Thursday, March 17, 2011

Mar' ah - mar' ah Solehah Di Bi'ah Solehahku

Salam cinta..salam kasih sayang lillahita'ala..baru hari ini berkesempatan nak jengah2 blog yang sudah tidak dibuka sejak 14 Mac yang lalu..tuntutan hidup sebagai seorang student, SIBUK dan LETIH adalah perkara normal kan? Apa yang nak CL coret hari ini ya? Ada banyak benda yang nak CL bicarakan. tapi,CL sudah limit kan masa, tepat jam 9.55, CL akan start buat assignment CL yang sudah tidak sabar lagi untuk dipegang dan diolah2. Seperti biasa, pengalaman mematangkan kita. Pengalaman juga mengajar kita tentang berbagai madah ragam manusia. Ada yang berkawan dengan kita disebabkan ingin melancarkan hidden agenda nya, ada juga yang semata2 nak memudahkan urusan pelajaran dan alhamdulillah, yang ketiga, yang ikhlas kerana Allah.  

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Barangsiapa yang menjalin persaudaraan kerana Allah maka Allah akan meninggikan darjatnya di dalam syurga, tidak condong suatu apapun dalam amalannya". 

Melalui pengalaman hidup CL yang sudah mencapai 20 tahun ini, telah Allah beri peluang untuk CL mengenali tiga jenis manusia yang CL sebutkan diatas. Sebak memang Allah sahaja lah yang tahu bila dipertemukan dengan golongan pertama dan kedua. Tapi, bersyukur andai dapat memiliki sahabat golongan yang ketiga.
Kadang2 bagi CL sendiri, kawan baik bukanlah bermakna kita dah berkawan dengan dia dalam tempoh yang lama. TIDAK SAMA SEKALI..walaupun itu mungkin antara ciri2 seorang kawan baik. Jujur CL katakan, antara mereka yang sentiasa menyokong CL, CL kenal tidak sampai separuh hayat CL. Ada beberapa cerita yang CL nak kongsi.

1. CL kenal dia tahun lepas, orangnya baik dan berpurdah. Satu hari, Allah takdirkan dia tahu yang CL sakit dan dia jugakla antara orang2 terawal melihat perubahan CL dari segi pemakaian. CL suka keluar sama2 dengan dia bila habis kelas. Kami selalu turun dari kelas bersama ( kelas kat tingkat 4) sebelum ke masjid ataupun membeli makan tengahari bersama. Kerap juga dia menegur CL " Haa..Amal seksi hari ni"..
Mesti pelik kan? Bila masa pulak CL ber mini skirt di UIA? Apa yang dimaksudkan seksi oleh sahabat CL ni ialah apabila CL punya tudung sedikit tersingkap dibahagian atas leher sebab tak pakai jarum. Bukan tak nak pakai, CL memang tak tahu nak pakai.Selalu aje CL suruh sape2 pakaikan untuk CL (manja la tu konon). Dan setiap kali itu jugalah, jarum si sahabat bertukar tempat ke tudung CL. Satu hari, sedang CL jalan2 dengan dia menuju ke Evoke (kafetaria), dia menghulurkan sesuatu. "Nah,ambillah, saya bagi Amal". CL memandang hairan pemberian itu. Sebotol air mineral dalam botol berisipadu 600 ml. "Air apa ni?" CL bertanya. " Amal minumlah, saya buatkan untuk Amal. Air Yassin, kalau Amal buat sendiri lagi berkat", katanya sambil memegang bahu CL. Gembiranya CL Allah saja yang tahu. Kini, air tu dah pun habis CL minum. Sedap sangat rasanya. Sebelum minum, sempat CL baca Fatihah dan selawat. Alhamdulillah, terima kasih awak. SAYA SAYANG AWAK KERANA ALLAH. Teringat CL kata2 yang dia ucapkan pagi tadi " Amal ni baik la, macam Asiah Yusra." ( sungguh aku tidak layak untuk pujian itu, ya Allah)

2. Si mawar berduri ini, CL kenal sejak tahun 2009 di CFS. Singapura tempat besarnya. Orangnya sangat lembut, suka tersenyum dan tegas pendirian. CL sangat suka bila dia tegur CL. Rasa disayangi. Si dia juga seperti yang diatas, malah sebenarnya si dia lah yang menggerakkan hati CL dengan izin Allah untuk bertudung labuh walaupun tidak selabuh tudung bulat. Hari ini, CL melangkah ke kafe Halimah, bertemu pula dengan seorang lagi penguat semangat, Ruhiyah Sakinah pemilik nama. Dia mengkhabarkan satu berita yang membuatkan CL melafazkan kalimah alhamdulillah tidak henti-henti. Sahabat CL yang seorang ini sudah memulakan jihadnya, bertudung labuh litup. Alhamdulillah, CL insyaAllah andai diizinkan, akan mengikut jejak langkahnya. Sahabat CL ini jugalah yang kerap membantu andai CL sakit dimalam hari. Sanggup dia meredah sejuk malam semata2 ingin melihat keadaan CL apabila ibu tersayang meminta pertolongan darinya. Pengorbanannya, walaupun sedikit bagi dirinya, tapi dimata CL amatlah besar. Terima kasih awak. Awak selalu ada untuk saya, awak selalu nasihatkan saya supaya jadi wanita solehah, awak selalu bagi ilmu2 baru yang saya tidak tahu. SAYA SAYANG AWAK KERANA ALLAH.

3. Awak, saya kenal sangat berdedikasi orangnya. Juga di CFS. Namun, walaupun awak baik dengan saya, macam2 cerita saya dapat tentang awak. kenapa orang nak mengata awak? Kasihan mereka, sanggup withdraw pahala banyak2 dan bank in dosa pun banyak2.. Semakin lama, saya semakin tahu. Bukanlah saya ingin menilai, tetapi bukti sudah nampak nyata. Awak memang baik dengan saya dan saya tahu awak ramai kawan. Tetapi sayang, awak berkawan kerana bertujuan. Saya pun tidak mahu mengulas panjang, cukuplah saya doakan awak sedar kesilapan awak dan ikhlaskan diri berkawan dengan semua orang supaya diri awak lebih disayangi dan tolong hentikan gelaran tudung obor2 bagi mereka yang bertudung labuh mahupun gelaran helikopter. Awak seolah2 memperlekeh mereka yang sedaya upaya menjaga syariat. SAYA TETAP SAYANG AWAK KERANA ALLAH.

4. Awak mula rapat dengan CL sejak sem dua di CFS. Awak jugaklah yang memberitahu bahawa awak takut dan segan nak kawan dengan CL. kenapa? sebab awak kata CL baik.. ya Allah... salah tu awak. CL ni jahat jugak..ada je dosa sentiasa. satu saje yang buat CL risau pasal awak. Awak tolonglah JANGAN sayng CL lebih2.. CL tahu awak rasa dunia awak ni seolah tiada siapa. Tapi, CL nak pesan, sayangi Allah lebih dari CL. Allah itu cemburu sifatNya, andai DIA cemburu awak sayang CL lebih dari DIA, tidak mustahil Allah akan tarik CL dari awak. apa2 pun masalah awak, awak boleh mengadu kat CL, selagi CL masih bernafas dimuka bumi ni, tapi lebihkanlah tangisan awak dihadapan Allah. Dia rindu dengan air mata dan rintihan hambaNya. ok? SAYA SAYANG AWAK KERANA ALLAH TAPI TAK LEBIH2,SEBAB NANTI ALLAH CEMBURU :)

5. Awak pulak CL anggap sebagai kakak. Walaupun awak selalu kata awak ni tak alimlah, tak solehah lah,hakikatnya disebalik gila-gila awak tu, tazkirah awak buat CL kuat. CL ingat lagi tatkala diri CL difitnah, ada saja kata semangat yang awak bagi. satu cerita yang CL suka dengar tentang si Pengembala Kambing. Awak cerita, seluruh kampung bermimpi bahawa solat mereka tidak diterima kerana memperlekeh2kan bacaan surah Si Pengembala ni.. Janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa (an-Najm:32). Ayat dari surah An Najm ini awak beri pada CL untuk CL senyum semula. Ramai yang mengata CL dan menunjukkan diri mereka seolah2 diri mereka itu suci tiada dosa, dan ayat Allah yang ini menjadi pilihan awak untuk menenangkan CL. SAYA SAYANG AWAK KERANA ALLAH.

Maka, cukuplah dahulu 5 cerita.. Akan datang, insyaAllah ada lagi :) untuk kawan2 yang CL sayangi, CL SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH. MAAFKAN SALAH SILAP, HALALKAN SEGALANYA,MOGA KITA ANTARA YANG DINAUNGI ALLAH DISANA KELAK. AMIIN.. :) 


Air Yaasin yang barokah, insyaAllah
CL dan AWAK :)




2 comments:

amalinasurday said...

Alhamdulillah CL dah berubah....saya doakan CL teruskan perubahan nie....Chaiyok!!!! CL comellah...

Cik Lina said...

tq amal.. insyaAllah teru istiqamah. awak pun comel jugok :)