Friday, May 27, 2011

Saya Nak Jadi Budak Baik

Assalamualaikum semua :) minta maaf la post entry malam2 ni. lepas ni nak tidur dah la. tak elok tidur lambat kan? boleh gain weight, boleh dapat eyebags, badan lesu, apa lagi? paling yang kita tak nak, terlajak solat Subuh. Tadi, CL tengok dekat ruangan followers, eh2..dah ade 15 orang lah. ukhti 'Aishah Jauhara (maafkan kalau salah eja) rupanya. Terima  kasih ukhti sudi follow blog CL yang agak kurang perisian, kurang manfaat dan kurang informasi. Syukran kathir. Kalau CL ade buat ape2 kesalahan, ukhti sila2 lah tegur ye? 
Anyway, kepada sesipa yang dah bukak blog CL( ade ke?) petang tadi, mesti terdengar sekejap lagu Albi Nadak by Fares kan? Maaf ye, CL dah tak letak lagu tu. Sebab lagu tu khas untuk yang dah berkahwin sahaja. hehe..kire abang sulung For The Rest of My Life la lagu Albi Nadak ni. Memang easy listening, tapi..hehehe..CL tak dapat nak feel la. Rase geli2 sikit sebab jiwang. hohoho..So, CL balik pada lagu asal blog ni, Pengorbanan by Nowseeheart. 
Kenapa lagu ni? Ada yang tanya pada CL. Baiklah..CL bagitahu. Sebab...ia mengingatkan CL pada keadaan diri CL. Berkorban demi pakwe ke? Tidak. Tak kuasa. Bukan..Berkorban untuk menjadi lebih baik dan untuk terus baik dan bertambah baik. CL nak sangat jadi baik. Macam kawan2 CL yang dari ma'ahad, macam kakak2 naqibah. Diorang baik sangat. :) Doakan ye? Biar CL tak jahat lagi.
Emm.. rasenye tak ade apelah kot nak cakap. Cuma, nak share sesuatu yang CL dapat daripada seorang ustaz. Ustaz kata (tapi CL tak bagi exact, CL ubah sikit jadi ringkas) :

"Ketika kamu dalam keadaan yang sukar untuk membuat pilihan, A atau B, mohonlah pada Allah. Mohonlah pada Allah agar ditunjukkan jalan yang benar. Jangan risau, Allah JANJI akan tunjukkan jalan yang benar. Tetapi,  Allah kata, jalan yang benar itu pasti berliku-liku".

Allah sayang kita kan? DIA dah bagi indication awal2. Jalan yang benar itu pasti berliku-liku.
ya Allah, tetapkan hatiku, hati ibu bapaku, adikku, kawan2ku, orang2 yang aku sayang serta sesiapa jua yang berkait denganku ya Allah, tetapkan hati kami dalam menyelusuri jalan yang Engkau redhai. Kuatkanlah hati kami ya Allah,bantulah kami untuk mendekatiMu. Amin... sayang semua lillahita'la.

3 comments:

NurAmal said...

betul.. jalan yang benar pasti berliku... kadang2 sampai boleh terfikir, benarkah jalan yg kita ambil ni... bila kita dah ditakdirkan untuk ambil jalan itu, maka itu lah yang terbaik sebenarnya.. cume perlu tambah usaha doa dan tawakal je.. semoga kita sama2 bersemangat dan tak putus asa dalam menempuhi dugaan NYA. amin.

NurAmal said...

by the way.. amal akan dtg lagi follow ye.. buat masa skrg internet slow.. amal tak nampak butang follow.. :)

Cik Lina said...

Assalamualaikum amal :) sihatkah? lama x jumpa.. terima kasih follow. setuju dengan pendapat amal. meh, Lina nak folo amal pulak.