Wednesday, May 25, 2011

Woman To Be (having a Twenty in her life)

Assalamualaikum.. :) Tengah CL tengok2 cermin tadi, (dah jadi habit suke tengok cermin), CL pejam mata, celik mata. Nampak muka dah lain dah. Pipi tak tembam macam masa kecik2 dulu. Walaupun masih tembam tapi takdelah ghope hamster simpan kacang dalam pouch.Muka dah tak comel lagi. Dia nampak macam muka seorang wanita. Gigi dah tak kecik2, semua dah rata dan sama besar. Mata dah tak bulat bersinar, mata dah jadi sepet dan ade eyebags pulak. Tanda2 penuaan la tu. 
Tanggal 17 Mei hari tu, genaplah umur 20. Perasaan? Jujur, tak suka. Bukan takut tua, tapi, rasa macam umur makin pendek. Bukan jugak takut mati, sebab mati bila-bila. Agaknya sebab tu orang selalu wish, "semoga panjang umur dan murah rezeki". Selama 20 tahun hidup ni, macam2 dah CL belajar, CL lalui. Ada yang baik, ade jugak yang tak baik. Entahlah, kalau nak cerita pun tak boleh. Sebab, hidup kita ni, sangat banyak benda yang telah berlaku, sedang berlaku dan bakal berlaku. Macam misteri. Kita akan sentiasa cuba meneka apa yang akan terjadi. Yang dah lepas, kita ambil sebagai pengajaran selalunya. Yang sedang berlaku, kita cuba jalani sebaik mungkin sebab kita taknak yang bakal berlaku akan terkesan. Macam tu lah.
Masuk 20 tahun ni, CL nak sangat jadi orang baik. CL tahu, CL ni jahat. CL cuba nak jadi orang baik, tapi kadang2 tak sampai macam apa yang CL nak. CL ni, jarang2 bangun malam nak jumpa Allah, jarang2 nak rajin baca ma'thurat, jarang2 nak topap pahala. Bank in dosa je kerjanya. Kawan2 yang membaca, tolonglah CL ye? Kalau CL ade salah, sila direct tegur. Jangan simpan2. Orang yang buat kesalahan ni beruntung tau kalau ade orang tegur. At least, dia tahu mana salah dia. Kalau tak ditegur, sampai bila2 lah, saaaaalaaaaah aje.
Last sekali, CL nak panjatkan setinggi2 syukur  kepada Allah sebab Allah selalu ade dengan CL. Susah senang, baik buruk, busuk wangi, mandi ke tak, Allah selalu ade dengan CL setiap masa, setiap detik selama CL hidup. Terima kasih ya Allah. Kedua, nak sampaikan salam kasih sayang dan selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w sebab dengan izin Allah,CL menjadi sebaik2 ummat, ummat Muhammad, Nabi dan Rasul yang paling mulia. Ketiga, salam hormat kepada ayah dan ibu. Terima kasih sebab jaga CL dengan sebaik2 penjagaan. Jasa Ayah Ibu, Allah aje yang mampu balas. Doa kakak, semoga syurga Firdausi untuk ayah ibu.
Yang keempat, salam sayang untuk adik Munirah. Terima kasih sebab sayang kakak. Yang kelima, encik tunang. Terima kasih untuk semuanya. Yang keenam, untuk kawan2, khasnya kepada Sharifah Munawwarah, Bahira Dafina, Syaqirah dan Fathini sebab buat suprise birthday party dan bagi hadiah yang lawa. Sayang semua, lillahita'la. salam mahabbah readers :)

Birthday cake. Thanx Muna, Baba, Syaq, Tini.
Potong kek..
Yang oren tu bukan tomato, tapi ceri.
Korang tengok kek ni.. Yummy kan.. :D- droolz
Hadiah!! Jom bukak!!
Cak!! Hadiah jam yang ade LOVE kat tengah .. lotsoflove.

No comments: