Wednesday, July 13, 2011

Resepi Bingka Labu Kukus

Assalamualaikum semua. Hari ni, 12 Syaaban, tinggal lagi 3 hari untuk CL habiskan puasa. Tetapi, Allah lebih tahu segalanya, maka bercutilah CL hari ini. Sedih jugak. Tapi tak apelah. Daripada lari tarikh kan? (yang tak faham, sila abaikan apa yang CL tulis.)
Anyway, masa petang tadi, nampak ade labu atas pantry, haha.. Nasib kau  la labuuuu...  Dengan segera,  CL mengambil buku catatan dan ahah! terima kasih kak Arinah for the recipe. Teringin pulak nak buat bingka labu. Nak bakar, oven den rosak, jadi, kukus ajelah. Sedih woo..harap2 Incek Ayah meluluskan permohonan untuk baiki oven ni sebelum raya. Nak buat biskut raya maa.. Petang tu jugak, saja nak test pengetahuan am Incek Tunang, hehehe..boleh dia tanya, "Bingka tu yang macam mana rupanya?" . Selamat dia tak tahu, kalau dia tahu, peratusan untuk bingka CL dikritik amatlah tinggi. Make hay while the sun shines, sementara ibu ada kat dapur, minta tunjuk ajar sekali. Last2, ibu yang buat bingka tu, CL buat kerja lain. Hoho. Juadah berbuka petang ni sangatlah simple disebabkan Incek Ayah tiada di rumah. So, CL masak nasi goreng dan sambal telur aje.
Jom tengok resepi

Bahan-bahan
  • 1 cawan labu (direbus/dilenyek)
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu minyak masak
  • Telur sebiji
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan tepung gandum 
Cara-cara

  • Pukul telur, gula dan minyak sampai kembang
  • Campurkan susu dan labu
  • Masukkan tepung, kacau hingga sebati
  • Masukkan dalam bekas dan kukus selama 45 minit
  • Tunggu sejuk dan potong molek2
  • Baca bismillah dan ngap!
Silalah layan gambar :) saja edit bagi lawo, kalau tak edit pun lawo jugak tau? Rasa? Sedap sangat. Kalau makan dengan susu pekat manis, memang tak pandang orang lalu lalang.







2 comments:

oktant said...

Terima kasih sudi kongsikan resipi. Sy suka makan aje. ;)

Cik Lina said...

:) macam pernah saya nampak nama oktant. ini dari petuasejagat.blogspot kan? hehe..