Salam'aleykum. Allah..lama tak post entry kat blog ni. Sibuk sikit dengan program. Ada yang mula bertanya, "bila nak post entry yang baru"?. hehe..rilex2. blog CL ni tak femes. Diulangi untuk kali yang ke 180, ianya merupakan diari online saya. saya tulis apa yang saya rasa, apa yang saya fikir di dalam kepala dan apa yang saya rasa saya patut tulis. Mungkin yang baik boleh kita jadikan perkongsian untuk manfaat bersama. Yang tak baik, sila tolak tepi awal2. Oraeto?
Tak ade ape nak conteng hari ni. Cuma nak tanya, korang percaya ke tukang tilik? Tukang tilik tu ape? okaayyyy Elizabeth, James, Paul .. tukang tilik is like fortune-teller. Clear? so waddup CL? CL pergi jumpa tukang tilik ke? OH NO!!
Saya tidak akan dan tidak terfikir pun. Kita masing2 tahu aite ape hukum jumpa tukang tilik ni. same la macam jumpa tok dukun, pawang, bomoh, Pak Joko atau si Chomprak Cawat Besiwak dalam citer kak Limah tu, hukumnya ape? Hukumnya syirik, dan syirik ialah sebesar2 dosa tahu? Allah sangat benci syirik tu. JANGAN sesekali mensyirikkan Allah.
CL nak kongsi sedikit apa yang CL baca dan yang CL faham berkaitan dengan tukang tilik ni. Antara 10 muwasofat@ sifat yang harus ade bagi seseorang yang bergelar Muslim, hendaklah dia TIDAK MENDEKATI TILIK. Bukan mempercayai, atau pergi menilik, tapi seboleh2nya tidak dekat.Belum buat lagi ni, Allah suruh jauhkan diri.
Contoh tilik yang paling simple, kadang2 kita pun terlepas pandang. Ianya some kind of tilik which is ramalan zodiak.kadang2 boleh tengok thru paper or magazine. Alaa..yang bagitahu "hari ni kamu akan kecewa lah, putus cinta la bla..bla..bla.. kamu harus berjimat cermat la". CL akui, kadang2 CL bace jugak. Tapi CL cuba elak untuk percaya. Hukum percaya benda2 ni dosa tau?
CL ade kisah CL sendiri. One of my friend, dia bagitahu kat my other friend yang CL akan major dalam Political Science kat UIAM Gombak. Masa tu, ya Allah, punyalah CL takut sebab CL tak minat bidang tu dan tak terbayang CL belajar course tu. Dia bukan tukang tilik. Tapi, mungkin ada kelebihan yang Allah bagi kepada dia, boleh baca masa depan, kata orang. CL takut sebab CL nak sangat major Psychology (saya suka kolar putih). Even, I got good grade, (alhamdulillah, Allah bagi), in Politics. Bermalam2 jugaklah CL tak tidur memikirkan hal tu. Akhirnya, CL fikir.." Hanya Allah yang Maha Mengetahui, Maha Berkuasa, kalau dia boleh kata aku major politics, maknanya dia boleh predict masa depan lah kan? Kalau dia boleh predict masa depan, why is she here? Have to struggle a lot like me? Have to study hard untuk
good grade for future?"
Then, CL lega. Simple je kan? Macam tok Bomoh, kalau dia tahu dia akan end up as a bomoh, mesti dari dulu lagi dia dah kerja kuat untuk jadi Pak Menteri. kan?
Ada beberapa hadis yang memperkatakan tentang tilik ni.
- Barang siapa yang mendatangi tukang tilik dan ditanya mengenai sesuatu maka tidak diterima solatnya selama 40 hari (Riwayat Muslim)
- Sabda Rasulullah s.a.w mafhumnya : Tukang nujum atau tukang tilik tetap berdusta walaupun apa yang mereka bawa itu benar.
- Barang siapa yang datang kepada tukang ramal atau bomoh lalu percaya kepadanya dengan apa yang dikatakannya maka ia benar-benar telah kufur kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. (Hadis riwayat Ahmad)
Dah jelas kan? Jangan percaya, jangan dekati. Anywaaaaayyy..masa CL tengah bukak Facebook tadi, CL click dekat aplikasi Tok Nujum Atok Poyo Giler. Nama dia menarik, tu yang CL click. hehe...SEKALI............................
Err..atok nak berak jap..ko try lenkali ye |
Ape2 ajelah.. hehe.. Harap apa yang baik, kita ambil untuk manfaat bersama. Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment