Salam sayang semua. Okay, ini ialah apa yang berlaku sekiranya anda telah mencapai usia 20-an.
Diambil circle2 dari Facebook pakcik CL |
Baiklah, CL perlu bersedia. Perlu kuat dari segi rohani dan jasmani. fikrah dan emosi.
Kebelakangan ini, CL rase ade lebih baiknya CL duduk diam2 sahaja di dalam rumah. Bukan taknak bercampur, tapi itulah. CL duduk di kawasan kampung. Kawan2 CL ade yang sudah dan bakal berkahwin. Yang dah dapat khalifah kecil pun ada. Habis bagaimana? Nenek CL dah mula risau dengan CL. Asyik ditanya saje, "bila kau nak kahwin, Ina"?
Jiran2 selalu mengusik ibu CL. "wah, lepas ni turn Ros( nama ibu) lah pulak ye? Mesti besar-besaran. Bila lagi ye"?
Kalau ayah pulak, kawan2 se kementerian dah start usik. "bile nak bermenantu, cikgunyee"?
ya Allah....CL belum sedia lagi. CL tahu umur CL bukanlah makin sikit, CL makin tua. Tapi, CL nak habiskan dulu pengajian CL di bumi UIAM ni. dah ada pekerjaan yang stable, duit yang cukup, dah bagi ibu dan adik merasa gaji CL, baru CL kahwin.
Mesti korang heran kan? Bukan CL dah engaged ke? Kenapa perlu risau? ye..CL dah, secara khitbah. Ibu, ayah dan adik sahaja yang tahu. Juga incek tunang punya family members. Itupun tak semua.
Tanggungjawab perkahwinan ni besar. Kadang2 eloklah kalau kita buat persediaan yang rapi dulu sebelum melangkah ke alam ini. Banyak tanggungjawab, banyak hati yang kita nak jaga.
Sebagai seorang perempuan yang baru berusia 20 tahun, CL sasarkan lima tahun akan datang untuk menjalani kehidupan berkeluarga,insyaAllah, amin. Coretan ini sangat simple (lah sangat) sebab CL tak tahu nak kata apa.
CL tak tahu menahu langsung ade orang yang bertanyakan pasal CL di facebook pakcik. Sekarang kan pakai facebook aje. Jual beli pantun pun dalam ni. SAYA BELUM BERSEDIA UNTUK BERKAHWIN. Muktamad. Salam.
No comments:
Post a Comment