Sampai jumpa lagi, salam. :)

Sepinggan limau Bali
Besar punya!
Encik Ayah masa ni sedang menceritakan pasal kepentingan air dalam tubuh manusia. Terima kasih bawak balik limau bali ayah. I love U.

Exorcise, Babbling.

Assalamualaikum. :) CL sepatutnya dah tidur time ni sebab sekarang jam menunjukkan pukul 1.07 minit PAGI dan esok kelas saya pukul 8. Sangatlah cemerlang kan? Tapi, selagi Cik Darlina (nama laptop) ni terbukak, selagi itulah mata asyik curik2 pandang je walaupun badan dah landing baek punye atas tilam yang empuk lagi selesa. "Satu entry je lagi, satu entry je lagi", itu kata hati. 
Allah, ape masalah ntah CL ni? Esok kan boleh nak post? D.E.G.I.L sangat ye? Takdak idea pun nak tulis ape. Saje buat jari2 tembam ni menari..Hehehe. Jari2,sila menari ye? mengkome semua ni dah ghope ulat beluncas. Korang mesti boleh bayangkan kan? Macam mana la nak pakai cincin kahwin nanti? Kot2 suami nak sarung, eh2.. tersekat pulak kat tengah2. malu la I nanti. 
CL sebenarnya dah ngantuk sangat. Bila dah ngantuk, CL suke merepek. Kan ke lagi baik CL duduk diam2 atas katil tu, berzikir ke, muhasabah ke?..ini tak..dok main picit2 keyboard ni. Boleh nak delete ayat, dia pergi tekan space bar banyak kali? G.I.L.A kan? memang ngantuk sangat.
Takde ape sebenarnya, itu aje..saje nak main tekan2. Ok lah, hari dah pagi..Esok kelas awal. Tapi, CL nak kongsi something, dear diary, saya nak bangun awal. Bukan sebab takut lambat pergi kelas, saya takut Subuh saya terlajak nanti. Taknak!! Allahu Rabbi, aku mohon dengan amat ya Allah,nanti Engkau perintahkan roh aku balik ye pukul 6? Sebab aku nak bangun waktu tu. Nak sangat jumpa Engkau. Sayang Allah..sayang sangat2..sangat3..sangat4..SAYA SAYANG ALLAH SANGAT2. zzzzzzzzzzzzzzzz.........


Dan2 binatang comel nih menyinggah depan laptop. Ini ialah ulat beluncas.
Cincin tersangkut di tengah jari, bukan jari tersangkut ditengah cincin dan bukan jugak jari tengah.
Keyboard psiko. memang menaip ajelah nanti jawabnye.

Tuesday, May 24, 2011

Kemurungan Internet. Kenapa dan bagaimana?

Assalamualaikum. salam ceria.. Bangun!! Jangan tidur2 lagi. amboi..hehe.. CL tahu kebanyakan kawan2  sedang cuti semester kan sekarang?  CL belum lagi. Masih ade dekat bumi IIUM@UIAM terchenta ni ha..Macam biasa, hari ni nak conteng2 kat blog. 
Apa nak cerita hari ni ek? Emmm.. okay. Dapat dah. Pernah dengar pasal KEMURUNGAN INTERNET tak? Ala, yang sekarang ni kajian2 yang dilakukan oleh pakar psikologi, pakar kesihatan yang kononnya melayari Facebook terutamanya and other websites boleh menyebabkan seseorang stress, murung, lelah dan sebagainya.  
Persoalannya, kenapa? Daripada apa yang CL baca, CL boleh rumuskan manusia2 ni, (termasuk CL kadang2), akan rasa rendah diri sebab diorang rasakan hidup diorang tak best. tak menarik, buhsan, takde makna dan macam2 lagi yang N.E.G.A.T.I.F. Why and why? Sebab......
  1. Kalau uol perasan, bila kita bukak blog, facebook, kita suka sangat tengok site2 orang yang femes, contoh blog zackzuhairi la..( sekadar contoh). Dan kita kita start compare dengan kita punya blog. Agak2 rase macam hape? hahaha..ofkos, blogger2 dan facebooker2 ( sesuke je bagi term) popular ni hidup diorang jauh lebih meriah kan? diorang paling kurang pun, kalau x de informasi berguna nak di share, mesti diorang bercerita pasal kehidupan diorang seharian. Dari situ start la korang rase jeles, tensen dan sebagainya.Rasa macam apesal-hidup-aku-ni-boring-sangat. Cuba korang bukak blog CL ni haa...mesti takdak perasaan2 camtu kan? kan? kan?
  2. Dah bace cerita, ofkos korang nak tengok gambar. Pun boleh jadi masalah problem. Sebab ape? Contohnya, korang punya site takdak pun gambar korang pergi melancong , makan kan kat restoran mewah2, takdak gambar kereta BMW korang ke,yang ade cuma Naza Citra je..hehehe..Ataupun, korang tengok gambar diorang pigi karaoke ke, ade beskal fixie ke, korang cume ade motor skuter Nouvo je. Korang akan rase macam..aku-takdak-pun-semua-tu. Lepas tu korang akan mengeluh dan akan rase hidup korang amat boring. Lepas tu stress sensorang. Ntahape2.
  3. Yang ni bahaya. Nak tulis pun takut ade yang stress bila bace. Tapi, tulis ajelah kan? Blog saya, sukahati saya lah kan? kan PM dah beri kebebasan untuk menulis blog. Janji sokong kerajaan. huahuahua. Baiklah, dimana tadi? Oh ye.. yang ketiga.. Andainya korang ade minat sesape kat luar sane, minat tahap giga dah nih, mabuk kepayang, mabuk laut sume ade..mabuk alkohol je takdak. Korang mesti jadi penye "talk" yang setia..apebende nih? Stalker la dalam bahasa mudah. Ni kire minat quiet-quiet la..cinta diam2. Ofkos korang akan berusaha mencari data2 maklumat peribadi si dia. Tak dapat number phone, korang add dia kat FB, bace blog die senyap2. Sekali, ternampak pulek gambar si dia dengan seseorang yang cantik, lawa, hensem duduk peluk2, senyum2. Hahaha..kejang urat saraf. Sapa suruh stalk2, kan dapat balasan? Itu belum every comments korang nak teliti. Asal ade orang lebih2 sikit je komen, korang da saspek si dia ni la pesaing korang. Entah2 tu ayah dia ke, abang dia ke? dah jadi buruk sangka. kan?
Apa yang CL tulis ni adalah berdasarkan ape yang CL bace dan apa yang CL paham. Korang mungkin faham lain.tak kisah lah :) kan ke hidup lebih ceria kalau pendapat masing2 berbeza? Ayah suka warna biru, ibu suka warna cokelat, adik suka warna merah, abang sayang suka warna purple, atok suke kaler pink,nenek suke kaler oren,korang suke kaler pelangi. takdelah same aje kan dunia ni?..janji, hormati pandangan orang lain dan jangan ingat kite aje yang betul. Dan JANGAN sesekali fikir hidup korang ni boring dan x de makna, x de harga sebab Allah dah bersumpah bahawa kita adalah sebaik2 kejadian dan juga Allah tak jadikan sesuatu tu, termasuk kita dengan sia2. Cintai Allah, kasihi Rasululullah, hormati ibu ayah, sayangi kawan2 dan hargai semua orang. Allahua'lam.. Salam ceria :)

:)
SENYUM selalu, elakkan hasad dengki.

Saturday, May 14, 2011

Sorry, ayah kita kata kita mahal.

Salam semua. Well, nak update pasal apa hari ni? Entah. I viewed some blogs today. Diorang punya blog 100 juta kali lebih baik dari CL punya blog. Maybe because some of them are married couples, ada heroes and princess, living abroad, ada permanent job which most of the experiences might be interesting to share with dan macam2 lagi.
While my blog just like..superb simple I guess. With no ads from nuffnang or Google ad senses .
Hari ni sungguh membosankan. Bila takde kelas untuk dihadiri, takda kawan untuk berborak..Oh well, hamster tidur lagi. Taknak kacau lah. So, I've decided to bongkar balik segala macam dokumen2 lama.Then, terjumpa gambar yang I dah edit. See..gambar ni masa my ayah,ibu and me were at the Pesta Buku hari tu. Ade cerita sebelum CL sampai ke Putra World Trade Centre tu.

****
 "Ayah, A( bukan nama sebenar) nak ambil kakak, ada meeting kelab katanya. Then after meeting, he wants to go to pesta buku with me. Can I go with HIM.?"
"Only two of you ke?", my ayah asked.
"From here, maybe yes. Tapi nanti pergi mungkin ramai2".
Ayah pandang ibu and he said, "Ayah tak benarkan, bahaya. Cuma kamu dengan dia je dari sini nak kesana tu. Kita tak tahu apa yang dia nak buat nanti. Syaitan ni bijak, sentiasa ambil peluang. Ayah tak nak lepaskan anak ayah sesuka hati. Dia ada cakap dengan ayah dia yang dia nak bawa kamu"?
"Em..tak lah kot. Tapi, kakak tak pernah pergi pesta buku. Kakak nak pergi. Lagipun, ayah dengan ibu kan tahu, dia tu kan kawan kakak. Takkanlah dia nak buat benda tak elok kot? Besides, kami pergi ramai2 nanti. Plus, dia janji nak hantar balik kan?"
Then my ibu went mellowdrama and she made me to think like: okay Amalina. Stop dancing with the devils. "Kakak sayang ayah ibu tak?" OF COURSE, iloveuguys morethanilovemyself. "Kalau kakak sayang,kakak mesti tahu kan macam mana perasaan seorang ayah dan ibu? Ye, memanglah kita dah kenal dia tu siapa, perangai dia macam mana. Ibu ayah tak kata dia jahat. Tapi, dia lelaki dan syaitan ada kat mana2. Lainlah kalau kamu dah kahwin nanti, itulah, satu2nya lelaki yang kamu bebas pergi."
Then, ayah menambah : "Anak2 ayah amanah ayah, kamu berdua (CL dan adik) sangat mahal dan ayah kena jaga elok2. Pesta Buku tu, ayah boleh bawak kamu pergi. Petang nanti kita pergi ye?"
I replied: "Okay..and I'm sorry for being a bad daughter".
Ibu: "Tak ape, but make sure kakak ikhlas dengan keputusan ni. Okay?"
Ayah: "Terima kasih kerana jadi anak baik, selalu beritahu dan minta izin pada ayah ibu."

The End.

Kepada A, sorilah ea? walaupun kita kawan, tapi saya ni terlalu mahal  ayah kata.Cuma suami saya je boleh bawak saya jalan2.(insyaAllah setakat ini masih boleh bertahan, moga terus bertahan) Ye, walaupun kita pergi ramai2 ke pesta buku.
Allah, Engkau sangat baik denganku. Engkau sangat menyayangiku. Engkau menjagaku melalui perasaan kasih dan sayang ibu ayahku. Terima kasih ya Allah.


PWTC
Banyak buku untuk ulat buku
UM lah :)
Random
Kaki Novel
Dari tingkat atas
errr....
Ayah, jom tengok buku Psikologi?

psychology's site
Harga sebuah buku Psikologi yang memang psiko. Lepas diskaun nih.
:)
Selalu rujuk web Springer kalau nak buat assignment
Ayah, daisuki <3

Ibu dengan buku yang dibeli
Letak depan laman rumah pun ok gak ni..lip lap.
Ayah, ibu dan pokok lip lap
CL pun nak jugok
saya punya sekarang :)
Balik dari PWTC, pergi rumah makcik..
sekian laporan.wassalam.



Thursday, May 12, 2011

Saya Sayang Lah Dekat Kamu....Lillahita'ala.

Salam 'aleykum.. Cak baa!! Huhu, sihat semuanya? Harap sihat sentiasa ajelah ye? Yang sakit perut tu, sapu2 lah bam di perut, yang sakit kepala, mintak la suami, isteri, emak, adik, kakak, abang, abah picitkan. Kalau segan, minta jiran sebelah picitkan.Huhu..jiran sebelah ye? bukan anak dara atau teruna kepada jiran sebelah. Sori la..saat entry ni ditulis, fikiran tak tumpu pun pada isi kandungan. Tulis main ikut sedap je. Asal ade rase ala2 tempe goreng sambal plus dengan kari daging cukuplah. Bukan apa, sambil menulis ni, ade masalah pulak yang nak main cak2 baa.. Allah. Senyum je lah selagi mampu. Sambil tu istighfar banyak2.
Jom story mory? Once upon a time....(awan2 mimpi)
Petang tadi, CL pergi ke bilik kakak angkat CL a.k.a kak Naimah a.k.a Miss Wonderwoman. Rindu sangat kat dia. Rasa lepas semua rindu dendam ni bila pandang muka cik akak tu. Biasalah, kalau dah jumpa, macam2 cerita fairytale keluar. Bukan fairytale je, cerita rakyat, cerita teladan semua ada. Tengah2 klimaks cerita tu, 
kak Naimah : " Mal, akak ada tulis pasal Amal kat blog".
CL : "iye?" ( suka-sangat-tanya-balik)
kak Naimah: "ye..Amal tak baca la tu, tajuk dia, 'Seganlah dengan DIA'."

*****

Baiklah, setelah pulang ke bilik, CL pon membacanya. Alhamdulillah, entry bermanfaat. Cuma CL segan kakak puji CL lebih2. Apalah sangat CL ni, hamba Allah jugak yang lemah. Hina lagi. 
Kepada readers2, yang nak membaca post itu, Klik lah kat sini.


P/s : kak Naimah, Amal pon sayang akak jugak lah.. Lillahita'ala. Cuma kalau boleh, akak blurkan eh muka amal? Nampak tak elok muncong2 amal tu. macam cencurut pun ada. :) Sayang awok lah. 
Sayang jugak pada si pembaca yang sedang membaca.. Lillahita'ala jugok.

Monday, May 9, 2011

Idea,kamu dimana?

Assalamualaikum :) kaifa hal? sihat2kah semua? rasa macam ingat2 lupa pulak yang diri ini adalah tuan punya blog. lama beno tak updatenye.. ada dua tiga kawan yang tanya bila nak update? ai...follow senyap2 ea? kan kantoi. hari ni, CL ingat nak post dalam 2 hingga 4 entry. kalau rajin la. kalau tiba2 M besar datang, shiuuu...'se' entry ajelah ye? ala..siapa pun nak baca kan? 
CL tadi kan, baru tengok blog seorang kawan CL ni..Dia baik sangat, solehah lagi. Kire kalau CL duduk sebelah dia, macam siang dengan malam sebab CL gelap sikit..huhu.. taklah, maksud CL, perangai. Dia baik sikit, CL baik banyak. ( macam ade yang tak kene dengan statement nih). Senang cerita, dia baik. CL kurang sikit baiknye, bukan tak baik langsung tau? ingat tu..
So, masa tengah tengok2 tu, ade jugakla CL kutip2 ilmu. Tengok bukan tengok2 kosong je kan? apa yang baik, diambil lah. Kalau buruk, say goodbye awal2. Nak dijadikan cerita, CL tengok satu per satu gambar yang dia letak kat blog. Even cerita pasal diri dia, sekeping gambar dia pun takdak. CL compare dengan blog CL..Emm..jauh beza. Walaupun gambar CL insyaAllah menutup aurat, tapi CL rasa macam kalau di remove sesetengah gambar pun ok jugak kan? nak tayang muka untuk sape ntah  CL ni. Bukan ape, kadang2 mase nak bluetooth gambar, CL mark je semua, lepas tu letak banyak2 kat blog ni. Sebab.. MALAS nak pilih2. Rase semua gambar cantik aje. ntahape2. 
Kadang2 CL rase, blog CL ni bukanlah bermanfaat banyak pun. Cuma readers kene baca apa yang CL fikir dan rasa dan perkara yang CL rasa nak kongsi. Itu aje. Followers pun tak ramai, walaupun ade yang CL tahu, dia bace blog nih tapi takmau follow. Tak kisah lah :) Ade juga yang mintak address blog, tapi CL tak bagi. Kenapa eh? Entah, bagi CL, sesiapa yang terjumpa atau diberi kebenaran nak baca blog ni, orang2 bertuah la tu. Dapat baca diari online CL ni sambil dapat kenal CL dengan lebih lagi. Macam nama blog ni lah, "Behind Her Veil". Nak kenal CL, bacalah blog ni :) InsyaAllah nampaklah perangai sebenar. Owrite, kesian kat kamu semua. Ye, CL tahu, entry ni memang buhsan tahap giga. Eh, wait..sukahatilah, blog CL..hehe..Ok semua, assalamualaikum (sape tak jawab, dia....dia kene jugak jawab)

Thursday, May 5, 2011

Keretaku Meletup (kisah-benar)

Ola! Sejak kebelakangan ni, cuaca panas kan? Bukak kipas sampai kelajuan maksima pon masih berpeluh kalau uol datang sini. Biar cuaca panas jangan sampai temperature kereta naik. huhu. ape kena temperature kereta pulak ni? Jom dengar cerita CL.
Satu petang, bertarikh 17. 4 2011, CL menghantar adik balik kesekolah dia setelah cuti balik kampung dia berakhir.Jauh jugakla walaupun sedaerah. Balik dari hantar adik, CL ajak ibu makan. Lapo woo... Perut tak terisi. Lagipun time tu baru cucuk duit. Hehehe. Makanlah CL kat Marry Coklat atau nama omputehnye Marrybrown. Tengah2 sedap CL dengan ibu makan, tibe2...treeet..treet.. telefon bunyik lah konon. Pakcik Wan call ibu.
Pakcik Wan : Maklong kat mana ni?
Ibu: Maklong dekat Sg. Manggis ni. Kenapa wan?
Pakcik Wan : Oh, takde pape..Maklong, dekat Olak Lempit jammed teruk ni. Ada lori eksiden. Nanti pesan dekat kakak Ina, suruh drive ikut jalan dalam ye?Wan ni pon dari tadi tak gerak2 ni.
Ok... Balik tu ikut jalan dalam lah.
Nak dijadikan cerita, Olak Lempit ni kampung sebelah kampung Bukit Changgang,tempat CL tinggal. CL pon jarang2 keluar, jadi sebenarnya tak tahu la mana jalan balik. main masuk je dekat jalan sunyi tu. nak elak jammed konon.
Tiba-tiba, mata CL tertancap kat dashboard kereta, ada ruangan untuk melihat temperature. Aiseh, temperature Naza Citra ni dah naik la pulak. Nak berhenti ke tak ye? CL tanya ibu.
CL: " Ibu, temperature kereta ni naik dah. Nak berhenti ke? Nanti jadi macam   Kenari pulak kang"..(teringat peristiwa kereta kenari mati ditengah2 highway! Pergh..macam nak mati keras je waktu tu.Takut wei, sesak2 kat highway, kereta buat hal.)
Ibu: " Eh, takkanlah. Ayah tak pesan apa2 pun tadi. Jalan ajelah."

Disebabkan ibu mahupun CL tak tahu mana jalan nak tembus ke kampung, kami mula resah. CL tanya ibu, ibu kata entah. Masuk simpang dah masuk dah, cuma jalan tembus tak ingat. CL yang pandai sangat ni pon, mulalah pikir logik. Pigidah! CL fikir, kalau kampung Bukit Changgang kat sebelah, maknanya terus je lah kan? Terus ajelah...
Sambil2 tu temperature makin menaik. Hari makin gelap. CL pelik, makin CL terus makin pelik. Estet kiri kanan. Orang Cina, India pun ada lalu lalang. Sudah!! Sejak bila pulak jadi perkampungan muhibbah ni? Seingat CL, takde pun orang bukan Melayu kat kampung CL.

"BOOOOMMMMM!!!!!!"
 "Allah, kakak!!!! Kereta kita meletop kak!! Ibu tiba2 menjerit.
Ya Allah, kereta meletop? Cepat2 CL matikan enjin. Ibu dekat sebelah dah menangis2. Kesiannya CL tengok. Anak apa aku ni ya Allah? Aku buat ibu rasa tak selamat dengan aku.
Alhamdulillah, CL tenang waktu tu. Ayah pun da ajar CL sikit2 cara2 nak handle kereta kalau apa2 terjadi. CL bukak bonet depan..Pergh!!! Asap. CL tengok bawah, Allah!! Minyak petrol menitik2. Macam mana ni? Meletop kang kereta ni. CL toleh kiri kanan. Baiklah, tiada orang langsung. Cuma estet. Dan beberapa warga asing yang semuanya lelaki memandang tepat dan berjalan kearah kami. 
"Lindungilah aku ya Allah, apa diorang nak buat ni? Yang sorang tu nampak mabuk". CL cakap kat diri sendiri. Ibu dari tadi menangis. Takut sangat dengan suasana tu dan takut sangat kalau ayah marah. 
CL call ayah, berkali2, tak dapat!! Ya Allah, aku kat mana ni? Call lagi, tak dapat. Ibu pon call, tak dapat. Ayah off phone. Pergh, masa tu, memang CL nak je cakap,-kalau taknak phone tu, bagi je kat CL ni-. Bila kita dah takut, macam2 terkeluar dari mulut tanpa sedar. CL nampak ibu panik sangat. Kehulu kehilir. 
Dari jauh, CL nampak ada dua buah kereta. Ibu berlari2 pergi kat kereta tu. Mengangkat tangan setinggi yang mungkin. CL rasa macam dalam drama bila ibu kata : Tolong!! Tolong kami!! Kereta kami meletop! Tolong saya encik! . Ibu minta tolong dengan tangisan. Rasa CL memang nak cakap "@$%^&R^*&^( dekat kereta CL! Tapi, CL fikir balik, salah CL pon. Buat apa tanya ibu, ibu takde lesen. Pasal kereta ibu tak tahu. CL yang tahu,memang sepatutnya kene berhenti. Tapi sebab hari dah gelap, CL jalan jugak. Semua salah CL.

Then, turunlah dua orang jejaka dari kereta tu. Alhamdulillah, orang baik. Diorang bukak je bonet, diorang kata : "Wuuuiiii..ini radiator meletop ni kak, akak x perasan ke? Ini kira dah habis semua ni!"
CL: "Kenapa jadi macam ni? Saya tahu temperature naik dan saya tahu saya kene berhenti, tapi da sesat jalan takut nak berhenti. Saya nak balik Bukit Changgang."
Sorang brother tu-yang CL rasa hensem- kata : "Adik dah sesat jauh ni..Ni dah masuk Seri Cheeding, depan tu kampung orang asli, estet lagi."
CL: Pergghhh...Seri Cheeding??? Jauh tu. ni dah kira2 20 kilo saya tersasar ni? mana simpang Bukit Changgang?"
Lagi sorang brother yang muka macam budak nasyid kata : "Simpang tu simpang mula2 dik."
Brother hensem tadi tengok2 kereta CL. : "Ini sama ada radiator problem atau kipas dalam tak pusing. Tengok air ni..kering!!"
Ibu dari tadi nangis :" Berapa kos nak repair ni?"
Brother hensem yang namamya Mahadi kata : "Ni dalam 50 je kak, kalau nak ganti tiub je lah. Tengok dalam semua kurang2 300 ke 800 macam tu. Kalau teruk lah, kalau tak, 300 je."
Lagilah ibu nangis dengar kos repair yang mahal tu. 
CL tanya kalau kat situ ada towink ( trak tunda), nak kasi tarik kereta ni. Ada, tapi jauh. Lagipun dah malam dan duit CL tak cukup. Sekali tarik 100. Hari pun malam.
Sambil2 tu, CL cuba call ayah, tetap tak dapat. Last2 CL nekad, CL call paksu CL. Dia tengah kerja. Lagi satu masalah, lokasi pulak. Dia tak jelas. Nasib baik brother2 tadi tu tahu. Dekat Bukit Perah. CL call maksu, lagi terkejut dia! Dia kata, tunggu situ. Dia on the way, walhal, jalan kesitu pun dia tak tahu. CL pulak guna jalan dalam, bukan jalan biasa. CL call jiran, mintak dia inform ayah kat rumah. Memang kabut time tu. Ayah memang terkejut habis lah dengar! Sampai CL takut sangat, CL pass je henfon CL kat salah sorang brother tadi.
Tunggu2 nak dekat 30 minit, tak sampai2, brother2 tadi pun resah. Diorang nak hantar kereta kawan. Tapi mengenangkan kami perempuan dan ibu pon minta tolong diorang temankan, minta tolong sangat2, akhirnya diorang setuju. Brother nasyid tu kata : " Tak apelah kak, kalau saya jadi akak pun saya takut. Akak jangan risau, kami tunggu sampai bantuan datang". Brother hensem tu pulak sibuk suruh mat2 bangla tu blah dari situ. 
Tak lama lepas tu, maksu sampai. Rezeki Allah, maksu hampir patah balik sebenarnya, tapi, niat hati nak teruskan jugak perjalanan.Akhirnya jumpa kami. Sempat jugak abang hensem tu usik CL : "Adik, kalau adik takut, biar abang cakap dengan ayah,abang pelakon yang hebat. Ayah adik mesti cair." Cet! Hahaha..Time ni pon nak jual minyak. 
Setelah maksu sampai, dan brother2 tadi tu pun dah pergi,kami bertiga tunggu paksu, ayah dan abang Zali-jiran CL.Lama kemudian, baru sampai. CL awal2 dah menyorok. Takut kena marah. Dari jauh CL nampak Naza Citra abang Zali, CL dah tak keruan. Paksu datang bawak kelengkapan yang secukupnya. Ayah tak marah CL langsung. Dia cuma kata : "Tak apa, benda dah jadi". CL nampak lagi lebat air mata ibu mengalir. CL tolong abang Zali tolak kereta CL. Ya Allah, berat cam dinosour!! Memang brake semua dah down, ayah handle guna handbrake dari dalam. Kereta auto kan..leceh. Paksu sambung tali kat Civic dia. Tarik Naza Citra CL. Kereta maksu, buat angkut kitorang. Tarik balik sampai rumah.

Penat CL cerita, lagi penat korang baca. Alhamdulillah, semuanya selamat. Kerosakan tu berpunca dari kipas yang dah tak berpusing menyebabkan temperature naik dan radiator meletop. Generally, bukan salah CL. Salah kipas..hehehe. Paling best, tak payah bawak bengkel, ayah repair sendiri. Murah dan jimat. Repair depan rumah lepas dia balik kerja.hehe..Simple je problem dia, tapi sebab CL ni perempuan, gegabah tak tentu pasal. Siap nak bagi ayah semua duit dari akaun nak support kos repair. :P

Lepas dari kejadian tu, CL belajar komponen kereta satu2. Ni apa, tu apa, siap praktis bukak penutup tempat isi air. Rasa cam nak jadi mekanik. Alhamdulillah, ayah didik CL supaya jadi indipendent. Malam tu jugak, sebab ayah tahu CL trauma, ayah bawak CL jalan2 naik motor pusing kampung Labohan Dagang dan belikan CL burger. Baik kan ayah CL? CL taknak lagi ikut jalan dalam pasni. Better ikut jalan biasa CL ikut. Wassalam.
p/s: gambar2 ni real punya..tak de edit2 dari sudut lighting.


Radiator kot?

Abang Li, ibu , ayah, maksu.



lokasi kejadian. jalan terus menghala ke kampung orang asli.


Civic Paksu



Ayah <3








Tarik Naza Citra