Saturday, July 16, 2011

Today's Rambling ,Babbling.

Assalamualaikum. salam ceria. Hari ni, Incek Ayah balik. seronok sangat ayah ada kat rumah. Ayah bawak balik buah limau bali @ limau tambun balik rumah. Terima kasih ayah. Penat ayah bawak berbiji2 limau tu. Kakak tau, mesti berat kan ayah nak bawak semua tu? Hari ni, tak nak gedik2 la. Malas. Hari ni, nak switch off kejap mood mat saleh celup. Nak jadi melayu sejati :) InsyaAllah.
Emm.. hari ni CL masak macam biasa. Tapi, simple mimple :) Macam biasa je, kalau banyak2, mewah2, takut membazir. Elakkan la kalau boleh kan? Janji, perut beralas, itu sudah cukup. Oh ye, kepada sesiapa yang tak tahu apa itu limau bali @ limau tambun, u guys bole click dekat link INI :)..
Alhamdulillah, hari ni, semuanya ok. CL belajar banyak benda baru dari ibu. Dalam sehari, kalau boleh, CL nak sangat tahu benda baru. Tak kisahla apa pun. Teknik cuci pinggan ke, teknik lipat kain cepat ke, informasi2 baru ke, ape pun jua asalkan yang baik2 dan insyaAllah mengandungi manfaat. Cuma kadang2, tak dapat. Hari CL saaaaama aje, dull. Yang tu, CL tak salah kan sesiapa, salahkan diri sendiri. Sebab MALAS nak cari. 
Orang kata, rezeki tak datang bergolek. Same goes la dengan ilmu, kalau tak cari, mana nak dapat? Kalau tak pergi sekolah, mana nak pandai? Lebih kurang begitulah. Berbalik pada cerita ayah CL yang bawak balik limau tu, CL teringat satu nota yang CL baca, dalam nota itu ada ini :

"Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama". 

"Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail".

Tiba2 saja CL teringat nota tu. kesahihannya, Allahua'lam. Pernah juga orang lain beritahu hal yang sama pada CL, cuma itulah, Allahua'lam.  Semoga ayah CL tergolong dalam mereka2 ini. (andai ianya benar) .amin ya Rabb thumma amin.

Untuk hari ni, selain limau bali dan buah kuini sebagai pembuka hidangan ( makan buah dulu baru makan nasi), CL masak nasi dengan buat acar sayur. Potong cili, potong bawang merah @ bawang besar, timun, bubuh garam ,gula, cuka makan dua sudu dan siaplah acar sayur yang simple. Kari ikan tongkol ibu masak. Kalau dah ade kari, mesti ade papadom. CL goreng la sekali. Maka, siaplah hidangan berbuka untuk hari ini. 

Ok? habis daaa... selamat malam semua. Assalamualaikum :)

From my plate, thats why its look a lil bit messy.

Banyak sepah la lu punya pinggan lengloi.


Thursday, July 14, 2011

Resepi Buah Melaka

Salam ceria. 3 days more before my ayah ibu completing their puasa sunat Syaaban. Memandangkan Incek Ayah masih lagi tiada di rumah kerana tuntutan kerja, tinggal lah CL dan ibu. Tadi baru je tengok video anak2 Kak Min main Gotta Getta Ghoper game. Aww.. they were so cute at that time. Mood hari ni, senget2 aje. Biaselah, PMS. Anyway, kalau semalam bingka labu, hari ni apa pulak? Hari ni, ibu buat kuih buah melaka for our titbit. Kalau dah ibu buat kuih, CL kene la masak nasi dengan lauk-pauknya sekali. Tapi ini hari banyaaak malas juga. Sangat lah simple menyimple lauknye. Ikan goreng sambal , sawi tumis air dengan telur dadar. Apapun, alhamdulillah, syukur sangat. Rezeki untuk kami berdua hari ini. 
Kali ni nak bagi resepi kuih buah melaka. Ngendeng2 minta kat ibu, dapat juga akhirnya. Silalah tengok :)

Bahan-bahan
  •  1 cawan tepung pulut
  • Gula merah- potong kecil2.
  • Kelapa parut- gaul dengan sedikit garam
  • Daun pandan-dikisar, diambil airnya.
  • Garam
 Cara-cara

  • Gaulkan tepung dengan air pandan, letak garam sikit. Air pandan ni la yang bagi kaler hijau kat kuih buah melaka ni cantek dan berbau wangi. Takde daun pandan pakai aje pewarna hijau. Gaul sampai boleh dibentuk
  • Bentukkan bulat2, jangan besar sangat. Tak muat mulut nanti :P 
  • Masukkan gula melaka yang dah dipotong kecik2 tadi ditengah2 nya, lepas tu, bulatkan balik.
  • Rebus sehingga timbul
  • Angkat dan golekkan atas kelapa parut.
  • Tunggu sejuk baru makan. 
Silalah layan gambar :)






Wednesday, July 13, 2011

Resepi Bingka Labu Kukus

Assalamualaikum semua. Hari ni, 12 Syaaban, tinggal lagi 3 hari untuk CL habiskan puasa. Tetapi, Allah lebih tahu segalanya, maka bercutilah CL hari ini. Sedih jugak. Tapi tak apelah. Daripada lari tarikh kan? (yang tak faham, sila abaikan apa yang CL tulis.)
Anyway, masa petang tadi, nampak ade labu atas pantry, haha.. Nasib kau  la labuuuu...  Dengan segera,  CL mengambil buku catatan dan ahah! terima kasih kak Arinah for the recipe. Teringin pulak nak buat bingka labu. Nak bakar, oven den rosak, jadi, kukus ajelah. Sedih woo..harap2 Incek Ayah meluluskan permohonan untuk baiki oven ni sebelum raya. Nak buat biskut raya maa.. Petang tu jugak, saja nak test pengetahuan am Incek Tunang, hehehe..boleh dia tanya, "Bingka tu yang macam mana rupanya?" . Selamat dia tak tahu, kalau dia tahu, peratusan untuk bingka CL dikritik amatlah tinggi. Make hay while the sun shines, sementara ibu ada kat dapur, minta tunjuk ajar sekali. Last2, ibu yang buat bingka tu, CL buat kerja lain. Hoho. Juadah berbuka petang ni sangatlah simple disebabkan Incek Ayah tiada di rumah. So, CL masak nasi goreng dan sambal telur aje.
Jom tengok resepi

Bahan-bahan
  • 1 cawan labu (direbus/dilenyek)
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu minyak masak
  • Telur sebiji
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan tepung gandum 
Cara-cara

  • Pukul telur, gula dan minyak sampai kembang
  • Campurkan susu dan labu
  • Masukkan tepung, kacau hingga sebati
  • Masukkan dalam bekas dan kukus selama 45 minit
  • Tunggu sejuk dan potong molek2
  • Baca bismillah dan ngap!
Silalah layan gambar :) saja edit bagi lawo, kalau tak edit pun lawo jugak tau? Rasa? Sedap sangat. Kalau makan dengan susu pekat manis, memang tak pandang orang lalu lalang.







Resepi Nasi Lemak

Assalamualaikum everyone. Sihat semua orang? Alhamdulillah, syukur, tinggal beberapa hari je lagi untuk CL and family berpuasa sunat bulan Syaaban. Kegiatan masa berpuasa, tak banyak. Takde lari keliling padang, takde petik buah kelapa mahupun menebang pokok jati di belantara. Hanya kerja2 rumah biasa sebagai anak dara. Anyway, CL tak berjaya nak musnahkan diet semua orang. *sigh*. Ibu turun 4 kilo, ayah tak de turun, tak de naik, maintain gitu dan saya... oh....turun jugak. 3kgs. Quiet a lot jugaklah. Hoho. 
Enough with the rambling mambling babbling, hari ni untuk berbuka CL masak nasi lemak. Pelik kan? haha. And why is that? Its because of clever me thinking of the word "buka puasa" that can be translated directly into break fast. Sorry with my grammar. I'm not a super fluent speaker.  So, breakfast is sarapan. So, nasi lemak hit the chart. Kebetulan, ibu baru balik dari kenduri tahlil, jadi, ibu bawa macam2 kuih dari sana. Plus dengan kari ayam dan sayur campur. So, nasi lemak saja sudah cukup. Resepi nasi lemak ni, ade yang ikut resepi ibu, dan add up sikit bahan2 yang disebutkan dalam buku 'Aneka Nasi'. I give myself a credit la untuk nasi lemak ni.
Jom tengok resepi..

Bahan-bahan 
*Nasi
  • 2 cawan beras
  • 1 1/2 atau 2 cawan air dan satu cawan pati santan ( jumlah sukatan air bergantung pada jenis beras)
  • 2 helai daun pandan-disimpul
  • 3 hirisan halia
  • 2 batang serai-dititik
  • Sedikit garam 
*Sambal 

  •  12 tangkai cili kering-direndam (anggaran semangkuk)
  •  3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Segenggam ikan bilis
  • Garam dan gula
  • 1 camca air asam jawa. (larutkan asam jawa dengan air panas)
Cara-cara masak nasi


  1. Campur semua bahan nasi dan masak nasi seperti biasa.
Cara-cara masak sambal

  1. Kisar cili kering yang direndam tadi, campurkan sedikit minyak dan tambah air sebelum mengisar untuk mengurangkan pedas. Ini petua ibu.
  2. Tumbuk bawang merah, bawang putih bersama dengan ikan bilis.
  3. Panaskan kuali dengan minyak dan masukkan cili kisar.
  4. Masukkan bahan2 yang ditumbuk tadi (bawang merah, ikan bilis dan bawang putih)
  5. Tambahkan sedikit air untuk sebatikan bahan2.
  6. Kacau sehingga pekat sedikit (air kering dan pecah minyak). 
  7. Tambahkan air asam jawa. 
  8. Perasakan dengan gula dan garam.
  9. Teruskan mengacau sehingga sambal menjadi pekat.
Perlu diingatkan, sambal hendaklah dimasak diatas api yang sederhana besarnya untuk mengelakkan daripada hangus. Kalau sambal dah nak siap, kecilkan api.

Bahan-bahan lain

  • Telur- direbus
  • Ikan bilis-digoreng
  • Sayur kangkung-dicelur
  • Timun-dipotong molek2
  • Kacang Tanah-digoreng kalau ada.
Senang kan? Mula2, memanglah nampak macam susah,. Al hakikat, belum cuba belum tahu. Uol cubalah, lepas ni boleh buat sarapan sendiri kat rumah. So, macam biasa, ade beberapa gambar yang berjaya di snap. :) Sampai jumpa lagi, assalamualaikum.





Rating dari Incek Ayah :) thanx ayah.




Tuesday, July 12, 2011

Resepi Donat Cakcibur

Salam sejahtera ke atas kalian. Juga pada kamu, buku conteng. Hari ini, tengok2 blog orang, naaahhh.BERSIH, BERSIH dan BERSIH.  CL bukan tak nak ambil tahu, tapi yang sorang kata lain, yang lagi sorang kata lain. same goes with the media maa.. anyway, daripada tension2 sampai gugur rambut buat ape kan? baik I BERSIHkan dapur I. Lagi berbaloi uol. hahahahahambekkau..macam diva la vida la pulek. Sempat jugak CL jeling2 jam, lagi 2 jam nak buka puasa. Pagi tadi, waktu sahur, ayah tanya masa CL tengah sorru mi megi, "Kakak nak buat kuih ape petang ni?" CL jawab, "Tak tahulah ayah, tak terfikir lagi. Kakak rasa nak cuti lah hari ni." Iyelah sangat. CL bukak2 balik khazanah catatan lama dalam Darlina. Ahah! Donat Cakcibur. Kelas giteww. Beza donat ni dengan donat biasa, CL bubuh kentang dan susu pekat manis. Lemak berkrim disukai ramai. Dah disukai ramai tu, jomlah hulur2 sikit kat jiran tetangga. Malu jugak kan? takut tak sedap, terus Mak Liah Karipap Pusing dengan Mak Cik Timah Sanggul reject jadi menantu. :P Nahai. Tak apelah, hulurkan aje, kalau ikhlas, sedap insyaAllah jadinya nanti. Oh ye, CL suka letak resepi2 kat sini sebab first, for my own pleasure, second, kalau ade sesapa yang baru belajar nak masak macam saya ni, all the recipes here are suite for us, beginner. so, here we go, I present to u, Donat Cakcibur. And dont ask me why it has a weird name.

Bahan-bahan ( 20 biji CL dapat)
  • 1 biji ubi kentang sederhana besar 
  • 500 gm tepung gandum
  • 5 gm yis kering @ 1/2 paket mauri pan
  • 1/3 cawan @ 73 gm minyak masak
  • 1/3 cawan @ 73 gm air suam
  • 1/4 tin @ 126 gm susu pekat manis
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
Cara-cara
  1. Rebus kentang sehingga empuk dan kisar kentang bersama 1 cawan air suam.
  2. Satukan yis, gula, air suam, minyak, susu, garam dan kentang kisar.
  3. Masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh. Doh ni memamg lembik sedikit tapi tak pe. Tak dak hal.
  4. Ambil doh dan bulat-bulatkan ikut saiz kesukaan. Susun doh dalam dulang dan biar naik dua kali ganda. Ambil masa dalam 20 minit tunggu doh naik.
  5. Panaskan minyak dan buat lubang ditengah-tengah. Goreng hingga masak.
  6. Taburkan gula halus diatasnya ketika masih panas.
  7. Sedia untuk baca doa makan dan ngap! :)

Simple kan? Sedap, rasa lebih lembut dan manis. Tak sempat nak ambil gambar elok2, sebab tinggal sekejap je, lesap donat tu. Layanlah beberapa keping gambar yang sempat di 'snap' :) 


Dalam tupperware aiskrim tu rezeki adik2 yang pergi mengaji hari ini.


Friday, July 8, 2011

Resepi Pizza

Mau letak dua entry boleh tak? Boleh3.. Alang2 dah ade yis kat rumah, jom manfaatkan.  Tibe2 tekak orang kampung ni teringin nak makan pizza. Ngade2 la I ni. Before buat pizza yang memerlukan dough, CL pakai roti Gardenia aje. Sangat simple. Sapu mayo, sapu sos cili, letak topping asas, bakar for a few minutes dan ngap! Sesuai bagi mereka2 yang malas nak cepat macam CL. Sekali nampak pulak yis, terus nak buat pizza ala2 Pizza Hut kononnya.(tak sama langsung) Pizza Hut a way more better. Tapi, I jimat duit. Nah, ini resepi yang CL perolehi dari pembacaan. Yang lain, sendiri fikir.

Pizza 

Doh

  • 200 gm tepung gandum
  • 1 sudu gula
  • sedikit garam
  •  2 sudu kecil yis, tapi CL guna setengah bungkus. hahaha.
  • 125 ml air
  • 1 sudu marjerin Daisy/Planta/butter
  • 1 sudu susu tepung 
Topping

  •  Mayonis
  • Sos cili/ tomato ( tak ade diskriminasi jenama)
  • Sosej (fishball pon layan jugak)
  • 1 biji bawang Holland (pakai bawang besar biasa pun boleh)
  • 1/2 biji capsicum, nama melayunya...ape ek? korang Google je capsicum, tahulah benda ape ni. tak silap CL, lada benggala.
  • Keju untuk topping. ( beli je kat pasaraya, ade tulis for pizza topping)
Cara-cara

  1. Bahan2 untuk kulit pizza atau doh dicampur dan diuli sehingga sebati. Sambil uli, berzikir ke, nyanyi asmaul husna ke. Biarkan selama 45- 60 minit. Tutup doh tersebut dengan kain yang lempab atau apa2 penutup yang boleh tutup.
  2. Canai doh tersebut setebal 0.5 cm. Cucuk dengan garfu keseluruhan doh tersebut. Bakar pada suhu 200 darjah selama 12-15 minit.
  3. Untuk topping: Rebus sekejap sosej tu, kemudian dipotong bulat2. Ricih bawang Holland nipis2. Capsicum dipotong dadu.
  4. Sapu kulit pizza dengan mayonis. Kemudian diikuti dengan sos cili atau sos tomato.Ratakan sos keseluruh bahagian. Tabur sosej yang dipotong tadi di atas kulit pizza, bawang Holland dan capsicum. 
  5. Taburkan keju/ topping  cheese di atasnya.
  6. Masukkan pizza sekali lagi ke dalam oven, bakar pada suhu 200 darjah celcius kira2 8-10 minit.
  7. Baca Bismillah dan ngap.
Nah, ini hasil pizza saya. Tak ada rupa tapi sedap mata memandang, enak lidah merasa. Cewah. Alhamdulillah, sukses.

Belum pun bubuh dalam tray, da sibuk2 nak snap gambar. :P

Selamat mencuba :)

Pau Coklat Ringkas

Salam ceria linaamalina.blogspot. U, I rindu nak tulis kat muka baru U tau?( gediknyeww). Anyway, U tahu kan, hari tu I ikut ibu I pergi Econsave? I kan dah cakap kat U, nanti I nak tulis. U lupe la tu. U hairan eh kenapa I sekarang suka cakap I, You, I You? hehehe.. U geli ek? I saje je, bak kata orang, bolehla nampak eksen sikit. hohoho. I ni cakap English tak terer, jauh lagi berhabuk. berdebu pun tak. Anyway, I tukar la. I pun naik seriau. Dua hari lepas, (hari Selasa), CL pergi Econsave dengan ibu. Nak cari bahan2 dapur. Dikesempatan yang jarang2 CL dapat, CL pun rembat lah apa yang CL nak.(termasuk satu pek besar Mamee Monster) Sambil2 cuti 2 bulan kat rumah ni, nak jugak blaja masak. Umur dah masuk 20, cuma tahu masak sardin je ape barang..hikhik. So, sepanjang cuti ni, selain buat chores yang rutin, CL masak la. Impian CL cuma satu; musnahkan diet semua orang. Jahat kan? So, dalam entry kali ni, ade beberapa jenis masakan yang ingin dikongsi, ade resepi sendiri, ade jugak yang orang bagi. 
Kita adalah apa yang kita makan? uol tengok pau comel tak? maca mana comelnye pau, macam tulah comelnye I.hahahahazab. Pau ni resepi sendiri :)

Pau Coklat

Doh
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 1/2 sudu teh yis
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan marjerin Daisy/ Planta
  • 1 1/4 cawan air suam 
Inti
  • Jem coklat Silverbird yang telah disejukbekukan sementara. Nutella pun boleh. Inti ni, ikut suka.
Cara-cara

  1. Larutkan gula dengan air suam.
  2. Dalam mangkuk lain, satukan tepung, yis dan marjerin. Tuangkan air gula tadi sedikit demi sedikit sambil sebatikan adunan sehingga menjadi doh yang lembut.
  3. Bahagikan doh kepada 15/16 bebola kecil. Letakkan di atas dulang yang ditaburi tepung. Biarkan doh selama 10 minit.
  4. Bulat-bulatkan doh, leperkan dan isikan inti. Tutupkan, bulat-bulatkan dan lapiskan dengan kertas minyak yang telah dipotong kecil mengikut saiz doh. Buatlah sehingga habis. Selepas itu biarkan doh pau menaik sekali ganda (kira-kira 40 minit).
  5. Panaskan periuk kukus. Kukus kuih pau selama 10 minit.
  6. Sedia untuk dingap. Make sure baca Bismillah dulu. 

Nah, gambar. Masa ni, lighting tak berapa okay. Ala2 malap gitu. Terpaksalah diedit. 
Gebus
Kasi dekat sikit. Tadaa..