Friday, July 8, 2011

Pau Coklat Ringkas

Salam ceria linaamalina.blogspot. U, I rindu nak tulis kat muka baru U tau?( gediknyeww). Anyway, U tahu kan, hari tu I ikut ibu I pergi Econsave? I kan dah cakap kat U, nanti I nak tulis. U lupe la tu. U hairan eh kenapa I sekarang suka cakap I, You, I You? hehehe.. U geli ek? I saje je, bak kata orang, bolehla nampak eksen sikit. hohoho. I ni cakap English tak terer, jauh lagi berhabuk. berdebu pun tak. Anyway, I tukar la. I pun naik seriau. Dua hari lepas, (hari Selasa), CL pergi Econsave dengan ibu. Nak cari bahan2 dapur. Dikesempatan yang jarang2 CL dapat, CL pun rembat lah apa yang CL nak.(termasuk satu pek besar Mamee Monster) Sambil2 cuti 2 bulan kat rumah ni, nak jugak blaja masak. Umur dah masuk 20, cuma tahu masak sardin je ape barang..hikhik. So, sepanjang cuti ni, selain buat chores yang rutin, CL masak la. Impian CL cuma satu; musnahkan diet semua orang. Jahat kan? So, dalam entry kali ni, ade beberapa jenis masakan yang ingin dikongsi, ade resepi sendiri, ade jugak yang orang bagi. 
Kita adalah apa yang kita makan? uol tengok pau comel tak? maca mana comelnye pau, macam tulah comelnye I.hahahahazab. Pau ni resepi sendiri :)

Pau Coklat

Doh
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 1/2 sudu teh yis
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan marjerin Daisy/ Planta
  • 1 1/4 cawan air suam 
Inti
  • Jem coklat Silverbird yang telah disejukbekukan sementara. Nutella pun boleh. Inti ni, ikut suka.
Cara-cara

  1. Larutkan gula dengan air suam.
  2. Dalam mangkuk lain, satukan tepung, yis dan marjerin. Tuangkan air gula tadi sedikit demi sedikit sambil sebatikan adunan sehingga menjadi doh yang lembut.
  3. Bahagikan doh kepada 15/16 bebola kecil. Letakkan di atas dulang yang ditaburi tepung. Biarkan doh selama 10 minit.
  4. Bulat-bulatkan doh, leperkan dan isikan inti. Tutupkan, bulat-bulatkan dan lapiskan dengan kertas minyak yang telah dipotong kecil mengikut saiz doh. Buatlah sehingga habis. Selepas itu biarkan doh pau menaik sekali ganda (kira-kira 40 minit).
  5. Panaskan periuk kukus. Kukus kuih pau selama 10 minit.
  6. Sedia untuk dingap. Make sure baca Bismillah dulu. 

Nah, gambar. Masa ni, lighting tak berapa okay. Ala2 malap gitu. Terpaksalah diedit. 
Gebus
Kasi dekat sikit. Tadaa..

2 comments:

Q said...

awak ni pandai memasak lah CL. saya yang cik cekodok ni segan dengan awak. buat cekodok jelahhh haha

Cik Lina said...

hehe..alah cik cekodok. CL biasa2 aje. yelah, bukan orang kaya, mana mampu nak makan pizza hut hari2. better buat sendiri. :) perut kenyang, duit pun tak kurang. tunggu post seterusnya ye? saya buat donat cikcabur.