Thursday, May 5, 2011

MITIB: Replies for Romeo. (saya-suka-post-yang-ini!)

Assalamualaikum..Jangan marah andai post CL kali ke....berapa tah?- tak ingat la- telah menyemakkan uol punya reading list. Kalau tak nak baca, abaikan aje ye? Hehehe..Kan CL da bgtau awal2, ini diari online CL.
Sakit pinggang hari ni. Penat bermain dengan adik kecik. So, takmau merapu2. Jom cerita! Ade je cerita kan? Penglipur lara part time ape? hehe..
CL nak cerita pasal adik CL. Kalau nama sebenar CL ialah-korang-carilah-sendiri, nama adik kesayangan CL pulak, Lina Munirah Zahidah. Umurnya baru 16 tahun dan bersekolah di Maahad Tahfiz Integrasi Sains dan Teknologi Istana Bandar.
Panjang kan nama adik? Cuma , selama 16 tahun dia hidup, nama Zahidah tidak pernah digunakan untuk dijadikan nama panggilan. Hanya memenuhkan ruang untuk menulis nama di kertas peperiksaan dan juga memenuhkan ruang kad pengenalan : P.  Apapun, nama Zahidah itu juga membawa maksud yang baik. Semoga adik CL menjadi wanita muslimah yang zuhud. Amin..insyaAllah.
Kalau dahulu, adik CL agak nakal, suka mengusik CL, sekarang tidak lagi. Mungkin ada lagi saki baki nakal semula jadinya tetapi tak macam dulu. Kalau dulu, dia akan cari peluang untuk serang hendap CL. Setelah dapat, dibuatnya CL macam punching bag. Bertuah betol! Sekarang, Cik Munirah dah jadi anak, adik yang baik, solehah insyaAllah. Hari2nya tidak pernah dibiar terpisah dengan Al Quran. CL rasa, itulah pakwe dia. Al Quran. :) Pernah dia bercerita, ada orang menanyakan ustaznya :
Orang: "Ustaz, tak ade makwe ke?"
Ustaz: "Ada. 30 semuanya."
Siapa agaknya? Well, kita maklum ustaz tadi mungkin bukan playboy kerana dia seorang al-Hafiz. Cik makwe pula bukanlah Siti, Aimi mahupun Jaiton. Cik makwe adalah 30 juzuk yang menjadi peneman dia.
Pernah jugak CL bertanyakan adik :
CL: "Adik, apa fungsi ustazah bagi adik cuti kalau setiap saat ayik dengan al Quran aje? Penat akak tengok adik asyik hafal dan terus hafal ayat jadid. Sehari tu kalau dapat baca se page pun cukuplah kan? Banyak dah ni. Tak letih ke?" Ampunkan aku ya Allah atas pertanyaan yang aku tidak sengajakan.
Adik: "Kakak, ustaz adik pernah pesan, Quran ni ibarat unta liar. Kalau kita tak jaga ia dengan baik, maka ia akan menjauh dan menghilang dari kita".
Ya Allah, malunya CL! Kakak apa lah CL ni..CL selalu pesan dekat ibu : "Ibu, henti2kanlah untuk terus kata, kakak ni contoh adik. Kita sendiri pun tahu, perbezaan adik dan kakak. Kakak tak layak jadi contoh dia. Kakak ni teruk bu."
Tapi bagi adik: " Kakak lah contoh adik. Adik nak jadi pandai macam kakak. Masuk universiti. Kakak baik. bla bla bla.....hehehehe..( takut riak)
Satu hari, adik minta tolong CL. Untuk pengetahuan, MITIB ( nama sekolah adik), sangat2 melarang budaya kapel, couple, pakwe-makwe, abang-ayang, baby-honey, i love you-you love me dikalangan pelajar2nya.
Kalau CL nak cerita bagaimana tindakan para muallim dan muallimahnya, mesti korang tak percaya. Kebetulan,adik CL sendiri memegang jawatan penting dalam Badan Dakwah dan Tarbiah. Kalau tak salah CL, lebih kurang vice president. Allah.....aku malu!!!!! Masa menaip ni pon rasa macam nak nangis. CL dan adik, subhanallah...adik sangat2 baik. Tegurannya berhikmah dan dia tegas dalam soal dosa pahala. Tak macam CL kawan2. Cuma kadang2, sebaik2 orang, lagi kuat godaan syaitan bagi. Kalau CL rasa, adik ada salah laku, CL akan tegur sebagai seorang kakak. :)
Okay, berbalik pada cerita kita tadi, adik minta tolong CL untuk decorate sijil. Perangai CL, alang2 tolong sikit, baik tolong semua kan? Sijil untuk peraduan "PENULIS SURAT CINTA". Pergghh...Time tu CL rasa macam-apehal-ustaz-ni? Sekali bila teliti....korang pun mesti tak terfikir. Ustaz mereka menyuruh mereka menulis surat cinta balasan andaikata mereka menerima surat rayuan cinta daripada pelajar Muslimin. Bukan menerima, tetapi menolak cinta mereka. Subhanallah.. Engkau jadikanlah adik2ku ini kuat dan bermujahadah habis2an dalam melindungi diri mereka dari terjebak dalam perasaan cinta palsu yang penuh dosa. Amin...
Seminggu berlalu, CL tolong pulak adik balut hadiah untuk juara peraduan. Hadiah pemenang pertama : Novel Tautan Hati karya kakak Fatimah Syarha Mohd Noordin. Wassalam :)

Rupa sijil :) Maaf, CL tak pandai nak buat sijil cun2.

Pemenang pertama dari akhowat thanawi. Tahniah adik sayang!

Lambakan surat yang harus dipilih dan disaring demi mencari si pencinta sejati.

Adik Naimah yang kuat imannya menolak cinta manusia yang sia2 kerana ingin merebut cintaNya.

Adik yang kreatif. Didalam sampul ada bedak :P

Meneliti kad adik2 sambil membaca blog milik adik muslimin MITIB, inni akhafullah.
(kakak harap awak baca post ni dik)

Kreatif kan? Dalam kreatif2, banyak kata2 dan pengajaran yang kita boleh ambil dari kekuatan adik2 ni.


Siapa yang sanggup ikut syarat adik ni? Baru form two..syabas adik.

Seorang lagi mujahidah solehah

Ijlis bina nu'min sa'ah :)



3 comments:

Anonymous said...

wah....mitib terbaik, baiknya kak lina munirah zahidah ni

Cik Lina said...

From my humble opinion, MITIB is surely a great Islamic school. by the way, adik ni kawan Lina ye? selamat berkenalan. akak dah follow blog adik. belajar rajin2 ye? jangan nakal2, jangan cintan cintun time sekolah. :)

inni akhafullah said...

eh....tk snke plak gamba saya masuk dlm blog kak CL......thnx.....