Saturday, March 26, 2011

Artis dan Ahli Politik

Assalamualaikum dan salam sejahtera, sari berita utama..( mesti baca dengan tone2 dia sekali kan?) haha.
Apa khabar kawan2 tersayang? sudah makan? sihat hari ini? dah solat Asar belum? (post ini ditulis ketika azan Asar berkumandang menandakan masuknya waktu Asar di wilayah Perseketuan dan kawasan yang sewaktu dengannya).
CL baru je habis exam final untuk paper pertama hari ni..Alhamdulillah, walaupun agak susah, CL cuba jugak jawab. Harapannya, semua soalan yang CL bantai jawab, insyaAllah memberi markah. Apa nak cerita hari ini? Cerita Sang Kancil dan Buaya nak tak? hehe.. tak adelah. Gurau je.
CL nak cerita sesuatu. Segalanya bermula pada hari itu :

Lokasi : HSLT 1 IIUM
Masa : Sebelum 10 pagi.
Lecturer mengutarakan pendapat peribadi beliau. (dialog ini telah diedit mengikut kesesuaian umur)

"Let us see our politicians, kalau ada apa-apa isu, lagi2 isu agama, bukan main lagi nak bangkang si opponent. Keluar segala dalil bagai. Untuk apa semua ni? Bila artis pakai seksi pulak, keluarkan kenyataan jahil contoh macam : " saya seksi tapi hati saya baik". Better u be naked je kan on the road? nak tak? yelah, Tuhan tahu hati u baik. so, tak apelah kalau naked pun. Memang menyesatkan. Tapi ahli politik buat apa? Senyap je kan? Bila artis merepek, keluar kenyataan yang menyesatkan entah mana pergi ustaz2 dan ahli-ahli politik semua? semua takut dengan artis ke? So that is your job, ni haa..lagi2 RK students, cuba la u tegur. Berani tak? Ini bising2 sebab agenda politik."

Sekian. Bila CL balik, CL fikir-fikir, ada betulnya jugak apa yang Encik Lecturer ni cakap. Bukan main lagi si ahli politik ni mengutuk lawan. Macam diri tu bersih dosa saja kan? Kelakar sebenarnya CL tengok situasi politik Malaysia. Macam budak-budak. Nak bergaduh je, semua dia saja yang betul, yang lain salah. Muktazilah ke ape? Jangan dikira perkataan carutan.. Astaghfirullah.. Malu CL. Ini ke orang-orang yang dikatakan ulil amri tu? Ewwwww.. TIDAK  kot? Kalau macam ni, better tidak payah memimpin kan? Masing-masing ada agenda masing-masing. Jadi, jangan salahkan orang ramai mahupun pelajar jurusan Political Sciences apabila rata-rata memiliki paradigma " POLITIK ITU KOTOR"

Kepada pemimpin-pemimpin diluar sana, ahli-ahli politik yang berwibawa kononnya, hentikanlah penyebaran fitnah mahupun mengecam mana-mana pihak juga kekasaran dalam hujah balas. Jujur dari CL, politik kita tidak bersih, pemimpin kita ada yang baik, ada juga yang hakikatnya gunting dalam selimut. Sangat susah untuk mencari semula kualiti2 ulil amri sepertimana yang ada pada zaman Rasulullah dan para sahabat serta pemimpin Muslim berperibadi tinggi  seperti zaman Turki Uthmaniyyah.
Inilah yang jadi bila masing-masing sibuk dengan kepentingan diri, membawa rakyat ke lembah kezaliman, mengheret pengikut ke wasilah kuku besi. Bilamana yang peribadi direbut habis, tanggungjawab sebagai pemimpin tidak terjalan.

ADAKAH ANDA BERSEDIA BILA ALLAH BERTANYA TENTANG AMANAH ANDA DISANA?


CL masih mencari-cari pemimpin yang boleh membawa Malaysia menuju kearah pembangunan yang diredhai Allah. Dimana dia? Tahun depan CL dah layak mengundi. :)

Bila artis kita seksi secara tersembunyi, mana pergi mereka yang berautoriti?
Bila tiada yang menegur, maksiat itu menjadi santapan umum buat rohani
HENTIKAN FITNAH!
TAMATKAN PROPAGANDA KEJI
Ulama' kita hormati, sanjungi.
Perdana Menteri kita sayangi
Bersatu demi cinta dan ukhuwwah Islami
Semoga ianya bukan hanya mimpi

No comments: