Sunday, March 13, 2011

Pantun Hasil Tulang Empat Kerat :)

Bismillah..assalamualaikum w.b.t..pagi2 ni,tak tahu nak cakap pasal apa..sebab CL balik rumah kan?jadi,tak banyak peristiwa yang berlaku. apapun, CL rasa seronok sangat2 dapat jumpa ayah, ibu, adik. ya Allah,syukurku aku panjatkan kepadaMU. thank you Allah.sepanjang semester,baru inilah pertama kali CL menjejakkan kaki ke rumah. tangisan ibu tidak perlulah dibicarakan. tangisan kerinduan. I LOVE YOU IBU. ketenangan wajah ayah tatkala CL menyalami tangannya sudah cukup untuk CL gambarkan yang ayah memang mengharapkan kepulangan CL. Si adik, " seronok kakak balik,bila kakak cuti lg?" I LOVE U AYAH, I LOVE U ADIK. berselera CL makan hari ini. DUA kali CL tambah nasi untuk makan tengahari. malam pulak, CL minta ibu buatkan lempeng kegemaran CL sambil layan cerita Hantu Kak Limah dengan ayah dan adik.( gaya macam bos). haha..memang perangai CL macam ni. suka bermanja2 dengan ibu. CL bukanlah mengarah ibu untuk buatkan lempeng. CL mintak elok2. "Ibu,kakak teringin nak makan lempeng ibu.mesti sedap cicah dengan kari ni kan bu?" sudah kelebihan yang Allah beri untuk ibu, ibu boleh detect apa yang anak2nya mahu. jawapan ini yang CL dapat, " nanti lepas Maghrib,ibu buatkan ye?"..dan usul CL disokong penuh oleh pendukung setia CL sejak kecil, Munirah, melalui lontaran sokongan "Ibu, adik lapar la".
Ayah pula hanya tersenyum. masak sudah ayah dengan perangai CL dan adik.selepas makan, adik menghidangkan air teh yang dibuatnya untuk kami. CL membasuh pinggan2 dan mangkuk didapur.kami sekeluarga berborak2 di ruang tamu. seronoknya ya Allah. bergurau senda,bercanda mesra,melontar pendapat.ya Allah,kumohon dariMu ya Allah,kekalkanlah kebahagiaan dalam keluarga ini ya Allah.amiin..
Sambil duduk2 diruang tamu,tangan CL pantas mencapai pen dan kertas.melakar2 pelbagai lukisan merupakan cadangan awal.tapi,akhirnya,ini yang terhasil dalam tempoh setengah jam. Disebabkan CL tak suka skema2, jadi pantun pun tahap sekolah rendah ajelah..bantai..terimalah.. :)

Doa pengubat hati nan lara,
Titisan air mata hanya untukNya;
Didikannya tegas, lembut bicara,
Ayah tercinta Noorhan Rusdi namanya.

Dimalam hari menangis kecewa,
Kecewa mengingati dosa kesilapan;
Sakinah wajahmu menenangkan jiwa,
Kesabaranmu ibu tiada bandingan.

Dunia ilmu berpasangkan buku,
Tanpa buku ketamadunan bantat;
Dikau adikku,dikaulah temanku,
Penyokong setia dan pengkritik hebat.

                     Sebekas kurma didalam raga,                       
Buah tangan wajib jemaah haji;
Pemilik cinta selepas keluarga,
Aku terima nikahnya,tuntutan janji.

Rabiatul Qursiah empunya diri,
Bijak menasihati dan serba tahu;
Manis senyuman si mawar berduri,
Sayangku padamu,Allah lebih tahu.

Halaqah face to face cara yang lama,
Halaqah terkini dilaman sesawang;
Sharifah Munawwarah pemilik nama,
Terus terangnya tanda sayang.

UITM nama si universiti,
Mengutip ilmu milik Pencipta;
Nur Awatif nama muslimah sejati,
Sahabat karib yang jauh dimata.

Bakal guru untuk next generasi,
Taman Sri Putra tempat besarnya,
Amalina Surday gelaran diberi,
Kawan terSPORTING CL pernah ada.

Malumu menjadi perisai diri,
Kepada jejaka,JANGANLAH mengharap;
Nur Maizuraini gadis yang rendah diri,
Ukhtiku ini gemar berbahasa Arab.

Kujengah biliknya dimalam hari,
Untuk mendengar si kakak melawak;
Naimah nama unik dan tersendiri,
Tazkirah everywhere menjadi trademark.

Alhamdulillah,kepada Qur,Amal,Muna,Kak Ngah@Awatif, Mai dan kak Eymma..jangan marah ye?pantun ni Lina buat sebab...LINA SAYANG AWAK SEMUA.. uhibbukum lillahita'ala (mai,translate cepat.hehe)
Kepada yang bertanya CL tu stands for apa..di post yang lepas,CL da nyatakan,ianya shotfom untuk Cik Lina. :)





No comments: