Tuesday, May 24, 2011

Kemurungan Internet. Kenapa dan bagaimana?

Assalamualaikum. salam ceria.. Bangun!! Jangan tidur2 lagi. amboi..hehe.. CL tahu kebanyakan kawan2  sedang cuti semester kan sekarang?  CL belum lagi. Masih ade dekat bumi IIUM@UIAM terchenta ni ha..Macam biasa, hari ni nak conteng2 kat blog. 
Apa nak cerita hari ni ek? Emmm.. okay. Dapat dah. Pernah dengar pasal KEMURUNGAN INTERNET tak? Ala, yang sekarang ni kajian2 yang dilakukan oleh pakar psikologi, pakar kesihatan yang kononnya melayari Facebook terutamanya and other websites boleh menyebabkan seseorang stress, murung, lelah dan sebagainya.  
Persoalannya, kenapa? Daripada apa yang CL baca, CL boleh rumuskan manusia2 ni, (termasuk CL kadang2), akan rasa rendah diri sebab diorang rasakan hidup diorang tak best. tak menarik, buhsan, takde makna dan macam2 lagi yang N.E.G.A.T.I.F. Why and why? Sebab......
  1. Kalau uol perasan, bila kita bukak blog, facebook, kita suka sangat tengok site2 orang yang femes, contoh blog zackzuhairi la..( sekadar contoh). Dan kita kita start compare dengan kita punya blog. Agak2 rase macam hape? hahaha..ofkos, blogger2 dan facebooker2 ( sesuke je bagi term) popular ni hidup diorang jauh lebih meriah kan? diorang paling kurang pun, kalau x de informasi berguna nak di share, mesti diorang bercerita pasal kehidupan diorang seharian. Dari situ start la korang rase jeles, tensen dan sebagainya.Rasa macam apesal-hidup-aku-ni-boring-sangat. Cuba korang bukak blog CL ni haa...mesti takdak perasaan2 camtu kan? kan? kan?
  2. Dah bace cerita, ofkos korang nak tengok gambar. Pun boleh jadi masalah problem. Sebab ape? Contohnya, korang punya site takdak pun gambar korang pergi melancong , makan kan kat restoran mewah2, takdak gambar kereta BMW korang ke,yang ade cuma Naza Citra je..hehehe..Ataupun, korang tengok gambar diorang pigi karaoke ke, ade beskal fixie ke, korang cume ade motor skuter Nouvo je. Korang akan rase macam..aku-takdak-pun-semua-tu. Lepas tu korang akan mengeluh dan akan rase hidup korang amat boring. Lepas tu stress sensorang. Ntahape2.
  3. Yang ni bahaya. Nak tulis pun takut ade yang stress bila bace. Tapi, tulis ajelah kan? Blog saya, sukahati saya lah kan? kan PM dah beri kebebasan untuk menulis blog. Janji sokong kerajaan. huahuahua. Baiklah, dimana tadi? Oh ye.. yang ketiga.. Andainya korang ade minat sesape kat luar sane, minat tahap giga dah nih, mabuk kepayang, mabuk laut sume ade..mabuk alkohol je takdak. Korang mesti jadi penye "talk" yang setia..apebende nih? Stalker la dalam bahasa mudah. Ni kire minat quiet-quiet la..cinta diam2. Ofkos korang akan berusaha mencari data2 maklumat peribadi si dia. Tak dapat number phone, korang add dia kat FB, bace blog die senyap2. Sekali, ternampak pulek gambar si dia dengan seseorang yang cantik, lawa, hensem duduk peluk2, senyum2. Hahaha..kejang urat saraf. Sapa suruh stalk2, kan dapat balasan? Itu belum every comments korang nak teliti. Asal ade orang lebih2 sikit je komen, korang da saspek si dia ni la pesaing korang. Entah2 tu ayah dia ke, abang dia ke? dah jadi buruk sangka. kan?
Apa yang CL tulis ni adalah berdasarkan ape yang CL bace dan apa yang CL paham. Korang mungkin faham lain.tak kisah lah :) kan ke hidup lebih ceria kalau pendapat masing2 berbeza? Ayah suka warna biru, ibu suka warna cokelat, adik suka warna merah, abang sayang suka warna purple, atok suke kaler pink,nenek suke kaler oren,korang suke kaler pelangi. takdelah same aje kan dunia ni?..janji, hormati pandangan orang lain dan jangan ingat kite aje yang betul. Dan JANGAN sesekali fikir hidup korang ni boring dan x de makna, x de harga sebab Allah dah bersumpah bahawa kita adalah sebaik2 kejadian dan juga Allah tak jadikan sesuatu tu, termasuk kita dengan sia2. Cintai Allah, kasihi Rasululullah, hormati ibu ayah, sayangi kawan2 dan hargai semua orang. Allahua'lam.. Salam ceria :)

:)
SENYUM selalu, elakkan hasad dengki.

No comments: